Friday 16 January 2015

Rutin Berpuasa.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah.  Alhamdulillah.

Rutin berpuasa setiap hari khamis yang menjadi rutin kami sekeluarga sejak anak-anak bersekolah di Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi telah pun dimulakan.  Pada mulanya, saya hanya menemankan Along Zikri berpuasa.  Lama - kelamaan sudah menjadi kebiasaan pula. Tambahan pula, bukan saja dapat mengantikan hari puasa saya yang lalu malahan berpeluang menjaga kesihatan.  Amalan berpuasa ini sudah  empat tahun kami sekeluarga cuba konsisten lakukan.  Tidaklah sempurna pada mulakan tapi apabila anak kembar saya juga bersekolah di sekolah yang sama maka bertambah baiklah amalan ini.

InsyaAllah, tahun ini mahu lebih baik dari tahun lalu.  Astagfirullah.

No comments:

Post a Comment