Thursday 24 April 2014

Terapi

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Selesai rawatan terapi.  Pertama kali, tertanya-tanya juga bagaimana caranya terapi muka dijalankan.  Alhamdulillah, setelah diterangkan dan ditunjukkan oleh ahli terapi baru tahu caranya.  InsyaAllah, selepas ini jalani senaman muka di rumah sahaja.  Perlu lakukan dua kali sehari.  Selama seminggu.

**********************************


Ada yang nak cuba Produk Baru - Set Nasi Mandy
Set ini mengandungi
-Beras Basmathi super long
-Rempah serbuk & tumis
Boleh makan 1 keluarga, 5 hingga 6 orang.

Ada dua pilihan.
1.Nasi Mandy Kambing Yaman
2. Nasi Mandy Ayam Saudi

Harga RM85-5 pek (kotak) sudah termasuk pos
1 kotak (set beras dan rempah)

Jika ada yang hendak mencuba set nasi Mandy ini boleh hubungi saya.
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266





Friday 18 April 2014

Bisnes Raya.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Salam Jumaat.  InsyaAllah, mulakan dengan diri kita terlebih dahulu.  Jalan terus.  Abaikan dan lupakan kisah semalam.  Berani berubah, sahut cabaran.  Mulakan dengan apa yang ada.

Saya sudah memulakan langkah, dari merangkak, sekarang saya sudah berjalan. InsyaAllah.  Tidak lama lagi berlari pula. Saya juga bermula tanpa ilmu, sesat dalam kegelapan.  Saya mencari- cari di manakah lampunya.  Akhirnya saya bertemu juga.

Sekadar luahan dari hati.  Sayangi diri.  Moga bermanfaat.  



Kelas Blog & Fanpage Borong Telekung Solat


Bismillah.  Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadhan yang penuh berkat.  Khas untuk mereka yang mahu mula bisnes musim perayaan.  Akademi Bekerja Di Rumah buka kelas borong khusus untuk kalian yang mahu belajar menjual borong.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kelas Borong Telekung Solat (Yuran Kelas RM250 Kelas premium)
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telkung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook rujukan

Kelas ini dikendalikan oleh salah seorang guru online akademi, yang merupakan pakar jualan borong bulan Ramadhan. Pendaftaran dibuka, dan mendaftar terus melalui saya ya.

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.


Berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Saniah Mat Sanat, Pengurus Online ABDR
Emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat




Sunday 13 April 2014

Bisnes Bulan Ramadhan.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.


Kelas Blog & Fanpage Borong Telekung Solat



Bismillah.  Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadhan yang penuh berkat.  Khas untuk mereka yang mahu mula bisnes musim perayaan.  Akademi Bekerja Di Rumah buka kelas borong khusus untuk kalian yang mahu belajar menjual borong.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!


Kelas Borong Telekung Solat (Yuran Kelas RM250 Kelas premium)
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telkung Solat Kanak-Kanak.
- Bonus 4 ebook rujukan

Kelas ini dikendalikan oleh salah seorang guru online akademi, yang merupakan pakar jualan borong bulan Ramadhan. Pendaftaran dibuka, dan mendaftar terus melalui saya ya.


Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.


Berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Saniah Mat Sanat, Pengurus Online ABDR
Emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat


Kelas Asas Akaun Offline Di Shah Alam.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Carian Google.


Bismillah.  Alhamdulillah.  InsyaAllah. Buat pertama kali, Akademi Bekerja Di Rumah mengadakan  bengkel kelas akaun offline.  

Sesuai untuk yang ingin mula bisnes dan yang sudah ada bisnes, tidak kira bisnes apa jua. Pengurusan kewangan sangat penting.  Ada yang buat jualan, duit masuk, masuk tetapi tidak pernah ada rekod.  Pada jangkaan dia, banyak untung.  Tetapi di akhir bulan masih  tiada duit simpan.  Masih kurang duit untuk tambah stok. Tiada duit lebihan untuk simpanan. 

Ada yang bercerita, duit untung bisnes ada lapan ribu tetapi tidak tahu pergi mana.  Sebenarnya, duit bisnes dan duit peribadi tidak boleh dicampur aduk.  Setiap sen yang keluar harus dicatit dan direkodkan.  Jika menggunakan duit bisnes, ia perlu diganti kembali. 
"Alah itu duit aku juga, buat apa nak ganti."  Jadi kalau bisnes tidak pernah ada untung jangan pening-pening pula fikir "mana pergi duit bisnes aku".

