Thursday 29 May 2014

Koleksi Gambar

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
 Bismillah.  Alhamdulillah.  Subhanallah.  Ini adalah permandangan di kampung halaman saya.  Bila dapat melihat permandangan sebegini, saya sering kali merasakan sungguh takjub dengan alam ciptaan Allah ini.  Sekadar mahu berkongsi pemandangan ini dan menghilangkan kerinduaan pada kampung halaman.
Saya memang mengemari gambar-gambar pemandangan, jadi banyak koleksinya di dalam simpanan saya.  Selain gambar anak-anak.  Sekarang mudah untuk menyimpan koleksi ini.  Contohnya, kita boleh simpan di Dropbox, hardisk dan cd.  Ada juga koleksi gambar yang saya susun dalam album gambar.  Akan saya kongsikan lagi gambar-gambar yang menarik nanti.

***************
Bergabung bersama 700 blog di ABDR.
1. Kelas Asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar - Bengkel offline 14 Jun 2014
Pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014.
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat terhad untuk 30 orang sahaja.
8. Pendaftaran pengurus online
9. Projek Duit Raya.
Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada.

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - -InsyaAllah siap 3 hingga 5 hari.
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami 700 blog


Berminat untuk sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Wednesday 28 May 2014

Ulasan Kelas asas blog dan penulisan kreatif - Siti Khatijah Diana

Teks : Saniah Mat Sanat


Bismillah.  Alhamdulillah.  Semakin ramai suri hebat berkerjaya dari rumah sahaja.  Mahu sertai kami di ABDR, boleh baca dahulu pengalaman salah seorang dari kami iaitu Puan Khatijah Diana.


Sumber : http://ctkhatijahdiana.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-penulisan-dan-kreatif.html

Genap sudah 44 entri yang harus disiapkan sebagai syarat tamat kelas online ni. Tak silap saya, kelas ni didaftar pada hujung tahun lepas. Bulan disember. Baru lagi kan. Hehehe.

Pada awalnya, saya tak tergerak hati nak masuk. Mungkin sebab tak yakin. Tapi entah macam mana, semacam ada satu tarikan yang membuatkan saya masuk juga kelas ni. Mungkin inilah yang dikatakan takdir. Hohoho. (maaf cikgu, ciplak. :p)

Awal-awal mendaftar, saya diberikan 4 e-book. Ebook antologi cerpen 2 buah, sebuah ebook tulisan Cik Puan Masayu, dan juga ebook tentang penulisan nukilan guru saya sendiri. Kebetulan saya menyertai kelas ni pada musim promosi. Dapatlah juga sebuah novel daripada seorang penulis yang juga salah seorang guru online kelas ini iaitu Cik Puan Monalita Mansor. Pendek kata, memang berbaloi sangat harga kelas yang ditawarkan dengan semua pakej yang saya dapat.

Di dalam kelas ni, saya telah diajar selok-belok dunia penulisan. Cikgu Mazlia menyediakan beberapa tugasan untuk disudahkan. Dari situ, beliau akan menegur segala kesalahan yang telah kita lakukan. Beliau juga akan memberi cadangan bagaimana untuk menggilapkan karya supaya menjadi lebih baik. Sejak menyertai kelas ni, saya juga dah tak lagi pandang remeh kesalahan kecil dalam setiap tulisan saya. Memang ia sangat membantu.

Bidang penulisan ni ada kalanya memang banyak cabaran dan dugaan. Itu memang saya tak dapat nafikan. Namun begitu, apabila saya berasa down dan tak ada semangat, beliaulah yang banyak memberikan nasihat dan dorongan. Beliau juga cepat memberi respons jika saya ada apa-apa soalan yang nak dikemukakan.

Secara peribadi, saya sangat berpuas hati sebab dapat masuk kelas ni. Banyak ilmu tentang dunia penulisan yang telah saya pelajari. Cikgu saya juga banyak berkongsi pengalamannya dalam dunia penulisan. Sungguh saya sangat berbesar hati dapat mengenalinya.

