Tuesday, 5 January 2016
Mulakan Hari Dengan Niat.
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah.
Assalamualaikum dan selamat pagi.
Pagi ini masih rutin harian biasa bagi saya.
Agak terlewat sedikit bangun hari ini, pukul lima pagi. Alhamdulillah, masih sempat solat taubat dan solat tahajud. Sambil tu masak nasi dulu. Selepas solat sunat, sediakan sup ikan dan ikan goreng. Kemudian solat subuh pula. Selesai, sediakan sarapan pagi pula iaitu pisang goreng. Saya tetapkan dua jam untuk sediakan semua ini.
Semoga dipermudahkan dan lancar urusan kita semua pada hari ini. InsyaAllah. Aamiin.
" Laiilahaillallah "
Marilah kita mulakan perkerjaan kita dengan niat. Alhamdulillah.
" Sahaja aku bekerja hari ini lilahitaala "
******
Pendaftaran kelas asas akaun bagi Januari 2016 kini sudah dibuka.
1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Yuran : RM150
Tarikh: 17/01/16 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Yuran : RM250
Tarikh: 23/01/16 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task
Untuk mendaftar boleh hubungi saya melalui :
1. Email : saniah.matsanat@gmail.com
2. Whatapps/Telegram : 0192828266
Atau terus daftar di sini.
Tuesday, 22 December 2015
Catatan Sepanjang Minggu.
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah.
Selama hampir dua minggu, saya mengurangkan aktiviti menulis di sini dan facebook. Banyak yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Pertama, saya pulang dan keluarga pulang ke kampung. Sudah lama saya tidak pulang. Kali ini, mak, abah, adik dan adik ipar pergi menunaikan umrah. Mak mengadakan majlis bacaan yasin di rumah dan abah pula mengadakan majlis doa selamat di masjid. Mak dan abah mahu meraikan kegembiraan mereka bersama kawan-kawan.
Kedua - Pulang dari kampung, saya dan tuan suami membeli pakaian dan buku sekolah untuk anak-anak pula. Memang penuh masa saya. Beli buku teks di Kedai Buku Syabab dan Pustaka Rakyat. Buku tulis beli di kedai buku sekolah. Pakaian dan kasut sekolah dibeli di Kedai I-Nur, Nilai Square 2 dan Kedai Buku Blizt, Bandar Baru Bangi. Banyak tempat yang kami singgah dan banyak juga wangnya, tambahan pula semua barang yang dibeli perlu didoublekan.
Ketiga - Menghantar mak, abah, adik dan adik ipar di KLIA 2. Mereka bertolak pada 14/12/2015 dan insyaAllah, akan kembali ke Malaysia pada 24/12/2015.
Keempat - Menghantar Along Zikri hadiri kelas fotografi. Kisahnya ada saya ceritakan semalam.
Kelima - Ziarah mentua di rumah adik. Membeli bahan masakan mingguan. Ini salah satu rutin mingguan saya sekeluarga.
Ini pun masih ada lagi senarai perkara yang perlu dibuat. Dan tidak lama lagi sesi persekolahan akan dibuka.
***********
Mahu belajar dan berjualan secara online ? Sertai Rakan Niaga ABDR.
Maklumat lanjut di sini.
Monday, 14 December 2015
Kisah Hari Ini.
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah.
Moga dipermudahkan urusan mak, abah dan adik di sana. Aamiiin.
Tuesday, 24 November 2015
Cerita Minggu Lalu
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah. Alhamdulillah. Assalamualaikum.
Jumaat yang lalu, saya dan keluarga ke MAEPS, Serdang kerana ada Jualan Buku Akhir Tahun YES 2015. Kami sekeluarga bergerak keluar dari rumah pada pukul lapan setengah pagi. Sebelum itu, kami bersarapan dahulu di kedai makan. Menu pilihan kami kali ini nasi dagang dan nasi kerabu. Minuman pula kami pesan nescafe panas dan milo ais.
Selepas selesai bersarapan, kami bergerak ke MAEPS, Serdang. Sampai di sana masih awal lagi, orang pun belum ramai dan masih ada gerai yang baru sahaja di buka. Saya memang gemar datang awal, maklumlah ketika ini masih tiada orang lagi. Bebas untuk bergerak dan tidak bersesak-sesak. Saya setuju sungguh apabila Pesta Buku 2016 akan diadakan di sini. Selain luas, tempat ini berdekatan sahaja dengan rumah saya.