Kami buka penyertaan 50 peserta sahaja. Jurulatih kewangan profesional. 
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Berminat untuk sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Mahu belajar kelas secara online? Bergabung bersama kami, 600 blog, 13 guru online sedang bertugas. 21 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari.
1.Kelas online asas blog dan penulisan
2.Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
3.Kelas online iklan di mudah.my
4.Kelas online penulisan kreatif
5.Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
6 Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO - online dan offline
7. Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
8.Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
9.Ruang Iklan di Soho Directory

Berminat untuk sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266



Ulasan Kelas Asas Blog - Nor Fahdillahtul Lela Binti Khalil.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Rancang dan tetapkan matlamat.  Buat persediaan awal.  Tambah ilmu. Mulakan dengan apa yang ada.

Sumber : http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen.

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog.


Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes bakeri saya pada setiap pelanggan. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci.

***********
Mahu belajar? Bergabung bersama kami, 600 blog, 13 guru online sedang bertugas. 21 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari.
1.Kelas online asas blog dan penulisan
2.Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
3.Kelas online iklan di mudah.my
4.Kelas online penulisan kreatif
5.Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
6 Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO - online dan offline
7. Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
8.Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
9.Ruang Iklan di Soho Directory
http://sohodirectory.blogspot.com/

Berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Saniah Mat Sanat
Pengurus Online ABDR
Emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat


Friday 11 April 2014

Ulasan Kelas Asas Blog, Nurhidayah Bahari.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Semalam, saya ke Hospital Serdang mendapatkan rawatan susulan.  Doktor menyarankan saya mendapatkan rawatan terapi pula.  InsyaAllah, selepas ini saya akan dapatkan rawatan terapi.  Syukur atas limpahan rezeki dan nikmat dari Allah setiap hari.
Setiap ujian juga adalah satu nikmat.  Setiap ujian tandanya Allah masih sayang pada kita.

Sementara itu baca ulasan dari salah seorang peserta kelas asas blog, Nurhidayah Bahari.

"Tak ada idea nak tulis apa dekat blog ni,".
"Dah bersawang blog ni,".
"Dah berhabuk blog ni,".
Saya yakin ramai yang biasa dengar kata-kata ini.
Saya juga yakin ramai yang biasa menulis kata-kata ini juga.
Bagaimana saya tahu? Kerana saya juga dahulu begitu.
Sejak saya melahirkan Aspirasi Suri, banyak reaksi, komen dan pandangan yang diberikan oleh keluarga dan teman-teman terdekat juga dari guru online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Kebanyakkannya memberikan reaksi positif. Alhamdulillah. Namun pujian itu adalah amaran kepada saya agar jangan selesa. Masih terlalu banyak ilmu yang perlu digali. Banyak dan takkan pernah habis. Ada juga yang tidak percaya bahawa entri-entri ini ditulis oleh saya sendiri. Mungkin kerana selama ini mereka tidak pernah nampak sisi saya yang satu ini.
Membaca dan menulis adalah dua perkara yang sangat saya cintai. Saya mampu leka berjam-jam lamanya bergelumang dengan keduanya. Hingga terlupakan yang lain-lain. Cuma semenjak bertemu jodoh dengan ABDR, barulah saya nampak dengan jelas arah cita-cita yang perlu saya tuju. Bukan saya tidak pernah menulis blog sebelum ini. Tetapi hasilnya selalu merapu dan separuh jalan. Nyata, nak menuntut ilmu perlu berguru.
Sebelum bertemu dengan ABDR, saya adalah pelbagai. Pelbagai maksudnya disini adalah saya telah buat bermacam-macam perkara. Saya masih tercari-cari apa yang paling serasi dengan jiwa saya untuk saya titipkan didalam karya kehidupan saya. Saya keliru. Apa yang saya mahukan sebenarnya didalam hidup ini.
Saya pernah bekerja. Swasta dan kerajaan. Saya pernah menjalankan perniagaan Alat Tulis dan Fotokopi secara perkongsian namun masih tidak berpuas hati. Jiwa rasa kosong. Kemudian saya berjinak-jinak dengan produk kesihatan dengan menjadi pengedar. Produk kesihatan itu memang bagus tiada salahnya. Saya berjalan membuat jualan hampir RM6000 pada bulan pertama dan meningkat pada bulan kedua dan seterusnya. Ramai juga yang meminta tips bagaimana memasarkan produk berkenaan untuk menaikkan jualan. Kata mereka, 'iklan' yang saya buat best dan 'mencangkuk' minat pelanggan. Alhamdulillah. Segala puji untuk Allah S.W.T. jua. Tiada daya tanpa izin-Nya.

