Saturday 30 November 2013

Memberi dan Saling Menerima.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.



Bismillah.

Ini tulisan dari pengasas akademi, Puan Masayu Ahmad di blog beliau http://naufalsayang.blogspot.com/

Buat Kerja Jangan Separuh Jalan.

"Puan saya mahu berhenti kerja saya sudah tidak ada hati. Saya mahu tinggal di rumah"

"Saya rasa saya sudah mengalah-saya perlu bekerja semula kerana kewangan meruncing"

"Saya mahu jaga anak, tetapi sekarang ekonomi keluarga belum stabil"
"Saya sudah mahu berhenti lakukan kerja sambilan ini, saya sudah tidak ada hati lagi"

"Saya sudah penat, saya tidak mahu teruskan lagi"

Inilah ayat yang selalu singgah di kota mesej saya. Saya hulurkan salam perkenalan. Semoga puan-puan sekalian ada pilihan dan kita tetap ada pilihan.

1. Jangan berhenti dahulu. Berhenti kerja tak boleh rasa-rasa, buruk nanti bahananya jika belum ada persediaan yang cukup, kewangan, fizikal dan mental. Namun saya tidak nafikan memang ada terus berhenti kerja, mereka berjaya juga walau berhenti dengan cara terus terjun gaung. Alhamdulillah gaung di bawahnya ada emas. Namun sebelum jumpa emas, adalah juga onak dan durinya. Bagi yang manja-manja waima sikit-skit mahu sentap, sikit-sikit mahu menangis, jadi jangan berangan dahulu jadi wahm. Kalau dah rasa sudah jadi hati batu, ok boleh fikirkan semula.

Ini pula perkongsian salah seorang guru di Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Khairunnisa Hamzahara di 'facebook' beliau.
Cari dulu gaung emas sebelum terjun. Di kelas asas blog, kami menjalankan analisa terlebih dahulu kepada bakal peserta. Setelah jumpa hala tuju, kita boleh mulakan langkah demi langkah. Adakah blog perkongsian ilmu atau blog perniagaan atau mungkin blog perkhidmatan? Kita akan bincangkan di dalam group belajar.
Setiap peserta yang telah siap langkah akan diserap masuk sebagai akademi bekerja di rumah untuk bertukar traffik dan network dan menjadi contributor page wahm sahm soho dan page penulis bebas dan usahawan online. 

Inilah kebaikan berada dalam satu kumpulan yang saling memberi.  Kami di ABDR bersaing tapi saling berkongsi matlamat dan saling memberi.  Persaingan secara sihat.  Bila antara kami tersasar dari matlamat, masing-masing ada peranan yang tersendiri kerana setiap blog di ABDR sentiasa memberi pengalaman dan panduan yang kita boleh manfaatkan.  Masing-masing punya aura tersendiri.

Terutama dari guru saya iaitu Puan Aishah Hussein, beliau tidak pernah jemu menunjukkan jalan yang sebenarnya sudah terbuka luas untuk saya.  Terima kasih banyak-banyak semua.  Kesinambungan dari tulisan saya di 'facebook'  pagi tadi.

Wallahu'alam.  Astaghfirullah.

Sumber : Puan Masayu Ahmad dan Puan Khairunnisa Hamzahara.
             





Friday 29 November 2013

Prosedur Lengkap Perkahwinan Bahagian Dua - Negeri Selangor

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google

Bismillah.

Bahagian pertama untuk prosedur lengkap perkahwinan telah saya ceritakan di sini.  Sekarang saya sambung pula dengan bahagian kedua.  Bahagian pertama adalah prosedur lengkap untuk pihak lelaki. Manakala bahagian kedua untuk pihak perempuan pula.

Walaupun kelihatannya prosedur untuk pihak lelaki dan perempuan lebih kurang sama tapi ada juga perbezannya.  Berikut proses-proses yang perlu kita lakukan.

Perempuan.

