Friday 27 December 2013

Pakej Mula Bisnes Online

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

InsyaAllah.  Berita baik buat semua yang ingin memulakan bisnes online atau servis di internet.

Saya percaya bermula tahun 2014 semakin ramai yang ingin memulakan bisnes di talian secara online bagi menambah pendapatan dan menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Alhamdulillah, dengan secara rasminya kini saya ingin menawarkan perkhidmatan bagi membina dua platform untuk mula bisnes online.

Tawaran ini khas buat mereka yang ingin miliki BLOG dan FAN PAGE untuk memulakan perniagaan atau perkhidmatan online tetapi tidak punya masa untuk mengikuti kelas online ataupun offline kami.

InsyaAllah.  Saya sendiri akan menghasilkan blog dan fan page perniagaan atau perkhidmatan online kalian . Perniagaan dan perkhidmatan online kalian akan di iklankan di http://sohodirectory.blogspot.com/ selama setahun.

Kalian juga akan diberikan BONUS 2 ebook untuk bacaan.

1. Ebook bernilai RM50 - boleh pilih antara 3 di bawah :
- Ebook Belajar Asas Blog
- Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
- Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

2. DAN Ebook bernilai RM25
- Ebook Superwahm Supermom

Untuk makluman kalian, SOHO DIRECTORY diiklankan oleh lebih 350 buah blog yang terhasil dari Akademi Bekerja di Rumah. Ini bermakna kalian boleh dapatkan traffik pengunjung dari 350 buah blog ini.

Ini adalah tawaran perkhidmatan saya bermusim, jadi dapatkan pekhidmatan ini sebelum menjejaki tahun baru 2014. Bermula 2014 kalian sudah boleh mulakan bisnes kalian secara online.





Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan hubungi saya di :
email : saniah.matsanat@gmail.com
sms/what apps : 0192828266
add saya di facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat

Tuesday 24 December 2013

Ebook SuperWAHM SuperMOM

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto dan rujukan : Puan Masayu Ahmad.

Bismillah.


InsyaAllah.

Bolehkah saya berhenti kerja dan mulakan bisnen online?
Bagaimana aya mahu mulakan, saya tiada pengetahuan?
Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti bekerja?

Dapatkan jawapan-jawapan tersebut dari ebook ini.

Ebook SuperWAHM SuperMOM

Tinta dari pengarang.

Pembaca disayangi Allah sekalian,
Selagi mana Allah memberikan saya rezeki dalam bentuk idea yang mencurah, maka selama itulah saya akan meneruskan daya juang dalam penulisan. Ini sahaja yang mampu saya tinggalkan agar seciput usaha ini mampu memberi motivasi dan inspirasi kepada lebih ramai diluar sana.

Catatan ibu, isteri dan wanita,
Selagi mana wanita itu bergelar isteri dan ibu, maka rumahlah tempat terbaik untuk kita kembali. Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah, dengan trend perkembangan internet memberangsangkan kita mampu lakukan sesuatu. Sesuai dengan fitrah dan tuntutan dalam Al-quran dan sunnah, kita kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung. Usaha kita, kerana mahu mengembalikan pesona didikan anak-anak bermula dari hasil air tangan ibu. Insya-Allah, saya percaya wanita-wanita yang berkongsi pengalaman di dalam ebook ini adalah wanita hebat yang sudah punya keputusan dan pilihan yang tepat. Dan saya juga amat yakin, kalian yang membaca ini juga akan mengambil langkah dan jalan yang sama. Semoga kita sama-sama meraih kejayaan dunia dan akhirat

Masayu Ahmad
24.2.2013

MILIKI NASKAH INI HANYA RM25 SAHAJA.

 Super Wahm, Super Mom

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah 2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad,
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi
Bab 5: Tips sukses urus masa 5.1 Pengurusan masa untuk wanita

5.2 Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7: Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

Apa yang menarik dalam ebook ini?


Kerjaya pertama saya selepas menamatkan pengajian adalah sebagai executive bank di HSBC Data Processing Centre di Cyberjaya pada tahun 2003. Dalam masa setahun dan menjadi process specialist dalam team berkenaan, saya berpeluang mempelajari selok belok customer service, berurusan dengan pelanggan bank di UK secara online dan di telefon, menghubungi pihak bank antarabangsa lain yang terlibat dalam ...urusan pemindahan wang dan bertanggungjawab melatih executive baru dalam proses berkaitan.

