Monday 25 January 2016

Cuti Tiga Hari

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum.

Hari sabtu - Saya, tuan suami dan Along Zikri hadiri taklimat mengenai Program Professional Photo graphy Apprentice Certificate (PPAC) di Saiful Nang Academy.  Taklimat selama tiga jam.  Sesi penerangan bagaimana program PPAC dilaksanakan. InsyaAllah, Along Zikri akan menjadi salah seorang pelajar. Selepas taklimat, tuan suami dan Along Zikri ke masjid dahulu.  Kemudian, kami sama-sama makan di Paramount Cafe.

Hari Ahad - Ke rumah adik.  Sebelum ke rumah adik, ambil anak saudara dahulu kerana dia juga mahu turut serta. Petang, kembali semula ke rumah.  Sempatlah tapau dahulu lauk untuk makan malam.  Tuan suami belikan satay daging dan sup daging.  Sampai di rumah cepat-cepat masak nasi dahulu.

Hari isnin - Anak-anak tidak ke sekolah hari ini kerana cuti Hari Thaipusam semalam.  Pantau anak-anak lakukan kerja - kerja sekolah.  Bantu cari maklumat yang diperlukan tapi lebih pada tegur anak-anak sebab lakukan kerja disaat - saat akhir.

Allahuakbar. Sabar saja kerenah anak-anak ni. Walaupun sudah kita ingatkan beberapa kali supaya lakukan seawal mungkin.  Cuti tiga hari yang bermanfaat. Luangkan masa bersama ahli keluarga.

*****
Mahu belajar menulis secara konsisten ? Belajar bersama kami di ABDR. Maklumatnya di sini.


Sunday 24 January 2016

Jumaat Yang Dinantikan

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.

Tahun ini, saya sekeluarga tambah nilai diri dengan belajar bahasa Al Quran.
Subhanallah, mudah sekali belajar bahasa arab mengikut kaedah dari Al Furqan.

" Pengajian Al Quran yang diterapkan oleh Al Furqan ialah kaedah memahami Arab Al Quran. Pelajar akan mempelajari untuk memahami Al Quran dengan teknik Al Furqan yang sangat mudah dengan tanpa hafalan dan tanpa kerja rumah ". Sumber petikan dari laman web Al Furqan.

Bila dengar tanpa kerja rumah, pantas sekali saya memberi persetujuan semasa ditanya tuan suami.  Mulanya, tuan suami dan Along Zikri sahaja yang akan hadiri kelas ini.  Rancangan awal saya dan tuan suami, memang khas untuk Along Zikri sebab kami berdua niatkan untuk menghantar dia belajar di Madinah.  InsyaAllah.

Seronok berada di dewan kuliah. Belajar bahasa arab tapi pada masa yang sama belajar juga tafsir ringkas Al-Quran.  Kelas ini setiap hari jumaat pada pukul lapan setengah malam hingga sepuluh setengah malam. Selama dua jam.  Di kelas ini, saya dengar dan ulang kembali apa yang diajar oleh ustaz. Sedikit sahaja nota yang diambil.  Surah pertama yang saya belajar ialah surah Al-Fatihah. Allahuakbar, sekarang baca Al-Fatihah saja dah ingat makna-maknanya yang tersirat dan tersurat. InsyaAllah, mudah untuk fokus semasa solat. Belajar asas terlebih dahulu, kata ustaz.

InsyaAllah, kelas ini akan saya hadiri selama sepuluh bulan. Pesan ustaz lagi, jangan ponteng kelas. Walaupun seetiap sesi kuliah dirakamkan dan kita boleh beli rakaman itu. Tapi ustaz beritahu, kita mahu keberkatan belajar.

******
Mahu belajar menulis, sertai pasukan kami di ABDR. Untuk dapatkan maklumatnya boleh baca di sini atau hubungi saya terus di saniah.matsanat@gmail.com atau 0192828266(whatapps atau telegaram) 



Friday 22 January 2016

Buah Sulung.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah.  Alhamdulillah. Assalamu ‘alaikum. Selamat pagi. Salam Jumaat. Salam ceria.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir.
Aamiin.

Semalam, luangkan masa mengemas di belakang rumah.  Rumput pun dah panjang. Semak betul.  Lama juga mengemas, dua jam.  Mana-mana pokok yang dah rimbun sangat daunnya, saya cantas.  Allahuakbar, masa cantas tu nampak pokok lemon sudah keluarkan buah sulungnya.  Gembira tak terkata, maklumlah dah tanam pokok ni selama empat tahun. Jauh dia datang, dari Rompin.  Sebenarnya, saya pun kurang membelai pokok-pokok yang ditanam.  Siram dan tambah baja sikit, kemudian tinggal.  Jadi tak sempat nak belek lebih-lebih.

Malamnya, rasa letih. Fikirlah kenapa letih sangat.  Hihihi...baru teringat.  Itulah lama sangat tak keluarkan peluh.  Tidur awal. Kemudian, bangun semula pukul sebelas malam untuk kemas dapur dan sediakan bahan-bahan masakan esok hari supaya anak-anak boleh bawa bekal.