 1. Hadiri Kursus Pra Perkahwinan

Saya cadangkan hadiri kursus pra perkahwian daripada JAIS. Tapi sekarang swasta pun ada menganjurkan kursus pra perkahwinan .  Bayaran sebanyak lapan puluh ringit diperlukan untuk hadiri kursus ini. Bayaran ini merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, monum petang dan sijil. Kursus yang dijalankan adalah selama dua hari.  Keistemewaannya sijil ini tiada tempoh akhir. 

2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.

Borang untuk ujian ini boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan sahaja dangan bayaran satu ringgit.  Maklumat lanjut mengenai ujian ini boleh dibaca sini.

3. Isi borang 2C dan 2D online, cetak dan lampirkan dokumen sokongan.

Borang untuk lelaki dan perempuan tidak sama.  Mohon ambil perhatian.  Sekarang tidak perlu lagi ambil borang di PAID atau JAIS.  Begitu juga dengan borang muat turun.  Borang hanya perlu diisi secara online dan cetak borang tersebut.  



Ini laman web untuk daftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) bagi JAIS.  Daftarkan diri dahulu tentang diri kita di ruangan dan isi maklumat lengkap yang diperlukan, kemudian daftar.  'Login' dan pilih 'Perkahwinan' kemudian pilih borang 2C dan borang 2D dan isi.  Setelah selesai mengisi maklumat, cetaklah borang tersebut.  Selepas dicetak, mohon jangan tandatangan dahulu ya.  Pengesahan perlu dibuat, di dalam borang ada diterangkan siapa yang boleh sahkan.  Sertakan semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut.

1. Salinan kad pengenalan/passport. (Jika pemohon warganegara asing)
2. Salinan kad pengenalan dua orang saksi/passport. (Jika saksi warganegara asing)
3. Salinan sijil Kursus Pra Perkahwinan. (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
4. Keputusan Ujian Saringan HIV.

5. Salinan Borang Permohonan 2C. (Jika pemohon nikah luar daerah/negeri/ negara)
6. Surat pengesahan Mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan.
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
di dalam kad pengenalan).

7. Surat Perakuan/Pengesahan/Akuan Sumpah Ibubapa. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
8. Surat Wakallah( Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah)
9. Surat Perakuan/Akuan Sumpah Kematian Wali(bapa)
10. Surat atau Kad Perakuan Islam dan salinannya(Jika pemohon saudara baru) 
11. Surat Kelulusan dari KAGAT/PDRM.(Jika pemohon anggota tentera/polis)
12. Surat Perakuan Cerai/Kematian Pasangan dan salinannya.(Jika pemohon seorang janda)
13. Surat Kebenaran Berkahwin daripada Konsulat/Kedutaan/imigresen (Jika pemohon warganegara asing)

Selesai senarai semak dokumen, kita lihat pula senarai wali sah.

1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa ke atas.
3. Adik-beradik lelaki seibu-sebapa.
4. Adik-beradik lelaki sebapa.
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa.
6. Anak saudara lelaki sebapa.
7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu-sebapa.
8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa.
9. Bapa saudara sebelah bapa, seibu sebapa.
10. Bapa saudara sebelah bapa, sebapa.
11. Datuk saudara sebelah bapa, seibu-sebapa dengan datuknya.
12. Datuk saudara sebelah bapa, sebapa dengan datuknya.
13. Moyang saudara sebelah bapa, seibu-sebapa dengan moyangnya.
14. Moyang saudara sebelah bapa, sebapa dengan moyangnya.
15. Anak lelaki bapa saudara  sebelah bapa, seibu-sebapa. ( sepupu lelaki)
16. Anak lelaki bapa saudara  sebelah bapa, sebapa. ( sepupu lelaki)
17. Cucu lelaki bapa saudara  sebelah bapa, seibu-sebapa.
18. Cucu lelaki bapa saudara  sebelah bapa, sebapa.
19.  Anak datuk saudara sebelah bapa, seibu-sebapa dengan datuknya.
20.  Anak datuk saudara sebelah bapa, sebapa dengan datuknya.
21. Wali Hakim.

