Friday 27 October 2017

Sarapan.

Teks : Saniah Mat Sanat

Pagi ini, seperti hari-hari terdahulu. Rutin menyiapkan sarapan dan bekalan anak-anak diutamakan.

Sering kali, ia diubah menunya. Jika semalam jemput-jemput nasi ditambah kentang. Hari ini, kentang goreng pula. Bekalan tengahari juga begitu, hari ini sup ayam. Semalam, tomyam ayam.

Bahannya saja yang sama. Namun, rasa dan cara penyediaan tidak sama. Olah mengikut kesuaian masa dan kalau boleh semudah mungkin kerana masa yang terhad untuk siapkan kedua-dua menu ini.

Jam tujuh setengah, anak sudah mahu bertolak ke sekolah. Jadi, masa yang ada hanya dua jam sahaja jika bangun pukul lima setengah pagi. Terlewat sedikit, kelam kabut sedikit pagi itu.

Apa tak kelam kabutnya, mak-mak bukan. Tugasnya bukan siapkan sarapan saja. Sudah tentu, mengejutkan satu keluarga. Malah, bukan sekali, namun sebenarnya berulang kali memanggil. Dari suara yang lembut hingga menjadi lebih keras dan kuat.

Bila anak sudah ke sekolah, baru rasa lega. Bancuh air, duduk sambil menaip di papan paparan telefon pintar ini. Ambil gambar, sarapan pagi ini. Baik, sudah siap. Terimalah hantaran istimewa ini.


Monday 23 October 2017

Motivasi Suri.

Teks : Saniah Mat Sanat

Setiap pengalaman pahit akan menghasilkan ketabahan yang akan menutupi kelemahan kita.

Selamat malam.


Nota Pagi.

Teks : Saniah Mat Sanat

Peduli pada orang lain bermula dengan peduli pada diri sendiri.

Nota pagi untuk diri.


Friday 20 October 2017

Nota Pagi.

Kehidupan adalah berkat, kerananya nikmatilah. Jangan menyesal masa lalu dan takut akan masa depan.

Nota pagi untuk diri.


Wednesday 18 October 2017

Cuti Lagi.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Alhamdulillah. Anak-anak sudah mula bercuti hari ini. Cuti kali ini kami tidak kemana-mana kerana mereka ada peperiksaan akhir tahun. Perlu ulangkaji. Tahun hadapan, ada peperiksaan SPM. Jadi, kena lebih serius.

Namun, Kak Ani rancang mahu mahirkan mereka memasak dan ajak ke masjid. Maklumlah, kali ini bercuti selama lima hari termasuk sabtu dan ahad.

Kak Ani memang jarang ajak anak-anak mentawaf pusat membeli belah. Sesekali masih okay. Itu pun dilakukan bila mahu ke kedai buku. Ini Kak Ani lakukan sejak mereka kecil lagi. Mereka sudah biasa.

Jadi, jika tiada keperluan memang kami sekeluarga berada di rumah sahaja. Di rumah, masih banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Contohnya, kami sama-sama basuh,  lipat dan mengosok baju.

Ini cara Kak Ani sekeluarga meluangkan masa cuti. Mempunyai anak-anak yang sudah remaja buatkan Kak Ani lebih mudah mengurus. Baik dari segi urusan kerja-kerja rumah atau mencari rezeki. 


Sunday 1 October 2017

Motivasi Suri.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Cerita kita dan dia tidak sama. Uniknya diri, kita sahaja yang tahu.

Sampaikan cerita yang baik-baik untuk memberi inspirasi pada orang lain.