
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Mahu kongsikan rawatan tradisional sakit gastrik. Sudah dua hari saya alaminya. Dari bujang sudah ada penyakit ini. Cuma sekarang sudah jarang sakit.
Sebenarnya saya kurang sukakan ubat gastrik yang berwarna putih itu. Itulah asbab mencari cara yang lain.
Setelah Google, saya cuba dua cara. Iaitu minum air masak bercampur madu dan bawang putih yang sudah dibakar.
Caranya ialah bakar bawang putih atas api dalam dua atau tiga minit dengan kulitnya sekali.
Biarkan sejuk sedikit, buang kulit dan basuh bawang untuk buangkan hitam-hitam yang terhasil dari kesan bakar tadi. Kemudian, boleh dimakan.
Alhamdulillah, berkesan. Kongsikan jika bermanfaat.
Posted via Blogaway
Saturday, 1 October 2016
Rawatan Sakit Gastrik.
Thursday, 29 September 2016
Niat Dipermudahkan.
Teks : Saniah Mat Sanat
Salah satu 'wishlist' saya tercapai. Mahu tahu apakah ia? 'Wishlist saya ialah buku Rahsia Penulisan Berpengaruh.
Ini salah satu cara saya reward diri. Bagaimanakah cara kawan-kawan pula?
Kisah semalam. Niat di hati mahu memberi. Tetapi masih belum pasti mahu berikan kepada siapa.
Pagi tadi, apabila Kak Rahmah Yaakob beritahu ada yang perlu dibantu, saya tahu inilah dia orangnya. Mudah sahaja.
Begitulah kawan, apabila kita berniat mahu berbuat baik. Saya sendiri dapat 'reward' diri. Sudah lama ia berada dalam 'wishlist'.
Meremang juga bulu roma. Eh, jangan salah sangka, ya. Bukan cerita seram. Tapi kisah hati rasa bahagia apabila semua urusan dipermudahkan-Nya.
Wednesday, 28 September 2016
Nikmat
Teks dan foto : Saniah Mat Sanat
Apabila ditarik sedikit nikmat pendengaran, saya banyak meneliti diri. Ya, tidak dinafikan terasa sukar mahu berkomunikasi mulanya. Perlu lebih fokus untuk mendengar.
Bila berbual, saya perlu berhadapan secara depan-depan. Jika diajak berbual sambil melakukan kerja, saya sering gagal menangkap butir bicara yang dibualkan.
Ini berlaku sejak saya kemalangan pada dua tahun yang lalu. Adakalanya, telinga saya mengeluarkan bunyi yang berdesing dan ia sedikit menyakitkan. Walaupun keadaan itu berlaku hanya beberapa saat.
Begitulah kawan, apabila nikmat kita yang ada ditarik. Baru sedar, banyaknya nikmat-nikmat lain yang diberikan-Nya. Hati sudah redha. Insaf sangat.
#catatanpengalaman2016
Mahu menulis pengalaman bermakna, belajar bersama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah. Hubungi saya di 019 282 8266 untuk pendaftaran.
Sunday, 21 August 2016
Kasut McDonald's
Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.
Nak tahu tak? Abah pernah belikan akak kasut sekolah yang lebih besar dari saiz kaki. Abah beritahu sudah tiada lagi saiz yang lain di kedai. Jadi akak perlu pakai juga kasut itu ke sekolah.
Mujurlah kasut itu bertali, jadi akak ikat ketat-ketat dan tambah kertas di dalamnya walaupun kurang selesa. Nampak besar sungguh kasut itu di kaki akak.
Rasa malu juga tapi akak tebalkan saja muka. Tambahan pula, ada kawan-kawan lelaki yang mengatakan akak pakai kasut McDonald.
Dalam hati akak, pedulikan kata-kata mereka. Mereka tidak tahu, abah bukan sengaja. Walaupun ada ketika akak rasa marah juga.
Tapi akak tahu, abah sudah usahakan yang terbaik. Sudah ke bandar membawa tali rafia yang berukuran saiz kaki akak ke bandar. Tak kan kerana sepasang kasut, akak mahu abah berulang alik ke bandar.
