Sunday 29 September 2013

Kenduri Kesyukuran

Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini di taman saya ada majlis kesyukuran sempena menunaikan haji.  Walaupun cuti hari minggu, masa beramah mesra dengan jiran tetangga juga perlu. 

Banyak tugasan yang masih perlu di selesaikan baik yang online atau offline.

Friday 27 September 2013

Jalan - Jalan Tanjung Malim

Bismillah.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Hari ini, saya sekeluarga bertolak ke Tanjung Malim.  Suami mendapat jemputan dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim.

Saya dan anak - anak cuma tumpang ikut sahaja. Nanti bila pulang saya ceritakan tentang perjalanan kami sekeluarga.

Jumpa nanti.  Tunggu ya...

Sesat

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Koleksi Peribadi


Bismillah.

Assalamualaikum.

Pernah ke tidak, kawan - kawan sesat ketika mencari arah ke suatu tempat.  Saya rasa mesti pernah kan.  Apa tindakan yang patut kita ambil ya ?  Biasanya kita akan bertanya pada orang ramaikan.  Tapi sekarang jika bertanya pun rasanya susah, kerana orang yang kita tanya pun tidak  tahu arah juga.

Ini panduan biasa yang suami ajarkan pada saya.  Maklum sahaja saya memang kurang sikit bab cari arah.

1. Perkara pertama tentulah kena ambil tahu alamat tempat yang ditujui.  Jangan sangka kita pernah ke tempat tersebut, kita tahu jalannya.

2. Ambil nombor telefon kawan atau saudara ( tempat yang kita tujui ) untuk di hubungi jika kita tidak jumpa dengan tempat yang sepatutnya kita pergi.

3. Cari atau tanya dulu pada pakcik Google.

4. Keluar awal untuk mengelakkan kelewatan masa.

5. Kenal pasti dahulu bangunan utama di kawasan tersebut,  contohnya masjid, sekolah atau stesen minyak.

Rasanya ini yang selalu suami ingatkan.  Lupa pula, tentulah kena baca doa dulu sebelum  menaiki kenderaan.  Apapun bila tersesat tidak perlu rasa tertekan, tenangkan diri dulu kemudian baru cari semula.  Bukan apa, elok - elok ingin bergembira lain pula jadinya.  Kena ingat kita masih berada di Malaysia bukan di negara luar.

Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Thursday 26 September 2013

Bebaskan Diri

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum.

Gambar di atas sebagai hiasan sahaja.  Pada pandangan peribadi saya, bebaskan diri bermaksud bebas dari sikap yang kurang elok kepada sikap yang lebih baik.  Bebas juga dari kejahilan masa lalu.

Sebenarnya sebahagian dari kita masih membiarkan diri terpenjara.  Penjara yang tanpa kita sedari sebenarnya di bina oleh diri sendiri.  Kita sendiri membina dinding di sekeliling diri kita.  Masih membiarkan waktu berlalu dengan sia - sia.

Sedangkan sebahagian dari kita, sudah membebaskan diri dengan melakukan perubahan dalam diri.  Perubahan ini hanya dapat kita perolehi dengan menambah ilmu.  Samada hadiri kelas atau membaca.  Apapun perubahan akan memberi makna tersendiri.

Bukan sahaja baik untuk diri, ia juga baik untuk orang yang berada di sekeliling kita.  Walaupun perubahan yang ada amat sedikit.  Pada pendapat saya, perubahan sikap tidaklah dapat dilakukan dengan segera.  Apa yang saya lalui, mengubah sikap bukan semudah menyebut a, b dan c.  Harus ada keinginan dan bersikap sabar dalam proses itu.

Sokongan dari pasangan dan keluarga amat diperlukan semasa ini. Astagfirullah.  Wallahu'alam.





Wednesday 25 September 2013

Akademi Bekerja Dari Rumah

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Akademi Bekerja Dari Rumah


Bismillah.

Assalamualaikum.

Sebagai permulaan biarlah saya kenalkan dahulu Akademi Bekerja Dari Rumah.  Akademi Bekerja Dari Rumah sebenarnya bertujuan melatih dan membimbing suri - suri sekalian secara online.  Di sini kami bukan sahaja dapat belajar tapi dapat juga menjalinkan persahabatan.

