Monday 22 December 2014

Akademi Bekerja di Rumah


Teks: Norzalina Hamzah

Banyak peluang yang dilabelkan sebagai bekerja di rumah yang diuar-uarkan di Internet. Berbagai-bagai nama diberikan dengan pelbagai janji mendapat pendapatan yang lumayan setiap bulan. Ada juga yang saya cuba tetapi tidak ada yang sesuai dan mencapai objektif. Saya terjumpa blog Guru Online Aishah Hussein. Terperanjat kerana ada komuniti yang sebesar ini menawarkan peluang bekerja di rumah.

Akademi Bekerja Di Rumah diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad. Pakej yang ditawarkan memang menarik dan pelbagai. Boleh bermula dari asas membuat blog dan belajar menulis di blog dengan cara yang betul. Jika mempunyai produk, boleh belajar pasarkan produk di blog dan belajar teknik pemasaran. Jika tiada produk, boleh jadi Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah. Jika berminat pula dengan penulisan novel dan cerpen, ada kelasnya. Hendak belajar tentang mengurus kewangan dari perniagaan juga, ada programnya. Banyak lagi yang ditawarkan oleh ABDR.

Apa yang lebih menarik bagi saya adalah kita boleh memilih untuk menghadiri kelas-kelas ini secara kelas fizikal atau kelas secara dalam talian. Menarik! Boleh bermula pada bila-bila masa pada waktu kelapangan kita dan apabila kita telah bersedia. Janjinya ada komputer dan servis Internet. Kita dibekalkan dengan e-book yang berkaitan, di mana kita perlu baca terlebih dahulu untuk mendapatkan keseluruhan idea tentang apa yang kita pelajari. Jika kurang jelas, boleh rujuk pada Guru Online. Saya sifatkan kaedah “mentor” dan “coaching” ini efektif, baik untuk “Study at home mom” (SAHM), “Stay at home mom (SAHM Sepenuh masa)”, “Work at home mom” (WAHM) atau “Small office home office” (SOHO).

Lebih menarik lagi apabila melihat jumlah trafik ke blog meningkat dari sehari ke sehari. Dengar kata Guru, ikut panduan dan tips di dalam e-book Belajar Asas Blog. Saya pernah mempunyai blog suatu ketika dahulu, menjual produk penjagaan kulit muka. Bayangkan selepas setahun baru mendapat satu khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan produk dan selepas hampir 2 tahun, baru menerima panggilan pelanggan inginkan maklmat lanjut tentang produk! Masa itu, melihat orang membuat blog, kita pun hendak buat juga. Melihat orang memulakan bisnes online, kita pun hendak buat juga. Tetapi orang lain berbekalkan ilmu didada, kita buat ikut-ikutan sahaja.

Penting kita belajar dari mereka yang telah berjaya. Mereka telah bersusah payah melangkah, melakar kejayaan, kita sebenarnya perlu “copy” sahaja dan ikut panduan yang diberikan. Tetapi saya pasti bahawa apa pun yang kita lakukan perlu buat dengan bersungguh-sungguh, nekad dan bulat hati dengan apa yang ingin dibuat. Tetapkan matlamat, berusaha dan berserah.
Perjalanan ini masih jauh. Semoga kita bersama-sama mencapai kejayaan. ;)

Sumber: http://norzalinahamzah.com/akademi-bekerja-di-rumah-abdr/

====================================
Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Grup Coaching
-Kelas Online 12/01/15, Isnin pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog


Boleh wassap/pm ke facebook atau email untuk bincang dan keterangan lanjut.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
0192828266

Saturday 20 December 2014

Persediaan persiapan ke sekolah.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.

Persediaan persiapan ke sekolah telah pun saya siapkan seawal memasuki bulan disember lagi.  Sudah menjadi kebiasaan saya menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seawal mungkin.  Tambahan pula jadual tuan suami agak sibuk pada akhir bulan ini.

Persediaan menyediakan persiapan kelengkapan sekolah anak-anak pada tahun ini dimulakan dengan membeli kasut sekolah untuk anak kembar saya.  Lagipun semasa itu, mereka berdua akan pergi ke perkhemahan yang dianjurkan pihak sekolah.

Setelah senarai buku dikeluarkan pihak sekolah, saya membeli buku pula.  Kali ini, pihak sekolah tidak menjual buku teks seperti tahun-tahun yang lalu(anak-anak bersekolah di sekolah swasta).  Nampaknya saya perlu ke kedai buku.  Hanya buku tulis sahaja yang dijual di kedai sekolah.

Kemudian siapkan kelengkapan pakaian sekolah.  Kali ini, saya membeli pakaian sekolah anak-anak di Taman Gombak Ria, Batu Caves.  Selalunya beli di kedai sekolah sahaja namun demikian kali ini perlu  ke sana kerana Along Zikri sudah dilantik menjadi pegawas sekolah.  Pakaian seragam pengawas sekolah hanya dijual di kedai ini. Terlanjur sudah sampai tentulah belikan sekali pakaian sekolah anak kembar saya.  Mudah satu tempat sahaja.

Akhir sekali, tugas saya membalut buku- buku yang sudah dibeli.  Kali ini, saya dan anak-anak sama-sama membalut buku.  Sekarang tinggal nak jahit nama dan lencana sekolah sahaja. Namun begitu, pakaian tersebut perlu saya basuh dahulu.

