Wednesday 9 June 2021

Kempen Duduk Rumah Baca Buku

Duduk rumah dan baca buku.

Ini antara pilihan kombo yang menarik untuk  dipilih. Setiap satunya menjanjikan pengalaman membaca yang berbeza.

Kombo Barisan Hadapan. Kita akan menyelami kisah petugas kesihatan dalam kerjaya mereka bersama pesakit. Suka dan suka sepanjang tempoh perawatan.

Kombo Membaca. Ia tentang dunia membaca yang sudah sinonim dengan kita sejak kecil, namun semakin meningkat usia, ada di kalangan kita mula perlahan meninggalkannya. Mengapa? Baca projek-projek kecil yang boleh dilakukan untuk menanam semula suka membaca dan pengalaman mereka yang gemar membaca. Sisi positif mereka sangatlah perlu kita contohi dalam melahirkan generasi celik membaca dan berpengetahuan tinggi.

Itu baru dua kombo, ada banyak lagi kombo menarik yang kami sediakan.

Kombo Puitis
Kombo Pemikiran Ustaz Hasrizal
Kombo Qurania
Pemikiran Zaba
Kombo Pemikiran HAMKA
Kombo Komik Kanak-kanak

Sehingga 14 Jun 2021, kami tawarkan harga tak masuk akal buat pembaca dalam mengisi kekosongan waktu duduk di rumah. Sesuai juga untuk dijadikan hadiah buat mereka yang tersayang.

Hanya perlu layari https://jtbooks.onpay.my/order/form/Dudukrumah/12 


Monday 31 May 2021

Nota Terjahit

Saat-saat pandemik, membaca catatan begini melegakan.

"Setiap kembara yang ditempuhi kadangkala menghadiahkan pengajaran yang cuma difahami oleh sang pengembara. Pengajaran yang selalunya lebih mudah dicerna apabila diri dikenali."

Proses mengenal diri sekaligus mengembalikan rasa tunduk kepada Sang Pencipta.

Noktah Terjahit. Bukan sekadar catatan. Ia penuh dengan kata-kata yang memujuk hati. Indah dibaca berkali-kali tanpa jemu. Memang sangat sesuai dibaca ketika pandemik begini. Terubat rasa hati.

Sudah sahabat saya dapatkan buku ini?
Boleh pesan buku ini di https://jtbooks.onpay.my/order/form/SEJT/12 


Sunday 28 February 2021

Trilogi Pasong

Trilogi Pasong: Mayang Mengurai (buku ke-2)
Naskhah memoir
RM70
....

Kawan suami pernah disihir di ofis selepas pulang dari Amerika Syarikat. Masuk saja bilik ofis, badannya lemah berbisa. Balik ke rumah, dia sihat walafiat. Berbulan hingga dia dibantu mak ayah 'orang kampung'.

Siapa mahu percaya? Bukan orang bodoh-bodoh tetapi profesional yang bekerja dalam kompeni besar. Berpendidikan tinggi. Beragama Islam. Meminta pada Tuhan yang SATU. Bermain sihir kerana sebuah jawatan. Sadis.

Sihir jenis ini paling suka guna medium minyak pengasih/pemisah. Dicalit minyak berjampi di bawah meja. Dipintu. Perabot. Sesiapa masuk berjumpa mangsa akan berbahang. Tak boleh berbincang.

Ya, susah nak percaya kan?
Tunggu sampai kena, barulah merangkak mencari penawar.

....

Trilogi Pasong adalah sebuah kisah benar.
Pesan sekarang di Trilogi Pasong