Monday 29 February 2016

Tarikh Istimewa.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamu 'alaikum. Salam ceria. Mulakan dulu dengan niat lillahi taala dan selawat atas nabi kita.

Ya Allah, berikanlah kami perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, perniagaan yang untung dunia akhirat serta berikan rezeki yang melimpah ruah yang Kau redhai dan ianya membantu ramai orang lain! Aamiin.

Alhamdulillah. Hari ini, 29hb Febuari. Tarikh yang kita temui setiap empat tahun sekali. Rutin harian saya masih seperti biasa. Sarapan, saya sediakan roti Gardenia ala-ala roti john. Mudah dan ringkas. Sambil sediakan sarapan, masak juga menu tengahari.

Hari sabtu yang lalu, saya sekeluarga berkunjung ke Karnival Karangkraf. Kali ni hanya beli buku untuk kak ngah dan kak su saja. Sambil jalan-jalan lihat buku, kali ini Along Zikri ada tugasan kelas fotografinya.  Sebenarnya tak rancang pun mahu ke Karangkraf.  Selepas selesai di Karangkraf, kami ke Expo Baby pula di KLCC pula. Along Zikri masih lakukan tugasannya di sini. Saya pula berjumpa salah seorang rakan maya iaitu Puan Marubeni.

Apabila pulang, singgah pula di Bulatan Uniten. Along Zikri beli sotong gergasi. Saya pula beli mee rojak campur sotong dan kuih muih. Sampai di rumah, saya sediakan minum petang.  Hari Ahad, tak ke mana-mana. Rehat sebab keletihan.




Wednesday 24 February 2016

Catatan Harian-24hb Februari

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamu ‘alaikum.  Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir.

Aamiin.

Alhamdulillah. Rutin harian masih seperti biasa. Hari ini, jadual mencuci pakaian. Semenjak anak-anak sudah besar, tugas mencuci juga selalu diberikan kepada mereka terutamanya hujung minggu. InsyaAllah, esok mahu mengemas pula.  Ini salah satu cara untuk kita tidak mahu jemu lakukan perkara yang sama.

Awal pagi tadi juga sudah masak untuk makan tengahari. Sekalikan dengan waktu sediakan sarapan pagi. Tugas menjadi lebih mudah. Boleh tumpukan perhatian update post di facebook, istagram dan blogger.


Nota pagi.
Konsisten itu sangat perlu dalam ada jua perkara, begitu juga apabila menggunakan blog sebagai salah satu alat pemasaran online.
Sumber : Kelas Asas Blog
===========================

Soalan:
Bukankah semua orang boleh menulis blog?
Jadi apa perlunya belajar di kelas blog pula?
Jawapan:
Ya betul. Semua orang boleh menulis blog.
Kita semua sudah ada kemahiran menulis sejak kecil.
BEZAnya, kita PERLU tambahkan lagi ilmu seandainya kita mahu menulis blog berinformasi, mempunyai trafik tinggi dan blog yang dapat membantu kita menjana pendapatan. Belajar cara menulis yang betul, insyaAllah boleh memberi hasil yang kita mahu.
===========================
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online

Apa beza kedua-dua kelas ini?
Kelas Asas Blog dan Penulisan
1) Belajar menulis blog berpengaruh.
2) Belajar menulis dengan idea yang berterusan dan konsisten.
3) Belajar menulis mengikut fokus produk.
4) Belajar menulis entri yang menarik lebih ramai rakan dan trafik.

Kelas Asas Mula Bisnes Online
1. Belajar bina kedai online asas berdasarkan jenis produk/servis.
2. Belajar menulis secara fokus mengikut lima label utama.
3. Belajar bina borang tempahan.
4. Khusus untuk suri yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
5. Mahu mula bisnes tetapi tidak tahu cara.
6. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk? ABDR mempunyai produk digital (ebook) dan produk servis (pakej kelas online dan sewa tapak iklan)
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Hubungi kami bila kalian sudah sedia.


