Wednesday 20 November 2019

Apartment Baru di Bukit Mahkota, Bangi.

BOOKING *RM500* SAHAJA, APARTMENT BARU DI BUKIT MAHKOTA, BANGI BERMULA HARGA *RM24XK* BAKAL MENJADI MILIK ANDA!

.
*Keluasan :*
*Jenis A*  : 859 kaki persegi (3 bilik, 2 bilik air)

*Jenis B*  : 1107 kaki persegi (4 bilik, 2 bilik air)

- Kemudahan 2 parking berbumbung percuma.

.
*Pakej Bonus :*
- *0% downpayment* (Jimat minima RM24,000)
- *10% Diskaun* Bumiputera
- *10% Diskaun* HOC
- PERCUMA Yuran Guaman SPA (Anggaran penjimatan RM5,000)
- PERCUMA Yuran Setem SPA/MOT (Anggaran penjimatan RM6,000)

.
*Lokasi Strategik*:
- 1 min ke Kedai Eco
- 3 min ke Pasaraya Tesco Bandar Puteri
- 3 min ke Petronas
- 8 min ke Komuter UKM
- 2 min ke Masjid Bukit Mahkota

.
Harga unit tersedia bermula serendah RM243,486 sahaja!

.
Rumah contoh boleh dikunjungi antara jam 10 pagi hingga 5 petang, setiap hari kecuali Isnin.

.
Untuk maklumat lanjut dan temujanji, sila klik link ini:
http://www.wasap.my/60122943894/ApartmentBukitMahkota023 


Thursday 14 November 2019

E-Book 21 Cerita Murah Rezeki

Ramai yang suka membaca kisah murah rezeki kerana di sebalik cerita itu ada banyaknya inspirasi. Lalu kebaikan yang dibaca, diikuti dan dibuat sama itu akan berterusan lagi dan lagi.

Kita mudah sangat tersentuh sesudah membaca kisah yang begini. Hati jadi kagum, pada masa syukur dengan rezeki kerana sedar ia tidak pernah bertepi.

Terkadang kita rasa seakan tak percaya yang sekecil-kecil amalan juga adalah cara menjemput rezeki. Bayangkan lah jika lebih besar kebaikan yang dilakukan.

Ketahui lebih banyak kisah insiprasi dengan membeli “E-Book 21 Cerita Murah Rezeki” melalui link ini.

 https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/243 


Monday 2 September 2019

Ebook Rahsia Personal Branding dan Penulisan Viral.

Inilah sebabnya kami pulun sangat suruh semua pakat beli Ebook Rahsia Personal Branding dan Penulisan Viral. Harga hanya #RM99 sahaja. Harga asal RM1,297 okeh.

Semua tips, kaedah ada belaka di dalamnya, kalian juga boleh ada 100,000 follower seperti kami!

Okey ini dia print screen sikit #introduction kepada ebook tersebut. Ini adalah beberapa muka surat sahaja dari 299 muka.

Kami kupas semuanya, bagaimana antara kami ini boleh menjana jualan 5 ke 7 angka sebulan begitu sahaja tanpa menggunakan Ads atau iklan berbayar.

Tengok gambar dan baca ya.

Rahsia Personal Branding dan Penulisan Viral.

Ini linknya, belilah sekarang! Jangan tangguh! oh ya, kalian akan dapat kelas online content percuma ya jika beli menggunakan link ini, siapa tak beli di sini, Rugiii!

 https://impakviral.idevaffiliate.com/606-2.html 


Thursday 29 August 2019

Content Travel Bootcamp

Ramai orang suka travel, jalan-jalan, pergi sana pergi sini. Namun tak ramai yang tahu bagaimana nak dapat penginapan percuma, tiket percuma, makan minum semua percuma.

Sebab apa? Sebab mereka hanya pergi jalan-jalan, kemudian hanya up selfie dan beritahu suka, gembira, happy, bahagia dapat travel.

Sedangkan kalau mereka tulis betul-betul di media sosial, mereka akan dapat lebih lagi dari itu.

Dah kumpul duit bertahun nak pergi sana sini, balik termenung tak ada duit. Sedangkan sepatutnya pergi travel akan menambah duit.

Aha, Tuan Khairul Hakimin Muhammad akan beritahu bagaimana beliau boleh travel lebih 15 negara setiap tahun.

Beliau akan kongsikan teknik menulis dan cara nak susun content bagi mereka yang memang mengembara, suka berjalan sana sini tak kira dalam atau luar negara. Kalau kalian nak tahu, beliau antara yang dapat penginapan percuma di banyaknya hotel dan resort di mana-mana pun termasuk di luar negara.

Beliau akan buat #ContentTravelBootcamp pada 7-8hb September 2019 ini di Ulu Slim, Perak. Siap kita main Water Rafting sekali.