Namun masih saya merasakan ada sesuatu yang belum sampai. Tiada kepuasan. Apa yang saya pasti, cinta pada buku dan menyusun kata-kata memang sentiasa menjadi minat saya dari dulu lagi. Saya sangat suka membaca dan menulis tentang perkara yang berkaitan dengan diri saya. Tentang apa-apa yang mengingatkan diri saya. Contohnya bila saya terasa malas. Saya akan cari bahan bacaan tentang malas dan tulis tentangnya. Dengan cara begitu, semangat rajin datang kembali dan virus kemalasan beransur pergi.
Sehingga akhirnya saya membuat keputusan untuk menyertai ABDR. Alhamdulillah. Dibawah pimpinan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan Guru Online ABDR, Puan Nurzahwani Mohd Nor yang tidak jemu-jemu memberi semangat dan tunjuk ajar, maka terlahirlah Aspirasi Suri. Ruang saya menuntut ilmu. Ruang saya berkarya. Ruang saya menyebarkan secebis manfaat jika ada yang sudi membaca. Ruang mencari kepuasan tentang baca dan tulis.
Saya menetapkan matlamat untuk pergi lebih jauh dalam bidang penulisan ini. Semoga Allah S.W.T. mempermudahkan segalanya. Doakan saya ya. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad dan Guru Online Puan Nurzahwani Mohd Nor atas jasa bakti kalian berdua. Terima kasih semua yang menyokong saya dan Aspirasi Suri. Terima kasih.
Sumber: http://nurhidayahbintibahari.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-blog-online.html?spref=fb
==================================================

Bergabung bersama kami, 600 blog, 13 guru online sedang bertugas. 21 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari.
1.Kelas online asas blog dan penulisan
2.Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
3.Kelas online iklan di mudah.my
4.Kelas online penulisan kreatif
5.Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
6 Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO - online dan offline
7. Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
8.Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
9.Ruang Iklan di Soho Directory
http://sohodirectory.blogspot.com/

Jika berminat untuk sertai kami, boleh hubungi saya
Saniah Mat Sanat
Pengurus Online ABDR
Emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Fokus, Fokus, Fokus

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Carian Google dan Akademi Bekerja Di Rumah.
Bismillah.  Alhamdulillah.  Setelah berlaku pelbagai perkara sepanjang bulan Mac. saya dapat belajar banyak perkara.  Sekarang, saya mahu fokus menulis di blog ini dan terus belajar di akademi.  Satu demi satu nota dari cikgu saya baca supaya saya dapat kembali fokus.

Maklumlah lama sangat tidak menulis secara konsisten di sini.  Saya ingin mengutip dan menyedut  semangat yang hilang.  Walaupun saya sudah tamat belajar di kelas tapi adakalanya masih ada yang kurang.  Membaca nota-nota di kelas dapat mengembalikan fokus dan keyakinan untuk saya meneruskan penulisan di blog ini.
Ingin tahu di mana kelas dan apakah Akademi Bekerja Di Rumah baca ini tulisan rakan akademi saya dulu.


Sumber: http://haryatidulbahri.blogspot.com/2014/03/akademi-bekerja-di-rumah-abdr.html
Perasan tak logo ni di sebelah kanan side bar blog saya? Ya, inilah dia logo rasmi Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang direka khas oleh guru online saya iaitu Puan Nisa Nua @ Khairunnisa Hamzahara. Mesti ramaikan antara sahabat semua yang masih lagi tertanya-tanya apa ada pada ABDR ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya menulis entri berkenaan ABDR. Jika sebelum ini saya ada juga sebut-sebut nama ABDR ini dalam entri yang terdahulu. Hari ini merupakan hari yang ke 37 saya sebagai protege dalam ABDR ni. Masih berusaha keras untuk cukupkan 44 entri dan menyiapkan tugasan yang seterusnya. Dah macam akademi fantasia pulak. Tapi realitinya akademi ini bukan sebarang akademi. Apabila sudah berada di dalam akademi ini, satu persatu saya nampak manfaat dan kelebihannya. Lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri dan khususnya kepada sesiapa sahaja yang ingin bergelar WAHM (Working At Home Mom) yang berjaya. Inilah platform yang saya cari selama ini setelah bergelar surirumah sepenuh masa sejak Januari 2013.

