Wednesday 30 December 2015

Pengalaman Kita Berbeza

Sumber : Guru Online ABDR, Puan Anys Idayu Zakaria.

Kita memang bukan seorang pakar kaunseling atau pakar motivasi, tapi melalui perkongsian dan penulisan kita di blog, salah satu cara kita bantu untuk selesaikan masalah mereka.

.
Kadang kala, ada yang kata, "eh pengalaman akak ni biasa-biasa aje. Akak bisnes kecik-kecik je. Tak de apa yang nak dikongsi."

.
Tapi sebenarnya, pengalaman kita tu yang mahal. Pengalaman kita itu tak sama dengan semua orang.  Mungkin kita berada dalam situasi yang sama, tapi setiap orang berbeza cara mengatasinya.

Jadi dari situ kita tulis dan kongsi.  Walaupun bagi kita biasa-biasa, tapi percayalah mereka yang membacanya akan kata luar biasa, mereka sungguh terinspirasi hanya melalui penulisan dan perkongsian kita.

.
✔ Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan.

.
✔ Tips-tips mudah di dapur menjadikan blog sebagai pembantu masalah di hujung jari.

.
✔ Blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

Kelas Blog ABDR masih dibuka untuk pendaftaran. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula DAFTAR HARI INI.


Tuesday 22 December 2015

Catatan Sepanjang Minggu.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.

Selama hampir dua minggu, saya mengurangkan aktiviti menulis di sini dan facebook.  Banyak yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Pertama, saya pulang dan keluarga pulang ke kampung.  Sudah lama saya tidak pulang.  Kali ini, mak, abah, adik dan adik ipar pergi menunaikan umrah.  Mak mengadakan majlis bacaan yasin di rumah dan abah pula mengadakan majlis doa selamat di masjid. Mak dan abah mahu meraikan kegembiraan mereka bersama kawan-kawan.

Kedua - Pulang dari kampung, saya dan tuan suami membeli pakaian dan buku sekolah untuk anak-anak pula.  Memang penuh masa saya.  Beli buku teks di Kedai Buku Syabab dan Pustaka Rakyat.  Buku tulis beli di kedai buku sekolah.  Pakaian dan kasut sekolah dibeli di Kedai I-Nur, Nilai Square 2 dan Kedai Buku Blizt, Bandar Baru Bangi.  Banyak tempat yang kami singgah dan banyak juga wangnya, tambahan pula semua barang yang dibeli perlu didoublekan.

Ketiga - Menghantar mak, abah, adik dan adik ipar di KLIA 2.  Mereka bertolak pada 14/12/2015 dan insyaAllah, akan kembali ke Malaysia pada 24/12/2015.  

Keempat - Menghantar Along Zikri hadiri kelas fotografi. Kisahnya ada saya ceritakan semalam.

Kelima - Ziarah mentua di rumah adik.  Membeli bahan masakan mingguan.  Ini salah satu rutin mingguan saya sekeluarga.

Ini pun masih ada lagi senarai perkara yang perlu dibuat.  Dan tidak lama lagi sesi persekolahan akan dibuka.

***********
Mahu belajar dan berjualan secara online ? Sertai Rakan Niaga ABDR.

Maklumat lanjut di sini.





Monday 21 December 2015

Aktiviti Along Zikri Selepas SPM

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Zikri
" Practical shooting and editing using lightroom at basic photographer class (Art By Teens 3) " catatan dari wall Along Zikri.

Alhamdulillah, selesai satu kursus pendek untuk Along Zikri.  InsyaAllah, selepas ini akan disambung lagi kursus fotografi untuknya.  Buat masa sekarang, Along Zikri penuhkan masanya membantu di kedai buku sekolahnya(Sekolah Al-Amin, Bangi)

Saya dan tuan suami juga bercadang menghantar Along Zikri ke kelas bahasa arab.  Kami mahu dia menambah nilai diri dahulu sebelum melangkah jauh lagi. 

Mahukan maklumat lanjut kelas-kelas fotografi boleh terus ke facebook SNAP Club.

Mahukan maklumat lanjut kelas online ABDR, boleh terus Kelas Online

Thursday 17 December 2015

Jana Pendapatan.

Teks dan foto : ABDR

Menjana Pendapatan Dari Blog

Disiplin.

Masa.

Matlamat jadikan blog sebagai pendapatan.

Penulisan adalah salah satu idea atau gerak kerja yang menghasilkan pendapatan berterusan.

