Wednesday 9 June 2021

Kempen Duduk Rumah Baca Buku

Duduk rumah dan baca buku.

Ini antara pilihan kombo yang menarik untuk  dipilih. Setiap satunya menjanjikan pengalaman membaca yang berbeza.

Kombo Barisan Hadapan. Kita akan menyelami kisah petugas kesihatan dalam kerjaya mereka bersama pesakit. Suka dan suka sepanjang tempoh perawatan.

Kombo Membaca. Ia tentang dunia membaca yang sudah sinonim dengan kita sejak kecil, namun semakin meningkat usia, ada di kalangan kita mula perlahan meninggalkannya. Mengapa? Baca projek-projek kecil yang boleh dilakukan untuk menanam semula suka membaca dan pengalaman mereka yang gemar membaca. Sisi positif mereka sangatlah perlu kita contohi dalam melahirkan generasi celik membaca dan berpengetahuan tinggi.

Itu baru dua kombo, ada banyak lagi kombo menarik yang kami sediakan.

Kombo Puitis
Kombo Pemikiran Ustaz Hasrizal
Kombo Qurania
Pemikiran Zaba
Kombo Pemikiran HAMKA
Kombo Komik Kanak-kanak

Sehingga 14 Jun 2021, kami tawarkan harga tak masuk akal buat pembaca dalam mengisi kekosongan waktu duduk di rumah. Sesuai juga untuk dijadikan hadiah buat mereka yang tersayang.

Hanya perlu layari https://jtbooks.onpay.my/order/form/Dudukrumah/12 


Monday 31 May 2021

Nota Terjahit

Saat-saat pandemik, membaca catatan begini melegakan.

"Setiap kembara yang ditempuhi kadangkala menghadiahkan pengajaran yang cuma difahami oleh sang pengembara. Pengajaran yang selalunya lebih mudah dicerna apabila diri dikenali."

Proses mengenal diri sekaligus mengembalikan rasa tunduk kepada Sang Pencipta.

Noktah Terjahit. Bukan sekadar catatan. Ia penuh dengan kata-kata yang memujuk hati. Indah dibaca berkali-kali tanpa jemu. Memang sangat sesuai dibaca ketika pandemik begini. Terubat rasa hati.

Sudah sahabat saya dapatkan buku ini?
Boleh pesan buku ini di https://jtbooks.onpay.my/order/form/SEJT/12 


Sunday 28 February 2021

Trilogi Pasong

Trilogi Pasong: Mayang Mengurai (buku ke-2)
Naskhah memoir
RM70
....

Kawan suami pernah disihir di ofis selepas pulang dari Amerika Syarikat. Masuk saja bilik ofis, badannya lemah berbisa. Balik ke rumah, dia sihat walafiat. Berbulan hingga dia dibantu mak ayah 'orang kampung'.

Siapa mahu percaya? Bukan orang bodoh-bodoh tetapi profesional yang bekerja dalam kompeni besar. Berpendidikan tinggi. Beragama Islam. Meminta pada Tuhan yang SATU. Bermain sihir kerana sebuah jawatan. Sadis.

Sihir jenis ini paling suka guna medium minyak pengasih/pemisah. Dicalit minyak berjampi di bawah meja. Dipintu. Perabot. Sesiapa masuk berjumpa mangsa akan berbahang. Tak boleh berbincang.

Ya, susah nak percaya kan?
Tunggu sampai kena, barulah merangkak mencari penawar.

....

Trilogi Pasong adalah sebuah kisah benar.
Pesan sekarang di Trilogi Pasong  


Tuesday 8 December 2020

Terusir - HAMKA

“Tiap-tiap roh, tiap-tiap semangat itu mempunyai pasangan semangat untuk pertalian hidupnya, rasa bahagia dia apabila bertemu dan rasa sengsara apabila berpisah.”

Margaretta Gauthier, halaman 145.

Kisah cinta dua insan yang tak kesampaian lantaran perbezaan darjat menjadi ukuran dan status hidup. Kisah yang sering berlaku dalam masyarakat, yang menjadi nanah dalam kebahagiaan dua insan yang bercinta.