Pendedahan terhadap kemahiran customer service ini memberi semangat untuk saya memulakan perniagaan kraftangan perkahwinan secara online. Saya memulakan perniagaan maya bungatelur.com secara rasmi dari rumah pada tahun 2006 setelah berhenti kerja. Saya juga suka berkongsi pengetahuan dan berkemampuan mengajar orang lain yang berminat. Ini membolehkan saya menjadi tenaga pengajar untuk kelas bunga telur dan kelas decoupage.

Rutin adalah berbeza sebelum dan selepas saya mempunyai anak. 3 tahun pertama saya memulakan perniagaan, jadual kerja harian lebih bebas kerana saya cuma perlu memikirkan diri sendiri dan suami. Ada masa di mana saya sibuk menyiapkan tempahan, kami akan makan di luar atau saya boleh mengenepikan dulu urusan kerja rumah. Tetapi apabila sudah mempunyai anak, jadual berubah mengikut peringkat usia anak. Saya tidak mempunyai pembantu rumah dan tidak pernah menghantar anak ke pusat jagaan. 2 tahun pertama membesarkan anak, saya cuma mampu mengambil tempahan untuk 2-3 pelanggan saja. Selebihnya saya akan mengajar kelas decoupage atau kelas bunga telur 1-2 kali sebulan di hari minggu di masa suami dapat membantu menjaga anak. Waktu malam selepas anak tidur, saya gunakan untuk mengemaskini blog, laman facebook bisnes dan menjawab pertanyaan dari email pelanggan.

Sumber: Ebook Super Wahm, Super Mom.

Untuk tempahan sila bayar sini.
Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada : saniah.matsanat@gmail.com. atau pm saya.



Monday 23 December 2013

Jalan Terus.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

InsyaAllah.  Apabila membaca 'post' guru online saya, Puan Aishah Hussein. Saya amat bersetuju dengan apa yang beliau tuliskan. Perkongsian yang memotivasikan untuk saya kembali terus melangkah sebagai seorang yang lebih berkeyakinan.  Terima kasih, cikgu.  Usaha Tangga Kejayaan.


Kejayaan bukan datang bergolek.

Teks: Aishah Hussein

Alhamdulillah.  Tengahari tadi selesai sudah kelas offline.  Lewat petang badan sudah seram sejuk, tekak mula perit memberi tanda untuk berehat sebentar.  Terima dengan redha segala pemberianMU wahai Allah.

Bagi yang ingin mula bisnes dari rumah secara online, boleh mula dengan apa yang ada.  Bina blog dan fanpage untuk permulaan dan promo produk.  Apabila sudah pulang modal, tambah ilmu dengan belajar teknik pemasaran dari pakar IM yang lebih hebat.

Kejayaan bukan datang dalam sehari dua. kadang-kala makan tahun.  Perlu usaha dan istiqomah.  Jika cepat mengalah memang akan cepat ketinggalan di belakang.

Ada yang berharap apabila siap bina blog dan fanpage, jualan akan melantun-lantun.  Mungkin juga tidak mustahil jika produk kita memang produk yang laku keras.  Tetapi bagi yang baru menapak dan menjual produk yang banyak dijual oleh orang lain perlu lebih menonjol untuk menarik minat pelanggan. Blog perlu diisi dengan perkongsian yang menarik agar dapat menarik pembaca yang juga akan menjadi pelanggan kita suatu hari nanti, inshaallah.  Tidak semestinya gambar produk sahaja tetapi berkongsi tips dan kebaikan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah pembaca.


Bagi yang ingin mula bisnes online tetapi tidak tahu bagaimana hendak mula, boleh sertai Akademi Bekerja di Rumah dengan mendaftar di salah satu kelas berikut:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, fanpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

InsyaAllah.  Boleh baca pelbagai pakej pilihan hati di sini ataupun hubungi saya melalui

email : saniah.matsanat@gmail.com
facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat





Friday 20 December 2013

Akademi Bekerja Di Rumah.


Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.

Bismillah.


InsyaAllah, ini adalah antara sebab-sebab kenapa saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah.  Selain untuk menambah ilmu sedia ada.

1. Kelas adalah fleksibel-
Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah ada juga jejak, secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online.

2. Kumpulan sokongan.
Selepas selesai semua tugasan, peserta akan di serap masuk dalam group tertutup Akedemi Bekerja Di Rumah. Dari situ peniaga boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan.

