Sunday 31 August 2014

Kelas Asas Blog Dan Penulisan-http://nurnadiajaini.blogspot.com/

Tatkala melangkah ke alam persekolahan, dia sudah mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Tapi matlamatnya bukan seperti saya. Bukan kerana minat dan bukan kerana suka. Tujuan utama hanya ingin mendapatkan duit belanja sekolah. Ibunya, orang susah ditambah dengan ayahnya yang tidak sihat. Segala tanggungjawab digalas oleh ibu seorang diri. Kesusahan hidup menjadikan ibunya terlalu tertekan dan tidak boleh pula meluahkan pada sesiapa. Dia faham dan menuruti perintah si ibu.
Setiap hari, ibu membekalkan dia makanan untuk dijual di sekolah. Sekiranya laku maka adalah duit belanja pada hari tersebut. Jika tidak maka tiadalah duit poketnya. Namun, sahabat saya ini saya kira gigih orangnya. Kuat semangatnya. Dijaja juga makanan tersebut sehingga mampu mendapt duit belanja.

Katanya, orang lain ke sekolah menggalas buku-buku sekolah tapi dia menggalas makanan untuk dijual. Tidak tamat di situ sahaja. Bermula cuti sekolah bermulalah rutin hariannya berkampung di dapur siang dan malam. Memenuhi tempahan kuih goyang atau kuih ros atau macam-macam nama lagi. Dari siang sampai ke malam kehidupannya hanya di tepi dapur. Kiri kanan tangan bersilih ganti menggoreng kuih. Tak dapat dikira lagi air mata yang menitis. Masa mudanya hanya dengan mencari duit. Tiada masa bersenang-lenang seperti orang lain.

Bertambah sedih lagi ketika orang lain sibuk mengambil keputusan peperiksaan, dia hanya boleh menangis di tepi dapur kerana tidak punya masa ke sekolah untuk melihat keputusan peperiksaannya. Sampaikan apabila sahabatnya menelefon ke rumahnya untuk bercakap dengannya, dia masih tidak boleh bercakap kerana sibuk di dapur. Alhamdulillah keputusannya baik-baik sahaja.

Selepas habis SPM, ibunya memberi pilihan kepadanya. Maktab atau kahwin. Hatinya sedih bukan kepalang kerana hati masih mahu belajar. Masih muda untuk menjadi isteri. Doa pada Allah SWT tak pernah kurang. Alhamdulillah, dia mendapat panggilan untuk ke maktab. Walaubagaimanapun, wang menjadi penghalang. Dengan keazaman yang kuat dia sanggup untuk bersusah asalkan dapat menjejak kaki ke maktab. Di sana, kehidupan masih seperti dulu. Setiap hari berfikir untuk mencari duit. Belajar jatuh ke tempat kedua.

Di maktab, dia mencari duit dengan menjual alat-alat tulis. Kawan-kawan memang tidak gemar dengannya. Tapi beliau pekakkan telinga, butakan mata. Apa yang dibuat bukan kerana suka-suka. Semuanya untuk menanggung kesusahan hdupnya. Doa memang tidak henti-henti. Menjadi perisai hidup seharian.

Satu hari, dia berjumpa dengan insan senasib dengannya. Mereka berbincang cara untuk mencari duit. Lantas, mereka yang masih baru di bandar mencari jalan untuk ke syarikat akhbar.(NSTP)Setelah berbincang dengan pihak NSTP mereka membeli suratkhabar dan dijual di maktab dengan mengambil sedikit komisyen. Suratkhabar yang tidak habis, dijual pula untuk dikitarsemula.

Kemudian, dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Australia. Memang seronok tapi macam biasa wang menjadi penghalang. Walaubagaimanapun, insan ini diberi kecekalan yang sangat tinggi. Berangkatlah dia dengan duit biasiswa RM1200 pada waktu itu. Pada waktu itu, dia tidak memiliki laptop,terpaksa meminjam. Kali pertama pinjam, masih senyum. Kali kedua sudah tidak senyum. Kali ketiga sudah masam muka sahabatnya. Pada waktu itu, tekadnya untuk mencari duit untuk membeli laptop. Duit biasiswanya dikirim RM300 setiap bulan pada ibunya di Malaysia.

Pada cuti semester, dia diajak oleh kawan dari universiti lain untuk bekerja sebagai pemetik buah. Walaupun badannya agak kecil digagahi jua. Katanya, kerja ini lumayan juga gajinya. Setelah dikira-kira gaji selama dia bekerja, dia menjangkakan memang mampu untuk menanggung semester akan datang. Jadi, dikirimkan semua duit yang ada pada ibu di kampung.

Malangnya, disebabkan fizikal yang kecil berbanding kerja yang dilakukannya, memang tidak termampu lagi untuk teruskan kerjanya. Akhirnya dia berhenti kerja. Dalam tempoh seminggu bekerja beliau ada berjumpa dengan sahabat-sahabat dari Korea. Daripada mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, diajarnya sehingga boleh berkomunikasi sedikit-sedikit. Mereka bercerita bahawa mereka ingin melanjutkan pelajaran di Australia tetapi duit tiada.Datang ke Australia juga tidak tahu apa-apa. Tapi disebabkan semangat yang tinggi untuk belajar mereka redah juga dan amat bernasib baik bertemu dengan sahabat saya. Sebelum sahabat saya berhenti kerja, dia memberi alamat dan nombor telefon pada sahabat-sahabat Korea tadi. Niatnya, sekiranya mereka perlukan pertolongan dia akan cuba bantu.