Selesai memilih dan membeli buku, kami semua pulang pada pukul sebelas setengah pagi. Maklumlah hari jumaat, tuan suami dan Along Zikri perlu ke masjid menunaikan solat jumaat. Sebaik saja sampai di rumah, saya rehat dahulu dan lihat buku-buku yang dibeli. Rojak sungguh kali ini. Ada novel, komik, buku bacaan umum dan pelajaran untuk anak-anak.
Catatan terkini, sudah selesai baca dua buah novel yang dibeli. Novel tulisan, Puan Norhayati Berahim.
Thursday, 19 November 2015
Nasi Lemak Pandan.
Foto : Saniah Mat Sanat
Bismillah. Alhamdulillah.
Pagi kelmarin, saya sediakan nasi lemak pandan. Saya yang teringin mahu makan, walaupun di rumah ini jarang anak-anak dan suami suarakan permintaan. Sarapan semalam ringkas sahaja, roti Gardenia sapu kaya dan hari ini pula, saya siapkan nasi goreng cina.
Peperiksaan SPM masih berjalan, hari ini Along Zikri perlu menjawab soalan subjek bahasa arab, kertas dua. Moga dipermudahkan dan dapat menjawab soalan dengan baik. Aamiin _____________________________________________
Alhamdulillah.
2 tempat sahaja lagi untuk kelas online Ahad ini.
Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 22/11/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Yuran : RM150
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Untuk mendaftar hubungi email : saniah.matsanat@gmail.com Atau sms/whatapps/telegram : 0192828266
Monday, 16 November 2015
Kelas Online
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR.
Bismillah. Assalamualaikum. Selamat pagi.
Along Zikri sudah ke sekolah. Jadual peperiksaan SPM hari ini ialah subjek matematik kertas 1 dan kertas 2. Semoga permudahkan Along Zikri menjawab soalan-soalan dengan baik. InsyaAllah. Aamiinn.
Alhamdulillah.
2 tempat sahaja lagi untuk kelas online Ahad ini.
Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 22/11/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Untuk mendaftar hubungi
email : saniah.matsanat@gmail.com
Atau sms/whatapps/telegram : 0192828266
Friday, 13 November 2015
Tulisan Jawi.
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Saniah Mat Sanat.
Bismillah. Alhamdulillah.
Hari rabu (11/11/15) yang lalu, Puan Anys Idayu telah 'massage' saya di 'private massage facebook' . Beliau mahu saya 'translate' tulisan rumi kepada tulisan jawi. Sebelum ini pada tahun 2013, beliau juga pernah meminta perkara yang sama. Jadi saya masih dapat menggunakan fail yang sedia ada.
Alhamdulillah, mudah sedikit kerja-kerja terjemahan saya. Tulisan yang mahu ditukar juga sedikit sahaja. Selain menyemak ejaan dan memasukkan logo yang diberikan. Kali ini tugasan saya dibantu Along Zikri dan tuan suami.
Apabila melihat tulisan jawi, saya pasti teringatkan ustaz yang mengajar saya membaca dan menulis tulisan ini. Terimbas kembali, bagaimana beliau mengajar dengan bersungguh-sungguh walaupun beliau guru sandaran.
Saya diminta memotong artikel pendek di suratkhabar dan tampalkannya di buku latihan. Kemudian saya diminta menulisnya kembali di dalam tulisan jawi. Secara tidak langsung, saya dilatih membaca dan menulis tulisan jawi serentak. Latihan yang diberikan setiap hari. Selepas, ustaz berpuas hati dengan kelancaran membaca dan menulis saya, barulah beliau menamatkan latihan tersebut.
Alhamdulillah, kini saya turunkan pula teknik ini kepada anak-anak apabila mengajar subjek bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab. Terima kasih, ustaz.
Tuesday, 10 November 2015
Cuti Sudah Bermula.
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Saniah Mat Sanat
Bismillah. Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Secara rasminya Kak Ngah Aida dan Kak Su Aina sudah mula bercuti. Walaupun sebenarnya mereka sudah bercuti sejak Peperiksaan SPM bermula. Namun begitu, kerana tidak menghabiskan silibus hafazan, mereka perlu hadir ke sekolah. Dan dalam tempoh dua hari, mereka dapat menyelesaikannya.