Hari ini, bangun pagi pun agak lewat, dah nak pukul enam pagi. Alhamdulillah, dah sediakan awal-awal bahan yang nak masak.


Bekal anak-anak sepanjang minggu ini.
Menu ringkas dan mudah.
Isnin - pisang goreng, nasi putih+sup bebola ayam+kacang panjang.
Selasa - Pau, nasi putih+sambal kicap ayam+telur dadar+timun.
Rabu - Kentang goreng, nasi putih+ikan goreng+sup sayur kailan.
Jumaat - Kek coklat kukus, nasi putih+kari ayam+telur dadar dan tembikai.

**********

Mahu bekerja dari rumah seperti saya. Klik, sini.
Mahu belajar dari rumah seperti saya. Klik, sini.
Mahu belajar asas akaun, klik sini.
Mahu beli buku dan ebook, klik sini .



 

Thursday 21 January 2016

Terapi Diri.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.

Mulakan pagi ini dengan bersedekah.
Paling mudah, senyuman manis dan ceria untuk ahli keluarga.
Semoga kita semua ditambahkan dan dipermudahkan rezeki hari ini dan hari-hari akan datang. Aamiin.


Ini peristiwa petang semalam.
" Kejap lagi nak siapkan minum petang. Akak nak masak kek coklat kukus. Sapa-sapa yang pm@whatapps, akak jawab malam nanti, ya."
Status di fb saya.
Rupanya ada yang sangka, bila pm dapat kek. Hihihihi...tak sangka, timbul kekeliruan.

Sebenarnya ini salah satu cara saya hilangkan tekanan. Memasak dan melihat ahli keluarga makan dengan gembira.  Alhamdulilah sangat membahagiakan.  Selain memasak, saya juga suka lapangkan hati dengan membaca, kadangkala window shopping di kedai buku pun boleh.  Terpulang kepada kita.




Mudahkan mahu kekal positif - fikir apa yang kita mahu bukan apa yang kita tidak mahu.

Salam ceria, sahabat.

*****
Mahu belajar menulis. Ikuti kelas-kelas dari pasukan kami. Untuk maklumat lanjut baca di sini.
Mahu terus mendaftar, klik sini.

Wednesday 20 January 2016

Catatan 20/1/16

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah.
Assalamu 'alaikum. Selamat pagi semua.
Jangan fikir negatif pada waktu pagi. Kerana kita masih ada berbelas jam untuk celik mata sebelum kita tidur. Besarkan aura bak kata sifu. 

Begitulah, pagi-pagi kita mahu mulakan hari dengan ceria.  Mulakan dengan bangun awal-awal.  Ambil kesempatan untuk solat dua rakaat sebelum subuh.  InsyaAllah.

Rutin hari ini sama saja dengan semalam. Semalan, saya kongsikan bagaimana mahu mudah dan cepat memasak. Hari ini pula, saya kongsikan tip elak trafik jam.

Tips elak traffic jam.
p/s : sesuai untuk yang bekerja sendiri.
1. Keluar pada pukul 9 pagi atau 9 setengah pagi.
2. Balik sebelum pukul 4 petang atau 4 setengah petang.
3. Pastikan baca info trafik di laman web yang berkaitan sebelum keluar.
4. Keluar awal, iaitu sebelum subuh.
5. Ambil tahu jalan alternatif.
6. Bekerja dari rumah.

Moga bermanfaat.

**********
Mahu bekerja dari rumah seperti saya. Klik sini.
Mahu belajar dari rumah seperti saya. Klik sini.
Mahu belajar asas akaun, klik sini.
Mahu beli buku dan ebook, klik sini. 


Tuesday 19 January 2016

Catatan Hari Ini.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah.  Alhamdulillah.  Assalamualaikum dan salam ceria.

Rutin harian yang sibuk apabila anak-anak sudah bersekolah.  Seawal pukul lima pagi atau selewat-lewatnya lima setengah pagi, saya sudah bangun dan menyediakan sarapan dan bekal makan tengahari untuk anak-anak.

Semalam, saya sediakan pisang goreng raja dan nasi putih, sup bebola ayam dan sayur kacang pancang rebus.  Hari ini pula, saya siapkan mee hoon goreng dan pau untuk sarapan.  Tengahari pula, nasi putih berlaukkan ayam sambal berkicap, telur dadar dan timun.

Ok, saya mahu berkongsi bagaimana saya sediakan semua menu di atas dalam masa dua jam atau satu setengah jam.

1. Sediakan menu untuk seminggu. Sebabnya mudah untuk kita beli bahan dan sediakannya.
2. Cara saya, masak nasi dan jerang air serentak.  Kemudian sediakan lauknya, akhir sekali masak pula sarapan pagi.
3. Untuk lebih mudah, sediakan stok makanan frozen yang disediakan sendiri atau dibeli.
4. Untuk sayur. Kita rebus atau sediakan timun, salad atau tomato. Buah-buahan juga boleh.

Ada lagi tak. Kalau ada lagi, kawan-kawan boleh komen, ya.