3. Sangat sesuai untuk surirumah yang baru mahu mula, kurang tahu urusniaga asas, kurang tahu buat borang, kurang tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk kita sediakan produk.

4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar berjualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu.

5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumah yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.

6. Mula cabar diri untuk persediaan tahun baru. Tidak kira suri bekerja di rumah, atau suri bekerja luar rumah.

sumber dari : Puan Masayu Ahmad

------------------------------------------------------

InsyaAllah. Pendaftaran Disember sudahpun bermula. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Kurang tahu bagaimana cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, fanpage dan facebook. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga/pengurus online akademi.

InsyaAllah.  Pendaftaran kelas asas blog dibuka setiap hari.  Untuk keterangan lebih lanjut tentang kelas asas blog sini 
Rangkaian blog kami sudah menjangkau sehingga 340 blog. Beriklan dengan kami dengan kadar pakej serendah RM50. Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Email : saniah.matsanat@gmail.com
Facebook : Saniah Mat Sanat

Astagfirullah. Wallahu'alam.



Wednesday 18 December 2013

Pakej Rakan Niaga/Pengurus Online

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto: Saniah Mat Sanat

Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah

Bismillah.

Alhamdulillah.
Mahu mulakan bisnes tetapi tidak ada produk?
Kini kita tidak perlu risau lagi.

Peluang untuk menjadi Rakan Niaga/Pengurus Online kini dibuka.  Kita hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.  Kita hanya berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang kita perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

InsyaAllah dengan kesungguhan, kita boleh menjana pendapatan dari rumah.  Peluang ini boleh dipilih mengikut pilihan hati suri sekalian.

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada  
saniah.matsanat@gmail.com
atau sms/what apps : 0192828266
atau pm saya di Facebook

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila emel kepada  
saniah.matsanat@gmail.com
atau sms/what apps : 0192828266
atau pm saya di Facebook


Astagfirullah.  Wallahu'alam.


Tuesday 17 December 2013

Semakin Laju.

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.



Bismillah.

Alhamdulillah.  InsyaAllah.  Saya sudah melangkah laju menuju matlamat. Terkini Akademi Bekerja Di Rumah melantik saya sebagai pengurus online bertugas.

Menjadi tugas saya mempromosikan produk-produk dan pakej-pakej kelas online Akademi Bekerja Di Rumah.  Ia adalah satu cabaran juga untuk saya.  Nampaknya saya perlu lebih fokus untuk menjayakan  tugas ini.

Berbekalkan motivasi bersama rakan-rakan di akademi, saya yakin boleh.

InsyaAllah. Wallahu'alam. Astagfirullah.

Dapatkan maklumat lanjut untuk menjadi seperti saya di sini 



Pakej Belajar Asas Blog.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto: Saniah Mat Sanat dan ABDR.

Assalamualaikum tuan/puan.
Hai, saya Saniah Mat Sanat, Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)

Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
  • Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
  • Belajar asas berjualan melalui program dropship.
  • Belajar menjual produk fizikal.
  • Belajar menjual produk digital.
  • Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah
  • kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
  • kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
  • kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
  • kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
  • platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah

KELAS ASAS BLOG PENULISAN.

1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9. Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

KELAS ASAS BLOG MULA BISNES.

1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah. Menawarkan kelas berikut:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 1300 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet. Belajar bagaimana untuk mendapat RM50-100 untung bersih hanya melalui produk akademi, produk dan servis atas talian.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Apakah matlamat utama kelas ini :
1. Memberi pencerahan dan ruang kepada surirumah yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan sebagainya.

2. Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih 'meluas' dan bina 'rangkaian bisnes' sendiri. Kami adalah sebagai trek pemula, sebagai 'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online'.

3. Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.

Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.

Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.

PAKEJ KELAS ONLINE ABDR
Pakej 1: RM 150.00
Kelas Asas Blog & Penulisan
+ Bonus: 1 e-book Belajar Asas Blog

Pakej 2: RM180.00
Kelas Asas Blog & Penulisan
+ Bonus: 3 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik

Pakej 3: RM200.00
Kelas Asas Blog & Penulisan ATAU Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 4 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes


Pakej Pengurus Online ABDR
Pakej 4: RM250.00
 + Kelas Asas Blog & Penulisan ATAU Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 6 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Panduan Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes + Yeay Mama Sudah Resign + 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online (belum terbit)

Pakej 5: RM300.00
+ Kelas Asas Blog & Penulisan DAN Kelas Asas Mula Bisnes Online
+ Bonus: 10 e-book Belajar Asas Blog + Super Wahm Super Mom + Mula Bisnes Butik + 101 Idea Home Based Bisnes + Yeay Mama Sudah Resign + Rahsia Khidmat Pelanggan + Panduan Berpantang + 44 Resepi Pantang + 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online (belum terbit), Panduan Rakan Niaga (belum terbit)

Pendaftaran kelas online dibuka setiap hari.
Pengambilan pelajar sesi September 2015 sedang dibuka.