Semenjak pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar yang mahu terus bersekolah perlu menghabiskan hafazan mereka, nampak jelas perubahan anak-anak dalam subjek ini. Setiap hari, mereka sama-sama menghafaz. Sudah tidak perlu dipantau dan disuruh-suruh.
Alhamdulillah. Perubahan yang sangat baik. Tahun hadapan, mereka akan hadapi Peperiksaan PT3 pula. Nampaknya, saya perlu susunkan jadual ulangkaji untuk mereka bersedia. InsyaAllah.
********
Alhamdulillah.
Kelas Asas Akaun November ABDR dibuka untuk pendaftaran.
[Kelas asas akaun bulan November 2015]
Kelas Asas Akaun secara ONLINE - 3 tempat lagi.
Tarikh: 22/11/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran - RM150
Kelas secara online sahaja, dalam group kelas di facebook. Pelajar perlu online pada masa yang ditetapkan. Dari jam 9.30 a.m -12.30pm.
Nak online guna telefon juga boleh, yang penting kalian perlu online supaya mudah untuk ikut toturial yangg trainer berikan, dan mudah untuk sertai sesi soal jawab dalam kelas.
Jika pelajar tak dapat online pada waktu yang ditetapkan, pelajar masih boleh masuk ke group kelas dan baca nota perkongsian trainer, tapi agak rugi kerana terlepas sesi soal jawab dengan trainer.
Nota akan diberikan sebelum kelas bermula.
Selepas kelas, pelajar masih boleh berhubung dengan trainer jika ada sebarang pertanyaan.
Untuk mendaftar, hubungi saya di email : saniahmatsanat@gmail.com atau whatapps/telegram/sms di 0192828266
Thursday, 15 October 2015
Hari Akhir Cuti.
Foto : Saniah Mat Sanat.
Baru pulang dari Shah Alam. Bertolak dari rumah, dua setengah petang. Singgah sebentar di Kajang.
---------------
Sertai kelas asas akaun secara offline:
Masih ada 4 tempat lagi
Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 24 Oktober 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya.
email : saniah.matsanat@gmail.com
atau sms/what apps : 0192828266
Tuesday, 29 September 2015
Jerebu Lagi
Teks : Saniah Mat Sanat.
Bismillah. Alhamdulillah. Anak-anak sudah ke sekolah. Semalam, sekolah ditutup kerana jerebu. Hari ini, sekolah di Melaka dan Johor pula yang ditutup.
Cuti sekolah, kami sekeluarga tidak ke mana-mana. Anak-anak pula kurang sihat semenjak jerebu melanda. Batuk dan demam selsema. Sambutan hari raya korban hanya sederhana sahaja. Tambahan pula, kami sekeluarga tidak pulang beraya di kampung.
Jaga kesihatan. Banyakkan minum air.
Wednesday, 16 September 2015
Jerebu September 2015
Foto : Saniah Mat Sanat(sumber- Sinar Harian)
Bismillah. Alhamdulillah. Semalam sekolah bercuti kerana jerebu. Seawal pagi, saya telah membaca pesanan di grup Kelab Kelas SPM 2015 memberitahu pelajar-pelajar tidak perlu hadir ke sekolah. Gembira sungguh anak-anak kerana tidak perlu ke sekolah. Tambahan pula, hari ini cuti umum juga. Dapatlah mereka bercuti selama dua hari.
Pagi ini matahari bersinar terang. Nampaknya, jerebu juga sudah berkurangan kerana turunnya hujan semalam dan pagi ini. Namun begitu, saya sekeluarga tidak merancang kemana-mana. Masih mengambil langkah mengurangkan aktiviti luar.
Selamat Hari Malaysia.
*****
Pendaftaran kelas asas akuan secara online masih dibuka. Tinggal satu tempat sahaja lagi. Daftar segera sebelum jumaat ini.
Belajar Urus Akaun Bisnes.
Yuran : RM150
Kelas Asas Akaun secara online (Min 3 orang)
Tarikh: 20hb September 2015 (Ahad)
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order.
Kelas secara online sahaja, dalam group kelas di facebook. Pelajar perlu online pada masa yang ditetapkan. Dari jam 9.30 a.m -12.30pm.