Friday 19 February 2016

Catatan Harian, 20/2

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Salam Jumaat.  Dah lama juga tidak ke Komleks Sukan Bandar Baru Bangi.  Biasanya, saya menemankan suami bersenam di sini sambil melihat gelagat pengunjung-pengunjung yang lain.

InsyaAllah, esok Kak Ngah Aida dan Kak Su Aina ada karnival sukan sekolah di Stadium UKM pula. Karnival sukan sudah dimulakan dari semalam lagi, esok adalah acara kemuncaknya.

Bila disemak, rupanya sudah seminggu saya tidak kongsikan apa-apa di sini. Sebenarnya aktiviti harian saya masih berjalan seperti biasa.  Cuma lebih aktif di facebook.

Namun, untuk pendaftaran kelas asas blog dan asas akaun masih menerima pendaftaran setiap hari. Hubungi saya terus apabila sudah faham dan jelas mengenai kelas pasukan ABDR.

Telekung Solat, Patuh Syariah.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Telekung Al Kauthar
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Salam Jumaat.

Kali ini, saya kongsikan mengenai telekung solat.  Sebenarnya, saya sendiri tercari-cari telekung yang tidak jarang. InsyaAllah, saya berani kongsikan telekung ini sebab saya sendiri telah gunakannya.  Benar bagai dikata, apabila sudah guna baru elok kita kongsikan dengan kawan-kawan mahupun saudara mara.

Pengalaman saya, sepanjang menggunakan dan membeli telekung.  Ada yang jarang, sulaman terlalu berat dan rasa gatal apabila terkena kulit.  Saya juga pernah beli telekung di Bandung, Indonesia.  Namun masih tidak memenuhi kepuasan saya. Ada saja yang kurang selesa.

Setelah diperkenalkan dan menggunakan Telekung Al Kauthar, rasa kurang selesa hilang serta merta. Kini saya sudah menjadi salah seorang agen dropship Telekung Al Kauthar.  Boleh hubungi saya terus untuk dapatkan telekung ini.

Ciri-ciri Telekung  Eksklusif  Al- Kauthar :

★ Selesa dan mudah dipakai.
★ Melekap di muka dengan kemas.
★ Menggunakan kain yang sangat berkualiti setanding dengan jenama terkenal.
★ Tidak perlu memakai anak telekung.
★ Dilapik dengan 2 lapisan hingga ke paras melebihi dada agar aurat terpelihara.
★ Kain yang labuh.
★ Hiasan lace / renda sulam bermutu tinggi.
★ Simple tetapi cantik dan elegan.
★ Konsep warna putih suci.
★ Berciri eksklusif tetapi dengan harga mampu milik.
★ Setanding dengan jenama terkenal di pasaran.
★ Design yang menepati syariat.
★ Material yang semakin lembut dan selesa selepas kerap kali dibasuh.

http://telekungonlinehq.blogspot.my/

Friday 12 February 2016

Biasa-Biasa

Teks : Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir. Aamiin. Kerana Allah, aku bekerja hari ini. Allahumma Solli wa Sallim ‘ala Muhammad.

"Jaga ibadah kita dengan Allah, kerana Allah yang sebenarnya 'menjaga' bisnes kita"
‪#‎tipsrafelinna‬ ‪#‎bukubisnescarakami‬ ‪

Allahuakbar. Petikan dari buku Bisnes Cara Kami ini, benar-benar menyentap hati.  Ini juga salah satu perkongsian dari Puan Khatijah, salah seorang speaker jemputan semasa kursus bersama team Telekung Al Kauthar.  Sebenarnya, kita tahu tapi buat-buat faham namun tidak pernah hadamkan. itulah perkara yang sebenarnya.


Thursday 11 February 2016

Cuti Minggu Ini

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Telekung Al Kauthar
Bismillah. Alhamdulillah. Cuti kali ini, saya isi dengan menghadiri kursus dua hari untuk agen dan stokis Telekung Al Kauthar.  Banyak ilmu yang bermanfaat yang dikongsikan oleh founder Telekung Al Kauthar iaitu Puan Norliza yang lebih suka dipanggil Kak Liza. Sangat humble orangnya.  InsyaAllah, akan saya kongsikan serba sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang kursus tersebut.

