Teks : Saniah Mat Sanat
Masa mahu pilih pasangan, akak tetapkan beberapa syarat. Nak tahu tak, apa syaratnya? Salah satu syaratnya ialah berani. Dulu mana tahu kita kena pilih agamanya. Kurangnya ilmu. Huhuhu...
Selain tu, nak macam abah. Abah kan idola akak. Hihihi...pandai masak, tahu basuh baju sendiri dan bekerja keras. Di mata akak, abah contoh lelaki yang baik.
Alhamdulillah, sungguh Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Tuan suami, sama macam abah. Itulah kuasa-Nya.
*******
KELAS ASAS AKAUN - OFFLINE]
Grup Coaching Asas Akaun (Min 5-6 peserta)
Tarikh: 24/09/16 Sabtu.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: di Desa Alam, Shah Alam.
Grup Coaching Asas Akaun (Min 10-25 org peserta)
Tarikh: 15/10/16 Sabtu.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: di Putrajaya
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI?
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.
Hubungi saya di 0192828266 untuk pendaftaran.
Showing posts with label Persediaan Sebelum Perkahwinan. Show all posts

Friday, 9 September 2016
Sunday, 17 August 2014
Hantaran atau Mas Kahwin
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah. Alhamdulillah.
Sebenarnya hantaran tidaklah wajib, yang wajib hanyalah mas kahwin. Mas kahwin adalah hak kita. Hantaran hanya salah satu adat masyarakat kita.
Mas kahwin (mahar) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya. Kenapa? Ia merupakan hadiah wajib seorang lelaki kepada isterinya kerana menerimanya sebagai suami. Apakah bezanya mas kahwin dengan hantaran? Hantaran pula ialah satu adat yang diamalkan disebut, juga boleh disebut sebagai 'balasan'.
Apakah hukum keduanya?
Mas kahwin hukumnya adalah wajib, sepertimana yang telah dinyatakan di dalam surah anNisa ayat 4.
" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian ( yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya"
Mas kahwin ini merupakan hak mutlak isteri, dan suami tidak berhak untuk mengambilnya kembali.
Hantaran pula ialah hadiah kepada setiap pasangan masing-masing, ianya bukanlah hadiah yang wajib. Ia terpulang kepada pasangan.
Apa yang menjadi masalahnya kini, hantaran diletakkan dengan jumlah yang tinggi sehingga membebankan kepada bakal suami. Ada juga ceritanya yang minta hantaran tinggi kerana ingin berlawan dengan jiran, kakak atau orang lain.. Apabila perkara ini berlaku, si lelaki akan mencari jalan dengan cara "pinjaman". Kebahagiaan dirasai dengan duit yang banyak, sedangkan kemudharatan sedang menanti. Jadilah satu keluarga yang akan hidup dengan hanya membayar hutang keliling pingang. Masa inilah waktu yang tepat untuk syaitan beraksi, saling menuduh, salah-menyalahkan dan akhirnya. Keretakan rumahtangga akan berlaku, nauzubillah.
Tidak kurang juga dengan "kegilaan" terhadap hantaran yang mewah. Sepertimana yang kita tahu hantaran adalah adat. Hantaran ini boleh dilaksanakan selagi tiada unsur haram di dalamnya, contohnya hantaran arak. Memang haramlah hukumnya dan selagi tidak membawa kepada pembaziran. Maka tiada salahnya hantaran ini bagi memeriahkan majlis tapi biarlah berpada. Maknanya, tidak menyusahkan serta membebankan kedua-dua pihak. Jadi, mengenai hal ini perlulah mendapat perbincangan yang memudahkan kedua-dua pihak.
Di Malaysia nilai mas kahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri, nilainya dalam lingkungan RM22 hingga RM120. Hanya yang kita lebih fokuskan dalam adat Melayu adalah wang hantaran yang nilainya mencecah ribuan ringgit.