Nak online guna telefon juga boleh, yang penting kalian perlu online supaya mudah untuk ikut toturial yangg trainer berikan, dan mudah untuk sertai sesi soal jawab dalam kelas.
Jika pelajar tak dapat online pada waktu yang ditetapkan, pelajar masih boleh masuk ke group kelas dan baca nota perkongsian trainer, tapi agak rugi kerana terlepas sesi soal jawab dengan trainer.
Nota akan diberikan sebelum kelas bermula.
Selepas kelas, pelajar masih boleh berhubung dengan trainer jika ada sebarang pertanyaan.
Kelas hanya akan berlangsung jika cukup pelajar 3-5 orang. Jika tak cukup, kita akan tunda pada tarikh akan datang.
Untuk pendaftaran terus isi borang dibawah.
http://saniahmatsanat.blogspot.my/p/borang-tempahan.html
Monday, 14 September 2015
Ulangkaji Nota.
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : ABDR
Bismillah. Alhamdulillah. Entry tugasan saya yang lalu(sini) sudah disemak oleh puan guru. Terima kasih.
Perbincangan yang rancak di dalam grup tentang tugasan ini juga sangat bemanfaat. Antaranya bagaimana mahu dapatkan idea menulis.
Perkongsian dari rakan sekelas saya, Puan Wan Anie.
Untuk dapatkan idea menulis.
Mula dengan fokus blog, kemudian listkan topik, sub topik. Boleh juga dipecahkan seperti web.
Buat carian berkenaan fokus blog, melalui pembacaan dan perkongsian orang lain di fb juga boleh ditukar kepada penulisan di blog
Perkongsian saya.
Saya lihat kembali label. Ada masanya, saya pergi library atau kedai buku untuk baca buku yang berkaitan dengan niche blog.
Ini senarai semak dari puan guru mengenai tugasan saya.
Nota 1: Dari 40 itu kita mendapat gambaran yang jelas apa maklumat diperlukan pembaca.
Nota 2: Jadikan ia sebagai tajuk entri.
Nota 3: Buat pengulangan berterusan berkaitan entri yang sama tetapi sentiasa update idea dan pandangan baru.
Nota 4: Saring kata carian yang ada kaitan fokus blog sahaja. Yang lain abaikan.
Nota 5; Selesaikan 44 entri berkisar 40 kata carian di atas.
Nota 6: Maksudnya tidak ada istilah tidak ada idea.
Nota 7: Suai padan dengan lima label hasil jawapan analisa. Setiap orang tidak sama.
Alhamdulillah, ada tugasan ini, baru nampak mahu tulis mengenai apa.
Sunday, 13 September 2015
Santai Pagi.
Teks dan Foto :Saniah Mat Sanat.
Alhamdulillah.
Asalamualaikum dan selamat pagi. Santai pagi ahad.
Kembara perjuangan setiap hari. Terima kasih kalian yang mendaftar dan bergabung bersama keluarga besar ABDR.
Kami buka dan menerima pendaftaran setiap hari.
Dua pilihan kelas popular sepanjang tahun.
Kelas asas blog dan penulisan.
Kelas bina kedai online.
Pendaftaran boleh terus hubungi saya, ya.
Terima kasih moga kita semua dilimpahi kasih sayang Allah selalu.
Pilih kategori kelas, pilih pakej yuran kemudian boleh pilih cikgu online pilihan.
Baca dahulu keterangan setiap kelas. Sudah faham dan sedia barulah mendaftar.
Friday, 11 September 2015
Senarai 40 Kata Carian
Alhamdulillah. Ini ialah tugasan mencari 40 kata carian blog saya.
