Wednesday 29 March 2017

Kisah Cuti Sekolah

Teks : Saniah Mat Sanat.

Assalamualaikum. Baru dapat menulis di sini. Ada banyak kisah sebenarnya, tapi saya tulis dulu cerita cuti sekolah baru-baru ini, ya.

Masa awal cuti sekolah tempoh hari, kami sekeluarga balik kampung kat Melaka. Pagi, ambil peluang ke pasar borong Melaka. Tuan suami belikan sotong dan udang. Alhamdulillah, rezeki kami dapat harga murah sikit sebab hari hujan.

Petang pula, luangkan masa mengemas di halaman rumah. Kiranya, kami sekeluarga gotong royong. Lama tak buat aktiviti ni. Sempatlah kutip hasil keliling rumah mak iaitu kelapa muda, mangga besar, ulam raja, daun kesum dan daun kunyit.

Nanti kita sambung lagi, ya.




Thursday 2 March 2017

Kelas Di Shah Alam.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah

Sesetengah dari kita rasa tak best belajar secara online. Lagi suka dapat jumpa depan-depan dengan cikgu. Boleh tanya terus apa yang kurang faham.

Biar jelas, terang benderang. Barulah rasa yakin. Betul tak?

Kalian yang berkeinginan untuk punya blogshop, peluang dibuka bagi mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam.

Belajar 16 langkah mudah bina blogshop melalui Kelas Asas Blog Bisnes secara Offline. Ada yang mahu?

Butiran seperti di bawah :

Tarikh : 8/04/2017
Masa : 9 pagi
Lokasi : Kota Kemuning Shah Alam
Yuran : RM200 

BONUS 4 ebook iaitu ebook belajar asas blog, ebook super wahm supermom, ebook mula bisnes butik online dan ebook rahsia khidmat pelanggan.

Untuk mendaftar boleh klik SINI.



Khamis dan Puasa

Teks : Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum. Pagi, semua. Rutin saya macam biasa saja. Tiada apa-apa yang luar biasa hari ini.

Pagi tadi sudah terjaga seawal pukul lima pagi. Kejut anak-anak dulu, baru panaskan lauk dan nasi.

Semalam lagi, anak-anak sudah ingatkan supaya kejutkan mereka awal supaya boleh bersahur.

Semenjak bersekolah di Sekolah Menengah Al-Amin, memang pihak sekolah mengalakkan pelajar-pelajar supaya berpuasa sunat pada hari khamis.

Jadi saya sekeluarga ambil peluang, raikan sekali. Anak-anak pun suka.