Wednesday 23 July 2014

Hasil Pertama Dalam Penulisan

Bismillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Saya kongsikan juga kegembiraan salah seorang pelajar ABDR di sini. Saya suka.

 Hasil Pertama Dalam Penulisan

Berkongsi keterujaan Intan Haji Daut, antara pelajar perintis Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif kelas Cikgu Monalita Mansor, melihat cek pertamanya untuk cerpen pertamanya yang berjudul Goyah yang tersiar di majalah Wadah Siswa.

Menulis adalah proses. Intan mendaftar pada tahun lepas, dan beliau bukan penulis. Saya ulangi, Intan Haji Daut bukan penulis. Beliau hanya pembaca novel tegar dan kemudiannya menggunakan panca indera keenamnya dan kesungguhan yang bukan sedikit untuk belajar.

Teks= Intan Daut
Gambar= Koleksi peribadi
Alhamdulillah... hasil pertama dalam penulisan sudah di depan mata. Cuma yang pernah merasa tahu gembiranya macamana... Yang pasti, semangat untuk terus berada dalam bidang ini semakin meningkat. Kepercayaan kepada kemampuan diri sendiri juga mula bercambah.

Terima kasih kepada guru penulisan online saya Puan Monalita Mansor. Walaupun saya tergolong dalam golongan pelajar yang degil dan banyak songeh, berkat kesabaran dan bimbingan beliau, selangkah demi selangkah saya mula berganjak. Sesungguhnya keputusan memasuki Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif (Guru Online Monalita) adalah satu keputusan yang tepat.

Doakan saya dapat melangkah lebih jauh lagi dengan menyiapkan sebuah manuskrip novel (Mahar Cinta Cik Sitam). Dalam perancangan awal, saya akan cuba menyiapkannya sebelum berakhirnya tahun 2014.

****Lagi 13 cerpen, balik la modal beli laptop.****

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor. Kelas ini bersiaran secara 'online' sepenuhnya dan di bawah seliaan grup Akademi Bekerja dari Rumah atau grup Wahm SOHO

 Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Ramadhan Hampir Berlalu

Teks: Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulillah.  Ramadhan semakin hampir berlalu pergi.  Saya masih tertanya-tanya, apakah yang saya capai Ramadhan tahun ini.  Adakah lebih baik dari tahun sebelum ini atau masih ditakuk lama? Tepuk dada tanyalah hati.

Sebenarnya masih sempat lagi kita mengejar hari-hari terakhir Ramadhan.  Kekalkan semangat semasa awal Ramadhan.  Tambahkan dan lipat gandakan lagi usaha.  Niatkan di hati untuk mendapatkan malam LailatulQadar.

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar: 

Kerana mulianya malam "Lailatulqadar", Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amal ibadat yang membawa rahmat.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: " .. Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang lain) (1), sedang ia beriman (2) dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (3).
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).

1. Seperti membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu.
2. (Sedang ia beriman) yakni sedang ia percaya dengan yakin tentang benarnya keistimewaan malam Lailatulqadar yang mulia itu.
3. Fath Al-Bari (5:159).
Rasulullah s.a.w sendiri yang menjadi "contoh yang baik" telah menghayati - terutama sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan,  dengan beriktikaf di masjid(1) - mengerjakan pelbagai jenis amal ibadat,  untuk menyambut kedatangan malam "Lailatulqadar" yang mulia itu.

Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam yang akhir, dari bulan Ramadhan". (1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).
"Malam-malam yang ganjil" yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dari bulan Ramadhan.
Dalam pada itu, ada hadith yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadhan. (2)
Adapun hadith yang menyatakan bahawa malam yang mulia itu pernah ditemui dalam zaman baginda - pada malam 23 Ramadhan. (3)
Adapun hadith yang menyatakan bahawa Baginda pernah menyuruh seorang sahabat bertanya mengenai masa Lailatulqadar, supaya ia bersedia menghayatinya, pada malam 27 Ramadhan. (4)
Dari keterangan hadith-hadith yang tersebut dapat difaham bahawa "Malam Lailatulqadar" itu berpindah-pindah dari satu tahun ke tahun yang lain - dalam lingkungan "Sepuluh malam yang akhir" dari bulan Ramadhan.
Jelasnya masa berlakunya malam Lailatulqadar tetap dirahsiakan supaya setiap orang Islam menghayati sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan dengan amal ibadat,  kerana dengan cara itulah sahaja - mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharap-harapkan, yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia dan akhirat.
______________________________
1. Fath al-Bari (5:164).
2. Al-Fath al-Rabbani (10:279).
3. Kitab yang sama (10:281).
4. Kitab yang sama (10:284).