4. Dapatkan Kebenaran Berkahwin dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN) mengikut kariah masing-masing.

Selesai mengisi borang permohonan berkahwin, pemohon, wali dan dua orang saksi perlu bertemu PPN kariah yang telah ditetapkan. Lebih mudah, kita boleh kunjungi masjid terdekat dan bertanya dengan imam atau ahli jawatan kuasa masjid siapakah PPN Kariah. Mohon ambil perhatian, tandatangan hanya boleh dibuat di hadapan PPN sahaja.

5. Dapatkan Kebenaran Berkahwin dari PAID ( Pejabat Agama Islam Daerah)

Selepas mendapat kebenaran berkahwin , pihak perempuan hendaklah membawa surat kebenaran berkahwin pihak lelaki dan permohonan berkahwin dari pihak perempuan ke PAID.   Di sini kita akan menerima dua jenis borang, iaitu borang 3C ( surat kebenaran nikah) dan 4A ( rekod akad nikah).  Pegawai dari PAID akan semak permohonan. Bayaran sebanyak sepuluh ringgit diperlukan.   Proses ini memakan masa satu hari bekerja.

6. Serahkan Surat Kebenaran Berkahwin kepada PPN Kariah.

Selepas selesai urusan di PAID, pihak perempuan akan menyerahkan surat kebenaran berkahwin lelaki dan perempuan kepada PPN Kariah  masing-masing. 

Prosedur ini perlu kita lakukan dua bulan sebelum majlis pernikahan kita.

7. Majlis Akad Nikah Dijalankan.

Kita boleh ambil surat  perakuan nikah di JAIS atau PAID dalam masa tujuh hari bekerja.

glosari - wakallah - pemberi kuasa/mewakilkan

Rujukan : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 

Thursday 28 November 2013

101 Home-Based Bisnes dan Kelas Asas Blog

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Akademi Bekerja Di Rumah


Bismillah.

Berguru kepada Khadijah
- Khadijah isteri pertama Rasulullah s.a.w
- Sebelum berkahwin terkenal sebagai usahawan yang berjaya dan kaya.
- Mewarisi kekayaan ayahnya Khuwailid bin As’ad bin Abdul Uzza bin Qusay.
- Selepas ayahnya meninggal dunia Khadijah mengambil alih bisnes. Dikenali sebagai pedagang terkaya di Mekah.
- Digelar Puteri Mekah (The Princess of Makka)
- Terkenal sebagai pengurus bijaksana merebut pelbagai peluang bisnes.
“Setiap debu yang disentuh Khadijah akan berubah menjadi emas.”
-Dihormati kerana satu-satunya wanita di Mekah yang menceburi bidang bisnes dan beroleh kejayaan. Salah seorang bapa sauadaranya menjadi penasihat dan anggota keluarga lain membantu mengurus bisnes.
-Khadijah tidak pergi keluar berdagang bersama kafilah. Dia melantik ejen atau pengurus untuk mengawasi bisnes dan salah seorang ialah Muhammad s.a.w.
-Khadijah pernah memberi upah kepada Muhammad s.a.w dua ekor unta betina dewasa.
-Memperoleh keuntungan berlipat ganda menjadi pengusaha bidang import eskport.
-Khadijah berkahwin dengan Muhammad s.a.w. bisnes masih beroperasi seperti biasa.
-Muhammad bertindak sebagai Pengurus. Muhammad merintis bisnes jauh sebelum dilantik sebagai Rasul.
-Baginda memasuki peringkat demi peringkat iaitu self employee, business owner dan investor.