Sebenarnya ibu bapa yang memainkan peranan dalam hal ini. Mereka perlu sedar dan memahami kehidupan anak-anak bermula bila saja melangkah ke alam rumahtangga. Bahagia anak-anak, bahagialah kita sebagai ibu-bapa.
Rasulullah pun dah pernah bersabda, " Sebaik-baik mas kahwin itu adalah yang paling senang atau paling rendah," ( Abu Daud)
Rasulullah bersabda lagi, "carilah (sesuatu yang boleh dijadikan mahar ) walaupun sebentuk cincin dari besi " (Bukhari dan Muslim )
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya, mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (yakni mudah melahirkan anak).” (Riwayat Imam Ahmad).
Sekiranya jumlah mas kahwin yang diwajibkan oleh syarak turut dianjurkan untuk dipermudahkan, inikan pula wang hantaran yang hanya sekadar adat sahaja.
Jangan pula dek kerana nak membayar wang hantaran yang tinggi bakal pengantin lelaki terpaksa bergolok bergadai bahkan berhutang keliling pinggang. Setelah berkahwin terpaksa pula hidup dalam keadaan kewangan yang sempit yang akhirnya isteri juga akan menanggung akibatnya.
“Nilai maruah seorang wanita atau isteri tidak terletak kepada nilai wang hantaran tinggi. Nilai seseorang wanita juga tidak wajar dilihat dari segi pendidikan, jawatan mahupun kemasyhuran."
Semua manusia tidak mengira keturunan, kedudukan, jantina mahupun bangsa adalah sama sahaja di sisi ALLAH SWT dan yang membezakan adalah tahap ketakwaan seseorang. Makin tinggi nilai takwa seseorang semakin mulia seseorang itu di sisi ALLAH SWT.
Apa guna status, kedudukan dan status sekiranya seseorang wanita itu tidak mampu menjadi hamba ALLAH yang baik mahupun isteri yang boleh membahagiakan suaminya
Jadikan hari pernikahan itu, PEMULA HARI KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN, bukan HARI PENDERITAAN..
Dahulukan SYARIAT. Tidak mengapa kita menolak adat, yang pentingnya kita TAAT. Fahami konsep ini, " barangsiapa yang menyulitkan urusan orang lain, Allah akan menyulitkan urusannya di akhirat.."

Friday, 29 November 2013
Prosedur Lengkap Perkahwinan Bahagian Dua - Negeri Selangor
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Bahagian pertama untuk prosedur lengkap perkahwinan telah saya ceritakan di sini. Sekarang saya sambung pula dengan bahagian kedua. Bahagian pertama adalah prosedur lengkap untuk pihak lelaki. Manakala bahagian kedua untuk pihak perempuan pula.
Walaupun kelihatannya prosedur untuk pihak lelaki dan perempuan lebih kurang sama tapi ada juga perbezannya. Berikut proses-proses yang perlu kita lakukan.
Perempuan.
1. Hadiri Kursus Pra Perkahwinan
Saya cadangkan hadiri kursus pra perkahwian daripada JAIS. Tapi sekarang swasta pun ada menganjurkan kursus pra perkahwinan . Bayaran sebanyak lapan puluh ringit diperlukan untuk hadiri kursus ini. Bayaran ini merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, monum petang dan sijil. Kursus yang dijalankan adalah selama dua hari. Keistemewaannya sijil ini tiada tempoh akhir.
2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.
Borang untuk ujian ini boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan sahaja dangan bayaran satu ringgit. Maklumat lanjut mengenai ujian ini boleh dibaca sini.
3. Isi borang 2C dan 2D online, cetak dan lampirkan dokumen sokongan.
Borang untuk lelaki dan perempuan tidak sama. Mohon ambil perhatian. Sekarang tidak perlu lagi ambil borang di PAID atau JAIS. Begitu juga dengan borang muat turun. Borang hanya perlu diisi secara online dan cetak borang tersebut.
