Wednesday 21 September 2016

Kek Coklat Lagi

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Petang semalam, saya masak kek coklat lagi. Kali ini, saya gunakan pengisar makanan untuk sediakan adunannya. Mudah sedikit. Sebelum mulakan, terlebih dahulu saya panaskan periuk kukus. Saya mahu kek coklat versi kukus. Mahu bakar pun boleh juga.

Bahan-bahannya ialah telur sebanyak empat biji dan secawan gula. Saya kisar yang ini dahulu sehingga kembang. Kemudian, saya masukkan secawan minyak masak. Kisar lagi. Selepas itu, saya masukkan pula serbuk koko sebanyak setengah cawan. Kisar semula sehingga sebati. Tambah pula 3/4 cawan susu pekat yang dicampur sedikit air panas menjadikan ia satu cawan. Kacau kedua-dua bahan ini terlebih dahulu, barulah saya masukkan ke dalam pengisar.

Paling akhir, masukkan tepung naik sendiri sebanyak dua cawan. Saya ayak terlebih dahulu. Tepung ini, saya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar tadi.  Apabila adunan sudah sebati, saya tuangkan ke dalam bekas yang sudah disediakan terlebih dahulu. Kukus selama satu jam.

Apabila masak, saya lakukan sentuhan akhir iaitu masak coklat compound dan dua sudu mentega secara double boil sehingga cair dan curahkan atas kek tadi. Anak-anak suka sangat. Sudah menjadi kek kegemaran mereka. Pagi tadi, mereka bawa ke sekolah makan bersama kawan-kawan.


No comments:

Post a Comment