Selepas itu, dia mencari kerja lain. Kali ini dia mengambil upah mencuci rumah serta menggosok baju. Upahnya agak tinggi tapi sahabat-sahabatnya memandang rendah kepadanya. Dia tidak peduli asalkan rezekinya halal. Nak dijadikan cerita, sahabat-sahabat Koreanya akhirnya tinggal bersama di Australia dan dapat belajar di universiti di sana.Berbalik kepada kerjanya tadi. Akhirnya dia dapat mengumpul wang yang banyak hasil mencuci rumah dan menggosok baju. Sahabat-sahabat yang pada mulanya menghina akhirnya datang kepadanya untuk meminta bantuan kewangan. Kali ini dia membuka 'francais' pula. Apabila mendapat baju-baju untuk digosok dia akan mengagih-agihkan pada 'downline-downline' nya.

Suatu hari, dia terfikir untuk mengajak ibunya datang ke Australia. Dikira-kira wang sudah mencukupi, maka diajak si ibu datang. Sungguh tidak disangka. Hasil kerja sampingannya untuk menampung kos hidup di Australia mampu membawa si ibu terbang ke Australia. Sampai di Australia, dia membawa si ibu berjalan-jalan dan membeli buah tangan untu satu kampung. Baginya, dia banyak terhutang budi dengan orang kampung. Selama kehidupannya, dia hanya menjadi insan penerima. Tapi kini dia ingin menjadi insan yang memberi pula. Sebelum ini, laptop pun tak mampu beli. Tapi selepas itu, dia mampu membeli 3 buah laptop dan komputer untuk diberi kepada adik-beradiknya.

Baca lagi di sini:http://nurnadiajaini.blogspot.com/
*****
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal.
 Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Salam Hari Merdeka

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Carian Google.
Bismillah.  Alhamdulillah.  Hari ini, semua rakyat diseluruh negara menyambut hari kemerdekaan negara kita.  Sudah lima puluh tujuh tahun kita merdeka.  Merdekakan minda, hati, perasaan dan perkataan diri kita sendiri dahulu.
   
Semakin dekat dengan hari sambutan kemerdekaan ke lima puluh tujuh, sering kita mendengar lirik lagu ini .. 'Di sini lahirnya sebuah cinta .... yang murni abadi sejati'. Ramai dikalangan kita yang ingat ia adalah merupakan tajuk lagu tema Kemerdekaan Malaysia ke lima puluh tujuh, tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Ramai yang keliru sebenarnya dengan bait lagu tersebut.  Kita ingatkan ia sebuah lagu dengan tajuk Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.  Saya pada awalnya pun terkeliru juga. Kepada yang mungkin tidak begitu ingat lagi lirik lagu Warisan, saya kongsikan buat tatapan. 

Lirik Lagu Warisan
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

(korus)
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

(ulang korus)

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Dalam lirik lagu di atas, ada pesanan cukup bermakna buat kita semua daripada Allahyarham Sudirman. Usahlah kita menjadi manusia yang malas. Kita perlu memerdekakan diri dari sikap kemalasan kita untuk jadi berjaya.

Memang kena untuk menjadi seorang blogger yang mahu berjaya. Dalam dunia blog, sesiapa yang malas dan kurang berusaha, memang sukar untuk berjaya, apatah lagi bila membina blog dengan tujuan untuk menambahkan pendapatan. Malas, jangan ada blog!

Al Fatihah buat Allahyarham Sudirman.

Astagfirullah.  Wallah'ualam.
*****
Alhamdulillah.  Pendaftaran setiap hari.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline - Sept 2014
Grup Coaching 23/8/14, Sabtu
Kelas Online 25/8/14, Isnin
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes -InsayAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 800 blog

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih membuka pendaftaran bisnes dropship berikut:

1. Bisnes Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Telekung solat runcit dan borong
4. Bisnes produk islamik

=> Stok ada sepanjang tahun
=> Tidak perlu simpan stok
=> 5 langkah mudah: Daftar, blog jualan, fanpage, ambil komisyen & urus pesanan

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Wednesday 27 August 2014

Blog Pilihan-http://monalitamansor.blogspot.com/

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Puan Monalita Mansor dan ABDR

Bismillah.  Alhamdulillah.  Hari ini saya memilih blog salah seorang guru online ABDR iaitu Puan Monalita.  Beliau mengajar kelas asas blog dan penulisan kreatif.  Di sini saya kongsikan salah satu entri beliau mengenai perbezaan antara cerpen dan novel.  Baiklah, kita baca dulu.
*****
Catatan ini mungkin bukan untuk bacaan penulis. Tetapi lebih kepada bacaan orang awam yang masih keliru. Apakah bezanya karya yang dipanggil cerpen dan novel? Kedua-duanya karya kreatif, perlukan kreativiti, dan perlukan penulis memerah dan mengolah ilham menjadikan ia suatu kisah yang menarik.

Cerpen bermaksud cerita pendek. Ada juga istilah cerkon : cerita kontot/cerpen kontot, cerpan : cerpen panjang, cerpen bersiri tetapi itu semua istilah. Di dalam dunia penerbitan karya fizikal, buat masa sekarang, hanya tiga konsep karya yang diketengahkan; cerpen, novelet dan novel.

Cerpen sebagaimana namanya, cerita pendek tentulah menggunakan semua aspek penulisan yang ringkas. Namun begitu, tidak bermakna semua hasil tulisannya adalah hasil tangkap muat dan asal siap sahaja. Kriteria cerpen adalah seperti berikut;

1. Maksima 10 muka surat (lebih kurang 2000 patah perkataan) - bagi cerpen kanak-kanak 4 muka surat
2. Kebiasaannya menggunakan sudut pandangan orang pertama, aku, saya,
3. Wataknya kurang daripada 4
4. Latarnya terhad
5. Plotnya ringkas (hanya 1) dan pantas (pengenalan/konflik/twist/peleraian)

Novelet pula berada di antara cerpen dan novel. Kriterianya ialah jumlah perkataan yang diperlukan iaitu sekitar 20 000 patah perkataan. Tak perlu kira, aplikasi Words tu kan ada perisian Count Word.