Dalam hati akak juga, maafkan saja mereka kerana mereka tidak tahu. Lagi pun kata-kata mereka tidak dapat menandingi kasih sayang yang abah tunjukkan.
Anak Abah Menulis.
#catatanpengalaman2016
Thursday, 18 August 2016
Cemburukah?
Masa mula-mula kahwin, cemburu jugalah lihat orang ada kereta lawa tau. Yang kami ada motor kapcai. Bila hujan, cepat-cepat berhenti cari tempat berteduh dan pakai baju hujan. Best juga kena hujan. Sweet sangat rasanya. Suasana pun romantik gitu.
Tapi tuan suami pesan, usah lihat apa orang ada. Kenapa mahu lihat dan bandingkan? Lihat apa yang kita ada dan bersyukur punya kenderaan. Ada yang tidak ada pun kereta mahupun motor.
Analogi yang tuan suami berikan ialah sekarang dia beli memang baru, tapi bila tiba masanya kita pula beli. Bukankah, yang dia punya sudah jadi kereta lama, yang kita punya kereta baru. Lambat cepat tentu ada rezeki kita. Janji Allah itu pasti.
#kahwinmuda #catatanpengalaman2016
Bila Sudah Kahwin
Bila berkahwin, hubungan dengan mak, abah dan adik beradik agak renggang jugalah. Maklumlah keutamaan sudah berubah kan. Tapi akak ni kiranya beruntung sangat sebab tuan suami tidak pernah berkira masa, tenaga dan wang ringgit untuk kedua-dua keluarga.
Sama saja baginya. Katanya, dua-dua pun mak dan ayah yang wajib kita berbuat baik. Biasalah jika ada yang sedikit berbeza pandangan kan. Cara hidup kedua-dua keluarga tak sama. Jadi ia salah satu sebab akak terima dan sokong seratus peratus setiap keputusan tuan suami.
Walaupun adakalanya berbeza pendapat dalam sepanjang perbincangan. Namun yang akak pegang ialah selagi keputusan yang mahu diputuskan tuan suami tidak melanggar hukum yang ditetapkan selagi itulah akak mengikutinya. Itulah salah satu cara akak untuk sama-sama hidup harmoni.
#catatanpengalaman2016 #kahwinmuda
Tuesday, 16 August 2016
Berani VS Ketakutan
Teks : Saniah Mat Sanat.
Aduh! Tak tahu mana mahu mula. Akak memang ada tulis cerita tapi sudah dua kali tulis, idea berhenti di tengah cerita. Nak cerita mengenai perjalanan minggu lepas.
Tahu tak? Inilah dia dinamakan "writer's block".
Kenapa ia berlaku? Salah satu ialah ketakutan. Inilah yang akak beritahu petang tadi. Menulis perlukan keberanian.
Sebenarnya kita perlu hadapi perasaan takut itu. Tidak mudah. Tetapi mudah bila ada ilmu. Mulakan dulu dengan asas. Tulis ayat yang mudah dan pendek dahulu. Ini yang cikgu akak ajar, tau.
#AkademiBekerjaDiRumah
Nak belajar menulis? Jom sama-sama belajar dengan kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah.
Hubungi akak melalui whatapps - 0192828266 atau melalui email - saniah.matsanat@gmail.com
Monday, 15 August 2016
Hanya Satu Soalan.
Kedengaran bunyi motor abah, cepat-cepat akak tutup tv. Tidak lama kemudian, muncul abah sambil bertanya sudahkah akak baca buku. Cepat saja akak anggukkan kepala. Dalam hati, berdebar-debar takut ditegur.
Segera akak melangkah ke arah beg sekolah. Ambil buku dan baca dengan tekun. Takut sungguh. Rasa bersalah juga sebab sebenarnya akak tak baca pun lagi. Walaupun akak sudah siapkan kerja sekolah.
Korang tahu tak? Sebenarnya bila mak dan abah bertanya, mereka sedang memantau kita. Mereka ambil berat dengan cara mereka sendiri. Sekarang baru akak faham. Hanya satu soalan tetapi akak ingat sehingga sekarang.
