Tuesday 1 July 2014

3 Ramadhan

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulillah.  Sudah tiga Ramadhan.  Masih berjaya memenuhi kpi bulan Ramadhan untuk tahun ini.  Anak-anak juga mengikut sahaja.  Antaranya tidak membeli di pasar Ramadhan.  Ini pun sudah kami sekeluarga amalkan sejak beberapa tahun yang lalu.  Satu langkah penjimatan yang sungguh berkesan di bulan Ramadhan ini.

Semalam, saya keluar membeli sedikit barang keperluaan, sempat juga mencapai buku Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgizi tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.  Walaupun sebahagian isi kandungan buku ini dapat saya baca di laman web beliau iaitu www.saifulislam.com tapi saya masih mahukan buku fizikal yang dapat saya sentuh dan ambil baunya.

Sinopsis

Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Daulah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi.
Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) beliau di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa.
Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namu terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada memperomosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman.
Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40-an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.

Sumber : http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3785
************

Menuju 1000 blog di Akademi Bekerja di Rumah bulan Ramadhan ini.
Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-bengkel akaun sehari 19.07.2014, Shah Alam
-kelas akaun online
-personal coaching
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Beriklan dengan kami di sini http://sohodirectory.blogspot.com/
11. Tempahan blog bisnes--> InsyaAllah, 5 hari siap
Kenali kami, baca lagi tentang akademi di sini ya http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

No comments:

Post a Comment