Friday 24 April 2015

Lempeng.


Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Alhamdulillah.

Rutin pagi sudah selesai. Menu pagi ini, lempeng berkuahkan asam pedas ikan siakap. Maaf tiada gambar. Terlupa ambil gambar.

Salah satu panduan menulis blog.

1.Perlu sentiasa ambil gambar supaya sentiasa ada bahan untuk ditulis. Peringatan untuk diri sendiri.

2.Catat jadual, menu atau pengalaman hari ini.

3. Lihat dan dengar, kemudian tulis kembali.
Gambar yang diambil ketika ke Perpustakaan Negara pada hari selasa yang lalu.

Saya kongsikan juga resepi lempeng, ya.

Bahan- bahannya.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • secubit garam( dilarutkan di dalam sedikit air)
  • air secukupnya
Cara-caranya
  • Campurkan kesemua bahan di dalam bekas.
  • Kacau hingga sebati sehingga tiada lagi ketulan.
  • Tapis bahan tadi untuk pastikan tiada ketulan.
  • Boleh terus masak dan hidangkan bersama kuah asam pedas, sambal atau kuah kari.
*****
Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online penulisan kreatif
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Wednesday 22 April 2015

Tukar Tempat.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Semalam, saya ke Perpustakaan Negara.  Salah satu tempat bertenang yang saya gemari.  Di sini, saya membaca dan melihat buku-buku sebagai terapi diri.  Berjalan dari satu rak ke satu rak juga terapi bagi diri saya.

Kadangkala kita perlukan ruang untuk diri.  Ambil dan baca, kemudian serap dan amal.

Semuanya atas kesungguhan dan kerajinan kita. Nak sesuatu pasti kita akan usaha dapatkannya, walaupun ada sahaja halangannya. Orang-orang sekeliling hanyalah sebagai pendorong, dan penunjuk jalan.


Siapa tahu, peluang anda untuk berjaya tinggal beberapa langkah lagi. Mengoraklah!

Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.


Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Friday 17 April 2015

Jemput- jemput Labu Manis

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Gambar ini hanya untuk tatapan mata.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulilllah.  Alhamdulilllah.

Hari ini masak jemput-jemput labu.  Resepi mudah dan ringkas.  Biasanya, saya beli sebiji labu bila ke pasar.  Salah satu makanan kegemaran saya.

Sebiji labu, saya belah empat untuk empat jenis masakan.  Terpulang pada kita mahu mempelbagaikannya.  Adakalanya saya sediakan jemput-jemput, masak lemak, pengat atau sira labu.  Boleh juga di buat lepat atau muffin. Cari saja resepi di laman masakan contohnya, http://www.myresipi.com/tags/labu.  Mudahkan.

Saya kongsikan dulu resepinya.

Bahan-bahannya.

  • 1/4 biji labu(kupas dan rebus , kemudian lenyek)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 sudu besar gula perang
  • secubit garam.
  • air masak
  • minyak untuk mengoreng 

Cara-caranya.

  • masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, gaul hingga sebati(kecuali minyak)
  • bila sudah sebati, boleh di goreng dan hidang.
*****
Bagi kalian yang mahu menyertai keluarga besar ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Soal dan Jawab ABDR



Bergabung dengan kami jemaah ABDR. Sudah lebih 1200 penyertaan suri. 3 kategori kelas popular sepanjang tahun
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas bisnes online
3. Kelas akaun

Ini soalan yang biasa ditanya.
1. Adakah ABDR MLM?
-Kami bukan MLM
-Kami adalah kumpulan sokongan untuk surirumah yang mahu belajar asas bisnes online.
-Latihan ini dilakukan secara online, walau di mana sahaja kalian berada.
-Latihan ini juga boleh dilakukan secara one to one

2. Bagaimana mahu daftar/
-Boleh lihat keterangan di sini dahulu http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
-Pilih kategori kelas, kemudian pilih yuran.

3. Adakah boleh belajar secara berdepan (one to one)
-Iya, memang boleh. Sebelum daftar kenalpasti lokasi dan maklumkan kepada kami lokasi kalian. Kita sudah pun membuat kelas offline sepanjang 2014.

4. Apakah modul yang sesuai untuk saya belajar?
-Selepas kita analisa baru kita tahu modul apa yang sesuai kerana setiap orang tidak sama masalah.
-Ada yang tidak ada asas penulisan dan mahu belajar menulis secara konsisten.
-Ada yang sudah ada kedai online, tetapi mahu belajar menulis untuk membina trafik dan pembaca/pelanggan
-Ada yang sudah ada website tetapi tidak ada jualan
-Ada yang sudah ada blog tetapi tidak tahu mahu tulis apa.