Walaupun tidak bertemu mata dengan guru tapi kemesraan tetap terjalin antara guru dan anak murid.  Siapa kata, suri tidak dapat belajar walaupun berada di rumah.  Setiap hari sebenarnya saya ke kelas.   Cuma tarikan jari jemari sahaja, dapatlah hadiri kelas santai dan mesra ini.

Apakah yang kita perolehi di akademi ?
Akademi bukan sahaja menyediakan kelas secara online tapi juga menyediakan peluang menjalankan perniagaan.  Perniagaan ini di jalankan secara dropship. Produk yang disediakan adalah makanan sunnah, buku - buku dari terbitan penerbit besar di Malaysia dan ebook dari para pelajar akademi sendiri.

Di dalam kelas kami juga berkongsi dan saling bantu membantu antara satu sama lain.  Walaupun kami berbeza latar belakang, ia bukan satu halangan.  Kami saling lengkap melengkapi.  Dengan seramai lebih seratus orang pelajar dan tujuh orang guru online, kelas masih di jalankan.

Apakah syarat belajar di akademi ?  Pada yang ingin tahu, syarat wajib adalah ebook di bawah.  Ebook ini rujukan wajib baca bagi yang ingin turut serta. Akademi mempunyai dua kelas iaitu 

1. Kelas Asas Blog & Penulisan

2. Kelas Asas Blog & Fan page..


Selain itu ada juga kelayakan lain seperti di bawah

1. Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fan page untuk bisnes.

2. Perlu menguasi modul dan analisa pelajar.

3. Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.

4. Pemantauan adalah minima, berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.

5. Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.

6. Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Boleh lihat lebih lanjut di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Tuesday 24 September 2013

Alahan

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : www.utusan.com.my
 
 

Bismillah.

Assalamualaikum. 

Bila baca tajuk saya hari ini, mesti para pembaca ingatkan alahan mengandung kan.  Sebenarnya saya sekeluarga mengalami alahan pada makanan laut terutamanya kerang dan ketam.  Pernah sekali bila Kak Su Aina, memakan ketam bengkak - bengkak badannya.

Apabila membaca rencana dari Doktor Zubaidi di sini.  Inilah pengalaman saya semasa Along Zikri masih bayi.  Beruntunglah para ibu yang dapat menyusukan anak.  Saya sendiri merasa sedih tidak dapat menyusukan anak - anak.  Namun saya menerimanya kerana mengalami kompilasi selepas melahirkan. 

Tindakan kami semasa menerima khabar dari doktor ialah mengambil tindakan segera menukar susu formula yang di gunakan.  Mengikut saranan doktor, kami boleh menggunakan susu formula dari kacang soya.  Mahal juga harga susu tersebut semasa itu.  

Memang tidak di nafikan susu ibu lah yang terbaik untuk anak - anak.   Seperti tulisan Doktor Zubaidi " Susu ibu adalah susu paling murah dan susu paling baik "

Anak

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Siapa tidak sukakan anak, rasanya semuanya sukakan ahli syurga ini. Jaga anak ini bukan mudah, Kena sanggup bersekang mata dan menelan sabar.

Penjagaan anak - anak bermula dari ia berada dalam kandungan lagi.  Apabila dilahirkan pemberian suntikan vaksin adalah sebagai salah satu langkah pencegahan penyakit.  Apapun kita tidak mahu mengambil sikap tidak peduli terutama mengenai kesihatan anak - anak.  Ikut saranan doktor.

Kita boleh dapatkan panduan dari  para doktor dan jururawat untuk langkah - langkah pemberian vaksin imunisasi di klinik kesihatan atau di sini
Jika kita masih ragu - ragu boleh juga baca rencana di sini

Pesan ibu bapa saya, semasa bayi masih belum berusia setahun adalah waktu paling penting.  Dalam waktu ini segala perubahan walau sekecil mana perlu di titik beratkan.  Mintalah pendapat doktor.  Jangan pula menganggap pengalaman kita mempunyai anak sebelum ini boleh di pakai guna untuk setiap anak. Lain anak lain cara penjagaannya.