Boleh baca lagi beberapa kelebihan bulan LailatulQadar di laman web http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=10&j=3

------------------------

DROPSHIP ABDR





 [KENAPA PERLU MULA BISNES ONLINE SECARA DROPSHIP]
Dropship memang sangat sesuai untuk yang baru mula ingin belajar berbisnes. Tak perlu gah dengan lambakan stok, tapi belajar dulu cara dan kaedah yang betul berurus niaga, berinteraksi dengan pelanggan, cara ambil order, cara transaksi bayaran.

Jadi saya mengalu-alukan mereka yang mahu mula belajar berbisnes, sertai dropship ABDR, kami tawarkan produk sambil belajar menggunakan salah satu medium pemasaran yang sangat efektif. Belajar menggunakan blog untuk mempromosi produk.
Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship bersama Akademi Bekerja di Rumah.

Kami buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1.dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3.dropship makanan sunnah dan produk islamik

5 langkah mudah DROPSHIP ABDR
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan

tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Saturday 5 July 2014

Bekerja Dari Rumah. Guru online - Puan Aishah Hussein


Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulillah.  Ini catatan guru online saya. Moga bermanfaat.  Saya suka.

Catatan guru online:
1. Puan Aishah Hussein
Sumber: http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/09/bekerja-dari-rumah.html

Sejak 2, 3 hari lalu, ramai juga yang bertanya saya sudah berapa lama berhenti kerja dan berkecimpung di dalam bisnes online.  Saya tidak sedar sebenarnya sudah 5 bulan, atau patut kah saya sebut baru 5 bulan.  Bagi saya sendiri, saya rasa seolah-olah seperti sudah lama.

Kenapa saya kata kan begitu.  Saya tidak rasa seperti saya tidak bekerja, sebenarnya.  Walau saya berada di rumah sama seperti saya masih bekerja.  Yang beza adalah saya lebih bebas untuk menyusun masa saya sendiri dengan bekerja dari rumah.  Tiada istilah bosan walaupun saya berada sepanjang masa di rumah.

Ketika saya membuat keputusan untuk berhenti kerja, saya tidak tahu apa yang akan saya buat untuk mengisi lapang apabila duduk di rumah nanti.  Apa yang saya boleh lakukan untuk menjana pendapatan untuk membantu suami.

Alhamdulillah, Allah Maha mendengar doa dan rintihan saya.  DIA buka kan jalan bagi saya untuk bertemu dengan pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah di alam maya.  Bermula dengan mendaftar di kelas asas blog secara online, saya juga mula didedahkan dengan ilmu bisnes dropship.  Memang sangat bersesuaian dengan keadaan saya yang baru berhenti kerja dan tidak mempunyai modal untuk mulakan bisnes.  Sambil menyiapkan blog untuk memenuhi kriteria Akademi Bekerja Dari Rumah, saya diberi peluang untuk menjadi pembantu Kelas Asas blog.  Sambil belajar sambil mengajar.   Semuanya secara online.

Akademi ketika itu bermula dengan hanya 10 orang peserta.  Kami saling bekerjasama berbincang tentang tugasan yang diberikan untuk kelas.  Dari situ, latihan mengajar dengan tersendirinya terbentuk pada para peserta.  Walaupun peserta-peserta ini datang dari pelbagai latarbelakang pengalaman dan pekerjaan, mereka dapat bersatu di dalam akademi sebagai suri rumah yang bekerja dari rumah. Ini menjadikan akademi sebagai satu kolam untuk kami berkongsi ilmu dan pendapat.

Kini akademi ini telah mempunyai lebih dari 100 peserta dan sudah ada 7 guru online.  Alhamdulillah, saya kini aktif sebagai salah seorang guru online.  Mengajar peserta secara online, tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini.  Tetapi itu lah yang memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan dari rumah, di samping menjalankan bisnes-bisnes lain.