Ini laman web untuk daftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) bagi JAIS. Daftarkan diri dahulu tentang diri kita di ruangan dan isi maklumat lengkap yang diperlukan, kemudian daftar. 'Login' dan pilih 'Perkahwinan' kemudian pilih borang 2C dan borang 2D dan isi. Setelah selesai mengisi maklumat, cetaklah borang tersebut. Selepas dicetak, mohon jangan tandatangan dahulu ya. Pengesahan perlu dibuat, di dalam borang ada diterangkan siapa yang boleh sahkan. Sertakan semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut.
1. Salinan kad pengenalan/passport. (Jika pemohon warganegara asing)
2. Salinan kad pengenalan dua orang saksi/passport. (Jika saksi warganegara asing)
3. Salinan sijil Kursus Pra Perkahwinan. (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
4. Keputusan Ujian Saringan HIV.
5. Salinan Borang Permohonan 2C. (Jika pemohon nikah luar daerah/negeri/ negara)
6. Surat pengesahan Mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan.
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
di dalam kad pengenalan).
7. Surat Perakuan/Pengesahan/Akuan Sumpah Ibubapa. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
8. Surat Wakallah( Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah)
9. Surat Perakuan/Akuan Sumpah Kematian Wali(bapa)
10. Surat atau Kad Perakuan Islam dan salinannya(Jika pemohon saudara baru)
11. Surat Kelulusan dari KAGAT/PDRM.(Jika pemohon anggota tentera/polis)
12. Surat Perakuan Cerai/Kematian Pasangan dan salinannya.(Jika pemohon seorang janda)
13. Surat Kebenaran Berkahwin daripada Konsulat/Kedutaan/imigresen (Jika pemohon warganegara asing)
Selesai senarai semak dokumen, kita lihat pula senarai wali sah.
1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa ke atas.
3. Adik-beradik lelaki seibu-sebapa.
4. Adik-beradik lelaki sebapa.
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa.
6. Anak saudara lelaki sebapa.
7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu-sebapa.
8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa.
9. Bapa saudara sebelah bapa, seibu sebapa.
10. Bapa saudara sebelah bapa, sebapa.
11. Datuk saudara sebelah bapa, seibu-sebapa dengan datuknya.
12. Datuk saudara sebelah bapa, sebapa dengan datuknya.
13. Moyang saudara sebelah bapa, seibu-sebapa dengan moyangnya.
14. Moyang saudara sebelah bapa, sebapa dengan moyangnya.
15. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa, seibu-sebapa. ( sepupu lelaki)
16. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa, sebapa. ( sepupu lelaki)
17. Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa, seibu-sebapa.
18. Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa, sebapa.
19. Anak datuk saudara sebelah bapa, seibu-sebapa dengan datuknya.
Kita boleh ambil surat perakuan nikah di JAIS atau PAID dalam masa tujuh hari bekerja.
glosari - wakallah - pemberi kuasa/mewakilkan
Rujukan : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

20. Anak datuk saudara sebelah bapa, sebapa dengan datuknya.
21. Wali Hakim.
4. Dapatkan Kebenaran Berkahwin dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN) mengikut kariah masing-masing.
Selesai mengisi borang permohonan berkahwin, pemohon, wali dan dua orang saksi perlu bertemu PPN kariah yang telah ditetapkan. Lebih mudah, kita boleh kunjungi masjid terdekat dan bertanya dengan imam atau ahli jawatan kuasa masjid siapakah PPN Kariah. Mohon ambil perhatian, tandatangan hanya boleh dibuat di hadapan PPN sahaja.