Manjakan diri

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian google


Bismillah.

Assalamualaikan.

Mari... mari... manjakan diri dahulu sebelum kahwin.  Macam - macam cara  yang boleh kita boleh gunakan untuk manjakan diri. Sebelum saya kahwin tak adalah manja - manja macam sekarang.  Siap boleh ambil pakej satu badan lagi.

Baik secara tradisional atau moden, rawatan sebelum hari bahagia sudah popular di kalangan pasangan yang ingin berkahwin.  Berbagai pakej yang di tawarkan, ada yang biasa mahupun yang super biasa.

 Masa saya ingin berkahwin mana nak ada pakej.   Cuma, sebelum hari perkahwinan, emak pesan tumbuk kunyit dan beras bersama.  Bila saya tanya, apa kegunaannya.  Mudah sahaja jawapan emak " nak licinkan badan " saya yang masih tidak dapat bayangan, apalah yang ingin di buat emak menurut sahajalah.  Oh, rupanya semua bahan tersebut untuk lulur badan.  Manalah saya tahu kan.  " Blur " kata orang sekarang.

Itu secara tradisional, murah dan bahannya mudah didapati.  Apa jua cara pun boleh ya.  Ingin buat sendiri atau ke salon kecantikan pun tidak mengapa.  Janji kita manjakan diri dulu.  Hilangkan tekanan sebelum hari bahagia kita.

Pindah Milik Tanggungjawab

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum.

Adakalanya dalam hidup tanpa kita sedari kita telah memindah milik tanggungjawab pada orang lain.  Kita lebih cenderung kepada sesuatu yang mudah dan menyenangkan kita.  Dengan kata lain, kita lebih ke arah menolak kesusahan dan mengambil yang senang untuk diri kita.  Hakikatnya senang mahupun susah adalah hak tanggungjawab yang perlu kita hadapi.

Secara analoginya, kita ingin membawa barang tapi barang tersebut kita letak atau tumpangkan dalam beg orang lain.  Ya, inilah senario yang terjadi.  Apapun kita tidak dapat memindahkan tanggungjawab.  Seperti tanggungjawab mendidik anak - anak, tidaklah dapat kita serahkan seratus peratus pada guru di sekolah sahaja.  Pendidikan sebenarnya bermula dari rumah.

Monday 23 September 2013

Kemas dan Buang

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


 Bismillah.

Assalamualaikum.

Inilah tugas saya setiap hari.  Semalam, saya dibantu anak lelaki, Along Zikri.  Seronok bila tugas ini dilakukan bersama. Eh, jangan hairan pula ya.  Saya memang selalu memohon pertolongan anak - anak membantu mengemas. Semalam hanya tinggal kami berdua sahaja. Yang lain semua ada aktiviti, suami masih ke seminar dan Angah Aida serta Kak Su Aina juga masih ke kelas tambahan.

Jangan lupa ya, mengemas sebenarnya bukan tugas surirumah sahaja. Ia tanggungjawab semua.  Boleh mulakan semasa anak - anak masih kecil, in shaa Allah jika kita sudah amalkan anak - anak akan mengikut.  Lebih mudah jika kita mulakan dari usia setahun apabila dia sudah pandai mengangkat barang dan berjalan.  Berilah tugas - tugas yang mudah dahulu, contohnya menolong membawa pakaiannya yang sudah di lipat atau mengemas barang permainannya.

Biasakan rutin bergotong royong dalam keluarga. Boleh cuba ikuti langkah - langkah mengemas rumah di sini.

Saturday 21 September 2013

Sendiri

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Koleksi Peribadi


Bsmillah.

Assalamualaikum.

Subhanallah, Allahuakbar , Alhamdulillah.  Inilah cuaca pagi yang saya gemari.  Pagi ini saya tinggal sendiri di rumah.  Dapatlah belek - belek gambar dalam telefon dan kongsikan di sini.  Suami dan anak - anak ada aktiviti masing - masing, tinggallah saya di rumah.  Seperti kebiasaan hari sabtu, anak - anak memang menghadiri kelas tambahan di sekolah.  Selagi belum habis peperiksaan memang beginilah rutin kami sekeluarga.