Salahkan bercinta?
Hinakah dianugerahkan rupa paras yang cantik?
Salahkan seorang bapa yang mahukan anaknya hidup bahagia?
Dilema seorang bapa tentang kebahagiaan anak lelakinya atau anak perempuannya. Dua-dua beliau sayang.

Dapatkan novel terjemahan Hamka ini di
https://jtbooks.onpay.my/order/form/BukuHAMKA/12 


Wednesday 11 November 2020

Set Box Ustaz Hasrizal

Motif untuk kembara ada pelbagai.
Ada yang mahu tengok keindahan alam,  budaya, senibina dan sebagainya

Buat Ustaz Hasrizal, kembaranya lebih terarah atas dasar manusianya, apa yang manusia berfikir dan apa yang manusia rasa. Dan inilah antara sebab beliau ke Finland.

Tidak lupa, atas sistem pendidikannya.

Beliau berkata juga, setiap kembara yang dilakukan harus mempunyai motif yang jelas untuk menjadikan kembara kita lebih berharga dan dapat membawa sesuatu yang bermakna untuk dipelajari. Melihat dari sudut pandang berbeza.

"Mengembara, usaha melapangkan jiwa dan pemikiran"

Nak tahu apa lagi yang ustaz perolehi ketika kembaranya, dapatkan Set Travelog Tarbiah ini yang merangkumi kisah suka dukanya ketika di Jordan, Turki, Ireland dan Finland.

Malah, ada sesi vlog beliau dilampirkan dalam buku Ma Oon Rizal lagi, pada halaman 83.

Nak lagi seronok, ambil terus set kombo beserta video rakaman ekslusif di Set Box Ustaz Hasrizal  


Monday 19 October 2020

Set Travelog Hamka

Perjalanan hidup Hamka tidak mendatar tanpa cabaran dan dugaan. Hamka sangat kenal akan dunia manusia dan masalah yang ada di tanah airnya kerana dia banyak berjalan dan gemar mengembara.

4 Bulan di Amerika Jilid 1 dan 2 ditulis sebagai analisis dan renungan selepas kunjungan beliau ke sana pada tahun 1952.

Kenang-kenanganku di Malaya disusun oleh Hamka untuk mencurahkan rasa cinta kepada umat dan bumi Melayu ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannya.

Di Tepi Sungai Dajlah, beliau mengisahkan kembaranya ke Kota Baghdad pada tahun 1950 yang penuh dengat riwayat-riwayat dan hikayat 1001 malam. Tentang kerajaan Babylonia, raja-raja dan keturunan Bani Hasyim,  Mazhab Syiah dan Sunnah.

Dan Perjalanan Terakhir Buya Hamka pula merupakan pengalaman peribadi, catatan dari suatu peristiwa ketika bersama Buya Hamka, ataupun komentar-komentar atas wafatnya almarhum baik mengenai keperibadian, integriti ataupun kepemimpinan selama hayatnya.

Set Travelog Hamka

1. 4 Bulan di Amerika Jilid 1
2. 4 Bulan di Amerika Jilid 2
3. Kenangan-kenanganku di Malaya
4. Perjalanan Terakhir Buya Hamka
5. Di Tepi Sungai Dajlah

Dapatkan segera Set Travelog HAMKA  


Saturday 19 September 2020

Box Ustaz Hasrizal

BOX USTAZ HASRIZAL

KAMI BAWAKAN BOX TRAVELOG TARBIAH HASRIZAL ABDUL JAMIL
yang mengandungi keempat-empat buku Travelog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dari bumi Jordan —> Turki —> Ireland —> Finland

Istimewa di dalam kotak ini

4 KEPING PENANDA BUKU & 1 ' BUTTON BADGE ' EKSLUSIF

Harga : RM 123

Promosi sehingga 30 September ini sahaja dan akan mulai pos pada 21 September 2020.

Tunggu apa lagi,dapatkan segera hari ini.

 https://jtbooks.onpay.my/order/form/BOXHASRIZAL/12