5. Dapatkan Kebenaran Berkahwin dari PAID ( Pejabat Agama Islam Daerah)
Selepas mendapat kebenaran berkahwin , pihak perempuan hendaklah membawa surat kebenaran berkahwin pihak lelaki dan permohonan berkahwin dari pihak perempuan ke PAID. Di sini kita akan menerima dua jenis borang, iaitu borang 3C ( surat kebenaran nikah) dan 4A ( rekod akad nikah). Pegawai dari PAID akan semak permohonan. Bayaran sebanyak sepuluh ringgit diperlukan. Proses ini memakan masa satu hari bekerja.
6. Serahkan Surat Kebenaran Berkahwin kepada PPN Kariah.
Selepas selesai urusan di PAID, pihak perempuan akan menyerahkan surat kebenaran berkahwin lelaki dan perempuan kepada PPN Kariah masing-masing.
Prosedur ini perlu kita lakukan dua bulan sebelum majlis pernikahan kita.
7. Majlis Akad Nikah Dijalankan.
Prosedur ini perlu kita lakukan dua bulan sebelum majlis pernikahan kita.
7. Majlis Akad Nikah Dijalankan.
Kita boleh ambil surat perakuan nikah di JAIS atau PAID dalam masa tujuh hari bekerja.
glosari - wakallah - pemberi kuasa/mewakilkan
Rujukan : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Thursday, 28 November 2013
Prosedur Lengkap Perkahwinan Bahagian Satu - Negeri Selangor
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Carian Google
Bismillah.
PROSEDUR SEBELUM BERKAHWIN - NEGERI SELANGOR
2. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain tetapi telah menetap di Selangor lebih dari empat bulan maka beliau layak mendaftar nikah di negeri Selangor.
3. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain maka beliau harus balik ke negeri asal dan memohon untuk bernikah di luar kariah beliau. Surat kebenaran akan dikeluarkan dan surat tersebut bolehlah diberikan pada pihak perempuan.
4. Pihak Lelaki yang berasal atau telah menetap di Selangor boleh mengikut langkah ini.
Lelaki
1. Hadir ke kursus pra perkahwinan.
Saya cadangkan hadiri kursus pra perkahwian daripada JAIS. Tapi sekarang swasta pun ada menganjurkan kursus pra perkahwinan . Bayaran sebanyak lapan puluh ringit diperlukan untuk hadiri kursus ini. Bayaran ini merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, monum petang dan sijil. Kursus yang dijalankan adalah selama dua hari. Keistemewaannya sijil ini tiada tempoh akhir.
2. Ambil ujian peperiksaan darah HIV.
Borang untuk ujian ini boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan sahaja dangan bayaran satu ringgit. Maklumat lanjut mengenai ujian ini boleh dibaca sini.
3. Isi borang 2A online, cetak dan lampirkan dokumen sokongan.
Borang untuk lelaki dan perempuan tidak sama. Mohon ambil perhatian. Sekarang tidak perlu lagi ambil borang di PAID atau JAIS. Begitu juga dengan borang muat turun. Borang hanya perlu diisi secara online dan cetak borang tersebut. Boleh terus ke laman web yang telah saya berikan di atas.
Ini laman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bagi JAIS. Daftarkan dulu diri kita di ruangan dan isi semua maklumat yang diperlukan kemudian daftar. 'Login' dan pilih 'Perkahwinan' kemudian pilih borang 2A dan isi. Setelah selesai mengisi, cetaklah borang tersebut. Selepas dicetak mohon jangan tandatangan dulu ya. Pengesahan perlu dibuat, dalam borang ada diterangkan siapa yang boleh sahkan. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :
Dokumen yang diperlukan :
1. Salinan kad pengenalan/passport. (Jika pemohon warganegara asing)
2. Salinan kad pengenalan dua orang saksi/passport. (Jika saksi warganegara asing)
3. Salinan sijil Kursus Pra Perkahwinan. (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
4. Keputusan Ujian Saringan HIV.
5. Salinan Borang Permohonan 3A atau 3B (Jika pemohon nikah luar daerah/negeri)
6. Surat pengesahan Mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduktaman perumahan.
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).