Sebagai seorang guru online tidak bermaksud saya tidak boleh bergerak ke mana-mana.  Jadual kelas adalah fleksibel.  Peserta hanya berhubung dengan guru melalui message di facebook.  Nota untuk kelas semua diberikan di dalam kelas online.  Peserta hanya perlu baca dan rajin berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan kepada guru.

Mudahnya kelas online begini kerana peserta dengan guru boleh berhubung melalaui online.  Bemaksud, hanya perlu ada kelengkapan gajet, kelas boleh terus bermula.  Gajet tidak perlu yang canggih-manggih.  Gajet wajib adalah talian internet atau broadband dan  laptop atau PC.   Telefon bimbit yang canggih akan memberi kelebihan kepada peserta untuk membuat tugasan walau di mana mereka berada.  Malah ada pelajar saya yang hanya menggunakan telefon sehingga kini untuk membuat tugasan di blog beliau.  Sekali- sekala beliau akan ke perpustakaan awam menggunakan komputer di sana untuk membetulkan layout blog.  Di mana ada usaha di situ ada jalan.

Peserta di dalam kelas saya juga bukan hanya yang berada di Selangor, malah ada peserta yang datang dari Kelantan dan sejauh Sabah.  Jadi jarak bukan penghalang untuk sesiapa sahaja untuk menyertai kelas ini.  Yang penting minat dan semangat dari peserta sendiri.

Kami guru online di akademi sentiasa berbincang dengan pengasas untuk menambaik Akademi Bekerja Dari Rumah.  Moga niat kami untuk menyediakan platform buat suri rumah di luar sana menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing diberkati Allah hendaknya.
-------------

Pendaftaran untuk kelas-kelas di Akademi Bekerja di Rumah dibuka setiap hari. Bergabung bersama kami 780 blog di ABDR.
Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes - 5hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://sohodirectory.blogspot.com/

Sempena ramadhan, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih buka pendaftaran bisnes dropship berikut:

1. Bisnes Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Telekung solat runcit dan borong
4. Bisnes produk islamik

> Stok ada sepanjang tahun
> Tidak perlu simpan stok
> 5 langkah mudah: Daftar, blog jualan, fanpage, ambil komisyen & urus pesanan


Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266



Ulasan Kelas Asas Blog dan Fan Page (Mula Bisnes) - Norul Badri Daud

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Hari ini, kita baca dulu catatan dari salah seorang pelajar ABDR.  InsyaAllah, moga bermanfaat.
--------------------
Guru online : Anys Idayu Haji Zakaria
Protege : Norul Badri Daud
Sumber : http://norulbadridaud.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-asas-blog-bersama-abdr.html

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat dan nafas yang diberikan Allah s.w.t.
Semoga perjalanan hidup kita hari ni lebih baik daripada semalam dan diberkati serta dilindungiNYA.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sesuai dengan ungkapan tersebut, sebagaimana permulaan saya bersama ABDR.

Syukur ke hadrat Allah yang mempertemukan saya dengan rangkaian akademi bekerja dari rumah. Dari hari ke hari bertambah bilangan ahlinya. Saya menyertai ABDR di bawah seliaan cikgu Pn. Anys Idayu Zakaria. Satu rangkaian yang semakin berkembang yang diasaskan oleh sifu iaitu Pn. Masayu  Ahmad. Dalam akademi ni, kita akan di pantau oleh guru yang sentiasa komited untuk membantu jika ada yang kita tidak faham.

Terima kasih cikgu, jasa mu cukup besar dalam menyampaikan ilmu.

Walaupun saya adalah ibu yang masih bekerja di pejabat, namun tertarik untuk menyertai ABDR. Ini kerana, saya ingin menjana pendapatan sampingan secara online. Blog merupakan medium yang sesuai untuk perkongsian dan jana pendapatan selain fb, instagram & twitter. Sebelum ini, saya pernah mempunyai blog dengan cara google sendiri. Namun membuat blog dengan mempunyai guru adalah suatu pengalaman yang berbeza.