Khadijah sebagai model usahawan
- Wanita yang sangat pemurah memiliki akhlak terpuji, gemar membantu golongan miskin.
- Selalu menambah upah melebihi perjanjian kepada pekerja-pekerjanya.
- Setelah berkahwin dengan Muhammad s.a.w menyerahkan seluruh harga ke jalan Allah untuk Islam.
“Allah tidak menggantikan tidak menggantikan yang lebih baik daripada Khadijah, kerana dia beriman kepadaku ketika orang lain masih kafir terhadapku. Dia membenarkanku ketika orang mendustakanku dan dia mengorbankan hartanya untukku ketika orang tidak memberikan apapun kepadaku.”
Dikisahkan dalam buku sirah.
Sumber: Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Dapat percuma sahaja ebook ini dengan bagi pendaftaran kelas online kami.





In Shaa Allah, kelas online masih berlangsung.  Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fanpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

Hubungi saya untuk pendaftaran :

email : saniah.matsanat@gmail.com
sms /whatsapp : 0192828266
add saya di facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat

Untuk beli ebook/buku/CD Quran : http://kedaibukusaniah.blogspot.com/

Ingin amalkan pemakanan sunnah : http://kedaimakanansaniah.blogspot.com/

Gambar-Gambar Perjalanan Tanpa Kata.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Koleksi Peribadi

Bsmillah.

Gambar-gambar ini saya ambil semasa perjalanan ke bengkel tempoh hari.  Biarlah gambar sahaja yang berbicara mewakili saya.







Prosedur Lengkap Perkahwinan Bahagian Satu - Negeri Selangor

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google

Bismillah.

Sebelum saya teruskan tulisan saya, semua yang ingin berkahwin tentu tahu kita perlu terlebih dahulu menghadiri kursus pra perkahwinan. Di Selangor, pihak Jabatan Agama Islam Selangor iaitu JAIS juga menyediakan kemudahan kursus ini. 

Tarikh terdekat kursus adalah pada bulan Disember iaitu bermula pada 7hb dan 8hb. Pendaftaran perlu dilakukan secara online. Lawati laman web JAIS di http://ncr.jais.gov.my/.  

Ini adalah salah satu proses yang perlu kita lakukan apabila ingin berkahwin.

PROSEDUR  SEBELUM BERKAHWIN - NEGERI SELANGOR

1. Prosuder harus dimulakan dengan pihak lelaki.

2. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain tetapi telah menetap di Selangor lebih dari empat bulan maka beliau layak mendaftar nikah di negeri Selangor.

3. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain maka beliau harus balik ke negeri asal dan memohon untuk bernikah di luar kariah beliau.  Surat kebenaran akan dikeluarkan dan surat tersebut bolehlah diberikan pada pihak perempuan.

4. Pihak Lelaki yang berasal atau telah menetap di Selangor boleh mengikut langkah ini.

Lelaki

1. Hadir ke kursus pra perkahwinan.

Saya cadangkan hadiri kursus pra perkahwian daripada JAIS. Tapi sekarang swasta pun ada menganjurkan kursus pra perkahwinan .  Bayaran sebanyak lapan puluh ringit diperlukan untuk hadiri kursus ini. Bayaran ini merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, monum petang dan sijil. Kursus yang dijalankan adalah selama dua hari.  Keistemewaannya sijil ini tiada tempoh akhir. 


2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.

Borang untuk ujian ini boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan sahaja dangan bayaran satu ringgit.  Maklumat lanjut mengenai ujian ini boleh dibaca sini


3. Isi borang 2A online, cetak dan lampirkan dokumen sokongan.


Borang untuk lelaki dan perempuan tidak sama.  Mohon ambil perhatian.  Sekarang tidak perlu lagi ambil borang di PAID atau JAIS.  Begitu juga dengan borang muat turun.  Borang hanya perlu diisi secara online dan cetak borang tersebut.  Boleh terus ke laman web yang telah saya berikan di atas.

