Tuesday 25 November 2014

Mula Bisnes Dropship


Mula Bisnes Dropship
Perkongsian puan N
Mahu kenal siapa puan N?

Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.
Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.
Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.


DROPSHIP ABDR
 KENAPA PERLU MULA BISNES ONLINE SECARA DROPSHIP]
Dropship memang sangat sesuai untuk yang baru mula nak beljar berbisnes. Tak perlu gah dengan lambakan stok, tapi belajar dulu cara dan kaedah yang betul berurus niaga, berinteraksi dengan pelanggan, cara ambil order, cara transaksi bayaran.

Jadi saya mengalu-alukan mereka yang mahu mula beljar berbisnes, sertai dropship ABDR, kami tawarkan produk sambil beljar menggunakan salah satu medium pemasaran yang sangat efektif. Beljar menggunakan blog untuk mempromosi produk.

Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship bersama Akademi Bekerja Di Rumah.

Kami buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1. dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. dropship makanan sunnah dan produk islamik










5 langkah mudah DROPSHIP ABDR
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan

tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran


Mahu belajar dropship dan asas bisnes online?
Pendaftaran dibuka.

Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel: saniah.matsanat@gmail.com



Berkenalan dengan Pengurus Online Akademi, Fiza Aziz.



Hampir tujuh bulan berlalu sejak saya menyrtai keluarga besar (yang semakin bertambah) Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR ni.

Semenjak saya mendaftar dan mula belajar di ABDR, saya dapat ramai kawan baru. 'Follower' kat sini pun dah makin bertambah. Syukur Alhamdulillah.

Terus-terang saya katakan, pada mulanya saya tidak yakin bahawa saya akan mempunyai 'follower' di blog saya. Saya bukan siapa-siapa dan tak punya apa-apa kepakaran atau kemahiran. Atas sebab itulah saya ingin belajar.

Pada mulanya, saya hanya menulis mengikut 'guideline' yang diberikan oleh sifu saya cikgu Anys Idayu Zakaria. Namun lama-kelamaan, saya semakin yakin untuk menulis dan berkongsi cerita. Syukur sangat saya dipertemukan dengan insan-insan luar biasa di ABDR ni walaupun hanya di alam maya.

Apa yang saya suka sangat tentang ABDR ni? Hah, mari sini nak cerita:

Sifu-sifunya terdiri daripada insan baik hati yang InshaaAllah sentiasa ada untuk membantu
Jemaahnya terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti jurutera, arkitek, pakar jahitan baju, kraftangan, pakar kecantikan dan kesihatan, juru hias dalaman, penulis tersohor dan ramai lagi yang mempunyai kehebatan dalam bidang masing-masing.
Mereka semua ni, sangat la mesra alam. Hulur saja salam persahabatan samada 'add friend di fb' atau 'add di google' pasti akan disambut dengan tangan terbuka. Kenapa senang sangat? Sebab nampak je logo ABDR dah tahu kami dari rumpun yang sama.
Yang penting sekali, mereka ni ada AURA POSITIF. Setiap kali rasa 'down', kecewa, putus asa, putus harapan, buat je 'blog walking' kat blog mereka ni. Gerenti boleh 'up' balik semangat yang hilang tu.
We didn't know each other, but we support each other. Ukhuwah tetap terjalin walau di mana berada.
Dan yang paling best boleh belajar tentang bisnes. Saya dah lama teringin nak belajar berniaga tapi selalu buntu dan tak tahu nak mula. Di ABDR ni lah saya belajar. Dari langkah pertama sampai sekarang cikgu saya tak pernah jemu nak ajar. Siap sediakan produk lagi untuk saya mulakan bisnes online saya sendiri.

Berkenalan dengan Pengurus Online akademi Fiza Aziz
http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/
Kelas blog bisnes
Kami terima pendaftaran setiap hari.

Catatan 1.


Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah. Alhamdulillah. Hari ini bersarapan dengan roti canai segera dan berkuahkan kari daging semalam. Salah satu menu pagi yang ringkas dan mudah.

Sudah tiga hari saya mengurangkan aktiviti di sini. Saya ketinggalan banyak maklumat dari group dan rakan-rakan yang bermanfaat. Misi sudah selesai.

InsyaAllah, hari ini akan kembali aktif.
Moga Allah memberi kekuatan dan kelapangan bagi saya mengimbangi masa untuk dunia dan akhirat.

Yang minat nak sertai ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut.
Bergabung bersama kami 860 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
Grup Coaching :
27 Nov 2014, Khamis di Bandar Tun Hussein Onn.
27 Nov 2014, Putrajaya
Kelas Online -
1/12/14, Isnin
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Tuesday 18 November 2014

Tips urus masa/tekanan suri kerja dari rumah.

Tips urus masa/tekanan suri kerja dari rumah

Kata suri K
"Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus."
-Ada lima check point harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap
-Sebelum anak-anak bangun, kita perlu bangun dahulu. Mulakan apa boleh selesai.
-Sebelum bagi anak-anak makan, kita dahulu perlu kenyang
-Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu
-Buat senarai malam hari 1 hingga 20
-Pilih yang berat untuk diselesaikan pada jam awal pagi
Itu dulu.
Pakar motibasi mak jemah
http://MasayuAhmad.com
Baca naskah ini dulu, perkongsian sebenar ibu-ibu bekerja dari rumah.

Perkongsian dari Puan Masayu Ahmad, pengetua ABDR.




Kelas asas Akaun Offline


[Kelas asas Akaun Offline]




Pendaftaran bagi bulan November sudah dibuka.
Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.

Grup Coaching dibuka bagi 2 tarikh dan lokasi berikut.
Tarikh: 20 Nov 2014, Khamis.
Lokasi: Putrajaya
Masa: 9.30pg - 4.00ptg
Tarikh: 27 Nov 2014, Khamis.
Masa: 9.30pg - 2pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
Pilih lokasi dan tarikh.
Yuran RM250.

Baca ulasan di sini.

Pendaftaran di sini

Thursday 6 November 2014

Peperiksaan.

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulillah.  Peperiksaan akhir tahun sudah selesai.  Sudah menjadi rutin setiap tahun, setiap kali anak-anak menghadapi peperiksaan saya akan memberi sepenuh perhatian kepada mereka sahaja.  Salah satu alasan kenapa blog lama tidak ada update.  Selain semangat yang ke laut dan talian internet yang perlahan.  Bila lama tidak menulis, idea pun sekejap ada, sekejap tiada.  Bila tengah buat kerja lain, ada pula idea.  Duduk depan komputer idea hilang ke mana.  

Baiklah, saya kongsikan dahulu bagaimana untuk kita bersedia sebelum, semasa dan selepas anak-anak menghadapi peperiksaan.

Sebelum peperiksaan.
1. Jaga kesihatan anak-anak. 
2. Pastikan alat tulis anak-anak lengkap.  Anak yang sudah besar boleh berikan senarai semak.
3. Minta anak-anak-anak tidur awal. 
4. Pastikan anak-anak sarapan pagi dan pergi ke sekolah lebih awal dari biasa.
5. Berdoalah banyak-banyak bagi yang Muslim.
6. Bertawakal pada Allah swt.

Semasa peperiksaan.
1. Pelepasan tugas harian untuk anak-anak.
2. Pastikan kita ambil cuti. 
3. Banyakkan berdoa dan Solat hajat.

Selepas peperiksaan.
1. Teruskan berdoa. 
2. Jika ada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, galakkan anak-anak ikut dan memberi             komitmen. 
3. Isi masa anak-anak dengan perkara yang bermanfaat. 
Contohnya 
- latih anak-anak memasak dan mengemas rumah.
- ulangkaji untuk sesi pembelajaran tahun hadapan.

Moga bermanfaat.  Astagfirullah.