Walaupun begitu saya masih meneruskan tugasan yang perlu diselesaikan.  Jangan tidak percaya ya, saya semakin seronok berada di kelas secara online ini.  Selain mengenali rakan - rakan dari pelbagai latar belakang, banyak ilmu yang di kongsi  bersama - sama.  Terima kasih semua.  Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Tanggungjawab Lelaki dan Perempuan

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Semasa belum berkahwin, tidaklah saya tahu tentang ciri - ciri seorang suami yang baik.  Bagi saya, cukuplah sekadar bakal suami seorang yang baik dan bertanggungjawab pada ibunya.  Pada pendapat saya, seorang lelaki apabila ia baik pada pada ibunya akan baiklah dia pada isteri dan anaknya.  Alhamdulillah, benarlah apabila kita mengutamakan apa yang penting iaitu restu ibu.  In Shaa Allah keberkatan itu ada.

Itulah juga salah satu ciri - ciri penting calon bakal suami.  Maklumlah seorang anak lelaki walaupun sudah berkahwin, ibu wajib ditaati.

Friday 20 September 2013

Mudanya Kahwin

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.


" Mudanya kahwin, kenapa ? " itulah soalan yang selalu di tanya oleh rakan atau orang yang baru mengenali saya.  Ya, soalan yang saya sendiri sukar mahu menjawabnya.  Maklum sajalah semasa membuat keputusan ingin berkahwin, umur saya baru berusia sembilan belas tahun.  Apalah sangat yang difikirkan oleh seorang anak gadis.  Apabila saya menambah ilmu, baru saya tahu kebaikan kahwin muda.  Bagi saya, jika seorang lelaki itu baik dan berani cukuplah.  Ceteknya pemikiran saya ketika itu.  Orang mudalah katakan.  Eh, jangan marah ya.  Baca dulu kebaikan kahwin muda di bawah.

Bising dan Bau

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Inilah dia jentera yang mengeluarkan bunyi bising bersebelahan dengan kawasan perumahan saya.  Sabar sahaja...yang bising boleh tahan lagi tapi bila bab bau, ya Allah tidak dapat bersabar rasanya.  Sungguh meloyakan tekak.  Tak tahulah dari mana punca bau tersebut.

 Empat tahun yang lalu, kawasan bersebelahan adalah kebun bunga dan hutan bukit.  Wah! cantik dan sedap mata memandang dari balkoni rumah.  Sekarang cuma tinggal tanah merah.  Sedihnya...tiada lagi burung yang datang berkicauan di tepi tingkap.  Harga sebuah pembangunan.

Thursday 19 September 2013

Anjing

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum.

Hari ini saya masak awal, boleh lebih tumpukan perhatian untuk siapkan  tugasan - tugasan yang di berikan cikgu, kan.  Hari ini seperti biasa sahaja, tiada apa yang menarik.  Rutin harian sudah di siapkan.

Terus pada tajuk, inilah rupa anjing peliharaan jiran saya.  Hari - hari di salaknya saya dan ahli keluarga  apabila keluar rumah.  Memang tidak selesa sebenarnya.  Paling takut apabila lalu di hadapan rumah jiran tersebut, anjing tersebut menerpa ke arah kami.  Setakat ini memanglah anjing tersebut tidak mendatangkan kecederaan pada manusia tapi masih menganggu keselesaan terutamanya dari segi kebersihan.

Sebelum jiran ini berpindah, saya memang membenarkan anak - anak bermain di luar.  Tapi sekarang saya tidak lagi, terutama anak perempuan saya.  Jika perlu hendaklah di temani oleh saya atau suami.
Rasanya saya ingin sahaja membuat laporan pada majlis pembandaran, biar di ambil tindakan.

Boleh lihat maklumat mengenai anjing ini di sini dan di sini juga.