Anak Abah Menulis.
Monday, 25 July 2016
Janji Allah Pasti
Wednesday, 29 June 2016
Pisang Emas.
Pisang emas salah satu buah kegemaran akak. Ingat tak kisah akak mengenai selalu balik kampung tu. Cerita kali ini ada hubung kaitnya.
Setiap kali balik kampung, abah akan berikan akak pisang emas untuk dibawa pulang ke kota. Hasil tanaman abah sendiri. Mak pula tolong bungkuskan. Akak simpan dalam beg pakaian. Ada masanya sesikat, kadangkala dua sikat. Tak dapat bawa lebih, maklumlah naik bas.
Pisang emas tu lah tanda kasih sayang abah. Pokok pisang dijaganya dengan baik. Nak bagi akak bila berbuah dan sudah masak. Siap simpankan, menanti akak pulang.Tu cerita mak pada akak.
Anak Abah Menulis.
#catatanpengalaman2016
#AkademiBekerjaDiRumah
Saturday, 25 June 2016
Belajar Masak Dengan Abah
Apabila belajar masak dengan abah, kena tengok cara abah sedang memasak. Macam tu juga bila belajar dengan mak. Bila akak tanya mengenai sukatan bahan masakan. Kedua-duanya, mesti cakap, agak-agak je. Pandai-pandailah bila nak cuba masak kat rumah sendiri.
Thursday, 23 June 2016
Juadah Berbuka Yang Dirindui
Hidangan juadah berbuka yang paling akak suka semasa kecil ialah roti canai dan murtabak mak. Yang paling best mak dan abah sama-sama saling membantu memasak di dapur. Rindunya kat mak dan abah. Air tangan mak memang terbaik.
#AkademiBekerjaDiRumah
Ada yang mahu kongsikan juadah berbuka disukai, boleh komen, ya. Terima kasih.
Abah
Tulisan ini, akak tulis di facebook pada hari bapa yang lalu. Ada banyak cerita yang akak tulis dahulu di facebook, kemudian barulah dikongsikan di sini.
Alhamdulillah, hari ini akak nak ucapkan selamat hari bapa pada semua sahabat yang bergelar bapa. Akak tak pernah pun menyambutnya. Pada akak ingatan untuk bapa selalu ada. Betul tak?
Akak rapat dengan abah. Dari kecil lagi. Teringat mengikuti abah ke kedai kopi. Abah pesan secawan teh. Kemudian, abah tuang sedikit air teh ke dalam piring dan berikan kepada akak. Akak hirup sedikit demi sedikit. Bila habis, abah tuang lagi. Akak tak ingat samada abah minum atau tidak air teh itu tapi akak ingat perasaan gembira yang akak rasai semasa itu sehingga hari ini. Terima kasih, abah.
Tulis dan kongsikan pengalaman kita. Belajar lagi di kelas asas blog pasukan Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR) bagaimana menulis betapa uniknya diri kita.
#catatanpengalaman2016 #AkademiBekerjaDiRumah
Tuesday, 7 June 2016
Kenangan Berpuasa 1
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ini sudah hari kedua kita semua berpuasa.
Akak nak cerita sikit. Bila bulan puasa ni, akak teringat gelagat anakanda sulung semasa pandai meniarap. Setiap hari dia mesti bangun sekali apabila akak dan suami bersahur.
Sekarang dia dah berusia lapan belas tahun. Bila anak-anak sudah besar, kita sebagai ibu sentiasa terkenang-kenang gelagat anak semasa kecil. Akak bersyukur sangat dapat membesarkan mereka.
Anakanda juga sekarang sudah bergelar jurugambar. Tidak berapa lama lagi, tamatlah sesi pembelajarannya di Saiful Nang Academy. Jika ada yang mahu servis anakanda boleh terus berhubung dengannya.
Saturday, 14 May 2016
Perkongsian di Facebook.
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selamat pagi. Apa yang kita fikir, kita buat, kita rasa, dan bayangkan itu juga DOA.