========================================
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Sekiranya berminat, hubungi saya
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Cuti Sekolah Bermula

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
 Bismillah.  Alhamdulillah.  Cuti sekolah sudah bermula.  Masih merancang aktiviti untuk anak-anak.  Petang ini, saya mahu berkunjung ke perpustakaan.  Kemudian mahu ke Taman Tasik Chempaka yang terletak bersebelahan.
 Awal tahun tempoh hari, pihak sekolah sudahpun memberikan takwin tahunan aktiviti.  Jadi mudahlah untuk saya merancang.  Biasalah bila dapat takwin aktiviti, selalu yang dilihat bilakah cuti sekolah.  Sebenarnya banyak aktiviti yang kita boleh rancang untuk anak-anak bila cuti sekolah tiba.  Contohnya, luangkan masa bergotong royong mengemas rumah, sama- sama memasak, membaca dan beriadah bersama-sama.  Aktiviti ini tidak memerlukan sebarang kos.  Mudah bukan untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

Ulasan Kelas Asas Blog - Azlina bt Zabha

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Puan Masayu Ahmad

Bismillah.  Alhamdulillah.  Semakin ramai suri yang memilih untuk bekerja dari rumah dan bersama dengan Akademi Bekerja Di Rumah.  Minat dan kemahiran menjadi satu.  Usaha dan bertindak.  Berkongsi apa sahaja.  Pada kita mungkin remeh tapi pada orang lain adalah satu ilmu.
      Ulasan pelajar kelas asas blog


Blog? Perlukah blog? Tidak cukupkah dengan kredibiliti yang ada pada media sosial?

Apabila ditanya, apa hobi saya? Saya akan pantas menjawab, "Blogging!"  Ya, jawapan paling pendek, blogging. Jika saya menjawab, "melayari internet", itu bukanlah jawapan yang baik sebab melayari internet merupakan suatu keperluan pada zaman ini, bukan lagi hobi. Apa kaitannya hobi blogging dengan melayari internet? Nanti saya ceritakan.

Jika dulu, saya gemar menulis blog yang bersandarkan isi hati, dan apa yang ditulis di dalam blog, semuanya seperti carca merba. Bercampur aduk. Darah muda mungkin. Menulis ikut sedap. Tulisan saya penuh dengan emosi. Pada masa itu, saya hanya rasakan keseronokan mempelajari sesuatu yang baru. Membina blog dan membuat entri-entri baru sekadar untuk suka-suka. Dulu blog saya seperti diari, tapi masih bertapis. Suka-duka semua saya kongsikan, Malah hampir semua perkara yang terlintas di fikiran, saya akan curahkan di blog lama saya.

Sehinggalah pada suatu masa saya merasakan, cukuplah sekadar suka-suka. Perasaan ini wujud selepas saya dipertemukan dengan Khairunnisa Hamzahara oleh suami saya sendiri. Kali pertama saya mengenalinya adalah sewaktu kami berdiskusi bagaimana untuk menghias dalaman rumah. Kami menjadi salah seorang klien beliau dan kami amat suka dengan rekaan 3D kabinet dapur yang dibuat olehnya. Terus kami jadikan ia sebagai panduan grafik untuk tukang buat kabinet rumah kami. Bila ada rekaan 3D, senang untuk pembuat kabinet membinanya mengikut selera kita. Khairunnisa Hamzahara juga seorang yang pemurah dan peramah. Beliau tidak lokek ilmu tentang senireka dalaman.

Itu cerita tentang guru online saya. Ya, dengan Khairunnisa Hamzahara saya berguru. Dia mengajar saya secara maya bagaimana untuk jadikan hobi blogging itu sebagai suatu yang benar-benar membawa kepada pembacanya. Bagaimana ingin memulakan suatu yang baru? Adakah perlu simpan yang lama, atau terus mulakan dengan blog yang serba-serbi baru? Entri dan bentuk penulisan bagaimanakah yang patut saya ketengahkan? Penggunaan bahasa yang bagaimana yang perlu saya gunakan? Perlukah pengkhususan dalam satu-satu blog? Atau perlukah saya "hantam sajalah" untuk tarik minat pembaca?