5. Apa pilihan kelas popular di ABDR?
-Kelas asas blog dan penulisan.
-Kelas asas mula bisnes online.

6. Bagaimana sesi belajar ini berlangsung?
-Selepas faham masalah.
-Pilih kelas.
-Pilih kategori yuran.
-Mendaftar melalui pengurus online atau rakan niaga ABDR, iaitu ada dua logo pada blog mereka.
-Daftar, analisa, masuk grup dan mula.
-Selepas analisa tugasan akan bermula. Arahan adalah di dalam grup.
-Pelajar/peserta boleh selesaikan tugasan walau di mana sahaja kalian berada

Wednesday 15 April 2015

Tidur Lambat Lagi

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi

Allahuakbar.  Saya masih belum tidur lagi.  Tabiat yang kurang baik.  Mata masih segar, walaupun sebenarnya esok perlu bangun awal.  Teruja.

Sekejap, mahu tulis sedikit lagi.

Aktiviti pendaftaran kelas-kelas online masih dibuka seperti biasa.

Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Personal Coaching
-Grup Coaching
-Kelas Online setiap Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog

  • Bagi yang mahu hadir ke Kelas offline di Shah Alam, boleh hubungi saya untuk tetapkan hari dan tarikh ya.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Boleh juga sertai kelas secara grup di seksyen 16, Shah Alam.
Tarikh terbaru 25/4/15

Tuesday 14 April 2015

Sarapan Pagi

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Sarapan saya tiga minggu yang lalu.(Sekadar hiasan)

Bismillah.  Alhamdulillah.  Hari ini sudah empat belas hari GST dikenakan.  Mahu bantah atau tidak bukan persoalan yang saya mahu tulis di sini.  Saya hanya mahu kongsikan mengenai menu sarapan pagi mudah dan ringkas.  Hanya tiga puluh minit sahaja.  Menunya ialah roti john.  

Roti John.

Bahan- bahannya.

  • Roti Oblong Bijan Ramly(belah dua)
  • Telur(basuh dahulu)
  • 1 keping dada ayam(dicincang)
  • 1 biji bawang holland(potong dadu)
  • 1 ulas bawang putih(dicincang)
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • minyak masak(saya guna minyak zaitun)
  • Sos cili, sos mayonis dan sayur(tomato, timun atau salad)

  Cara-caranya.

  • Tumis dada ayam, bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak, bila hampir masak perasakan dengan garam dan lada hitam. Ketepikan.
  • Pecahkan sebiji telur di dalam mangkuk dan masukkan dua sudu besar ayam yang dimasak tadi.  Kacau hingga sebati.
  • Panaskan kuali  dan masukkan telur tadi.  Kemudian tekapkan roti diatasnya.  Biarkan selama dua atau tiga minit.  Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama sos. 
InsyaAllah, mudah dan ringkas.  Paling penting sudah tentu menjimatkan.  Anak- anak pun suka.


Noramalina Rohaizad - Ulasan Kelas Asas Penulisan dan Blog


Teks: Noramalina Rohaizad
Sumber: http://noramalinarohaizad.blogspot.com/2015/04/ulasan-kelas-asas-penulisan-dan-blog.html

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah akhirnya 44 entri latihan penulisan berjaya disudahkan. Pelbagai cabaran dan kekangan masa dihadapi, namun saya berusaha segenap daya untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan pada pertengahan Ogos 2014 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Masayu yang sentiasa memberi motivasi dan bimbingan.

Sebelum menjadi pelajar ABDR, saya sudah pun mempunyai blog khas untuk bisnes kraftangan felt namun blog itu sering dibiarkan dan jarang dikemaskini. Tidak terlintas langsung di fikiran ini bahawa guru saya Puan Masayu akan menyarankan saya fokus menulis tentang seni kraf setelah beliau membuat analisa minat dan kemahiran pelajarnya. Bezanya kali ini, saya membuat penjenamaan melalui nama saya sendiri.

Alhamdulillah ternyata saranan Puan Masayu amat kena pada masanya dan banyak memberi manfaat kembali kepada diri saya. Masuk entri kelima, saya mula jelas kebaikan menulis perkongsian di blog. Dalam masa 2 bulan sahaja, bilangan followers di halaman Facebook meningkat sebanyak lebih 1000 orang tanpa perlu saya membeli iklan untuk tujuan promosi. Bilangan pelanggan dan bakal pelanggan juga meningkat secara serentak. Itulah daya tarikan perkongsian yang memberi manfaat.

Saya sukakan konsep Kelas Asas Penulisan dan Blog di ABDR. Waktu belajar sentiasa fleksibel, amat sesuai dengan situasi saya sebagai ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama sibuk mengusahakan bisnes dari rumah. Saya bebas berkomunikasi dengan Puan Masayu melalui peti mel dan biasanya soalan-soalan saya akan direspons kurang dari 24 jam.

