Thursday 20 February 2014

Nur Syahidah Wan Mahassan - Ulasan Kelas Asas Blog

Teks : Nur Syahidah Wan Mahassan
Guru Online: Monalita Mansor
Sumber: http://syahidahmahassan.blogspot.com/

"Wah, akak ada blog ya," kata seorang sahabat.

Sebenarnya saya bukanlah mula berblog pada tahun ini. Sejak saya mempunyai akaun Frienster dan Multiply lagi saya sudah berblog. Sekitar tahun 2006 semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka. Pernah juga menggunakan Wordpress dan yang paling lama Blogspot. Jadi, asas senggaraan blog saya memang sudah tahu. Semuanya agak berbeza apabila mengikuti Kelas Asas Blog dan Penulisan.

Saya dapati kebanyakan peserta kelas ialah suri rumah yang berhenti kerja dan mahu meningkatkan potensi diri melalui pembelajaran atas talian yang lebih mudah. Perkara ini mengubah persepsi awal saya sewaktu mula-mula mengikuti kelas. Tanpa saya sedari, saya dapat banyak info bagaimana menjana pendapatan dari rumah.

Saya menganggap tidak salah saya melabur wang bagi mempelajari skil dan teknik baru. Ilmu yang baik, apabila digunakan dengan cara yang betul, boleh menjadi asbab keupayaan kita untuk menjadi manusia hebat. Saya cukup terkesan dengan kesungguhan ibu-ibu dalam kelas yang saya sertai ini. Mereka bersungguh-sungguh mengatur kehidupan seharian semata-mata untuk menuntut ilmu.

Insya-Allah, saya akan jadikan ini pembakar semangat untuk saya memperbaiki dan menambah baik potensi diri. Apa yang menarik melalui kelas ini ialah guru akan memantau perjalanan kelas secara atas talian. Melalui medium ini, saya bebas melakukan tugasan saya pada bila-bila masa terluang. Asalkan saya ada sambungan Internet dan gajet di sisi.

Selama ini asyik berblog syok sendiri, lebih baiklah saya berblog dan memberi manfaat kepada pengunjung laman ini. Tanpa teknik yang betul, kita sendiri yang rugi. Maka, bergurulah untuk menjadi lebih baik. Asalkan tidak melanggar syariat Allah, saya dapat pula menyampaikan panduan berguna untuk orang lain.

*******

Dapatkan Ebook Super WAHM Super Mom dengan harga RM25 sahaja.
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho 

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah 
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja 
2.2 Persediaan asas 
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja2.4 Puan M berkongsi dilema 

Bab 3:  Kisah Inspirasi Wahm Soho 
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique 
3.2 Fauziah Ahmad
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor 
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network 
3.6  Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique 
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati 
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community 
3.11 Nadzura Sabry 

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi 
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu 
4.2 Urus stres dengan super gembira 
4.4 Cabaran bekerja dengan anak kecil 
4.5 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak 
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga 
4.6 Norain Kanafi 

Bab 5: Tips sukses urus masa 
5.1 Pengurusan masa untuk wanita 
5.2  Ibu super sibuk, tips terapi diri 
5.3 Urus masa keluarga 5.3 Sibuk yang fleksibel 

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama 
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres! 
6.2 Fokus kepada matlamat 
6.3 Rawat dan rehat 

Bab 7:  Tips urus rumah tangga 
7.1 Mengawal semangat yang teruk 
7.2 Perlukah pembantu rumah? 
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga 
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan 

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat 
8.1 Setiap orang ada satu kisah 
8.2 Bekerja dengan jiwa 
8.3 Mengekalkan momentum motivasi 
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman




Tuesday 18 February 2014

Kembali Bersiaran.

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.

Assalamualaikum.  Alhamdulillah, saya dapat kembali menulis di sini. Tentu semua tertanya-tanya ke mana saya menghilangkan diri kan.  Sudah rindu untuk mencatat di sini.  Selama empat minggu tidak berada di sini, saya berpindah rumah dan baru semalam dapat menggunakan talian internet sepenuhnya.

InsyaAllah, saya akan catatkan pengalaman berpindah sedikit masa lagi.  Ok, sekarang masa untuk rehat selepas berhempas pulas mengemas barang-barang yang masih berada di dalam kotak.