Novel pula tidak mempunyai perkataan maksima tetapi kebiasannya ia dikira berdasarkan jumlah muka surat. Terpulang kepada kehendak penerbit sesebuah penerbitan. Kebiasaannya mereka meletakkan daripada 400 - 500 muka surat. Bagi novel remaja ia mungkin mencecah 200-250 dan novel kanak-kanak ialah 150 muka surat.

Cerpen biasanya dipaparkan di dalam akhbar berukuran semuka penuh. Jika di dalam majalah, ia mungkin mengambil beberapa muka surat. Ada juga novel yang diterbitkan di dalam akhbar atau majalah dan ia disebut pula novel bersiri. Istilah cerpen bersiri, pada pemahaman saya adalah novel atau novelet pada akhirnya, sebaik kisah di dalamnya ditamatkan.
Diharapkan catatan ringkas ini memberi sedikit pemahaman kepada anda mengenai kedua-dua subjek tersebut.
*****

Pendaftaran dibuka setiap hari untuk Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.
Berkenalan dengan guru online: Monalita Mansor
Sudah sedia baru daftar ya,
Oh, ya singgah di sini untuk lebih banyak panduan menulis http://monalitamansor.blogspot.com/
*****
Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif 

Yuran-RM250-Guru kelas- Puan Monalita/ Puan Mazlia 
Dapat 3 ebook bonus:
1. Ebook asas blog
2. Ebook Tips penulisan novel
3. Ebook Rautan Takdir

Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

1. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel. 

2. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

3. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya. 

4. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266



Rokok.

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google
Bismillah.  Alhamdulillah. Alhamdulillah.  Alhamdulillah.

Anak-anak sudah ke sekolah.  Pagi ini, kami sekeluarga bersarapan ubi getuk.  Malam tadi menolong Kak Ngah Aida selesaikan tugasan sains yang diberikan oleh gurunya.  Tugasan yang diberikan mengenai rokok.  Walaupun tugasan itu untuk Kak Ngah Aida tapi saya juga mendapat ilmu tentang rokok.  Rupa-rupanya begitu banyak bahan kimia yang terdapat pada sebatang rokok.  Saya kongsikan di sini maklumatnya.


Hukum merokok

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam rokok?

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokok            Sumber bahan kimia
Metanol                                       Bahan Api
Nitrobenzena                                Gasolin
Karbon Monoksida                        Asap kereta
Butana                                        Cecair pemetik api
Raksa                                        Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida                                Bahan utama plastik
Toulena                                       Pelarut industri
Ammonia                                       Pencuci lantai
Arsenik                                       Racun tikus
Kadmium                                       Bahan utama bateri alkali
Stearik                                       Bahan utama dalam lilin
Sianida                                       Racun berbisa

Bahaya merokok

a) Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

b) Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma anda akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

c) Merokok Mengakibatkan Strok

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

d) Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

e) Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika kita mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Katakan tidak pada rokok.  Banyak kemudharatan dari kebaikan.  Alhamdulillah, tiada ahli keluarga yang merokok.

Tuesday 26 August 2014

BENGKEL ASAS AKAUN


BENGKEL OFFLINE ASAS AKAUN

1) Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg

2) Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Melaka
Masa: 9.30pg -5.30ptg

Harga Promosi : RM199

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.


Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Friday 22 August 2014

Ulasan Peserta Kelas Blog - Noor Azila Mohamad


Bismilllah.  Alhamdulillah.  Pendaftaran setiap hari di Akademi Bekerja di Rumah.
Bagi yang masih berfikir-fikir, baca dulu ulasan pelajar yang sudah tamat kelas.
------------------------

Sumber :  http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/07/ulasan-tentang-blog-asas-dan-fanpage.html
Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.

Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.

Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi  risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.

Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah.
------------------------------

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline - Sept 2014
Grup Coaching 23/8/14, Sabtu
Kelas Online 25/8/14, Isnin
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes -InsayAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 800 blog

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih buka pendaftaran bisnes dropship berikut:

1. Bisnes Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Telekung solat runcit dan borong
4. Bisnes produk islamik

=> Stok ada sepanjang tahun
=> Tidak perlu simpan stok
=> 5 langkah mudah: Daftar, blog jualan, fanpage, ambil komisyen & urus pesanan




Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Thursday 21 August 2014

Contoh Penulisan Perkongsian


Dalam masyarakat Melayu, berpantang selepas bersalin adalah menjadi keutamaan. Maka, banyaklah pantang larang yang perlu dipatuhi agar ibu kembali sihat seperti sediakala. Namun saya bukanlah mahu bercerita mengenai proses berpantang. Tetapi saya mahu bercerita mengenai menyusu ketika berpantang.

Untuk pengetahuan ibu-ibu, seeloknya makanan dan minuman seperti jamu, air akar kayu dan sebagainya hendaklah dimulakan selepas 2 minggu kelahiran bayi. Ini bagi memastikan bayi tidak mendapat Jaundice yang tinggi. Ada juga orang-orang lama yang tidak memberi minum air kosong dengan alasan rahim akan kembang. Ini adalah antara dilema ibu-ibu zaman sekarang yang mahu berpantang tetapi menyusukan bayi. Saranan saya, terangkan kepada mereka yang akan menjaga anda ketika berpantang bahawa anda mahu menyusukan bayi anda. Jangan tunggu selepas bersalin baru hendak beritahu. Ingat ya ibu-ibu.
Air kosong adalah keutamaan dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan akan mengelami hiderasi. Jadi, untuk ibu-ibu juga perlu air masak yang banyak kerana sebahagian besar kandungan susu ibu adalah air. Minumlah air masak. Tidak perlu risau rahim kembang kerana melalui penyusuan susu ibu juga rahim boleh kembali ke bentuk asal. Ini info yang saya dapat ketika di HSI. Jika kita meyusukan bayi dengan betul, rahim akan kembali ke bentuk asal dengan cepat.