Di kelas ABDR juga tiada tekanan dan desakan untuk menghabiskan tugasan. Semuanya atas tanggungjawab dan kesedaran pelajar itu sendiri untuk menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Pelajar dilatih menulis catatan setiap hari di dalam buku nota agar momentum untuk menulis itu sentiasa ada. Catatan di buku nota itu seterusnya akan dijadikan idea dan rangka penulisan di blog.

Setiap entri pelajar akan dibaca dan disemak oleh guru. Walaupun kelas ini diadakan secara atas talian, perbincangan antara guru dan pelajar sentiasa berlangsung walaupun tidak bertemu 4 mata. Puan Masayu sentiasa memberi idea, tips dan panduan agar penulisan blog mampu menarik minat ramai pembaca. ABDR terdiri daripada lebih 1000 orang blogger yang berkongsi pautan. Ini secara tidak langsung membantu aliran trafik ke blog.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat pasukan ABDR dan guru saya Puan Masayu Ahmad khususnya yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Didoakan segala ilmu dan perkongsian di dalam kelas bakal menjadi saham pahala di Akhirat kelak. Langkah saya yang seterusnya, ebook! Mohon doa kalian agar tahun ini saya punya kelapangan waktu untuk berjaya menulis sekurang-kurangnya 2 buah ebook berkaitan bisnes kraftangan felt. :) InsyaAllah

*******



  • Harga yuran RM250
  • Belajar merangkumi asas blog fanpage dan instagram
  • Bimbingan dari 2 orang guru yang mempunyai background berniaga online
  • Percuma 3 ebook
  • Akan diajar bagaimana untuk membina sebuah email sebagai penjenamaan diri
  • Akan diajar bagaimana untuk membina sebuah blog yang mesra carian google
  • Akan diajar bagaimana menaikkan jumlah likes dalam fanpage, berniaga secara betul di facebook
  • Akan diajar menggunakan Instagram untuk mempromosikan produk

Pendaftaran untuk Kelas Asas Blog & Fanpage serta Instagram telah dibuka.
Lokasi : Seksyen 16, Shah Alam.
Tarikh: 26 April 2015 (Ahad)
Penyertaan adalah TERHAD

Boleh mendaftar melalui saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan Di Istagram,Shah Alam.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Puan Zaila Mohamad

Bismilllah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Cikgu Zaila Mohamad akan memberi tunjuk ajar dalam kelas ini.

Alhamdulillah, kelas asas blog fanpage serta beriklan di Instagram akan kembali sekali lagi di Shah Alam.

Siapa yang boleh sertai kelas ini ?
Surirumah yang tidak mempunyai asas untuk berniaga secara online dan tidak tahu di mana harus bermula.
Mereka yang mahu menggunakan platform blog, fanpage dan juga Instagram sebagai tempat untuk membuat promosi atau menjual produk.
Mereka yang mahu belajar menggunakan platform percuma melalui blogspot untuk memulakan langkah pertama untuk dikenali di dunia blogging.

Apa yang akan diajar di kelas ini ?
  • Bagaimana untuk bina email sebagai penjenamaan diri dan membina sebuah blog yang dikenali
  • Bagaimana untuk membina sebuah fanpage yang akan disukai pembaca
  • Bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage dan untuk saling mempromosikan keduanya tanpa mengeluarkan kos untuk iklan
  • Bagaimana untuk membuat borang pesanan bagi memudahkan mengambil pesanan
  • Bagaimana untuk bina akaun Instagram
  • Bagaimana untuk membuat post gambar ke akaun Instagram & link ke platform sosial seperti facebook & twitter
  • Bagaimana untuk membuat video pendek guna Instagram dan kongsi ke platform sosial yang lain
  • Tips maksimumkan jualan dengan hashtag (#)
  • Tips naikkan follower (pengikut)
  • Bagaimana untuk masukkan link akaun Instagram ke blog
Yuran kelas RM250.

Boleh mendaftar melalui  saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Pendaftaran untuk Kelas Asas Blog & Fanpage serta Instagram telah dibuka.
Lokasi : Seksyen 16, Shah Alam.
Tarikh: 23 Mei 2015 (Ahad)

Penyertaan adalah TERHAD.

Saturday 11 April 2015

Hari Takrim.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.

Bismillah. Alhamdulillah.
Hari ini jadual saya penuh.  Pagi, saya hadiri Hari Takrim Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi.  Anakanda Zikri dan Anakanda Aina menerima hadiah kedatangan cemerlang.

InsyaAllah, petang pula saya akan hadiri perjumpaan minum kopi bersama rakan-rakan facebook.