Wednesday 18 September 2013

Rehat

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Rehat... Ya mana ada istilah rehat untuk isteri dan ibu.  Bagi saya tiada istilah rehat selagi hidup terutama bagi ibu - ibu mendidik anak - anak.  Itu  kerna dari kata - kata dan pengalaman dari mertua.  Betapa sebenarnya kita cuma ada rehat apabila sudah kembali ke sana nanti.

Rehat bukan bermakna kita tidak berbuat apa - apa.  Isilah ruang rehat kita dengan menambah ilmu.  Maklumlah sekarang bukankah semuanya di hujung jari sahaja.  Teguran dan peringatan seraplah selapang mungkin.  Syukuri nikmat yang di beri.

In shaa Allah.  Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Monday 16 September 2013

Ganasnya

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google

 Bismillah.

Assalamualaikum.

Astagfirullah, sedihnya bila membaca tentang keganasan rumahtangga di dada - dada akhbar tempatan. Terbaru kisah tentang seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang membunuh diri selepas menembak mati isteri dan bapa mertuanya dalam dua kejadian berasingan di Labis dan di sini lewat petang semalam.  Baca laporan penuh di sini

Kursus Kahwin


Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Jangan malu jangan segan ya.  Sampai masanya seorang gadis akan berkahwin, sebelum itu kita hadiri dahulu kursus kahwin ya.  Apa yang akan kita pelajari di kursus kahwin ialah tentang tanggungjawab suami dan isteri.  Fungsi utama dan ikatan perkahwinan itu sendiri.  Cuma yang tidak selesa apabila penceramah lelaki mengupas tentang hubungan intim.  Merah - merahlah muka kami para gadis mendengarnya. Rasanya lebih sopan bila topik ini di bincangkan, asingkan sahaja anak gadis dari anak teruna.

Secara keseluruhannya amatlah baik menghadirinya.  Banyak ilmu dan maklumat yang dapat kita serap di sini. In Shaa Allah.  Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Mendengarlah...

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


 Bismillah.

Assalamualaikum.

Terdapat sepotong hadith daripada Rasulullah yang menyebut dengan maksud...

“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi” (Riwayat Ahmad Dan Muslim)

Jangan pandang sebelah mata ya, keperluan mendengar adalah salah satu cara merapatkan hubungan.  Sesiapapun suka orang mendengar keluhannya terrutama surirumah.  Sebenarnya seorang isteri apabila ia merungut bukanlah untuk si suami mengambil tindakan, ia cuma mahu si suami mendengar sahaja.  Begitu jugalah sebaliknya.  Apabila si suami mengeluh tentang letihnya ia bekerja di luar bukan bermakna ia rasa membebankan tapi cuma untuk bercerita.  Maka sama - samalah menadah telinga ya.



Paling utama si suami perlu lebih bersabar, maklumlah jika kita baca kembali kisah Saidina Umar Al - Khattab yang terkenal dengan sikapnya yang garang bertapa beliau bersabar dan hanya mendengar bebelan isterinya.

Ujian Saringan HIV Pra - Perkahwinan

Teks : Saniah Mat Sanat

Fota : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Masa berlalu, masa saya ingin berkahwin dulu ujian ini tiada.  Cuma pergi kursus kahwin sahaja.  Banyak manfaatnya apabila langkah - langkah ini di ambil.

Boleh rujuk mana - mana pusat kesihatan untuk dapatkan ujian saringan HIV pra-perkahwinan.

Semburan

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum.

Bila lihat gambar mesti semua tahu, hari ini saya ingin bercerita mengenai semburan asap ( fogging).  Maklumlah semalam ada semburan asap aedes di kawasan rumah saya.  Apa yang saya ingin ceritakan bukanlah sahaja mengenai semburan asap ini tapi sikap kita yang merasakan apabila semburan
asap tersebut menyelesaikan masalah kes demam denggi yang semakin banyak apabila cuaca sekejap hujan dan sekejap panas sekarang.

Sunday 15 September 2013

Cinta Dan Modal

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah. 

Assalamualaikum.

