Wednesday 29 June 2016

Kenapa Akak Kongsikan Cerita Abah.

Teks: Saniah Mat Sanat.

Alhamdulillah. Ini status akak di facebook pagi tadi.

Wah! Dah cukup like. Ok. Akak cerita, ya. Akak menulis kerana mahu hargai abah. Mahu ingat dan imbas kembali kenangan manis dengan abah. Tambahan pula akak mula menulis pada hari bapa yang lalu.

Bila dah mula berkongsi, baru akak sendiri sedar banyaknya kasih sayang yang abah berikan. Walaupun abah tidak beritahu secara lisan tapi abah tunjukkan melalui perbuatan.

Catatan pengalaman yang sebegini uniklah yang membezakan kita dengan orang lain. Kita kongsikan dan catatkan di blog. Mana tahu, segala perkongsian kita menjadi asbab kepada orang lain menjadi lebih baik.
Anak Abah Menulis.

#AkademiBekerjaDiRumah

Nak belajar menulis pengalaman unik anda. Boleh terus berhubung dengan akak di private massage atau email saniah.matsanat@gmail.com


Pisang Emas.

Pisang emas salah satu buah kegemaran akak. Ingat tak kisah akak mengenai selalu balik kampung tu. Cerita kali ini ada hubung kaitnya.

Setiap kali balik kampung, abah akan berikan akak pisang emas untuk dibawa pulang ke kota. Hasil tanaman abah sendiri. Mak pula tolong bungkuskan. Akak simpan dalam beg pakaian. Ada masanya sesikat, kadangkala dua sikat. Tak dapat bawa lebih, maklumlah naik bas.

Pisang emas tu lah tanda kasih sayang abah. Pokok pisang dijaganya dengan baik. Nak bagi akak bila berbuah dan sudah masak. Siap simpankan, menanti akak pulang.Tu cerita mak pada akak.
Anak Abah Menulis.
#catatanpengalaman2016
#AkademiBekerjaDiRumah


Saturday 25 June 2016

Belajar Masak Dengan Abah

Apabila belajar masak dengan abah, kena tengok cara abah sedang memasak. Macam tu juga bila belajar dengan mak. Bila akak tanya mengenai sukatan bahan masakan. Kedua-duanya, mesti cakap, agak-agak je. Pandai-pandailah bila nak cuba masak kat rumah sendiri.


Thursday 23 June 2016

Juadah Berbuka Yang Dirindui

Teks : Saniah Mat Sanat.


Hidangan juadah berbuka yang paling akak suka semasa kecil ialah roti canai dan murtabak mak. Yang paling best mak dan abah sama-sama saling membantu memasak di dapur. Rindunya kat mak dan abah. Air tangan mak memang terbaik.

‪#‎AkademiBekerjaDiRumah‬

Ada yang mahu kongsikan juadah berbuka disukai, boleh komen, ya. Terima kasih.

Abah

Teks : Saniah Mat Sanat.

Tulisan ini, akak tulis di facebook pada hari bapa yang lalu.  Ada banyak cerita yang akak tulis dahulu di facebook, kemudian barulah dikongsikan di sini.

Alhamdulillah, hari ini akak nak ucapkan selamat hari bapa pada semua sahabat yang bergelar bapa. Akak tak pernah pun menyambutnya. Pada akak ingatan untuk bapa selalu ada. Betul tak?

Akak rapat dengan abah. Dari kecil lagi. Teringat mengikuti abah ke kedai kopi. Abah pesan secawan teh. Kemudian, abah tuang sedikit air teh ke dalam piring dan berikan kepada akak. Akak hirup sedikit demi sedikit. Bila habis, abah tuang lagi. Akak tak ingat samada abah minum atau tidak air teh itu tapi akak ingat perasaan gembira yang akak rasai semasa itu sehingga hari ini. Terima kasih, abah.

Tulis dan kongsikan pengalaman kita. Belajar lagi di kelas asas blog pasukan Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR) bagaimana menulis betapa uniknya diri kita.

‪#‎catatanpengalaman2016‬ ‪#‎AkademiBekerjaDiRumah‬

Thursday 9 June 2016

Ikhlas.

Teks : Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sudah hari keempat kita berpuasa. Akak doakan kita semua ikhlas beramal lillahi taala.

Allahuakbar. Banyak yang akak pelajari semasa sesi tazkirah ramadhan kali ini. Antaranya apabila kita mahu ikhlas dalam beramal adakalanya perlu paksa diri dulu, lama kelamaan ikhlas akan ujud di hati. Ingatan ini untuk diri akak yang sering leka. Astagfirullah.

Tadi akak dah cerita sedikit mengenai ikhlas. Kali ini boleh tak kita mulakan dahulu dengan amalan berselawat. 'Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad'

Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga baginda.

Wednesday 8 June 2016

Ramadhan 2016 - Hari Ketiga

Teks : Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum. Selamat pagi. Alhamdulillah.
Lakukan yang terbaik setiap hari, kerana Allah sentiasa beri peluang kepada kita untuk berubah. Lebih mudah apabila kita berada di sekolah ramadhan. Semoga dipermudahkan urusan kami semua pada hari ini dan hari-hari yang mendatang. Aamiin.
Semua pergerakan kehidupan di dunia ini, merangkumi segala isi langit dan bumi berfungsi indah kerana didasari cinta Ilahi.
(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)

Alhamdulillah, rutin harian bulan ramadhan masih sama lagi. Saya bangun sahur pada pukul empat setengah pagi. Masak nasi dan air dahulu, kemudian barulah kejutkan anak-anak dan suami.

Menu sahur saya, nasi putih berlaukkan sambal ikan keli, sayur brokoli dan air teh. Menu ini sama sahaja dengan menu saya pada bulan-bulan yang lain. Tak perlu fikir menu lain lagi, ulang saja menu sedia ada.

Pada yang mahu mendaftar kelas asas blog, boleh terus whatapps atau telegram saya di 0192828266. Boleh juga baca dahulu maklumatnya di sini dulu, ya.






Tuesday 7 June 2016

Kenangan Berpuasa 1

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ini sudah hari kedua kita semua berpuasa.

Akak nak cerita sikit. Bila bulan puasa ni, akak teringat gelagat anakanda sulung  semasa pandai meniarap. Setiap hari dia mesti bangun sekali apabila akak dan suami bersahur.

Sekarang dia dah berusia lapan belas tahun. Bila anak-anak sudah besar, kita sebagai ibu sentiasa terkenang-kenang gelagat anak semasa kecil. Akak bersyukur sangat dapat membesarkan mereka.

Anakanda juga sekarang sudah bergelar jurugambar. Tidak berapa lama lagi, tamatlah sesi pembelajarannya di Saiful Nang Academy. Jika ada yang mahu servis anakanda boleh terus berhubung dengannya.