Ini laman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bagi JAIS. Daftarkan dulu diri kita di ruangan dan isi semua maklumat yang diperlukan kemudian daftar.  'Login' dan pilih 'Perkahwinan' kemudian pilih borang 2A dan isi. Setelah selesai mengisi, cetaklah borang tersebut.  Selepas dicetak mohon jangan tandatangan dulu ya.  Pengesahan perlu dibuat, dalam borang ada diterangkan siapa yang boleh sahkan. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :

Dokumen yang diperlukan :

1. Salinan kad pengenalan/passport. (Jika pemohon warganegara asing)

2. Salinan kad pengenalan dua orang saksi/passport. (Jika saksi warganegara asing)
3. Salinan sijil Kursus Pra Perkahwinan. (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
4. Keputusan Ujian Saringan HIV.
5. Salinan Borang Permohonan 3A atau 3B (Jika pemohon nikah luar daerah/negeri)
6. Surat pengesahan Mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduktaman perumahan.
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).
7. Surat atau kad perakuan Islam dan salinannya. ( jika pemohon saudara baru)
8. Surat Kelulusan dari KAGAT/PDRM. (Jika pemohon anggota tentera/polis)
9. Surat Kebenaran Berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imegresen.(Jika pemohon warganegara asing)


4. Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Kariah.

Mohon berjumpa dengan Pendaftar di JAIS atau PAID.  Pihak lelaki hendaklah membawa dua orang saksi yang mengenalinya semasa berjumpa PPN untuk membuat pengesahan. Semasa inilah, baru pemohon dan dua orang saksi akan menandatangani borang permohonan nikah di hadapan PPN. Jika kita mengalami kesukaran membuat temujanji dengan PPN kariah, masih boleh berjumpa dengan Pendaftar di JAIS atau PAID.
5. Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID.
PAID adalah singkatan untuk Pejabat Agama Islam Daerah.  Selepas selesai, pihak lelaki perlu pergi ke PAID mengikut  daerah di mana kita ingin bernikah, contohnya daerah Kajang.   Mohon membawa sekali permohonan berkahwin yang telah disahkan dan diluluskan oleh PPN. Pegawai di PAID akan semak mengikut senarai semak yang disertakan.  Apabila selesai, bayaran sebanyak sepuluh ringgit diperlukan dan pihak PAID akan memberi surat kebenaran untuk berkahwin. 



6. Serahkan surat kebenaran kepada pihak perempuan.

Kita perlu menyerahkan surat kebenaran berkahwin yang telah diluluskan oleh PPN dan surat kebenaran berkahwin yang dikeluarkan oleh PAID kepada pihak perempuan.
U/P - Pihak perempuan perlu menunggu borang kebenaran berkahwin dari pihak lelaki dahulu barulah pihak perempuan  boleh mendaftarkan borangnya.   Prosuder bagi pihak perempuan lebih kurang sama dengan pihak lelaki.  Perbezaaannya pihak perempuan perlu mengisi dua borang.
Selesai dahulu proses untuk pihak lelaki, inshaaAllah saya sambung esok untuk pihak perempuan.

Rujukan : JAIS

 













Wednesday 27 November 2013

Undang-Undang

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto: Carian Google


Bismillah.

Baca atau dengar perkataan undang-undang, sebahagian kita sudah berasa gerun.  Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, undang-undang memberi maksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan dalam sesebuah negara demokrasi.

Usah ambil mudah apabila menyentuh tentang undang-undang. Kita perlu mengetahui perihal undang-undang apabila kita ingin berkahwin. Proses mendaftarkan perkahwinan juga salah satu proses yang melibatkan undang-undang. Perlu juga tahu bagaimana cara mendaftarkan perkahwinan kerana lain negeri lain caranya.

Jika di negeri Selangor, eloklah cuba ketahui di http://ncr.jais.gov.my/. Banyak maklumat yang boleh kita perolehi di laman web ini. Pendaftaran sekarang perlu dibuat secara online.