Cinta dan Modal, bagi saya diperlukan dalam perkahwinan.  Mana tidaknya jika tanpa salah satu daripadanya tidak dapatlah kita meneruskan kelangsungan perkahwinan itu sendiri.  Sebagai contohnya  , jika kita perlu mengemas rumah tentulah kita memerlukan plastik sampah.  Kita lihat sahaja banyak kes - kes penceraian di Malaysia melibatkan kekurangan dari segi cinta atau modal.

Maksud saya modal itu bukan sahaja dari segi material yakni duit, tapi modal juga dari segi spiritual.  Jangan lupa ya, jika kita fikir duit sahaja pun tidak lengkap sesuatu perkahwinaan itu. Kita semua memerlukan kasih sayang.  Masing - masing ingatlah tanggungjawab sendiri.  Jangan berkira sangat.

Saturday 14 September 2013

Solat Hajat

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google




Bismillah.

Assalamualaikum.

Saya baru balik dari menghadiri majlis solat hajat perdana untuk pelajar - pelajar KAFA Integrasi Ar - Raihan.  Anak kembar saya akan menghadapi peperiksaan PSRA pada 23hb September.  Ya, tidak lama lagi.  Seminggu dari sekarang.  Pada tahun ini anak - anak saya, Along Zikri akan menghadapi peperiksaan PMR manakala Angah Aida dan Kak Su Aina menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA.  Peperiksaan UPSR baru sahaja berakhir.  Jangan terkejut ya, anak -anak saya sudah besar.  Maklumlah saya berkahwin pada usia dua puluh tahun.

Friday 13 September 2013

Lupa

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.

Assalamualaikum.

Baca ya, tajuk saya hari ini. Lupa betullah saya hari ini untuk pastikan bawa wang secukupnya apabila ke kedai runcit.  Biasalah orang perempuan, selalu tukar beg tangan.  Malunya, apabila wang yang ada di tangan cuma lima ringgit sahaja.  Jumlah yang perlu di bayar adalah lima belas ringgit.  Alhamdulillah,  saya pelanggan tetap kedai runcit tersebut.  Dapatlah bawa balik barang dan bayar kemudian.  Jangan jadi macam saya ya.

Astagfirullah.

Perempuan

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google
       


Bismillah.

Assalamualaikum.


Kita sedia maklum panduan agama adalah yang paling penting dalam memilih pasangan. Tidaklah terjadinya kes tersalah pilih.  Mohonlah doa kita dipertemukan dengan pasangan yang baik untuk diri dan agama kita.

Bagaimana pula ya ? Agama sudah pun memberitahu lelaki yang bagaimanakah untuk manjadi  imam kita.
  Jangan harapkan rupa paras yang elok sahaja.  Tidak boleh makan dengan rupa.  Ustaz Azhar Idrus memberikan analogi, kita pakai baju yang kita selesa, walaupun buruk, lusuh.  Begitu juga alas kaki, pakai selipar jepun buruk sebab selesa.  Yang cantik itu untuk dipandang sekejap sahaja, selesa belum tentu.Ya, boleh pilih lelaki yang kurang agama ataupun bukan muslim, kalau kita kuat untuk didik dia.  Kita kena istiqamah, jangan lupa doa juga. Doa adalah senjata paling ampuh yang Allah ciptakan untuk kita.

Thursday 12 September 2013

Kembar

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Koleksi Peribadi
 

 Bismillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang Maha Besar pada hambanya.  Kegembiraan berkali ganda apabila di beritahu oleh doktor kandungan kali kedua saya adalah kembar.  Sambung nanti ya....saya perlu selesaikan kerja yang tertangguh sebelum ini.

Lelaki

 Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum. 

"Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kawin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya". (HR. Bukhari) 

Pilihan kita tentulah lelaki yang  beragama, kalau tidak sepak terajang binilah jadinya seperti kes baru -  baru ini di Pulau Pinang.

Wednesday 11 September 2013

Tetamu 2

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google




Bismillah.


Assalamualaikum.


Tetamu memang wajib kita layan dengan baik.  Sebagai ibu muda, saya selalu rasa cemas dan bimbang bila tetamu datang berkunjung ke rumah.  Terutama, tetamu itu adalah ibu bapa sendiri.  Maklumlah kita tidak mahu menunjukkan kekurangan dalam menguruskan rumahtangga.