Wednesday 17 December 2014

Kelas Asas Blog- offline di Subang 2

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Guru Online ABDR, Puan Aishah Hussein.
Bismillah.  Alhamdulillah.

Cuti sekolah ini, Puan Aishah Hussein iaitu salah seorang guru online ABDR menawarkan kelas offline bagi yang berminat untuk belajar secara "one-to-one".

[Kelas Offline Asas Blog]
Bagi yang berminat untuk belajar face-to-face.
Hanya ada beberapa slot sahaja lagi tinggal untuk bulan Disember ini.
Slot yang masih ada : 18/12, 19/12 & 30/12.

~ Kelas Offline bulan Januari hanya akan bermula pada 20 Jan 2015.
Yang nak mula awal untuk buat kedai online boleh mula bulan Disember. Tahun 2015 sudah boleh mula fokus pada produk.

~Personal coaching online berterusan walaupun telah selesai kelas offline.

Bagi yang berminat boleh hubungi saya untutk tetapkan tarikh dan hari ya.

Yuran Kelas: RM300
Pendaftaran 2 orang, bayar hanya RM250

Boleh wassap/pm ke facebook atau email untuk bincang dan keterangan lanjut.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
0192828266


Belajar Melihat.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Perbadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Sudah hampir 17 tahun saya mendirikan rumahtangga.  Panduan dari tuan suami semasa awal perkahwinan kami banyak membantu saya menyesuaikan diri bersama keluarganya.  Semasa ditanya apa yang saya perlu lakukan apabila pulang ke rumah keluarga mentua, jawapannya mudah sahaja iaitu belajar melihat.

Pada mulanya saya berasa sungguh hairan, bagaimana untuk belajar melihat.  Hanya selepas diberikan penjelasan oleh tuan suami, barulah saya faham.  Belajar melihat maksudnya sentiasa memerhatikan cara-cara ahli keluarga melakukan apa jua kerja rumah samada memasak, membasuh atau menyapu sampah.  Dari situ lebih mudah untuk kita belajar dan melakukan kerja-kerja itu semula.  Tentu ada perbezaannya dengan apa yang sering kita lakukan di rumah ibu-bapa sendiri

Setelah memahami apa yang diterangkan tuan suami, panduan yang diberikan sangat bermanfaat.  Sehingga sekarang saya masih mengamalkannya.  Manfaat yang saya perolehi antaranya sudah dapat memasak sepertimana ibu mertua tetapi adakalanya terbabas juga rasa masakannya.  Sudah tentu tidak dapat menandingi air tangan seorang ibu.

Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.
  


Fobia.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi


Bismillah.

Catatan pengalaman.

Fobia.

Sejak kemalangan tempoh hari, saya mengalami perasaan fobia terhadap kenderaan berat terutamanya lori. Ini kerana semasa kemalangan perkara terakhir yang saya lihat adalah tayar lori kontena. Ia begitu hampir sebelum saya terjatuh dari motorsikal.  Bunyi yang kuat sebelum lori tersebut bergerak juga menakutkan saya.  Baik semasa menjadi penumpang ataupun pemandu.

Saya cuba atasi dengan cara menghadapinya. Saya pandu kereta. Sambil memandu, saya sentiasa ingat Allah. Sudah tentu dimulai dengan doa sebelum menaiki kenderaan. Semasa memandu sentiasa beristighfar dan menyebut-yebut nama Allah.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit perasaan tenang berada di dalam hati. Saya yakin apabila kita sentiasa bercakap-cakap dengan-Nya. Dia Maha Mendengar.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Monday 15 December 2014

Tips Berblog Lagi


"Dalam perniagaan internet terutamanya, perlu ada minat, dan apabila ada minat, kita sampaikan sebagai maklumat di blog, tambahkan aset di blog kita dan in shaa Allah dari situ memudahkan kita jana pendapatan dari internet. kalau nak jana pendapatan melalui blog, kita kena ada momentum penulisan, iaitu penulisan harus konsisten, tulis apa sahaja yang kita minat kerana minat itu akan mendekatkan kita dengan pengunjung serta boleh membuat pengunjung bertukar jadi pengalaman. nak kopipes dari mana-mana pun boleh, cuma jangan kopipes bulat-bulat. Sila ubah mengikut gaya penulisan sendiri bagi menghasilkan satu identiti diri sendiri di mata para pengunjung blog kita'', petikan kata Irfan Khairi

"Cipta, tarik pembaca
Tips, cipta dan tarik pembaca
update, update, update!
Kalau mahu orang selalu berkunjung ke rumah kita, selalulah dan sangat perlu setiap hari rai mereka dengan informasi baru. Sedikit atau banyak pastikan ada kesegaran baru dalam blog. Ini penting sebelum membuat keyakinan kepada pembaca agar membeli produk kita. Apabila mereka sudah cukup yakin barulah
'mereka' membeli. "
(Masayu Ahmad. Belajar Asas Blog)

Dari saya pula, kata kunci paling mudah, mesti dan cuba konsisten pasang azam sehari satu entri. Tulis walau pendek, latih sehingga 44 hari akan jadi kebiasaan. Belajar teknik yang betul menghasilkan blog yang dapat menjana pendapatan dalam kelas online blog bersama saya di ABDR.
(Guru online ABDR, Anys Idayu Zakaria)

Kami terima pendaftaran setiap hari. Mula daftar bagi yang sudah sedia.
http://saniahmatsanat.blogspot.com/2013/12/pakej-belajar-asas-blog.html