Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Jumaat yang lalu, saya dan keluarga ke MAEPS, Serdang kerana ada Jualan Buku Akhir Tahun YES 2015. Kami sekeluarga bergerak keluar dari rumah pada pukul lapan setengah pagi. Sebelum itu, kami bersarapan dahulu di kedai makan. Menu pilihan kami kali ini nasi dagang dan nasi kerabu. Minuman pula kami pesan nescafe panas dan milo ais.
Selepas selesai bersarapan, kami bergerak ke MAEPS, Serdang. Sampai di sana masih awal lagi, orang pun belum ramai dan masih ada gerai yang baru sahaja di buka. Saya memang gemar datang awal, maklumlah ketika ini masih tiada orang lagi. Bebas untuk bergerak dan tidak bersesak-sesak. Saya setuju sungguh apabila Pesta Buku 2016 akan diadakan di sini. Selain luas, tempat ini berdekatan sahaja dengan rumah saya.
Selesai memilih dan membeli buku, kami semua pulang pada pukul sebelas setengah pagi. Maklumlah hari jumaat, tuan suami dan Along Zikri perlu ke masjid menunaikan solat jumaat. Sebaik saja sampai di rumah, saya rehat dahulu dan lihat buku-buku yang dibeli. Rojak sungguh kali ini. Ada novel, komik, buku bacaan umum dan pelajaran untuk anak-anak.
Catatan terkini, sudah selesai baca dua buah novel yang dibeli. Novel tulisan, Puan Norhayati Berahim.
No comments:
Post a Comment