Doa Senjata Orang Mukmin.
Dengan doa, segala yang sukar menjadi mudah. Dengan doa segala yang tidak mungkin boleh sahaja mungkin. Berdoalah tanpa putus asa, kerana hanya Allah tempat meminta.
(Petikan, Kisah 40, Buku Allah Tempat Meminta)
Semalam status fb akak yang ini mendapat 13 share dan 335 like.
LIKE status kawan yang belum pernah kita LIKE.
SUPPORT bisnes kawan walaupun kita TAK BELI.
Kongsi manfaat bersama, semoga rezeki makin luas!
Akak catatkan di sini untuk perkongsian dan rekod akak.
Thursday, 3 March 2016
Cerita Saya Di Migguan Wanita
Foto : Koleksi Peribadi
Berapa ramai telah diberi peluang kali kedua. Ujian demi ujian yang datang, dilihat dari sudut hikmah yang paling dalam. Andai masih belum memahami makna setiap ujian, maka rugilah bagi mereka yang dipilih oleh Allah.
Terima kasih, Puan Netty Ah Hiyer, Cikgu Masayu Ahmad dan Cikgu Aishah Hussein serta semua sahabat ABDR.
Friday, 19 February 2016
Telekung Solat, Patuh Syariah.
Foto : Koleksi Telekung Al Kauthar
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Salam Jumaat.
Kali ini, saya kongsikan mengenai telekung solat. Sebenarnya, saya sendiri tercari-cari telekung yang tidak jarang. InsyaAllah, saya berani kongsikan telekung ini sebab saya sendiri telah gunakannya. Benar bagai dikata, apabila sudah guna baru elok kita kongsikan dengan kawan-kawan mahupun saudara mara.
Pengalaman saya, sepanjang menggunakan dan membeli telekung. Ada yang jarang, sulaman terlalu berat dan rasa gatal apabila terkena kulit. Saya juga pernah beli telekung di Bandung, Indonesia. Namun masih tidak memenuhi kepuasan saya. Ada saja yang kurang selesa.
Setelah diperkenalkan dan menggunakan Telekung Al Kauthar, rasa kurang selesa hilang serta merta. Kini saya sudah menjadi salah seorang agen dropship Telekung Al Kauthar. Boleh hubungi saya terus untuk dapatkan telekung ini.
Ciri-ciri Telekung Eksklusif Al- Kauthar :
★ Selesa dan mudah dipakai.
★ Melekap di muka dengan kemas.
★ Menggunakan kain yang sangat berkualiti setanding dengan jenama terkenal.
★ Tidak perlu memakai anak telekung.
★ Dilapik dengan 2 lapisan hingga ke paras melebihi dada agar aurat terpelihara.
★ Kain yang labuh.
★ Hiasan lace / renda sulam bermutu tinggi.
★ Simple tetapi cantik dan elegan.
★ Konsep warna putih suci.
★ Berciri eksklusif tetapi dengan harga mampu milik.
★ Setanding dengan jenama terkenal di pasaran.
★ Design yang menepati syariat.
★ Material yang semakin lembut dan selesa selepas kerap kali dibasuh.
http://telekungonlinehq.blogspot.my/
Friday, 12 February 2016
Biasa-Biasa
Assalamualaikum. Salam Jumaat. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan yang baik dan sentiasa positif dan optimis dalam berfikir. Aamiin. Kerana Allah, aku bekerja hari ini. Allahumma Solli wa Sallim ‘ala Muhammad.
"Jaga ibadah kita dengan Allah, kerana Allah yang sebenarnya 'menjaga' bisnes kita"
#tipsrafelinna #bukubisnescarakami
Allahuakbar. Petikan dari buku Bisnes Cara Kami ini, benar-benar menyentap hati. Ini juga salah satu perkongsian dari Puan Khatijah, salah seorang speaker jemputan semasa kursus bersama team Telekung Al Kauthar. Sebenarnya, kita tahu tapi buat-buat faham namun tidak pernah hadamkan. itulah perkara yang sebenarnya.