Siapa Pengasas ABDR?
Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad.
Beliau merupakan suri bekerja dari rumah sepenuh masa (WAHM) dan sebelum ini merupakan seorang wartawan dan pengarang di sebuah syarikat penerbitan di tanah air.
Penulisan adalah fokus utama beliau dan wujudnya ABDR ini adalah sebagai kumpulan sokongan kepada suri yang mahu menjana pendapatan dari rumah dengan menggunakan platform blog dan fanpage di facebook. Melalui ABDR, fokus beliau sudah tentunya memberi panduan tentang ibu bekerja dari rumah atau lebih dikenali dengan WAHM (Working At Home Mom) dan pejabat di rumah (SOHO).
Sejak bergelar WAHM, beliau telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Jana RM Dari Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana Wang Di Rumah, Ebook Panduan Mula Bisness Butik, Ebook Super WAHM, Super Mom dan beberapa buku lagi yang bakal terbit.
Untuk kenali lebih mendalam tentang beliau, saya jemput sahabat semua untuk ke blog beliau iaitu di blog Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO).


Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)
ABDR merupakan satu kumpulan sokongan ataupun satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
Sehingga kini, ABDR adalah gabungan antara 400 blog peserta ABDR, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi.
Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Apa Yang Ditawarkan Dalam ABDR?
★Kelas online asas blog dan penulisan
★Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
★Kelas online iklan di mudah.my
★Kelas online penulisan kreatif
★Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
★Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
★Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
★Ruang Iklan di Soho Directory


Siapa yang boleh sertai ABDR?
✔Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
✔Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
✔Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
=>> Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
=>> Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
=>> Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
=>> Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
=>> Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
=>> Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
=>> Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Kelayakan dan syarat untuk menyertai ABDR?
Memiliki Ebook Asas Blog kerana ebook ini merupakan buku rujukan utama dalam kelas yang di anjurkan oleh ABDR.
Sertai mana-mana kelas, asas blog dan penulisan atau kelas asas blog dan fanpage untuk bisnes.
Perlu menguasai modul dan analisa pelajar.
Perlu aktif dan blog sudah melepasi syarat yang sudah ditetapkan.
Pemantauan adalah minima dan berdasarkan garis panduan Modul Guru Online.
Aktif, berdikari dan mudah untuk diberi panduan dan tunjuk ajar.
Arahan seterusnya adalah di dalam kelas dan saringan di peringkat awal.

Bagaimana untuk menyertai ABDR?

1. Untuk sertai ABDR, sahabat semua boleh terus hubungi:
Pn. Masayu Ahmad (pengasas ABDR) – https://www.facebook.com/masayu.ahmad

2. Ataupun guru online yang bertugas:
Zaila Mohamad – https://www.facebook.com/zaila.mohamad

Nisa Nua – https://www.facebook.com/nisanua

Anys Idayu – https://www.facebook.com/anies.aiz

Aishah Hussein – https://www.facebook.com/aishah.hussein7

Iryani Ahmad – https://www.facebook.com/iryani.ahmad.54

Norazizah Sudin – https://www.facebook.com/norazizah.sudin

Wani Mn – https://www.facebook.com/zahwanimn

Normi Yusof – https://www.facebook.com/mie.normi

Monalita Mansor – https://www.facebook.com/monalitamansor.1

Azura Abdullah - https://www.facebook.com/KuasaPengguna

Ashikin Hashim - https://www.facebook.com/ashikin.hashim.12?fref=ts

Netty Ah Hiyer - https://www.facebook.com/netty.hiyer

Mazlia Murat - https://www.facebook.com/mazlia.murat

3. Melalui protege dan rakan niaga ABDR (boleh lihat logo ABDR di blog mereka untuk memastikan mereka adalah ahli ABDR).

Kelebihan menyertai ABDR
*Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah.
*Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
*Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
*Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
*Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
*Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
*Protege ABDR juga layak menjadi pembantu kelas dan guru online sekiranya melepasi standard yang ditetapkan oleh ABDR.
*Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
macam-macam lagi kelebihan ABDR, yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.

Kepada sahabat semua, sekiranya anda berminat dan sudah bersedia, jom sertai kami di ABDR dan berani melakukan perubahan dalam kehidupan anda. Moga perkongsian berkenaan ABDR ini dapat memberi panduan kepada sahabat semua yang mahu menjana pendapatan dari rumah. Jadikan ABDR ini sebagai platform untuk kita berubah dan melangkah keluar dari kehidupan biasa kita.

Jika berminat untuk sertai kami di ABDR,

Boleh hubungi saya
Saniah Mat Sanat
Pengurus Online ABDR
SMS/whatsapp: 0192828266





Thursday 10 April 2014

Tips Ibu Sibuk.