Susukan bayi dengan kerap selepas kelahiran bagi memastikan bayi mendapat kolostrum yang berkhasiat itu. Jangan jadikan alasan susu sedikit, susu tidak cukup, bayi lapar dan berbagai lagi. Percayalah susu ibu cukup untuk bayi. Tidak perlu yang lain-lain hatta air masak sekalipun. Dapatkan posisi menyusu yang sesuai dan selesa untuk anda. Pelajari posisi menyusu sambil baring. Insyaallah bayi akan mudah untuk menyusu dan kita akan mendapat rehat yang cukup. Bayi akan kerap untuk menyusu kerana susu ibu mudah dihadam. Ikut kehendak dan keperluan bila bayi mahu menyusu. Kalau diikutkan, mahu berehat saja. Tetapi fikirkan tentang permata hati yang mahu menyusu. Susukan bayi dan sambunglah tidur. Tidak lama. Hanya 15 - 20 minit sahaja. Bayi akan tertidur atau melepaskan puting ibunya sendiri jika bayi sudah kenyang.

Pengalaman saya ketika berpantang. Bangun awal siapkan diri sebelum bayi bangun. Mandi dan bersihkan badan. Selepas itu pakai bengkung, stoking dan lain-lain untuk memastikan badan saya kembali sihat seperti sediakala. Saya pakai bengkung 24jam. Termasuk waktu tidur. Mak saya yang suruh. Buka hanya bila saya mandi sahaja. Hasilnya selepas 44hari perut saya kembali ke keadaan asal. Kemudian saya sarapan dan makan ubat yang diberi. Jika Eryna belum bangun saya akan mengepam susu untuk dijadikan stok. Adakalanya ketika saya mengepam Eryna bangun. Saya akan berhenti mengepam dan memberi susu secara terus kepada Eryna. Selepas itu, saya akan memandikan Eryna. Dan Eryna akan tidur semula selepas menikmati susu ibu. Begitulah rutin saya ketika berpantang.
Susu ibu adalah titisan paling berharga untuk anak. Kuatkan semangat. Dalami ilmu. Insyaallah ganjaran menanti. Dapatkan sokongan dari suami. Nikmati saat-saat indah menyusukan bayi dari selepas kelahiran hingga 2 tahun. Kita akan merindui momen-momen indah ketika menyusukan.

Kelas asas blog penulisan/rakan niaga ABDR
berkenalan dengan penulis Nor Atiqah Hamidi
singgah di blog: http://noratiqahamidi.blogspot.com/

Nota pengasas: Ini salah satu blog, empunya penulis yang aktif dan fokus. Penulisan perkongsian. Belum habis 44 entri, sudah balik modal. Mula, habiskan dan usahakan untuk dapat Hasil

*********************************************************************
Mula belajar melalui perkongsian di blog, bina dan kumpul pembaca dan pengikut.  Kemudian belajar jadikan blog sebagai tempat untuk kita letakkan iklan, melalui setiap perkongsian.

Semua cara ini boleh dipelajari dalam kelas online blog, melalui pendaftran sebagai rakan niaga/pengurus online akademi.



Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Blog Pilihan-http://norzalinahamzah.blogspot.com/

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah.  Alhamdulillah.  Sudah lama saya bebas dari perangkap ini.  Berhantu betul benda ini. Sekali, kita benarkan ia masuk dalam kehidupan kita, susahlah hendak suruh dia keluar. Perlukan azam yang tinggi.  Apabila membaca perkongsian salah seorang ahli ABDR ini mengingatkan kembali masa menggunakannya.  InsyaAllah, moga bermanfaat.  Astagfirullah.
-------------------------------
Perangkap kad kredit
1) "Beli je Dulu, Nanti Bayar"
Berbelanja tanpa mengeluarkan wang menjadikan kita berasa cukup selesa. Ia membuka jalan untuk berbelanja lebih dari yang mampu. Pertama, tidak perlu semak berapa wang yang kita ada dan kedua, tidak perlu beratur untuk keluarkan wang di mesin ATM. Awas! Ini langkah pertama masuk perangkap kad kredit.


2) "Bayar bayaran minimum je, masih boleh guna kad sebab belum reach limit"
Bila sudah berbelanja lebih dari kemampuan, hanya buat bayaran minimum sahaja. Interest 18% bukan sedikit, apatah lagi jika jumlah penggunannya besar. Alasannya kad masih boleh digunakan dan had limit kredit masih banyak. Baeri alasan kepada diri sendiri untuk berbelanja lagi.


3) "Bukan apa, tak perlu ke kaunter kalau nak isi minyak..."
Masa tiada kad kredit dahulu, boleh sahaja berjalan dari kereta ke kaunter. Buat bayaran dan isi minyak. Kini bila ada kad kredit, buat alasan tidak mahu ke kaunter lagi. Bila guna tunai, boleh semak berapa banyak kali sudah mengisi minyak bulan ini, boleh kawal dan atur perjalanan.


4) "Ada 16 hari nak bayar balik sebelum kena interest"
Bagi yang makan gaji seperti saya, mencabar untuk bayar balik penggunaan kad kredit dalam 16 hari. Gaji sebulan sekali. Jika berbelanja pertengahan bulan, masih boleh lagi bayar hujung bulan. Tetapi jika berbelanja awal bulan, jawabnya tidak berbayar kad kredit dalam 16 hari kerana menantikan duit gaji untuk membayarnya. Hanya selepas 16 hari, caj akan mula dikenakan oleh pihak bank.