Anak-anak pula hanya bercuti selama empat hari. Semalam, saya dan suami ke Shah Alam mendengar taklimat mengenai pemasaran. Pulang ke rumah sudah pukul satu pagi. Hari ini, ambil ruang untuk rehat setelah melalui jadual yang penuh.

InsyaAllah, sesiapa yang mahu menggunakan Telekung Al Kauthar boleh terus ke http://telekungonlinehq.blogspot.my/ 

Wednesday 3 February 2016

Kad Nama Baru.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Selamat pagi.
Bismillah.
Mulakan pagi ini dengan senyuman manis dan ceria. Selawat dan salam buat junjungan nabi kita yang dikasihi.

Semoga kita semua ditambahkan, dipermudahkan dan melimpah ruah rezeki hari ini dan hari-hari akan datang. Aamiin.

Malam tadi, tuan suami tolong design kad nama saya.  Alhamdulillah, dah lama sebenarnya perkara ini tertunda.  InsyaAllah, akan print hari ini.

Alhamdulillah. Semalam saya kongsikan pengalaman di group telegram ‪#‎GSLAbam‬. Pengalaman yang belum pernah diceritakan pada orang lain. Pengalaman selama hampir tujuh tahun berbisnes. Cuma saya tidak kongsikan keseluruhan cerita. Saya dah edit sikit-sikit. InsyaAllah, akan tulis di sini nanti.
***************
Walaupun belum close deal, tapi apabila ada yang bertanya mengenai kelas atau telekung sudah menjadi kegembiraan bagi saya. Dapat close deal lagi la kan. Kenapa saya kongsikan kelas dan telekung di sini. Sebab saya dah sertai ‪#‎kelasasasblog‬ dan sudah gunakan ‪#‎TelekungAlKauthar‬.

Mahu belajar dan sertai pasukan ABDR, boleh terus whatapps@telegram saya di 0192828266

Tuesday 2 February 2016

Ebook Super WAHM Super MOM(edisi kemaskini)

Sumber : Ebook Super WAHM Super MOM
Foto : ABDR

Assalamu 'alaikum. Selamat pagi dan salam ceria. Mulakan dulu dengan niat lillahi taala dan selawat atas nabi kita.
Ya Allah, berikanlah kami perniagaan yang tidak rugi dunia akhirat, perniagaan yang untung dunia akhirat serta berikan rezeki yang melimpah ruah yang Kau redhai dan ianya membantu ramai orang lain! Aamiin.
Ubah kebiasaan
- Jangan terkongkong dengan gelaran ‘wahm’ apabila mahu mengembangkan bisnes sedia ada. Jadikan ia fleksibel mengikut kesibukan kita.
Kadangkala wahm juga perlu keluar rumah untuk mendapatkan idea baru, urusniaga baru, pelanggan baru dan sebagainya.
- Boleh juga mempunyai beberapa ‘port’ atau pejabat.
Saya sendiri mempunyai tiga tempat khusus untuk bekerja, satu di rumah, satu lagi di port ‘B’ dan satu lagi di ‘C’. Lokasi ini berbeza untuk urusan penulisan atau bisnes. Jadi jangan terikat, ubahsuai dan kenalpasti mengikut keperluan.
- Ubahsuai juga masa untuk kerja dan rehat.
Biasanya hari minggu sangat penting bersama anak-anak. Pada masa ini juga perlu memberi perhatian yang banyak kepada kerja urusan rumah tangga. Jadi alih semula hari cuti, contohnya Jumaat, jadi Sabtu dan Ahad bekerja seperti biasa, iaitu urusan rumah tangga dan keluarga. Maka jadikan Isnin sebagai cuti untuk melepaskan lelah. Jangan terikat dengan kebiasaaan ubah kebiasaan ini mengikut keperluan.
Sumber: Ebook super wahm super mom(edisi kemaskini)
Ebook bonus setiap pendaftaran kelas asas blog pasukan kami.