Mohon berjumpa dengan Pendaftar di JAIS atau PAID. Pihak lelaki hendaklah membawa dua orang saksi yang
mengenalinya semasa berjumpa PPN untuk membuat pengesahan. Semasa inilah, baru pemohon
dan dua orang saksi akan menandatangani borang permohonan nikah di hadapan PPN. Jika kita mengalami kesukaran membuat temujanji dengan PPN kariah, masih boleh berjumpa dengan Pendaftar di JAIS atau PAID.
Foto : Carian Google
Bismillah.
Sebelum saya teruskan tulisan saya, semua yang ingin berkahwin tentu tahu kita perlu terlebih dahulu menghadiri kursus pra perkahwinan. Di Selangor, pihak Jabatan Agama Islam Selangor iaitu JAIS juga menyediakan kemudahan kursus ini.
Tarikh terdekat kursus adalah pada bulan Disember iaitu bermula pada 7hb dan 8hb. Pendaftaran perlu dilakukan secara online. Lawati laman web JAIS di http://ncr.jais.gov.my/.
Ini adalah salah satu proses yang perlu kita lakukan apabila ingin berkahwin.
PROSEDUR SEBELUM BERKAHWIN - NEGERI SELANGOR
1. Prosuder harus dimulakan dengan pihak lelaki.
2. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain tetapi telah menetap di Selangor lebih dari empat bulan maka beliau layak mendaftar nikah di negeri Selangor.
3. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain maka beliau harus balik ke negeri asal dan memohon untuk bernikah di luar kariah beliau. Surat kebenaran akan dikeluarkan dan surat tersebut bolehlah diberikan pada pihak perempuan.
4. Pihak Lelaki yang berasal atau telah menetap di Selangor boleh mengikut langkah ini.
Lelaki
1. Hadir ke kursus pra perkahwinan.
Saya cadangkan hadiri kursus pra perkahwian daripada JAIS. Tapi sekarang swasta pun ada menganjurkan kursus pra perkahwinan . Bayaran sebanyak lapan puluh ringit diperlukan untuk hadiri kursus ini. Bayaran ini merangkumi sarapan pagi, makan tengahari, monum petang dan sijil. Kursus yang dijalankan adalah selama dua hari. Keistemewaannya sijil ini tiada tempoh akhir.
Borang untuk ujian ini boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan sahaja dangan bayaran satu ringgit. Maklumat lanjut mengenai ujian ini boleh dibaca sini.
Borang untuk lelaki dan perempuan tidak sama. Mohon ambil perhatian. Sekarang tidak perlu lagi ambil borang di PAID atau JAIS. Begitu juga dengan borang muat turun. Borang hanya perlu diisi secara online dan cetak borang tersebut. Boleh terus ke laman web yang telah saya berikan di atas.
Ini laman web untuk daftar Nikah Cerai Rujuk (NCR) bagi JAIS. Daftarkan dulu diri kita di ruangan dan isi semua maklumat yang diperlukan kemudian daftar. 'Login' dan pilih 'Perkahwinan' kemudian pilih borang 2A dan isi. Setelah selesai mengisi, cetaklah borang tersebut. Selepas dicetak mohon jangan tandatangan dulu ya. Pengesahan perlu dibuat, dalam borang ada diterangkan siapa yang boleh sahkan. Sertakan semua borang sokongan seperti berikut :
Dokumen yang diperlukan :
1. Salinan kad pengenalan/passport. (Jika pemohon warganegara asing)
2. Salinan kad pengenalan dua orang saksi/passport. (Jika saksi warganegara asing)
3. Salinan sijil Kursus Pra Perkahwinan. (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
4. Keputusan Ujian Saringan HIV.
5. Salinan Borang Permohonan 3A atau 3B (Jika pemohon nikah luar daerah/negeri)
6. Surat pengesahan Mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduktaman perumahan.
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).