Teks : Saniah Mat Sanat,

Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.
Alhamdulillah.  Saya sungguh gembira bersama-sama akademi.  Maklumlah bersama akademi saya bukan sahaja dapat menimba ilmu tapi mendapat sokongan secara tidak langsung dan langsung.  Tambahan pula bila berada di dalam kelompok yang sama, saya dapat menyedut aura positif dari semua.

Bukankah ini satu kebaikan.  Banyak yang saya pelajari termasuklah panduan mengurus masa.  Maklumlah kadang-kadang, saya sendiri tidak dapat fokus dalam menguruskan rumahtangga dan belajar dalam pada masa yang sama.

Tip masak ibu sibuk.
Kerja dari rumah juga sama seperti ibu yang bekerja luar rumah. Tidak sempat pun nak menonton senetron, apatah lagi mahu rehat santai sambil kunyah epal. Panduan berikut mungkin membantu bagi kalian yang katanya status wahm atau pemilik soho.
1. Masak yang mudah sahaja untuk sarapan.
2. Jika tidak sempat bagi anak minum air zam-zam dan tiga biji kurma sebelum keluar ke sekolah. Harapannya pagi hari sudah dibekal makanan sihat dan perut sudah diisi.
3. Lagi bagus kalau masak kaedah gabung, pagi dan tengahari, atau tengahari dan malam.
4. Contoh masak nasi dan sup sekaligus. Tengahari hanya panaskan dan tambah telur goreng sahaja. Sarapan yang mudah roti cicah milo.
5. Jika mahu gabungkan tengahari dan malam. Sama juga masak terus banyak tomyam dan nasi putih. Hanya tukar variasi, Nasi jadikan nasi goreng dan tomyam hanya panaskan, kalau mahu lagi hanya tambah telur dadar sahaja.
6. Kalau lagi mudah, pilih menu pantas dan mudah basuh. Mee goreng, spageti atau nasi goreng. Gabungkan dengan mana-mana menu anak suka makan.
7. Bagi anak-anak makan awal, jam 6 hingga 7.  Apabila malam, solat dan terus tidur awal sahaja.

Mungkin kalian SAHM atau WAHM ada idea lain untuk dikongsi. Silakan ya.
Hidup ini indah jika kita tahu pilihan terbaik dan lakukan terbaik.

Sumber : Wall Facebook Puan Masayu Ahmad(Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah)

Ingin tahu apa yang saya belajar di akademi.  Ini antara kelas-kelas dan servis yang ditawarkan.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my bersama guru Zaila Mohamad
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif bersama Guru Monalita Mansor dan Mazlia Murat.
5. Kelas akaun wahm/soho - kelas online dan offline
6. Kelas penulisan ebook pertama - kelas online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online - setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan - InsyaAllah.  Siap dalam tempoh tiga hari
9. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini

Apabila sudah sedia, hubungi saya:
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
Facebook: saniah.matsanat

Jika belum bersedia boleh mula baca 2 ebook ini sebagai persediaan
Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian.
Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.

Harga biasa RM100 untuk 2 ebook.
Harga promosi sekarang, RM50.
Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.
Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog:
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

PM kami cepat-cepat sebelum PROMOSI ini berakhir atau terus lakukan Tempahan.

Monday 7 April 2014

Entri Terkejut.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Terkejut sungguh hari ini, apabila membuka blog 'review blog' menunjukkan peningkatan mendadak.  Tak percaya rasanya,  sebab sudah dua minggu saya tidak 'post' apa-apa.  

Cerita kemalangan tempoh hari pun masih belum saya sambung lagi. Esok, saya masih perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. 

Pada 6hb April, bermulalah juga catuan air di kawasan perumahan saya.  Alhamdulillah, saya telah membuat persediaan awal.

Menulis mengenai persediaan awal, saya juga ingin memberitahu kalian semua mengenai kelas-kelas yang ditawarkan oleh akademi.  Ini antara kelas-kelas dan servis yang ditawarkan.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my bersama guru Zaila Mohamad
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif bersama Guru Monalita Mansor dan Mazlia Murat.
5. Kelas akaun wahm/soho - kelas online dan offline
6. Kelas penulisan ebook pertama - kelas online dan offline
7. Pendaftaran pengurus online-setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan
9. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
10. Keterangan lanjut tentang kelas dan pakej yuran boleh baca di sini

Apabila sudah sedia, hubungi saya:
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
Facebook: saniah.matsanat

Jika belum bersedia boleh mula baca 2 ebook ini sebagai persediaan
Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian.
Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.


Harga biasa RM100 untuk 2 ebook.
Harga promosi sekarang, RM50.
Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.
Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog:
Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

PM kami cepat-cepat sebelum PROMOSI ini berakhir atau terus  lakukan Tempahan.