5) "Nanti nak beli tiket Air Asia online mcmana"
Saya sendiri mencipta alasan untuk mengekalkan keputusan memiliki kad kredit kerana urusan pembelian online. Pembelian online memang lebih mudah dan pantas. Tetapi jangan lupa membayar semula kerana ada di antara kita tidak pun menyemak penyata kad kredit, sekadar menyelak penyata untuk mengetahui bayaran minimum sahaja.


6) "Kumpul mata ganjaran dan dapat hadiah"
Ini pun menarik juga. Bagi setiap wang yang dibelanjakan, dapat satu atau lebih mata ganjaran. Kumpul dan kumpul mata ganjaran, boleh tukar kepada hadiah. Seolah-olah dapat hadiah percuma kerana tidak perlu keluarkan wang untuk dapat barang tersebut.

Sebolehnya buat bayaran tunai, berbelanja dengan wang tunai. Hanya beli jika mampu. Dengan berbelanja tunai, kita tahu berapa banyak wang yang telah digunakan dan berapa lagi yang tinggal. Guna kad kredit sebagai kemudahan untuk tidak perlu membawa wang tunai yang banyak sahaja. Ketika kad kredit menjadi satu kemudahan, jangan lupa bayar semula dalam tempoh 16 hari untuk elakkan sebarang caj dikenakan. Rancang waktu berbelanja. Bayar semuanya sekali jumlah yang telah digunakan, elakkan buat bayaran minimum. Ini memerlukan disiplin yang sangat tinggi.

Untuk kawalan, anda boleh elakkan dari membawa kad kredit bersama anda sepanjang masa. Tinggalkan  dan simpan di tempat yang selamat seperti di rumah. Atau jika mahu, anda boleh juga potong kad kredit tersebut. Denga ini, ia tidak lagi boleh digunakan untuk sebarang pembelian diluar tetapi masih aktif terhad untuk pembelian online sahaja. Jika anda tidak boleh kawal diri dan urus penggunaan kad kredit dengan baik, saya sarankan batalkan sahaja kad kredit tersebut. Percayalah, urusan pembatalan akan menjadi sukar kerana pihak bank seboleh-bolehnya mahu anda terus menggunakannya lagi. Anda akan diberi pelbagai tawaran dan ketika inilah anda perlu bertegas.

Sebagai alternatif, kita boleh beralih kepada penggunaan kad debit. Caranya hampir sama cuma apa yang kita belanjakan adalah menggunakan wang kita sendiri.

Berkenalan dengan penulis: Norzalina Hamzah.
Singgah di blog-
http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/08/bagaimana-kad-kredit-memerangkap-kita.html
Kelas asas blog dan penulisan
Guru online: Aishah Hussein

Nota: Blog berinformasi. Padat dan ringkas, penyampaian berkesan.
-----------------------------
Kelas asas blog dan penulisan

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog (sehingga Ogos 2014) dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Wednesday 20 August 2014

Blog Pilihan-http://huzaimahbasar.blogspot.com/

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Koleksi Peribadi
                                             Sekadar hiasan buat tatapan khas untuk diri.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Anak-anak sudah ke sekolah.  Sarapan, saya sediakan pisang goreng.  Alhamdulillah.  Pisang goreng segera(frozen) pemberian dari bonda mertua.  Mudah sungguh kerja saya.  Tinggal goreng dan hidangkan sahaja.  Hari ini saya ingin berkongsi salah satu blog ahli ABDR.  Baca perkongsian dari Puan Ema Basar.  Moga bermanfaat.
--------------------
Perkara yang biasa berlaku di mana si kecil yang berusia setahun hingga dua tahun akan kerap demam ataupun tidak sihat.
Apabila si kecil tidak sihat, pastinya ibubapa tidak akan hantar anak ke taska ataupun pengasuh.Siapakah yang perlu menjaganya ketika mereka tidak sihat? Inilah dilema yang dihadapi ibubapa yang bekerja.

Situasi kami, saya sebagai ibu perlu bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami. Ini kerana si kecil kami masih menyusu badan.

Sejak Januari tahun ini sehingga saat ini sahaja, acap kali Si kecil kami tidak sihat. Ketika itu jugalah sebagai ibu saya akan mengambil cuti untuk menjaganya. Hati seorang ibu pastinya gundah jika anak tidak sihat.

Pada awal Januari yang lalu, demam yang berpanjangan menyebabkan Si kecil kami terpaksa di masukan di hospital selama 4 hari 3 malam.

Selang beberapa bulan di masukan ke hospital sekali lagi kerana kehilangan air di dalam badan di sebabkan ulser selama sehari.

Sebelum ketibaan Ramadhan, si kecil kami sekali mengalami masslah kesihatan. Beliau mengalami penyakit Tangan, kaki dan Mulut (hand, foot and mouth disease).

Kanak yang mengidapi penyakit ini di larang untuk ke taska ataupun pengasuh selama seminggu. Perlu di asingkan dengan kanak-kanak yang lain.

Ketika ini cuti saya semakin sedikit dan sangat kritikal. Saya dan suami sepakat untuk menjaganya secara bergilir. Situasi sebegini memerlukan kami berkerjasama sebagai satu kumpulan. Peranan suami sangat penting untuk keadaan sebegini.

Suami pula kerja shift, oleh itu waktu kerjanya boleh ditukar bersama rakan sekerja yang lain.

Saya mengambil cuti separuh hari, pada waktu pagi suami akan menjaga si kecil kami. Suami pula akan bekerja pada sesi petang.Selain itu suami akan mengambil cuti, memandangkan cuti saya semakin sedikit. Ketika ini suamilah yang bertanggungjawab untuk menjaga si kecil kami.