***************
Belajar asas akaun untuk bisnes.

Grup Coaching (Min 6-10 peserta)

Yuran : RM250

Tarikh: 23/01/16 Sabtu di Putrajaya.

Masa: 9.15am-4pm

Lokasi: Putrajaya.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira dan Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:

Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas asas blog dan penulisan

Untuk Mendaftar hubungi saya di :

Email : saniah.mat sanat@gmail.com
sms/ wsapp / telegram : 0192828266




Tips Mudah Bisnes.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR
Tips paling mudah nak berbisnes.

Bisnes penyelesaian masalah.
Bila masalah wujud, baru bisnes tercipta.
Agak-agak masih tak tahu nak buat bisnes apa, duk diam-diam, fikir apa masalah yang berlaku di persekitaran kita, yang boleh kita bantu selesaikan
Boleh, boleh.
.
Akak malas nak iron baju, agak-agak ada tak yang offer servis gosok baju.
Salam asar.

Masih belum ada, dapatkan ebook ini.

Hubungi saya di email : saniah.matsanat@gmail.com
atau sms/what apps : 0192828266

ATAU terus ke sini.

Wednesday 6 January 2016

Sedekah Mudah.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah.

Assalamualaikum. Selamat pagi.
Mulakan hari dengan senyuman manis. Sedekah paling mudah.

"Semoga Allah tidak melalaikan kita dengan kesibukan dunia"

"Semoga kita sentiasa dalam redha dan rahmat Ilahi"
Aamiiin...

Gambar diambil ketika hari pertama persekolahan.  Lihatlah senyuman anak kembar saya ini.  Sungguh menceriakan, bukan.  Gembira sungguh mereka berdua, maklumlah tahun ini berada di kelas yang sama.  Tambahan pula, kini saya sudah mulakan misi bento untuk mereka. 

********
Soalan yang sering mereka tanya kepada saya.
Kalau saya tak ada line internet atau wifi boleh tak saya sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).
Kalau saya hanya guna tab atau phone sahaja boleh tak saya sertai ABDR.*

JAWAPAN :
- Kalau guna phone atau tab, memang sangat boleh untuk sertai ABDR. Yang penting perlu ada talian internet, phone atau laptop.

- Untuk permulaan, pelajar perlu gunakan laptop juga, kerana untuk belajar masukkan layout-layout di blog. Jika gunakan phone dan tab agak sukar, ada kala tak menjadi.
Tapi bila pelajar sudah selesai siapkan blog, untuk proses menulis dan update blog, sangat boleh gunakan phone sahaja.
Lebih mudah bagi kita yang super duper sibuk dengan urusan lain.

- Untuk pengetahuan kalian, saya sendiri sebenarnya hanya online dan ajar student dengan berbekalkan tab yang comel dan talian internet top up.
Masa mula-mula buat blog sahaja saya beli broadband internet top up. Itu pun, jika nak guna laptop baru saya top up line internet tersebut.

- Yang penting TINDAKAN kita nak atau tidak. Nak tunggu sempurna dulu mungkin agak ambil masa, jadi kita kayuh pelan-pelan sampai menuju puncak.

Sumber : Guru Online ABDR - Puan Anys Idayu Zakaria.

Baca lagi maklumat kelas pasukan kami di sini.

Untuk mendaftar, di sini.

Tuesday 5 January 2016

Mulakan Hari Dengan Niat.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah. Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pagi ini masih rutin harian biasa bagi saya.

Agak terlewat sedikit bangun hari ini, pukul lima pagi.  Alhamdulillah, masih sempat solat taubat dan solat tahajud.  Sambil tu masak nasi dulu.  Selepas solat sunat, sediakan sup ikan dan ikan goreng.  Kemudian solat subuh pula.  Selesai, sediakan sarapan pagi pula iaitu pisang goreng.  Saya tetapkan dua jam untuk sediakan semua ini.

Semoga dipermudahkan dan lancar urusan kita semua pada hari ini. InsyaAllah. Aamiin.
" Laiilahaillallah "
Marilah kita mulakan perkerjaan kita dengan niat. Alhamdulillah.
" Sahaja aku bekerja hari ini lilahitaala "

******

Pendaftaran kelas asas akaun bagi Januari 2016 kini sudah dibuka.

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Yuran : RM150
Tarikh: 17/01/16 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Yuran : RM250
Tarikh: 23/01/16 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task

Untuk mendaftar boleh hubungi saya melalui :
1. Email : saniah.matsanat@gmail.com
2. Whatapps/Telegram : 0192828266

Atau terus daftar di sini.



Friday 1 January 2016

Kelas Asas Akaun Januari 2016

Teks dan Foto : ABDR.

Bismillah. Alhamdulillah.

Mulakan tahun baru ini dengan tambah nilai diri. Belajar asas akaun untuk bisnes.

Pendaftaran kelas asas akaun bagi Januari 2016 kini sudah dibuka.

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Yuran : RM150
Tarikh: 17/01/16 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Yuran : RM250
Tarikh: 23/01/16 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.