Belum lagi bab menyediakan menu makanan sepanjang tetamu ada di rumah dan anak - anak yang masih kecil.  Jika tidak diuruskan dengan baik boleh membuatkan kita tertekan.  Selalunya saya memohon keluarga atau rakan memberitahu terlebih dahulu sebelum kedatangan mereka ke rumah.  Ini memberi saya masa bersiap sedia menerima kedatangan mereka.

Tuesday 10 September 2013

Nasi Goreng

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com




Bismillah.


Assalamualaikum.


Nasi goreng, resepi mudah sebenarnya.  Namun susah bagi saya pada permulaan alam perkahwinan dulu.  Itulah masa emak dan kakak ingin mengajar, saya awal -awal lari buat kerja rumah yang lain.  Masa itu memasak bukanlah perkara yang menyukakan hati saya.  Paling saya takut adalah terkena percikan minyak panas.  Jika di suruh, saya akan memegang sudip dan berdiri jauh dari kuali.  Ya, jika begitu bagaimana hendak memasak. Emak dan kakak selalu memarahi saya.  Kata mereka siapalah yang ingin berkahwin dengan saya jika tidak tahu memasak.

Berkenalan atau Temuduga

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google




Bismillah.


Assalamualaikum.


Dengan berpakaian baju kurung dan bertemankan seorang adik, saya bertemu dengan keluarga ( bakal suami ketika itu )suami.   Soalan pertama dari bakal mak mertua ialah  habis sekolah agama darjah berapa. Dengan yakin masa itu saya jawab darjah empat.  Ketika itu saya tidak terfikir, apakah yang tersembunyi di sebalik soalan yang mudah itu.

Monday 9 September 2013

Terbakar

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google




Bismillah.


Assalamualaikum.


Hasil tulisan  dan blog rakan kumpulan saya, Puan Monalita Mansor sudah siap sepenuhnya.  Jangan salah faham dengan tajuk saya kali ini, saya cuma rasa tercabar dan bersemangat untuk meneruskan tugasan - tugasan yang diberikan guru online saya, Puan Aishah Hussein.


Terus berusaha, Berani Untuk Berubah.

Kerang Rebus

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Koleksi Peribadi



Kerang Rebus.


Bismillah.


Assalamualaikum.


Sebagai ibu muda, saya selalu risaukan menu harian.  Buat permulaan saya kongsi dulu resepi mudah ini.  Hanya perlukan kerang, air, bawang putih, bawang merah, serai, asam keping dan sedikit garam.
Ia resepi semudah 1, 2 dan 3.  Rebuskan sahaja kerang bersama bahan - bahan seperti saya tulis.  Jangan lupa potong dahulu bawangnya dan titikkan serai.  In shaa Allah, air tangan ibulah yang terbaik untuk keluarga, walaupun  ianya resepi mudah yang ringkas ini.  Selamat mencuba.

Friday 6 September 2013

Cabar Diri

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Koleksi Akademi Bekerja Dari Rumah


Bismillah.


Assalamualaikum.


Tulisan dari pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah.  Betul - betul memberi semangat untuk saya yang baru belajar.



Hijrah sebagai suri rumah 'zon selesa' kepada 'zon cabar diri'

Teks: Masayu Ahmad


Mula buat persediaan bekerja dari rumah sekarang, sama ada sepenuh
 masa atau sambilan.


Semua sudah kalut dengan kenaikan harga minyak, walhal kita sudah
 tahu trend kenaikan setiap tahun. Setiap tahun pun ada kenaikan. 
Jadi kita perlu bersedia dan perlu keluar dari 'zon selesa'. Bagi yang 
bekerja sendiri 'kami sudah biasa' dalam keadaan ini.

Ketakutan yang ketara bagi kebanyakan orang ialah takut duit sudah
semakin menyusut dan peruntukan bulanan juga akan bertambah 
dan bebanan kehidupan juga meningkat.