Modulnya termasuk buat CONTENT MAPPING DAN BLUEPRINT okey! Ini yang mahaaaaal!

Harganya? Sudah diskaun 50%! Biasanya bootcamp berharga RM1,499, namun kini hanya RM799 sahaja termasuk penginapan dan makan!

Lekas daftar di link yang diberikan.

https://bykhm.onpay.my/order/form/ctb2019/Saniah 


Friday 5 July 2019

Mimpi

Teks dan foto : Saniah Mat Sanat

Bukti mimpi saya yang jadi kenyataan. 

1. Kertas-Kertas Yang Merubah Fikir - Goodreads Malaysia - Jejak Tarbiah

2. Rezeki Luar Biasa Suri Rumah (berbaki 8 buah)

3. Kumpulan Cerpen Legasi Bonda - DBP.

Siapa sangka, asalnya kerana minat membaca saja. Kemudian, timbul keinginan mahu menjadi penulis. Mahu capai cita-cita dari zaman sekolah. 

Ketika itu, masih anak-anak...tidak faham kenapa guru itu merasakan ia sukar dan tidak akan diperolehi. Tidak logik. Malah, disuruh menukar keinginan itu. Tegarnya guru itu,  memusnahkan angan-angan seorang anak murid yang naif. 

Anak...sifatnya lurus. Dibatalkan niat. Namun, rasa kecewa tetap bersarang di hati. Rasa itu dia simpan. Biar ia berkurung. 

Sekian lama, akhirnya peluang tiba. Anak itu sudah pun dewasa dan berkahwin. Mendapat kebebasan melakukan apa yang dia sukai. Malah, disokong sepenuh hati oleh si suami. 



Asalnya, cukuplah belajar dan menulis di blog. Akhirnya, berkat sabar dan doa hasilnya manis sekali. Buku-buku ini sudah menjadi harta yang mahu diturunkan ke legasi seterusnya. 

Thursday 4 July 2019

Hujan

Teks : Saniah Mat Sanat

Saya paling suka bila hujan, saya suka menghidu baunya dan melihat titisan air yang turun. Dulu...rumah kami sekeluarga dari atap zink.

Bila hujan, bunyinya riuh. Tapi kerana bunyi itulah, saya tahu hujan sudah turun dan cepat-cepat berlari mengangkat jemuran kain.

Bila hujan...mak suruh tadah air.

Bila hujan...mak benarkan mandi di bawah air pancur.

Bila hujan...dapat main di lopak air dan berudu.

Bila hujan...dapat melihat pelangi.

Bila hujan...dapat makan ubi rebus dan pulut tanak cicah ikan wadik serta minum air kopi.

Bila hujan...dapat duduk-duduk dengan mak abah sambil dengar mereka berdua berbual.

Bila hujan...saya suka abah berada di rumah.

Bila hujan...mak tak marah walaupun baju dan kasut sekolah basah dan kotor.

Bila hujan, saya suka menadah tangan merasai titisan airnya. Titisan itu adakalanya saya suka minum walaupun dilarang mak.

Bila hujan, abang buatkan sampan olok-olok dari kertas dan kami sama-sama bermain di parit.

Alhamdulillah. Banyaknya yang saya dapat bila hujan turun. Hujan yang memberi rahmat.

Bila hujan, semua kenangan itu pasti menerjah kembali. Rindunya...


Wednesday 3 July 2019

Tanda Ingatan.

Sudah lama tidak menulis surat. Kali terakhir saya menulis ialah dua puluh dua tahun yang lalu. Surat kepada tunang, yang sekarang sudah jadi suami.

Perhubungan kami banyak menggunakan ini selain telefon. Maklumlah ketika itu, saya di Selangor, si dia di Johor. Kemudian, si dia bekerja di Kuala Lumpur. Jadi, suratlah sebagai penganti diri.

Ingat lagi, saya terima surat dari si dia hampir setiap hari sehingga mak abah berasa pelik. Mana ada orang tulis dan hantar sebegitu bukan?

Banyak masa lapangnya. Mak siap bertanya, tidak bekerjakah si dia. Hihihi..risau seorang mak. Mungkin mak risau nanti apalah anaknya hendak makan jika asyik berutus surat saja.

Bila saya bertanya, katanya karang saja...tidak perlu panjang berjela. Cukup dengan memberitahu khabarnya dan bertanya khabar saya. Tanda ingatan.

Ya...hanya itu sahaja, tiada ayat yang berbunga-bunga. Si dia lebih banyak bertanya mengenai persiapan perkhawinan kami.

Benar...ketika itu, saya hanya terima dua helai kertas kajang dan satu lagi untuk saya membalasnya. Malah ada setemnya sekali.

Bagi saya , ini cara si dia menunjukkan rasa. Dari situ, saya tahu si dia mengambil berat dan bertanggungjawab. Lain orang, lain caranya bukan.