7. Surat atau kad perakuan Islam dan salinannya. ( jika pemohon saudara baru)
8. Surat Kelulusan dari KAGAT/PDRM. (Jika pemohon anggota tentera/polis)
9. Surat Kebenaran Berkahwin daripada konsulat/kedutaan dan imegresen.(Jika pemohon
warganegara asing)
4. Dapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Nikah Kariah.
5. Dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID.
PAID adalah singkatan untuk Pejabat
Agama Islam Daerah. Selepas
selesai, pihak lelaki perlu pergi ke PAID mengikut daerah di mana kita ingin bernikah, contohnya daerah Kajang. Mohon membawa sekali permohonan berkahwin yang telah disahkan dan diluluskan
oleh PPN. Pegawai di PAID akan semak mengikut senarai semak yang disertakan. Apabila selesai, bayaran sebanyak sepuluh ringgit diperlukan dan pihak PAID akan memberi surat kebenaran untuk berkahwin.
6. Serahkan surat kebenaran kepada pihak perempuan.
Kita perlu menyerahkan surat kebenaran berkahwin yang telah diluluskan oleh PPN dan surat kebenaran berkahwin yang
dikeluarkan oleh PAID kepada pihak perempuan.
U/P - Pihak
perempuan perlu menunggu borang kebenaran berkahwin dari pihak lelaki dahulu barulah pihak perempuan boleh mendaftarkan borangnya. Prosuder bagi pihak perempuan lebih kurang sama dengan pihak lelaki. Perbezaaannya pihak perempuan perlu mengisi dua borang.
Selesai dahulu proses untuk pihak lelaki, inshaaAllah saya sambung esok untuk pihak perempuan.
Rujukan : JAIS
Rujukan : JAIS
Wednesday, 27 November 2013
Undang-Undang
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto: Carian Google
Bismillah.
Baca atau dengar perkataan undang-undang, sebahagian kita sudah berasa gerun. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, undang-undang memberi maksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan dalam sesebuah negara demokrasi.
Usah ambil mudah apabila menyentuh tentang undang-undang. Kita perlu mengetahui perihal undang-undang apabila kita ingin berkahwin. Proses mendaftarkan perkahwinan juga salah satu proses yang melibatkan undang-undang. Perlu juga tahu bagaimana cara mendaftarkan perkahwinan kerana lain negeri lain caranya.
Jika di negeri Selangor, eloklah cuba ketahui di http://ncr.jais.gov.my/. Banyak maklumat yang boleh kita perolehi di laman web ini. Pendaftaran sekarang perlu dibuat secara online.
InshaaAllah. Saya akan tunjukkan satu persatu proses yang perlu dilalui bakal pengantin esok.

Tuesday, 24 September 2013
Manjakan diri
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian google
Bismillah.
Assalamualaikan.
Mari... mari... manjakan diri dahulu sebelum kahwin. Macam - macam cara yang boleh kita boleh gunakan untuk manjakan diri. Sebelum saya kahwin tak adalah manja - manja macam sekarang. Siap boleh ambil pakej satu badan lagi.
Baik secara tradisional atau moden, rawatan sebelum hari bahagia sudah popular di kalangan pasangan yang ingin berkahwin. Berbagai pakej yang di tawarkan, ada yang biasa mahupun yang super biasa.
Masa saya ingin berkahwin mana nak ada pakej. Cuma, sebelum hari perkahwinan, emak pesan tumbuk kunyit dan beras bersama. Bila saya tanya, apa kegunaannya. Mudah sahaja jawapan emak " nak licinkan badan " saya yang masih tidak dapat bayangan, apalah yang ingin di buat emak menurut sahajalah. Oh, rupanya semua bahan tersebut untuk lulur badan. Manalah saya tahu kan. " Blur " kata orang sekarang.
Itu secara tradisional, murah dan bahannya mudah didapati. Apa jua cara pun boleh ya. Ingin buat sendiri atau ke salon kecantikan pun tidak mengapa. Janji kita manjakan diri dulu. Hilangkan tekanan sebelum hari bahagia kita.