Sebagai ibubapa perlu lah bijak menggunakan cuti mereka ketika usia si kecil setahun sehingga dua tahun. Bersedialah untuk menggunakan cuti untuk kes kecemasan terutama melibatkan kesihatan si kecil.
Berkenalan dengan penulis, Ema Basar.
Singgah di blog: http://huzaimahbasar.blogspot.com/2014/08/teks-huzaimah-basar-assalamualaikum.html?m=1

Kelas asas blog dan penulisan

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog (sehingga Ogos 2014) dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Tuesday 19 August 2014

Pot Luck Pot Pet Aidil Fitri

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.

Bismilllah.  Alhamdulilllah.  Pertemuan yang dirancang bersama Cikgu Monalita dan sahabat-sahabat ABDR berjalan lancar.  Walaupun hujan di pagi hari.  Sudah lama sebenarnya saya tidak bersantai di Taman Tasik Titiwangsa.  Lain benar suasananya.  Banyak perubahan yang saya suka.  Paling saya gemari bunga teratai yang kembang indah.  Rasa terkilan pula tiada gambar yang sempat saya potretkan. InsyaAlah, akan kembali lagi.

Tinggalkan dulu rasa kecewa tadi.  Kegembiraan bertemu dengan Cikgu Monalita, Nurhidah Halun dan  Hazayani Zakaria menutup rasa itu dan tentulah kerana dapat bersua muka buat pertama kali dengan Nurhidah dan Hazayani.  Walaupun hanya kami berempat bersama keluarga masing-masing.  Meriah dengan bekalan makanan yang kami bawa dan tentulah menu utama kami, nasi tomato yang ditaja oleh salah seorang lagi ahli ABDR yang tidak dapat hadir iaitu Kak Nur Dila.  Terima kasih banyak-banyak.

Pertemuan penuh santai, betul-betul Pot Luck Pot Pet Aidil Fitri.  Saksikan kemeriahan kami.

Lokasi : Taman Tasik Titiwangsa(pondok berdekatan dengan Kelab PDRM)
Masa : 11:00 pagi (16 Ogos 2014)
----------------------

Alhamdulillah.  Akademi Bekerja Di Rumah telah mempunyai hampir dari 1000 blog, 21 kelas, 13 guru dedikasi bertugas, 2 trainer kewangan/akaun bertugas dan 40 pengurus online bertugas.  Kami masih menerima pendaftaran setiap hari.

Untuk sertai akademi, boleh daftar mana-mana kelas online berikut:

Pendaftaran untuk kelas-kelas berikut dibuka setiap hari:
1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog, fanpage dan mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas beriklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho, boleh pilih mana-mana kategori berikut, 2 trainer kewangan/akaun bertugas
-kelas akaun online-25/8/2014, Isnin
3 jam sesi secara online
Masa: 9.30pg hingga 12.30tgh
Pendaftaran dibuka sekarang.
-personal coaching-Tarikh yang ada sekarang 22/8(Jumaat) dan 23/8(Sabtu)
6. Pendaftaran pengurus online akademi
7. Kelas belajar borong telekung solat
8. Kelas Bisnes Makanan Sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya

Kami menyediakan pakej pilihan yuran berdasarkan keperluan, minat dan bajet tuan dan puan.  Moga bermanfaat.  Saya suka.


Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266






Sunday 17 August 2014

Hantaran atau Mas Kahwin

Teks : Saniah Mat Sanat

Foto : Carian Google


Bismillah.  Alhamdulillah.

Sebenarnya hantaran tidaklah wajib, yang wajib hanyalah mas kahwin.  Mas kahwin adalah hak kita.  Hantaran hanya salah satu adat masyarakat kita.

Mas kahwin (mahar) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya.  Kenapa? Ia merupakan hadiah wajib seorang lelaki kepada isterinya kerana menerimanya sebagai suami. Apakah bezanya mas kahwin dengan hantaran? Hantaran pula ialah satu adat yang diamalkan disebut, juga boleh disebut sebagai 'balasan'.

Apakah hukum keduanya?
Mas kahwin hukumnya adalah wajib, sepertimana yang telah dinyatakan di dalam surah anNisa ayat 4.
" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian ( yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya"

Mas kahwin ini merupakan hak mutlak isteri, dan suami tidak berhak untuk mengambilnya kembali.
Hantaran pula ialah hadiah kepada setiap pasangan masing-masing, ianya bukanlah hadiah yang wajib. Ia terpulang kepada pasangan.

Apa yang menjadi masalahnya kini, hantaran diletakkan dengan jumlah yang tinggi sehingga membebankan kepada bakal suami.  Ada juga ceritanya yang minta  hantaran tinggi kerana ingin berlawan dengan jiran, kakak atau orang lain.. Apabila perkara ini berlaku, si lelaki akan mencari jalan dengan cara "pinjaman". Kebahagiaan dirasai dengan duit yang banyak, sedangkan kemudharatan sedang menanti.  Jadilah satu keluarga yang akan hidup dengan hanya membayar hutang keliling pingang.  Masa inilah waktu yang tepat untuk syaitan beraksi, saling menuduh, salah-menyalahkan dan akhirnya.  Keretakan rumahtangga akan berlaku, nauzubillah.

Tidak kurang juga dengan "kegilaan" terhadap hantaran yang mewah. Sepertimana yang kita tahu hantaran adalah adat.  Hantaran ini boleh dilaksanakan selagi tiada unsur haram di dalamnya, contohnya hantaran arak.  Memang haramlah hukumnya dan selagi tidak membawa kepada pembaziran.  Maka tiada salahnya hantaran ini bagi memeriahkan majlis tapi biarlah berpada.  Maknanya, tidak menyusahkan serta membebankan kedua-dua pihak.  Jadi, mengenai hal ini perlulah mendapat perbincangan yang memudahkan kedua-dua pihak.