Menulis dan terus menulis. Satu persatu saya diajar dan diberi dorongan. Berkongsi ilmu dengan rakan-rakan dalam kelas online kami di dalam Group Belajar Asas Blog (Guru Khairunnisa Hamzahara). Pengajaran asas blog secara online ini diasaskan oleh Puan Masayu Ahmad.

Maka, lahirlah blog saya ini, yang bertajuk "Panduan Pengguna Kupas Kepis". Sebab saya gemar mengulas barangan yang saya gunakan, dan suka berkongsi pendapat tentang sesuatu barangan.

Semoga blog saya ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

Sumber: http://azlinazabha.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-khairunnisa.html

***************





Tuesday 20 May 2014

Sibuk atau Alasan

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Carian Google

Bismillah.  Assalamualaikum.  Alhamdulillah.  Saya dapat kembali menulis.  Sibukkah saya?  Ya, sibuk dengan urusan rumahtangga, urus akaun syarikat dan urus anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan semester.

Alhamdulillah.  Sekarang saya masih menyesuaikan diri dengan keadaan kesihatan diri, memenuhi temujanji dengan doktor pakar dan menguruskan kembali rutin rumahtangga.  Jadual yang padat.

Lakukan perubahan.
1. Perubahan dalam cara berfikir.
2. Perubahan dalam cara bertindak.
3. Perubahan dalam cara bersosial.
4. Perubahan dalam pengurusan masa.
Kekurangan adalah kelebihan. Astaghfirullah.

Ini catatan dari 'wall facebook' saya.  Sememangnya saya sendiri sedang melakukan perubahan.  Saya masih perlu lakukan banyak perubahan.  Cuba munasabah dan bantu diri.


**********

Bengkel Offline Asas Akaun
Alhamdulillah.  Bengkel Offline Asas Akaun yang lalu mendapat sambutan. 

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan tiada keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tiada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan


Bengkel Offline Asas Akaun

Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
- hands on task. Full cycle how to do book keeping.



Untuk Pendaftaran.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Thursday 8 May 2014

Tips lagi.


MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan
2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?
3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.
Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.
Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berilmu + Beramal

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah.   Alhamdulillah.  Sebelum bersama ABDR saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Saya menjual muruku dan kuih raya pada kenalan dan ahli keluarga.  Saya juga menjual produk Tupperware. Namun apa yang saya buat hanya sambilan sahaja.  Jika ada permintaan barulah saya menjana pendapatan.

Sekarang setelah saya bersama ABDR jalan yang saya lalui makin terang.  Saya menemui minat dan kepuasan diri disamping menjana pendapatan dengan apa yang ada di tangan.  Alhamdulillah.

Tentu ada yang tertanya-tanya apa diakah perniagaan yang hanya kita mulakan dengan apa yang kita ada.  Tidaklah saya nafikan sebelum ini saya berpandangan sesuatu perniaagaan itu memerlukan modal terutamanya wang.   Setelah saya amalkan apa yang saya pelajari dan menambah ilmu di dada, saya nampak apa yang saya boleh buat dengan kemahiran diri.



 
Inilah yang saya buat sekarang.  Saya merekabentuk 'header blog', 'Facebook Cover' dan bunting untuk keperluan pelanggan memperkenalkan produk mereka.  Saya juga menjalankan perniagaan secara 'dropship'.

Sekarang saya juga dilantik sebagai pengurus online ABDR.  Tugas saya mempromosikan produk ABDR.  Menarik kan.  Saya sendiri pada mulanya tidak percaya tiada modal wang ringgit yang saya perlukan untuk menjana pendapatan.  Saya hanya perlukan kesungguhan dan keyakinan diri.

Bukan setakat ini sahaja, saya juga sudah menceburi bidang tekstil(membekalkan pakaian sukan) dan membina laman web.  Bidang ini saya bekerjasama dengan suami.

Senarai laman web dan fanpage(sebelum menyertai ABDR)

Senarai blog/laman web dan fanpage(setelah menyertai ABDR)


 Alhamdulillah.  Kemajuan yang saya capai hari ini mendapat sokongan penuh keluarga terutama suami dan anak-anak.