Walaupun baru 3 bulan menyertai ABDR dan masih bertatih, namun Alhamdulillah traffik hingga hari ni telah melebihi 4k!. Dengan menyertai ABDR juga , secara tidak langsung pelbagai ilmu baru dan tip-tip yang kita dapat perolehi sesama ahli.
Nasihat saya bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan atau bercita-cita untuk berhenti kerja makan gaji, amat sesuai menyertai ABDR. Yuran yang dikenakan juga berpatutan. Kelas dan masa juga adalah mengikut kesesuaian kita sendiri. Kita juga dibimbing sehingga kita mula yakin dengan langkah sendiri.

Dengan bergabung bersama kami di akademi, pastinya jaringan bisnes lebih luas dan capaian blog lebih tinggi kerana ada lebih 750 blog yang bergabung dalam membantu sesama ahli bagi menaikkan carian blog kita di google.

Salam kasih sayang. Sampai jumpa lagi.
---------------------
Kelas online asas blog dan fanpage (mula bisnes)
Bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara.  Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage dan facebook.  Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.  Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)

a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Friday 4 July 2014

6 Ramadhan

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulilllah.  Sudah enam hari berlalu, sudah menghampiri seminggu Ramadhan.  Semakin bertambah hari, semakin sedih pula untuk meninggalkan Ramadhan.  Sekejap sahaja masa yang berlalu.  Tertanya-tanya juga berkualitikah puasa untuk tahun ini?  InsyaAllah.  Allah sahaja yang Maha Mengetahui.  Kita jalankan sahaja ibadah kita sebaik mungkin.

Alhamdulillah.  Ramadhan kali ini, usaha kami sekeluarga berjalan lancar.  Tambahan pula, anak-anak sudah bertambah matang untuk memahami ibadah puasa.  Berbuka dan bersahur dengan sederhana sahaja.

Semalam saya sediakan jemput-jemput ikan bilis+kentang+bawang holland dan nasi berlauk sup ikan.  Hari ini pula, saya sediakan nasi goreng tomyam untuk berbuka.  Mudah dan ringkas.  Alhamdulillah.
-------------------

Pendaftaran untuk kelas-kelas di Akademi Bekerja di Rumah dibuka setiap hari. Bergabung bersama kami 780 blog di ABDR.
Kelas online dan offline kami, adalah seperti berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog fanpage mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas penulisan kreatif
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas akaun wahm, soho, bisnes kecil
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas beriklan mudah.my
8. Pendaftaran rakan niaga pengurus online ABDR
9. Tempahan blog bisnes - 5hari siap
10. Beriklan dengan kami pautan 750 blog http://sohodirectory.blogspot.com/

Sempena ramadhan, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih buka pendaftaran bisnes dropship berikut:

1. Bisnes Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Telekung solat runcit dan borong
4. Bisnes produk islamik

> Stok ada sepanjang tahun
> Tidak perlu simpan stok
> 5 langkah mudah: Daftar, blog jualan, fanpage, ambil komisyen & urus pesanan



Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Thursday 3 July 2014

5 Ramadhan

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismilllah.  Satu hari telah berlalu.  Alhamdulillah.  Menu berbuka semalam, nasi lemak pandan + sambal sotong + sambal ikan bilis + ayam goreng.  Saya sediakan juga bubur kacang dan kuih kasturi.  Air pula, saya sediakan air jus rossele.  Setakat hari ini masih dapat bertahan tidak membeli di pasar Ramadhan.  InsyaAllah.  

Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

-------------------

Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam.
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya

Kami menyediakan pakej pilihan yuran berdasarkan keperluan, minat dan bajet tuan dan puan.  Moga bermanfaat.  Saya suka.
Untuk keterangan lanjut klik di sini.


Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Wednesday 2 July 2014

Tips Berblog Lagi.


Teks : Saniah Mat Sanat.

Tips ini saya "copy" dan "paste" dari pengasas ABDR.  InsyaAllah.  Perlu fokus,fokus dan fokus lagi. Kejayaan tidak datang bergolek.  Paling penting pandang hadapan dan jalan terus.  Kutip dan tambah ilmu. Ilmu + Amal.