Di Malaysia nilai mas kahwin  telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri, nilainya dalam lingkungan RM22 hingga RM120.  Hanya yang kita lebih fokuskan dalam adat Melayu adalah wang hantaran yang nilainya mencecah ribuan ringgit.

Sebenarnya ibu bapa yang memainkan peranan dalam hal ini.  Mereka perlu sedar dan memahami kehidupan anak-anak bermula bila saja melangkah ke alam rumahtangga.  Bahagia anak-anak, bahagialah kita sebagai ibu-bapa.

Rasulullah pun dah pernah bersabda, " Sebaik-baik mas kahwin itu adalah yang paling senang atau paling rendah," ( Abu Daud)

Rasulullah bersabda lagi, "carilah (sesuatu yang boleh dijadikan mahar ) walaupun sebentuk cincin dari besi " (Bukhari dan Muslim )

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya, mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (yakni mudah melahirkan anak).” (Riwayat Imam Ahmad).

Sekiranya jumlah mas kahwin yang diwajibkan oleh syarak turut dianjurkan untuk dipermudahkan, inikan pula wang hantaran yang hanya sekadar adat sahaja.

Jangan pula dek kerana nak membayar wang hantaran yang tinggi bakal pengantin lelaki terpaksa bergolok bergadai bahkan berhutang keliling pinggang. Setelah berkahwin terpaksa pula hidup dalam keadaan kewangan yang sempit yang akhirnya isteri juga akan menanggung akibatnya.

“Nilai maruah seorang wanita atau isteri tidak terletak kepada nilai wang hantaran tinggi. Nilai seseorang wanita juga tidak wajar dilihat dari segi pendidikan, jawatan mahupun kemasyhuran."

Semua manusia tidak mengira keturunan, kedudukan, jantina mahupun bangsa adalah sama sahaja di sisi ALLAH SWT dan yang membezakan adalah tahap ketakwaan seseorang. Makin tinggi nilai takwa seseorang semakin mulia seseorang itu di sisi ALLAH SWT.

Apa guna status, kedudukan dan status sekiranya seseorang wanita itu tidak mampu menjadi hamba ALLAH yang baik mahupun isteri yang boleh membahagiakan suaminya
Jadikan hari pernikahan itu, PEMULA HARI KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN, bukan HARI PENDERITAAN..

Dahulukan SYARIAT.  Tidak mengapa kita menolak adat, yang pentingnya kita TAAT.  Fahami konsep ini, " barangsiapa yang menyulitkan urusan orang lain, Allah akan menyulitkan urusannya di akhirat.."

Friday 15 August 2014

Ulasan Kelas Asas Akaun Online.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR

Bismilah.  Hari ini, sarapan nasi goreng dan roti bakar mentega bawang putih. Permintaan anak-anak untuk bawa bekal.  Nikmat menjadi surirumah sepenuh masa.  Baca dulu perkongsian dari guru online ABDR, Puan Anys Idayu.

Sumber : Cikgu online Anys Idayu Hj Zakaria.
http://anysidayu.blogspot.com/2014/03/ilmu-urus-akaun-bisnes-untuk-elak.html


UIasan Kelas Akaun - Ilmu Urus Akaun Bisnes Untuk Elak Kebocoran
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, selesai sudah kelas akaun urus niaga bisnes WAHM SOHO, secara online sahaja, semalam. Ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat. Kena duduk semula tengok kesilapan dalam menguruskan akaun bisnes selama ini.

Rupanya basic akaun yang kita belajar di kolej, universiti, tak sama  dengan urus akaun untuk bisnes. Ilmu urus akaun bisnes ni, kita belajar untuk kita praktikkan sekarang, untuk kita lihat keuntungan yang kita perolehi daripada hasil bisnes yang sedang kita jalankan. 4 faktor utama sebelum memulakan bisnes jika tidak dilakukan, akan menyebabkan akaun bisnes kita huru hara.

BILA KITA mengambil keputusan untuk berniaga apa yang sepatutnya kita buat?
1. Daftar syarikat
2. Buka Akaun Bank. (kalau belum mendaftar, guna akaun bank personal yg tak aktif)
3. Peruntukkan sejumlah modal. Contoh andai nak berniaga apa-apa jenis barang, sila peruntukkan sejumlah modal, contoh RM500.  Bila kita dah ada modal semua perkara yang kita belanjakan untuk berniaga kita gunakan duit dari modal, BUKAN ambik duit dari poket sendiri !!!
4. Peruntukan sejumlah gaji untuk diri sendiri

Empat perkara asas ini sangat penting. Jika belum buat, belajarlah dalam kelas akaun bisnes. Jika sudah ada perlu DISIPLIN!!!! Belajar lagi cara betul urus akaun bisnes supaya tidak berlaku KEBOCORAN pula.
Antara lain yang ditekankan ialah merekod walau 5 sen duit yang kita keluarkan. Disiplin, jangan campur aduk duit bisnes dan personal antara faktor penting, kalau tidak memang bocor, bocor, bocor sentiasa. Kita syok berbisnes, ingatkan dah untung untung rupanya rugi.

Untuk elak kita rugi yang tak nampak dalam bisnes, KEBOCORAN melanda, wajiblah belajar urus akaun bisnes dengan betul. Yang dah ada bisnes, yang baru nak mula bisnes memang wajib attend kelas akaun ni supaya tak terlepas pandang benda penting sebelum run business

Alhamdulillah, walau dah bertahun bisnes, masih belum terlambat untuk mula semula. Terima kasih mentor kak Masayu Ahmad memberi peluang pada saya untuk ikuti kelas ini. Jika berkesempatan, ada untung lebih berbisnes, rebutlah peluang ini, walaupun hanya asas akaun sahaja, jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini untuk bisnes kita.