InshaaAllah. Saya akan tunjukkan satu persatu proses yang perlu dilalui bakal pengantin esok.


Tuesday 26 November 2013

Bengkel Asas Penulisan dan Belasah Karya - 23hb November 2013

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Puan Monalita Mansor


 Bismillah.

Pengalaman yang sangat berharga.  Inilah pendapat saya setelah menghadiri Bengkel Asas Penulisan dan Belasah Karya pada hari sabtu yang lalu.  Bengkel ini dianjurkan oleh pihak Group Mari Menulis atau lebih dikenali dengan GMM.  Bengkel ini juga mendapat kerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Pekan Sri Manja.  Group Mari Menulis adalah group online. 

Mengenali GMM memberi semangat dalam diri saya untuk menunaikan impian dan mencapai cita-cita saya selama ini.  Seperti saya telah melangkah ke alam baru apabila mengenali para admin dan rakan-rakan  di group GMM.  Dengan pendekatan membelasah karya yang ditampal para ahli, admin di GMM membimbing dan memberi ilmu.  Belasah dalam GMM ertinya adalah bedah, belajar dan asah.  Bukan belasah ala-ala samseng ya.

Walaupun saya masih belum menghantar karya di GMM, saya sangat diterima di GMM.  Senang cerita, orang baru seperti saya tidaklah malu-malu kucing.  Sempat jugalah saya belasah karya ahli yang lain.  Rupa-rupanya banyak lagi yang saya belum ketahui untuk berkarya.  Jangan terkejut, saya juga menerima tugasan untuk disiapkan.  Seolah- olah saya berada di universiti pula.

Masih terbayang-bayang suasana santai bengkel tempoh hari.  Pertemuan pertama ahli GMM dengan sebahagian admin GMM memberi pengalaman yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Tambahan pula dengan kehadiran para panel yang dijemput khas.  Sekalung tahniah dari saya buat para admin GMM yang mengelolakan bengkel. 

Ingin ketahui lebih lanjut tentang GMM boleh lihat di sini.

Cerita lebih lengkap tentang bengkel boleh dibaca di sini.




   


Tuesday 12 November 2013

Hilang Fokus

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google



Bismillah.

Pernahkah tuan dan puan hilang fokus ?  Apakah yang akan terjadi apabila kita hilang fokus ?  Tentu kita akan berada pada tahap yang sama walaupun setelah lima tahun berlalu.  Fokus pada matlamat yang telah kita tetapkan.  Samada pada keluarga, pekerjaan atau perniagaan.

Saya sendiri melalui pengalaman ini.  Apa yang saya lakukan adalah kembali mengadu pada yang Maha Esa dan membaca kembali matlamat yang telah saya tetapkan. Saya juga dapatkan sokongan dari suami serta rakan-rakan di dalam Akademi Bekerja Dari Rumah.  Selain itu, saya juga membaca tulisan dan kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.  

Antaranya Datuk Dr Maznah Hamid, Prof Dr Muhaya dan ramai lagi.  Di bawah ini adalah tulisan dari Datuk Dr Maznah Hamid yang baru sahaja saya baca di facebook beliau.


MARI BETULKAN FOKUS KITA

Fokus adalah sangat penting dalam produktiviti dan hanya akan berguna jika kita fokus pada hal yang benar dan bermanfaat. 

Tetapi ramai juga yang fokus pada hal salah, tidak bermanfaat, atau tidak diperlukan. Padahal masih banyak peluang tetapi sering kali kita hanya fokus pada satu hal dan melupakan hal lainnya.

Ramai yang melihat dunia ini penuh dengan kesulitan, hanya diisi oleh hal-hal yang membuat kita kurang senang, sedih dan kecewa. 

Mengapa sedemikian?