Tips asas blog, meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan.
Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali, ini sangat penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan online.
Analisa asas sebelum memulakan create blog, mula dengan penjenamaan email
Tips jejak google
1. Nama kita sebagai penjenamaan, contohnya - Aishah Hussein
2. Email juga penjenamaan aishah.hussein@gmail.com
3. Blog http://aishah-hussein.blogspot.com/

Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google.
sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum?
Guru online saya, Puan Aishah sudah mula menapak carian 1 hingga 10.
1 carian mewakili 10
10 mewakili 100 carian pertama
Usah letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google
Cuba letak nama pengasas ABDR, Masayu Ahmad, hampir 10 carian itu penuh.
Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut kad pengenalan.
-------------------

Kami masih buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islami
5 langkah mudah
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan
tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran
Bagi yang mahu dan ingin bersama jemaah kami, boleh mendaftar mana-mana pilihan, 1, 2, 3. Sudah sedia baru daftar ya.

Menuju 1000 blog di Akademi Bekerja di Rumah bulan Ramadhan ini.
Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes--> InsyaAllah, 5 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266


Wan Rohaniah Wan Abdullah - Ulasan Kelas Blog Pengurus Online Akademi

Guru online : Anys Idayu Hj Zakaria
Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah
sumber :  http://wanrohaniahwanabdullah.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-blog-pengurus-online.html

Alhamdulillah, sedar tak sedar entri di blog ini dah pun melebihi 25 entri. Sekejap saja rasanya. Maknanya saya sudah berada di pertengahan tugasan 44 entri yang ditugaskan di dalam kelas sebagai pengurus online akademi.

Saya diperkenalkan kepada blog pada tahun 2005 lagi. Suami saya yang perkenalkannya kepada saya. Dan dari satu blog waktu itu, saya telah membuka sehingga 4 blog untuk mencatat dan berkongsi minat saya. Tetapi, lama-kelamaan blog-blog saya itu menjadi semakin sepi dan bersawang, tidak diupdate. Nak kata saya sibuk, orang lain lebih sibuk dari saya rasanya. Semangat untuk menulis entri hilang entah ke mana.

Saya tahu blog adalah satu medium yang boleh dikatakan agak kuat pengaruhnya, jika kena pada gayanya. Tetapi itu hanya boleh dicapai sekiranya ada tunjuk ajar yang diberikan. Saya selalu melawat blog-blog yang terkenal sama ada di dalam negeri mahupun yang luar negara. Saya berimpian untuk mempunyai blog seperti itu. Maka saya membuat carian di internet. Dan carian saya membawa saya kepada blog Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja di Rumah. Dari blog beliau, saya dihubungkan kepada facebook beliau. Dari situ, saya berkenalan pula dengan guru saya sekarang iaitu Puan Anys Idayu. Melihat kepada penerangan yang diletakkan pada status fbnya membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas yang ditawarkan oleh ABDR.

Akhirnya saya mendaftar sebagai salah seorang pengurus online akademi. Apa yang saya suka dengan kelas ini adalah soalan analisa yang diberikan pada permulaan kelas. Sebelum kita melakukan apa-apa, kita perlu menjawab beberapa soalan yang dikatakan akan memberi perisian kepada apa yang akan saya lakukan nanti.

Dari soalan analisa tersebut, satu lagi saya suka apabila saya diminta mencipta email dan blog dengan nama yang diberikan oleh cikgu. Tidak terlintas difikiran saya yang nama email dan blog boleh memainkan peranan satu hari nanti. Dan saya juga diberi fokus kepada blog yang akan saya bangunkan, siap dengan label tajuk yang patut saya tumpukan.

Kemudian, senarai tugasan diberikan dan antara tugasan yang perlu dibuat adalah menulis 44 entri di blog. Jika sebelum ini saya tiada semangat untuk update blog, tetapi disebabkan tugasan yang diberi, ditambah pula dengan label tajuk yang diberi berserta fokus blog, saya merasa terpanggil untuk menulis entri baru setiap hari. Dan idea juga datang dengan mudah kerana adanya tajuk label tersebut. Memang mengujakan.

Di dalam kelas ini juga lah saya belajar bagaimana membuat fan page di facebook, yang sebelum ni memang saya tidak tahu langsung bagaimana melakukannya. Begitu juga dengan membuat borang tempahan. Serta tab-tab yang ada pada blog.