Bekerja sendiri atau pun makan gaji, ia tetap sama, kerana 'peruntukan 
kita' setiap bulan adalah daripada pemberi rezeki yang sebenar. 
Cuma bagi yang makan gaji, ia mungkin sudah selesa, kerana sudah 
tahu ada kemasukan sekian-sekian setiap bulan. Saya tidak salahkan 
orang makan gaji atau orang bekerja sendiri. Tetapi muhasabah 
untuk saya sendiri, kita perlu bekerja dan usaha luar biasa, sebelum 
itu sudah tentu gembirakan Pemilik Rezeki yang sebenarnya.

Itulah kehidupan, cabaran kehidupan kita di Malaysia begini, bagaimana
pula kehidupan saudara kita di Palestin, Syria, adakah kita sudah tidak 
ada pilihan lagi. Pilihan yang ada mahu atau tidak gembirakan hati  kita 
yang sebenar-benar, meluluskan berapa banyak rezeki yang kita perlukan, 
dan berapa banyak yang kita layak untuk dapat dan perolehi. 
Manusia dan kebendaaan adalah salah satu perantaraan sahaja.

Rancang bekerja dari rumah dari sekarang. Tidak kira secara online
mahupun offline. Mulakan secara sambilan sebelum sepenuh masa.

Layari  blog beliau http://naufalsayang.blogspot.com/

Blog Pilihan

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google


Bismillah.


Asalamualaikum.


Bekerjasama, salah satu cara yang saya pelajari di Akademi Belajar Di Rumah.  Hari ini saya berkongsi salah satu blog rakan dalam kumpulan saya.  Lawatilah blog beliau yang berkongsi maklumat dan panduan kewangan untuk surirumah.


Panduan yang diberikan sangat memberi manfaat.  Alhamdulillah.


http://monalitamansor.blogspot.com/


Teks     :  Monalita Mansor


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga

Kata orang-orang tua, jangan merayau sampai jauh malam.  Tengah malam waktu hantu syaitan tengah berdendang.  Namun, di era millenium ini waktu bekerja seseorang individu dengan individu yang lain berbeza.  Ada orang yang baru sahaja masuk kerja pada jam dua belas malam, atau baru sahaja menutup perniagaan pada waktu itu.

Ada yang baru sahaja hendak memasukkan wang pada waktu itu.  Berlainan kalau kita menjalankan bisnes online seperti sahabat-sahabat serumahtangga saya ini.  Begitupun ada pantang larang yang harus dipatuhi pada jam 12.00 malam dalam menjalankan proses perbankan.

Jika boleh, elakkan transaksi pada sekitar 11.45 malam sehingga 1.00 pagi.  kenapa?  Adakah hantu syaitan sedang berdangdut di mesin ATM/CDM/CQM?  Atau ada jin pakai toncet yang mengintai anda sedang menekan TAC request di medan perbankan online?

Sibuk

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Koleksi Peribadi


Bismillah.


Assalamualaikum.


Inilah rutin harian saya, mengambil dan menghantar anak - anak ke sekolah.  Bertambahlah lagi apabila anak - anak menghadapi peperiksaan tahun ini.  Ya! Allah, permudahkanlah urusanku, suamiku dan anak - anakku.


Mood ibu risau anak - anak hendak menduduki peperiksaan.Astagfirullah.  Walahu'alam.

Rutin

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google




Bismillah.


Assalamualaikum.


Rutin atau jadual sinonim dangan semua orang, bila terkeluar darinya alamat lintang pukanglah mengejarnya kembali.  Mahu ketawa pula, maklumlah saya sendiri pun masih menyesuaikan diri.  Biarlah tulisan di sini memberi peringatan untuk diri sendiri.


Seperti pesan guru online saya, Puan Aishah Hussein tulislah walaupun sedikit. Bagi membantu idea mengalir lancar
1. Jadikan kebiasaan menulis setiap hari.
2. Tulis walaupun 5 baris. Jadikan ia sebagai catatan harian kita, seperti sebuah              

     diari.


Saniah, usaha lagi.  Kembali ke landasan.
Astagfirulah.  Wallahu' alam.