Monday, 16 September 2013
Kursus Kahwin
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Jangan malu jangan segan ya. Sampai masanya seorang gadis akan berkahwin, sebelum itu kita hadiri dahulu kursus kahwin ya. Apa yang akan kita pelajari di kursus kahwin ialah tentang tanggungjawab suami dan isteri. Fungsi utama dan ikatan perkahwinan itu sendiri. Cuma yang tidak selesa apabila penceramah lelaki mengupas tentang hubungan intim. Merah - merahlah muka kami para gadis mendengarnya. Rasanya lebih sopan bila topik ini di bincangkan, asingkan sahaja anak gadis dari anak teruna.
Secara keseluruhannya amatlah baik menghadirinya. Banyak ilmu dan maklumat yang dapat kita serap di sini. In Shaa Allah. Astagfirullah. Wallahu'alam.
Ujian Saringan HIV Pra - Perkahwinan
Teks : Saniah Mat Sanat
Fota : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Masa berlalu, masa saya ingin berkahwin dulu ujian ini tiada. Cuma pergi kursus kahwin sahaja. Banyak manfaatnya apabila langkah - langkah ini di ambil.
Boleh rujuk mana - mana pusat kesihatan untuk dapatkan ujian saringan HIV pra-perkahwinan.

Friday, 13 September 2013
Perempuan
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Foto : Carian Google
Thursday, 12 September 2013
Lelaki
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
"Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kawin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya". (HR. Bukhari)
Pilihan kita tentulah lelaki yang beragama, kalau tidak sepak terajang binilah jadinya seperti kes baru - baru ini di Pulau Pinang.

Tuesday, 10 September 2013
Nasi Goreng
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com
Bismillah.
Assalamualaikum.
Nasi goreng, resepi mudah sebenarnya. Namun susah bagi saya pada permulaan alam perkahwinan dulu. Itulah masa emak dan kakak ingin mengajar, saya awal -awal lari buat kerja rumah yang lain. Masa itu memasak bukanlah perkara yang menyukakan hati saya. Paling saya takut adalah terkena percikan minyak panas. Jika di suruh, saya akan memegang sudip dan berdiri jauh dari kuali. Ya, jika begitu bagaimana hendak memasak. Emak dan kakak selalu memarahi saya. Kata mereka siapalah yang ingin berkahwin dengan saya jika tidak tahu memasak.

Berkenalan atau Temuduga
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Dengan berpakaian baju kurung dan bertemankan seorang adik, saya bertemu dengan keluarga ( bakal suami ketika itu )suami. Soalan pertama dari bakal mak mertua ialah habis sekolah agama darjah berapa. Dengan yakin masa itu saya jawab darjah empat. Ketika itu saya tidak terfikir, apakah yang tersembunyi di sebalik soalan yang mudah itu.

Wednesday, 28 August 2013
Material
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google
Bismillah.
Assalamualaikum.
Secara ringkasnya, kita sedia maklum keperluan material dianggap paling utama dalam persediaan sesebuah perkahwinan. Pada pandangan saya, persediaan paling utama adalah mempelajari ilmu rumahtangga itu sendiri.
Ilmu rumahtangga merangkumi pelbagai aspek, contohnya kewangan. Zaman berubah, kita sekarang lebih mudah mendapatkan maklumat tentang apa jua perkara yang ingin kita ketahui. Dengan kemudahan internet, maklumat di hujung jari sahaja.
Tidak lupa juga, ilmu dan petua dari orang lama yakni dari ibu bapa kita sendiri. Lapangkan hati dan kosongkan fikiran untuk menyerap ilmu daripada sesiapa jua. Semoga kita memperolehi kebaikan dan memanfaatkan apa juga ilmu yang kita pelajari. Astaghfirullah. Wallahu'alam .

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)