Tidak cukup dengan semua ilmu ini, sokongan yang tinggi juga diberikan oleh semua rakan-rakan di dalam akademi ini bagi memastikan blog ini tidak sunyi. Jika saya ada persoalan yang tiba-tiba datang, saya peroleh jawapannya secara serta-merta, sama ada dari cikgu online saya mahupun dari rakan-rakan akademi.

Akhir sekali, saya juga berpeluang untuk menjana pendapatan sebagai pengurus online akademi di mana produk-produk akademi yang banyak dan pelbagai boleh saya promosikan. Mana nak dapat, ilmu diberi, peluang dapat duit pun diberi sama.

Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang ingin menukarkan statusnya kepada suri rumah yang bekerja di rumah, kelas-kelas yang ditawarkan oleh akademi ini adalah amat sesuai. Tambahan pula, semua kelas diadakan atas talian dan waktu yang fleksibel memang memudahkan para suri.

Harapan saya agar akademi ini akan menjadi satu akademi yang sangat berpengaruh suatu hari nanti dan para suri rumah atau wanita berkerjaya yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah akan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang ada di dalam akademi ini. Sama-samalah kita doakan
--------------------------------------------------------------
Pendaftaran Pengurus Online Akademi
- Dengan menjadi Pengurus Online (PO) Akademi, tugas kita adalah untuk mempromosikan produk dan servis yang ditawarkan di ABDR.
- Produk dan servis ABDR adalah permintaan sepanjang tahun. Banyak pilihan kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh akademi. Selain itu, produk digital ABDR adalah seperti ebook dan pakej ebook hasil penulisan Puan Pengasas, guru-guru online dan rakan ABDR.
- Semua transaksi adalah secara atas talian (internet) sahaja.  Kita tidak perlu risau untuk memikirkan masalah penghantaran dan pengiraan kos penghantaran.
Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

4 Ramadhan

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulillah.  Sudah hari keempat Ramadhan.  Semalam, berbuka puasa bersama dengan mak dan adik.  Sempatlah buat kuih buah melaka (onde-onde) dan mee rebus.  Sebenarnya semalam tiada air di kawasan perumahan saya.  Itulah sebabnya kami sekeluarga berbuka di luar.

Semalam, saya juga ada temujanji dengan doktor mata di Hospital Serdang.  Alhamdulillah, tiada lagi temujanji selepas ini.  Kemudian,  saya ke kedai borong kurma.  Ambil stok.  InsyaAllah, akan saya update lagi mengenai kedai borong kurma ini.

Banyak juga tugasan semalam sebenarnya.  Antaranya, ke Jalan Pasar, Kuala Lumpur.  Bila pulang, jam sudah menunjukkan jam dua setengah petang.  Ambil anak pula.  Keletihan juga.  Ujian bulan Ramadhan.

Sahur pagi ini, masih masakan ringkas.  Saya sediakan masak lemak sayur kobis dan ikan goreng.    
***********

Menuju 1000 blog di Akademi Bekerja di Rumah bulan Ramadhan ini.
Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes--> InsyaAllah, 5 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Tuesday 1 July 2014

3 Ramadhan

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulillah.  Sudah tiga Ramadhan.  Masih berjaya memenuhi kpi bulan Ramadhan untuk tahun ini.  Anak-anak juga mengikut sahaja.  Antaranya tidak membeli di pasar Ramadhan.  Ini pun sudah kami sekeluarga amalkan sejak beberapa tahun yang lalu.  Satu langkah penjimatan yang sungguh berkesan di bulan Ramadhan ini.

Semalam, saya keluar membeli sedikit barang keperluaan, sempat juga mencapai buku Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgizi tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.  Walaupun sebahagian isi kandungan buku ini dapat saya baca di laman web beliau iaitu www.saifulislam.com tapi saya masih mahukan buku fizikal yang dapat saya sentuh dan ambil baunya.

Sinopsis

Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Daulah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi.
Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) beliau di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa.
Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namu terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada memperomosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman.
Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40-an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.

Sumber : http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3785
************

Menuju 1000 blog di Akademi Bekerja di Rumah bulan Ramadhan ini.
Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes--> InsyaAllah, 5 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266