Tuesday 30 September 2014

Ulasan Novel Langsir Biji Remia


Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi

Ulasan Novel Langsir Biji Remia
Terpandang sahaja covernya terus membuatkan saya jatuh cinta.  Saya memang menyukai warna ungu.  Tambahan pula, penulisnya adalah salah seorang  penulis kegemaran saya.  Hampir kesemua novel- novel nukilan Puan Noor Suraya dimiliki saya.  Tulisannya penuh dengan pengajaran dalam kehidupan.  Membaca Langsir Biji Remia,  mengundang rasa syukur pada nikmat Allah yang diberikan pada saya.  Walaupun novel ini cuma sebanyak dua ratus enam puluh tiga muka surat tetapi novel ini memberi pelbagai rasa semasa saya membacanya.

Membacanya buat saya tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada Duha Hafa.  Semudah itukah perasaan cinta Umair?  Benarkah cinta hanya memandang paras rupa?  Umair dan Duha Hafa, rakan jendela.  Umair yang meningkat remaja jatuh cinta kepada Duha Hafa yang masih bermain zero point bersama-sama rakan sepermainannya.  Jatuh cinta dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir.

Mudahnya saya jatuh cinta dengan cerita-cerita di dalam novel ini.  Cerita yang memberi makna dan pengajaran dalam kehidupan.  Dalam maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis.  Membacanya membuatkan saya berfikir dan memandang sesuatu dengan cara yang lain.  Penulis begitu cekap bermain dengan bahasa, mengambarkan perasaan, tempat dan jalinan hubungan antara watak-watak di dalam novel ini.

Terselit juga kisah watak Ain Najwa dari novel Keranamu Ain.  Ya, inilah salah satu keistimewaan penulis.  Setiap novel yang ditulisnya ada kisah watak-watak dari novel terdahulunya.  Ini salah satu cara penulis menghargai pembacanya.
******

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif 

Yuran-RM250-Guru kelas- Puan Monalita/Puan Mazlia
Dapat 3 ebook bonus:
1. Ebook asas blog
2. Ebook Tips penulisan novel
3. Ebook Rautan Takdir

Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

1. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

2. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

3. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

4. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

 

No comments:

Post a Comment