Sama ada blog dijadikan pendapatan pasif, aktif, ebook, ruang iklan, penulisan iklan. Ia adalah satu proses berterusan.

Selesaikan penulisan pada waktu pagi atau pilih satu rutin harian yang menjadi tabiat setiap hari.

Sumber : Kelas online blog ABDR.

Daftar dan mula belajar bersama jemaah AKADEMI BEKERJA DI RUMAH. Belajar bagaimana menjanakan pendapatan dari blog melalui penulisan, perkongsian dan produk bisnes kita.


Monday 14 December 2015

Kisah Hari Ini.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.

Moga dipermudahkan urusan mak, abah dan adik di sana. Aamiiin.



Monday 7 December 2015

Komuniti Untuk Ibu Bekerja Di Rumah

ABDR Komuniti Untuk Ibu Bekerja Di Rumah

Di dalam komuniti akademi bekerja dari rumah saya diajar cara menulis blog dengan betul. Panduan langkah-demi-langkah bergambar disediakan bagi memudahkan sesiapa sahaja yang baru hendak belajar membina blog sendiri. Saya juga diberikan soalan analisa untuk dijawab dan dari situ akan menentukan minat dan kecenderungan kita.

Blog saya lebih menjurus kepada minat dalam seni jahitan dan ianya membuatkan saya lebih fokus kepada tajuk yang diberi. Tidak macam sebelum ini menulis blog caca-marba. Berpandukan soalan kaji selidik yang dijawab juga, kita akan tahu kekuatan blog kita di mana. Jadi segala penulisan atau perkongsian akan menjurus ke arah topik yang diberi oleh pengurus online.

Memandangkan saya bekerja dari rumah dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak yang masih kecil, masa saya agak terhad. Saya juga agak sukar untuk menghadiri kelas yang diadakan secara offline. Akademi bekerja dari rumah ini sangat sesuai untuk situasi saya.

Kelas akademi bekerja dari rumah ini sangat fleksibel. Semuanya dilakukan secara online. Tugasan akan diberikan dan berapa pantas anda hendak menyiapkan tugasan yang diberi anda tentukan sendiri. Tiada paksaan, segalanya anda yang tentukan. Segala kekeliruan yang timbul sepanjang kelas berlangsung akan ada sokongan. Hanya perlu menghantar soalan melalui pesanan di facebook dan segalanya akan dijawab oleh cikgu.

Walaupun baru enam bulan selepas penjenamaan semula blog, ianya sudah pun menampakkan hasil. Blog saya sudah mula dijejaki. Tajuk utama blog adalah tutorial jahitan dan dalam masa yang sama berkongsi catatan harian dan juga catatan pengalaman sebagai panduan.

Semoga sedikit ulasan saya ini dapat membuka ruang dan peluang untuk lebih ramai lagi suri yang akan atau telah berhenti kerja dan ingin bekerja dari rumah mencipta kejayaan sendiri dengan sokongan komuniti akademi bekerja dari rumah ini.

Kita semua mempunyai keistimewaan sendiri, jangan bataskan kemahiran diri. Anda mampu pergi lebih jauh dengan kemahiran dan kebolehan yang ada.

Berkenalan dengan penulis Puan Rosilawati Wahid.

Alumni Kelas Blog Penulisan dan Bisnes.
http://rosilawatiwahid.blogspot.my/

Mahu belajar hasilkan blog untuk tujuan bisnes? Jom sertai kami di ABDR. Pm saya di inbox untuk maklumat lanjut dan pendaftaran kelas.


Gunakan Yang Percuma.

Bismillah. Alhamdulillah.

Fokus Maksimakan Pemasaran Percuma
Soalan: Saya mahu masak sendiri, jahit sendiri, buat sendiri, produk sendiri, bolehkah?

Jawapan: Buat apa susah payah mahu buat semua? Jual sahajalah apa produk yang sudah sedia laku di pasaran.

Fokus kepada MEMAKSIMAKAN PEMASARAN PERCUMA

Gunakan sepenuhnya facebook, fanpage, blog, instagram

Bina tabung modal dari hasil komisyen di atas. Tanpa perlu keluar modal. Paling tinggi pun RM100 sahaja untuk internet.

Mula dari situ dahulu.
Nota di atas untuk suri yang baru mula.

(Nota Pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad)

Untuk yang baru nak mula belajar berbisnes online sertai ABDR, Daftar sebagai Pengurus Online Akademi, atau dropship

Belajar sehingga mahir, baru buat produk sendiri