Kelas Online Akaun.
Tarikh: 25/8/2014, Isnin
3 jam sesi secara online
Masa: 9.30pg hingga 12.30tgh
Pendaftaran dibuka sekarang.
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order


Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266






Bengkel Asas Akaun Offline.(Group Coaching)

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR
Tarikh - 22/8(Jumaat) dan 23/8(Sabtu)
Kenapa perlu hadir.

Belajar rekod dan catat aliran tunai
Belajar mengapa banyak kos lebur, untung tidak ada
Jejak kenapa jualan sudah banyak, untung tidak ada
Belajar jejak punca kebocoran wang
Belajar untuk simpan dan reward diri atau gaji untuk diri sendiri dahulu


Kelas asas Akaun Offline
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Masa: 9.30pg - 2.00tgh (Hari bekerja atau hujung minggu)
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)

Yuran: RM250

Bonus 1:Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes
Ebook Super Wahm Super Mom
Ebook Mula Butik Online /Offline

Bonus 2:
3 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Diskaun RM50 untuk kelas blog dan penulisan



Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266


Friday 8 August 2014

Sharimah Binti Yahya - Ulasan Ebook Super WAHM Super MOM


Teks : Sharimah Binti Yahya
Sumber : http://sharimahyahya.blogspot.com/2014/07/ebook-super-wahm-super-mom.html
 RM25 sahaja


Alhamdulillah sudah selesai membaca eBook yang kedua iaitu iaitu Super WAHM, Super MOM.
Didalam ebook ini mencoretkan dilema wanita yang ingin berhenti kerja menjadi surirumah. Baik dan buruk sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Namun disebabkan keadaan keluarga dan kesihatan, keputusan terpaksa diambil. Setelah keputusan diambil, ternyata ada dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. Namun segala-galanya berubah. Mereka tidak duduk sahaja , malah mencuba sesuatu yang boleh menjana pendapatan seperti menerima tempahan pakaian, memjual kek, pakaian kanak-kanak, perkahwinan seperti katering, khemah serta hantaran  dan ada juga yang menjual busana muslimah. Dengan berkat kesungguhan akhirnya mereka telah berjaya. Masa untuk keluarga dan anak-anak juga lebih berkualiti. Semua ini dikongsikan dalam buku Super WAHM , Super MOM.

Antara petikan dalam ebook :

"Sekarang ini, walaupun sudah tidak bekerja dan tidak perlu bangun pagi untuk bergegas menghantar anak ke taska, saya masih lagi mengamalkan rutin dulu iaitu bangun pagi menyiapkan keperluan anak-anak & melakukan kerja rumah seperti biasa kerana selepas itu mahu fokus kepada kedai alam maya yang saya usahakan sudah hampir 3 tahun
(http://www.facebook.com/MariKelih-Store) bermula dari saya bekerja lagi. Pelbagai perit jenih pengalaman berniaga telah saya lalui dan Alhamdulillah sekarang saya bersyukur sebab dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini. Harapan saya supaya suatu hari nanti saya dapat merealisasikan kedai alam maya ini kepada sebuah kedai realiti & dapat
membuktikan kepada mak ayah saya yang saya juga boleh berjaya!

Dunia blog memberi semangat dan inspirasi Selain itu, saya juga suka berkongsi segala pengalaman pahit manis kehidupan saya sebagai seorang ibu dan sekarang sebagai seorang yang bekerja dari rumah di dalam blog peribadi
yang telah saya coretkan sejak 3 tahun yang lepas juga (http://zailabinimdae.blogspot.com).

Dunia blog banyak membantu memberikan saya semangat dan inspirasi untuk meneruskan niat saya mengorbankan kerjaya demi keluarga. Selain itu, saya juga merasa amat bersyukur kerana dengan dunia blog juga saya dapat berjumpa dan berkenalan dengan ramai wanitawanita hebat yang telah lama meninggalkan alam kerjaya demi berbakti kepada keluarga. Siapa sangka, kami tidak pernah berjumpa di luar tapi kemesraan yang terjalin seperti sudah
kenal begitu lama."


"Hari pertama saya bergelar WAHM, saya menangis. Kemudian saya muhasabah balik. Sebab utama saya jadi WAHM sebah nak jaga, didik anak. Jadi dialah yang akan menjadi keutamaan. Alhamdulillah, suami faham dan sokong. Selepas itu alhamdulillah saya tidak menangis lagi kerana stres. Sangat seronok dan santaimelayan kerenah anak saya. Nazrah Aziz."
-------------------------------------------
PROMOSI 2 ebook dengan harga RM50 sahaja
http://saniahmatsanat.blogspot.com/p/borang-tempahan.html



Tuesday 5 August 2014

Salam Eidul Fitri.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Carian Google
Bismillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya tuliskan di sini.  Selamat Eidul Fitri.  Maaf Zahir Batin.  Andai ada tulisan saya di blog ini kurang menyenangkan para pembaca sekalian.

Keluarga saya menyambut hari raya dengan penuh kesederhanaan.  Tahun ini, saya dan keluarga tidak membeli pakaian khas untuk menyambut hari raya.  Hanya memakai pakaian paling baru dan masih elok dipandang.  Kami sekeluarga juga tidak menyediakan kuih raya.  Hanya persiapan paling ringkas,  iaitu membeli bahan makanan untuk menyediakan juadah hari raya.

InsyaAllah, akan teruskan amalan ini untuk tahun-tahun yang akan datang.  Alhamdulillah, didoakan semua yang membaca blog ini mendapat keberkatan bulan Syawal.  Aamiiin

Astagfirullah.