Apabila Puan/Cik Puan sudah bersedia untuk menyertai keluarga besar kami,
dijemput mendaftar dengan saya melalui:

email : saniah.matsanat@gmail.com
atau sms/what apps : 0192828266
atau pm saya di Facebook

Isi borang tempahan di sini.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh terus ajukan.
Terima kasih~

Sunday 15 December 2013

Ihsan kasih : Akademi Bekerja Di Rumah.

Bismillah.




InsyaAllah.  Bagi yang mahu menyumbang seberapa ikhlas untuk kelengkapan berikut buat saudara-saudara kita.

Telekung solat, kain pelikat, kain batik.

Salurkan derma ikhlas kalian ke akaun ini :

Maybank (114115128467 NOR AISAH HUSSEIN) atau

CIMB (14240016233520 NOR AISAH HUSSEIN)

Terima kasih atas sumbangan kalian.  Moga Allah membalasnya dan didoakan kalian dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan. Aamiin.

Sumbangan ini akan dihantar terus oleh Pengasas Akademi, Pn. Masayu Ahmad kepada pihak mereka pada hari Rabu ini.

Ihsan kasih : Akademi Bekerja Di Rumah.





Pakej Mula Bisnes Online.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.

InsyaAllah.  Berita baik buat semua yang ingin memulakan bisnes online atau servis di internet.

Saya percaya bermula tahun 2014 semakin ramai yang ingin memulakan bisnes di talian secara online bagi menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Alhamdulillah, dengan secara rasminya kini saya ingin menawarkan perkhidmatan bagi membina dua platform untuk mula bisnes online.

Tawaran ini khas buat mereka yang ingin miliki BLOG dan FAN PAGE untuk memulakan perniagaan atau perkhidmatan online tetapi tidak punya masa untuk mengikuti kelas online ataupun offline kami.

Saya sendiri akan menghasilkan blog dan fan page perniagaan atau perkhidmatan online kalian . Perniagaan dan perkhidmatan online kalian akan di iklankan di http://sohodirectory.blogspot.com/ selama setahun.

Kalian juga akan diberikan BONUS 2 ebook untuk bacaan.

1. Ebook bernilai RM50-boleh pilih antara 3 di bawah :


- Ebook Belajar Asas Blog
- Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
- Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

2. Dan ebook bernilai RM25.

- Ebook Superwahm Supermom



Untuk makluman kalian, SOHO DIRECTORY diiklankan oleh lebih 300 buah blog yang terhasil dari Akademi Bekerja di Rumah. Ini bermakna kalian boleh dapatkan traffik pengunjung dari 300 buah blog ini.

Ini adalah tawaran perkhidmatan bermusim, jadi dapatkan perkhidmatan ini sebelum menjejaki tahun baru 2014. Bermula 2014 kalian sudah boleh mulakan bisnes kalian secara online.

Hubungi saya di sini :
email : saniah.matsanat@gmail.com
sms/what apps : 0192828266
add saya di facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat

Wednesday 11 December 2013

Kenapa Blog.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google.



Bismillah.

Kenapa blog ? Soalan yang sering ditanyakan pada saya.  Ada beberapa sebab kenapa saya berblog.  Selain menambah ilmu, sudah tentulah untuk menambah pendapatan juga. Saya juga menambah kenalan dengan berblog. Inilah tujuan saya berblog.

Selain dari itu saya juga dapat mencapai impian saya untuk menjadi penulis.  Tentu semua ingat semasa kita berada di alam persekolahan, kita diminta mengisi ruangan cita-cita.  Saya dengan mudah menulis mahu menjadi penulis sebagai pilihan utama.  Saya masih ingat lagi guru kelas memandang saya dengan pandangan tidak percaya.

Alhamdulillah, sekarang saya sudah bergelar penulis walaupun sekadar penulis blog yang agaknya 'syok' sendiri sahaja.  Namun apa yang saya capai hari ini mungkin tidak tercapai andai tiada keizinan dari Allah.  Maklumlah sebagai orang baru dalam berblog ini banyak lagi yang perlu saya belajar.

