Friday 30 September 2016

Tempat Lepak.

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Tadi hantar anak bujang ke pejabat kawannya. Saya ingatkan supaya pergi awal ke masjid. Asalnya, merancang mahu ke perpustakaan tetapi batalkan. Lagi pun semalam sudah ke sana meminjam buku.

Perpustakaan ialah tempat lepak yang paling saya suka. Paling seronok, berjalan dari satu rak ke satu rak. Baca tajuk-tajuk buku yang tersusun. Tambahan pula di sebelah bangunan perpustakaan ada tasik. Ada juga gerai yang menjual laksa dan cendol yang menambah tarikan.

Setelah hantar anak bujang, saya terus pulang. Dalam perjalanan, mahu singgah di farmasi tetapi rupanya ia masih belum dibuka lagi. Petang nanti pun boleh beli ubat.

Kak Ani, The Writer
#catatanharian2016
#AkademiBekerjaDiRumah


Thursday 29 September 2016

Niat Dipermudahkan.


Teks : Saniah Mat Sanat

Salah satu 'wishlist' saya tercapai. Mahu tahu apakah ia? 'Wishlist saya ialah buku Rahsia Penulisan Berpengaruh.

Ini salah satu cara saya reward diri. Bagaimanakah cara kawan-kawan pula?

Kisah semalam. Niat di hati mahu memberi. Tetapi masih belum pasti mahu berikan kepada siapa.

Pagi tadi, apabila Kak Rahmah Yaakob beritahu ada yang perlu dibantu, saya tahu inilah dia orangnya. Mudah sahaja.
Begitulah kawan, apabila kita berniat mahu berbuat baik. Saya sendiri dapat 'reward' diri. Sudah lama ia berada dalam 'wishlist'.

Meremang juga bulu roma. Eh, jangan salah sangka, ya. Bukan cerita seram. Tapi kisah hati rasa bahagia apabila semua urusan dipermudahkan-Nya.


Wednesday 28 September 2016

Nikmat

Teks dan foto : Saniah Mat Sanat

Apabila ditarik sedikit nikmat pendengaran, saya banyak meneliti diri. Ya, tidak dinafikan terasa sukar mahu berkomunikasi mulanya. Perlu lebih fokus untuk mendengar.

Bila berbual, saya perlu berhadapan secara depan-depan. Jika diajak berbual sambil melakukan kerja, saya sering gagal menangkap butir bicara yang dibualkan.

Ini berlaku sejak saya kemalangan pada dua tahun yang lalu. Adakalanya, telinga saya mengeluarkan bunyi yang berdesing dan ia sedikit menyakitkan. Walaupun keadaan itu berlaku hanya beberapa saat.

Begitulah kawan, apabila nikmat kita yang ada ditarik. Baru sedar, banyaknya nikmat-nikmat lain yang diberikan-Nya. Hati sudah redha. Insaf sangat.

#catatanpengalaman2016

Mahu menulis pengalaman bermakna, belajar bersama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah. Hubungi saya di 019 282 8266 untuk pendaftaran.


Tuesday 27 September 2016

Nak Tulis Apa?

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sejak semalam lagi, bekalan air di kawasan kediaman saya sudah pulih. Rutin harian masih seperti biasa. Sarapan, saya sediakan nasi goreng.

Saya tinggalkan dua hari aktiviti menulis. Apabila mahu mula menulis kembali, jari jemari terhenti di papan kekunci. Tidak tahu mahu mula yang mana satu.

Ada banyak perkara yang mahu dikongsikan tetapi bila terlalu banyak pun sudah tiada fokus.

Inilah masanya, baca kembali Ebook Asas Belajar Blog. Ebook ini bacaan wajib setiap kelas Akademi Bekerja Di Rumah.

*********
Mahu belajar bersama kami, jemaah Akademi Bekerja Di Rumah? Boleh terus hubungi saya di 0192828266.

Thursday 22 September 2016

Pucuk Keledek

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.

Alhamdulillah. Cuaca mendung hari ini. Tadi, akak minta anak bujang petik pucuk keledek di belakang rumah. Akak suruh dia masak hari ini.

Walaupun begitu, akak masih pantau apabila dia memasak. Sesekali, akak biarkan saja dia kuasahi dapur. Contohnya, apabila dia sediakan sarapan pagi atau minum petang.

