Wednesday 29 July 2015

Motivasi Suri 2.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.
Pagi ini, saya sediakan nasi goreng ikan.  Ringkas dan mudah.  Teringat peristiwa awal perkahwinan(ceritanya di sini).  Lucu pula bila diingatkan.  Sebenarnya mudah saja sediakan nasi goreng ni. Tambahan pula ada baki ikan goreng semalam.
Sebentar tadi baca tulisan Puan Anys Idayu Zakaria(guru online ABDR) di facebook.  Setuju sangat.  Saya pada mulanya pun tidak fokus.  Keliru dan mahu buat semua.  Akhirnya saya pilih jadi pengurus online ABDR.  Jangan tamak tau.

Inilah tulisan Puan Anys yang saya baca tadi.

Mula awal pagi dengan matlamat dan 'list to do' untuk hari ini. Fokus dengan apa yang diusahakan. Jangan mudah hilang kawalan diri. Adakala ketika kita sedang mengusahakan satu-satu bisnes, tiba-tiba datang pula peluang bisnes lain yang nampak menyakinkan dan menguntungkan. Jangan mudah kita terpengaruh dengan peluang yang datang.

Ini sebenarnya salah satu cabaran pada kita sebagai usahawan yang baru hendak bermula. Fokus kepada bisnes apa yang sedang kita lakukan sekarang, dan setiasa katakan pada diri sendiri, bisnes yang kita sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.

Mahu jadi pengurus online ABDR?
Pendaftaran dibuka setiap hari.

Sertai kami bersama keluarga besar ABDR, kami sedang mara 2000 ahli untuk tahun 2015. Pendaftaran setiap hari, In shaa Allah

Pilihan kelas online atau offline.
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas mula bisnes online.
-Penulisan ebook pertama.
-Kelas borong telekung solat.
-Kelas asas wordpress.
-Kelas beriklan mudah.my
-Kelas urus akaun bisnes kecil.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Tuesday 28 July 2015

Mula Bisnes Dropship


Teks dan Foto : ABDR
Perkongsian puan N
Mahu kenal siapa puan N?

Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.

Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.

Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.

Mahu belajar dropship dan asas bisnes online?
Pendaftaran dibuka.


Sertai kami bersama keluarga besar ABDR, kami sedang mara 2000 ahli untuk tahun 2015. Pendaftaran setiap hari, In shaa Allah

Pilihan kelas online atau offline.
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas mula bisnes online.
-Penulisan ebook pertama.
-Kelas borong telekung solat.
-Kelas asas wordpress.
-Kelas beriklan mudah.my
-Kelas urus akaun bisnes kecil.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Syukur Selalu

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Alhamdulillah. Cari 'wow' dalam diri dan keluarga.

Hari ini anak-anak habiskan sarapan pagi(bawa bekal juga). Ringkas saja sarapan pagi kami sekeluarga, jemput-jemput roti tambah bawang. Tiada baki untuk saya. Dah habis tetapi saya gembira.

Hati seorang ibu, bila anak-anak berselera.

Sekarang saya mahu masuk dapur. Perut dah berbunyi.

Perkara-perkara yang kecil juga boleh jadi 'wow'.  #syukurselalu
------------------
Bantu diri sendiri untuk berjaya, jalan banyak sudah terbentang luas. Hanya pilih sahaja, dan bertindak. Fokus apa yang ingin kita capai

Jangan terus meratap sedih, berkeluh kesah, tanpa mahu berubah. Orang lain berjuang untuk terus menjadikan kehidupan ke arah yang lebih baik tanpa ada perasaan negatif lebih banyak dari usaha.

Alhamdulillah, kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari. Sertai keluarga besar kami, sudah lebih 1000 penyertaan suri sura.

Belajar menjana pendapatan tanpa perlu keluar rumah, hanya atas talian sahaja bersama kami di AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Jom sertai kami :
- kelas online asas blog penulisan
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266


Monday 27 July 2015

Motivasi Surirumahtangga.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi ABDR
Ramai yang sudah dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Banyak kali saya membebel di sini, buat persediaan, buat persediaan. Terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja.

Wajib ada
1. Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2. Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3. Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini)

SUMBER: EBOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES


Kelas Asas Akaun Bulan Ogos, 2015.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi ABDR


Bismillah. Alhamdulilllah.

Kembali bersiaran setelah lama bercuti.
Pendaftaran kelas asas akaun sudah dibuka.

Wang Perniagaan adalah kepunyaan "Perniagaan".
Jangan sesekali dicampurkan adukkan. .
Jangan gunakan duit perniagaan untuk kegunaan Peribadi.
Jangan gunakan duit peribadi untuk kegunaan Perniagaan.

Pendaftaran Kelas Asas Akaun bulan Ogos sudah dibuka.
Kelas online 16 Ogos 2015, Ahad
Yuran : rm150

Grup Coaching 22 Ogos 2015, Sabtu di Putrajaya.
Yuran : rm250
----------------
Sertai kami bersama keluarga besar ABDR, kami sedang mara 2000 ahli untuk tahun 2015. Pendaftaran setiap hari, In shaa Allah

Pilihan kelas online atau offline.
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas mula bisnes online.
-Penulisan ebook pertama.
-Kelas borong telekung solat.
-Kelas asas wordpress.
-Kelas beriklan mudah.my
-Kelas urus akaun bisnes kecil.

Pendaftaran dibuka setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266