Astagfirulllah.  Wallahu'alam.


Saturday 7 December 2013

LAPAN ‘P’ PETUA ERATKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI


Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google.


Bismillah.

InsyaAllah, petua ini jugalah yang saya amalkan sepanjang perkahwinan saya selama lima belas tahun.  Sepanjang perkahwinan, tipulah jika saya dan encik suami sentiasa sama sahaja pendapat kami.  Adakalanya berbeza pendapat juga.  Apapun, apabila kita sama-sama memberi dan menerima , kita akan merasakan kebahagiaan berkeluarga.  Cubalah saling bertolak-ansur dan sudah tentu sama-sama pentingkan sifat sabar.

Baiklah kali ini saya kongsikan lapan ‘P’ petua untuk mengeratkan kasih sayang antara kita suami dan isteri.

1. PERMOHONAN
Paling utama tentunya  kita berdoa kepada Allah supaya mengeratkan kasih sayang antara kita suami isteri serta dijauhkan dari godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.

2. PUJI
Semua orang sukakan kata- kata pujian.  Jadi setiap pasangan adalah perlu untuk saling puji memuji antara satu sama lain.  Contoh.. kalau isteri masak, suami boleh  memuji masakan tersebut atau mengucapkan terima kasih apabila pasangan kita memberikan pertolongan. 

3. PELUK
Ini satu tindakan fizikal yang utama.  Pasangan suami isteri hendaklah kerap memberi pelukan antara satu sama lain, sekerap yang mungkin.  Contohnya, kita berikan pelukan semasa suami hendak pergi bekerja dan selepas pulang dari kerja.  Pelukan adalah salah satu cara menunjukkan kasih sayang antara kita, suami isteri.

4. PENGHARGAAN
Tidak semestinya dalam bentuk metarial.  Mungkin dengan memasak masakan kegemarannya ataupun ucapan terima kasih.

5. PERHATIAN
Setiap pasangan perlu memberi perhatian antara satu sama lain. Mengambil berat antara satu sama lain.  Contohnya, apabila pasangan kita mempunyai hobi, berilah sokongan.  Ini kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

6. PERSEFAHAMAN
Setiap pasangan perlu sama-sama mengekalkan persefahaman antara satu sama lain.  Sama- sama tetapkan matlamat ke mana arah tuju.  Ini kerana tanpa persefahaman agak sukar untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

7. PERGAULAN
Suami isteri WAJIB menjaga pergaulan masing- masing dengan orang lain. Ini bagi mengelakkan pergaulan itu melampaui batas dan menimbulkan rasa cemburu dan juga boleh membawa kepada pembabitan orang ketiga.

8. PERCUTIAN
Orang kata sesi bulan madu kedua.  Suami isteri perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin. Bulan madu kedua ini boleh mengeratkan lagi kasih sayang dan mengimbau kembali kenangan pertama bulan madu.


Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Thursday 5 December 2013

Hari Indah.

Teks : Saniah Mat Sanat.



Bismillah.

Alhamdulillah.  Hari ini cuaca cerah dan matahari terang bersinar memberi cahayanya. Setelah beberapa hari ia tidak menjelmakan diri. 

Di sebalik hari yang indah, ada juga saudara-saudara kita di Kuantan, Terengganu dan Johor mengalami musibah banjir yang lebih teruk dari tahun sebelum ini.  Moga semua yang mengalami musibah kali ini tabah menghadapi ujian.

Alhamdulillah.  Semalam, saya juga menerima hasil pertama dari berblog.  Sebahagian dari rakan saya ada bertanya tentang pendapatan berblog.  Sukar juga untuk saya terangkan kerana tujuan saya berblog adalah mencari ilmu selain membina modal sosial yang diajarkan oleh mentor saya.

Pada pandangan peribadi saya, apabila bercerita mengenai berapakah pendapatan yang saya terima ia agak subjektif.  Ini adalah kerana rezeki yang Allah berikan tidaklah sama kepada setiap orang.  Walaupun begitu andai kita tidak berhenti berusaha dan terus berusaha, InsyaAllah ia milik kita.  Selain berusaha perlu juga kita tambah dengan berdoa.  Kemudian kita serahkanlah kembali urusan rezeki kita pada-Nya.

Sedikit perkongsian ilmu yang saya perolehi bolehlah kita sama-sama berkongsi.  Astagfirullah.  Wallahu'alam.