Setakat ini, anak bujang sudah boleh diharapkan untuk memasak andai akak ada urusan di luar.

Begitulah salah satu cara akak didik anak-anak. Samada lelaki atau perempuan, sama sahaja. Akak mahu mereka tidak kekok lakukan kerja-kerja rumah.

#catatanharian2016


Wednesday 21 September 2016

Kek Coklat Lagi

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Petang semalam, saya masak kek coklat lagi. Kali ini, saya gunakan pengisar makanan untuk sediakan adunannya. Mudah sedikit. Sebelum mulakan, terlebih dahulu saya panaskan periuk kukus. Saya mahu kek coklat versi kukus. Mahu bakar pun boleh juga.

Bahan-bahannya ialah telur sebanyak empat biji dan secawan gula. Saya kisar yang ini dahulu sehingga kembang. Kemudian, saya masukkan secawan minyak masak. Kisar lagi. Selepas itu, saya masukkan pula serbuk koko sebanyak setengah cawan. Kisar semula sehingga sebati. Tambah pula 3/4 cawan susu pekat yang dicampur sedikit air panas menjadikan ia satu cawan. Kacau kedua-dua bahan ini terlebih dahulu, barulah saya masukkan ke dalam pengisar.

Paling akhir, masukkan tepung naik sendiri sebanyak dua cawan. Saya ayak terlebih dahulu. Tepung ini, saya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar tadi.  Apabila adunan sudah sebati, saya tuangkan ke dalam bekas yang sudah disediakan terlebih dahulu. Kukus selama satu jam.

Apabila masak, saya lakukan sentuhan akhir iaitu masak coklat compound dan dua sudu mentega secara double boil sehingga cair dan curahkan atas kek tadi. Anak-anak suka sangat. Sudah menjadi kek kegemaran mereka. Pagi tadi, mereka bawa ke sekolah makan bersama kawan-kawan.


Friday 9 September 2016

Tips Pilih Pasangan.

Teks : Saniah Mat Sanat


Masa mahu pilih pasangan, akak tetapkan beberapa syarat. Nak tahu tak, apa syaratnya? Salah satu syaratnya ialah berani. Dulu mana tahu kita kena pilih agamanya. Kurangnya ilmu. Huhuhu...

Selain tu, nak macam abah. Abah kan idola akak. Hihihi...pandai masak, tahu basuh baju sendiri dan bekerja keras. Di mata akak, abah contoh lelaki yang baik.

Alhamdulillah, sungguh Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Tuan suami, sama macam abah. Itulah kuasa-Nya.

*******

KELAS ASAS AKAUN - OFFLINE]
Grup Coaching Asas Akaun (Min 5-6 peserta)
Tarikh: 24/09/16 Sabtu.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: di Desa Alam, Shah Alam.

Grup Coaching Asas Akaun (Min 10-25 org peserta)
Tarikh: 15/10/16 Sabtu.
Masa: 9.15am-2pm
Lokasi: di Putrajaya
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI?
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Hubungi saya di 0192828266 untuk pendaftaran.

Wednesday 7 September 2016

Nasi Goreng Ikan Bilis

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat.

Pagi ini, akak sarapan nasi goreng ikan bilis. Menu ini ringkas saja. Mudah. Bahan-bahannya ialah tiga biji bawang merah, seulas bawang putih, sebiji cili padi, segenggam ikan bilis, dua cawan nasi dan sebiji telur.

Pertama, akak hiris dahulu bawang merah dan bawang putih. Kemudian, akak ambil lesung batu dan tumbuk kedua-duanya. Apabila sudah lumat, akak masukkan cili padi tadi dan tumbuk sekali lagi. Akhir sekali, akak masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga lumat.

Kedua, akak masukkan minyak dalam kuali. Apabila sudah panas, akak tumis bahan tumbuk tadi. Goreng sehingga kekuningan dan tambah garam. Kemudian, akak tambah telur dan nasi tadi. Goreng sekejap. Goreng dalam lima minit, sudah boleh makan.

Selalunya akak masak dalam nasi goreng dalam masa dua puluh minit. Mahu cepat lagi, sediakan bahan-bahannya waktu malam. Jadi, apabila waktu pagi, boleh terus masak.

#resepi  #catatanharian2016