1) Ramai yang tidak mahu bisnis kerana tiada wang. Benar? Mungkin benar dia tidak memiliki wang yang diperlukan untuk menjalankan bisnis. Namun dia melupakan bahawa dia sebenarnya memiliki aset lain yang boleh dijadikan untuk modal bisnis. Dia mempunyai personaliti, ilmu,kenalan, pengalaman, dan sebagainya. Dia terhenti hanya kerana fokus pada masalah wang saja.

2) Contoh yang kedua adalah seringkali orang fokus pada kelemahan diri atau kekurangannya. Sehingga membuatnya merasa rendah diri dengan kelemahan atau kekurangan itu. Dalam fikirannya hanya ada tentang kekurangan tersebut dan berusaha untuk menutupinya atau selalu dijadikannya sebagai alasan. Padahal, saya yakin setiap orang punya kemampuan dan kelebihan yang belum dikeluarkan. Jangan rendah diri dengan kekurangan, dan jangan pula sombong dengan kelebihan.

3) Ada juga orang yang ketakutan akan penipuan dari berbagai peluang bisnis. Yang dia fikirkan hanya takut tertipu. Dia takut kehilangan wang untuk membeli buku-buku atau mengikuti seminar bisnis. Tapi dia melupakan peluang besar bertambahnya ilmu dan meraih keuntungan besar dari peluang tersebut. Bukalah mata, bahawa tidak semua orang melakukan penipuan.

4) Ada juga orang yang terhenti kerana tidak yakin. Dia hanya fokus bahawa dia tidak yakin tanpa memikirkan peluang bahawa dia akan berjaya suatu hari nanti jika dia mahu belajar dan mencuba. Dia hanya memikirkan ketidakmampuannya sementara melupakan bahawa ada proses belajar, berlatih, dan mencuba. Dia sering mengatakan, saya tidak boleh, saya tidak sanggup, saya tidak berbakat, dan sebagainya. Dia hanya fokus pada ketidakmampuan dirinya. Bukalah fikiran, bahawa anda boleh belajar.

5) Ada orang yang sibuk mencari peluang, namun setiap ada peluang dia tolak. Alasannya? Kerana peluang tersebut ada di luar zon keselesaannya. Dia hanya fokus pada zon selesa, hanya mahu membuka diri pada peluang yang boleh dilakukan. Saya sendiri pernah mengalaminya dan saya menyesal, sebab setelah saya memberanikan diri, ternyata banyak hal baru yang saya dapat selain keuntungan kewangan semata.

6) Ramai juga yang fokus pada kesalahan kecil orang lain dan melupakan kebaikan yang sebenarnya jauh lebih besar. Yang lebih parah lagi, kesalahan yang dimaksudkan hanya baru persepsi saja, belum tentu benar-benar salah. Atau hanya membaca melalui media tentang “kesalahan” salah seorang dari sebuah agensi, kemudian agensi tersebut dicop bersalah! Umpamanya, kita selalu membesarkan kesalahan pasangan hidup kita, padahal kebaikan pasang hidup kita jauh lebih besar lagi.

Rakanku, jika kita hidup dengan cara pandangan yang sempit, kita akan kehilangan banyak peluang, kehilangan kebaikan, dan berbagai kehilangan serta menghambat diri kita untuk berkembang. Berfikiran sempit sama saja dengan menyempitkan pintu rezeki dan pintu kebaikan lainnya.

Buka mata, buka hati dan buka fikiranmu!


*****

Ingin berkongsi kepakaran dan panduan bersama pembaca tetapi tidak tahu caranya, mohon dapatkan maklumat lanjut di Belajar Asas Blog

Ingin dapatkan ebook/buku/CD Quran: Kedai Buku Saniah

Ingin mengamalkan pemakanan sunnah: Kedai Makanan Saniah

Punyai produk dan bisnes samada online atau offline boleh iklankan di Soho Directory

Mohon hubungi saya di
1.  Emel saya di saniah.matsanat@gmail.com
2.  PM saya di Saniah Mat Sanat