1. saniahmatsanat.blogspot.com
2. tips urus rumahtangga surirumah
3. ncr JAIS
4. Borang 4A rekod catatan akad nikah
5. saniah mat sanat
6. saniah mat sanat blogspot
7. http//saniahmatsanat.blogspt.com
8. ingin tahu dan belajar dari mula
9. kahwin muda dan kembar
10. kasih sayang
11. tips kahwin muda
12. panduan kahwin muda
13. belajar dan kahwin muda
14. urus akaun rumahtangga
15. urus rumahtangga dan kahwin muda
16. panduan suri rumahtangga
17. panduan kahwin muda
18. kahwin muda dan tips rumahtangga
19. tips kahwin muda
20. persediaan sebelum perkahwinan
21. kahwin muda dan urus rumahtangga
22. tips urus rumahtangga
23. tips untuk suri rumahtangga
24. urus akaun
25. urus akaun dan urus rumahtangga
26. tips urus rumahtangga dan urus kewangan
27. resepi mudah dan kahwin di usia muda
28. contoh akaun rumahtangga
29. perkahwinan adik Ummi Zaihadi
30. tips surirumah urus rumahtangga
31. blog kahwin muda dan tips rumahtangga
32. borang kahwin 4A
33. apa perbezaan krusus pra perkahwinan
33. lempeng jewer
34. jemput-jemput labu resepi
35. kahwin muda untuk surirumah
36. kahwin muda dan rumahtangga
37. kahwin muda dan surirumah
38. keputusan hiv reaktif
39. 28.04.14 kapal terbang. mh 370
40. rolled hem dijual Shah Alam 2015
sumber : Google Statistik
Kata Carian Popular Di Blog Saya.
Foto : Saniah Mat Sanat.
Bismillah. Alhamdulillah. Akhirnya tugasan kelas online blog penulisan yang saya ikuti sekarang ini sudah siap. Tugasan mencari 40 kata carian popular.
Antara kata carian yang popular di blog saya ialah nama saya sendiri. Sungguh berkesan penjenamaan melalui nama sebenar kita.
Kenapa kita perlu gunakan nama sebenar?
Sebabnya Google dan blog ini sepertinya adik beradik. Memudahkan kita berurusan secara profesional untuk apa-apa urusan sekali pun. Ia juga seperti kad bisnes
Ini salah satu langkah pertama penjenamaan diri di blog, Google dan Facebook. Iaitu memilih nama sebenar mengikut kad pengenalan.
Contoh:
Pilihan nama email 1: saniah.matsanat@gmail.com
Pilihan nama email 2: pn.saniahmatsanat@gmail.com
Nama blog: http://saniahmatsanat.blogspot.my/
Mulakan teks penulisan entri di blog
Teks: Saniah Mat Sanat
Apakah maksud kad bisnes percuma.
Salah satu kebiasaan apabila kita mencari sesuatu pada carian google. Kita akan menulis perkataan tersebut. Begitu juga halnya dengan blog. Apabila pembaca atau bakal pelanggan mahu mencai kita, mereka akan terlintas nama 'kita' terlebih dahulu. Letak 'seberapa banyak kad bisnes' ini. Semakin banyak kita update semakin mudah carian pembaca dan bakal pelanggan. Sangat penting juga, apabila kita meletakkan satu aras apa kaitan nama dan apa yang kita usahakan. Apabila kita sendiri fokus dengan apa yang kita mahu tulis. Pembaca juga jelas dengan kita. Jika kita sendiri keliru mahu fokus tulis apa, pembaca 10 kali keliru.
Sumber : Ebook Asas Blog
Banyak tips yang dipelajari setelah saya membaca Ebook Belajar Asas Blog.
Ada sesiapa lagi yang mahu tips-tips berguna untuk menulis blog dengan betul dan bermanfaat? Belajarlah bersama kami.
Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 1300 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
Hubungi saya melalui :
Emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266
Monday, 7 September 2015
Catatan Harian-7hb September 2015
Bismillah. Alhamdulillah.
Rutin harian seperti biasa. Bangun pagi, sebelum subuh. Selepas solat, sediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga. Menu kami sekeluarga hari ini, mee goreng. Masak sebanyak dua bungkus mee. Cukup untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.
Pagi ini masih ada urusan diluar. Mahu selesaikan urusan di bank dan KWSP. InsyaAllah, pendaftaran kelas asas blog dibuka setiap hari.
Kelas asas akaun online, 2 tempat sahaja lagi.
Tarikh: 20 September 2015, Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Monday, 31 August 2015
Salam Merdeka.
Foto : Koleksi Peribadi.
Wednesday, 19 August 2015
Catatan Rutin Tengahari.
Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah. Alhamdulillah. Cuaca mendung hari ini.
Rutin tengahari saya, bermula dengan sediakan juadah makan tengahari. Saya mula memasak pada pukul sebelas pagi. Selesai masak pada pukul dua belas tengahari. Saya cuba limitkan masa memasak dan mengemas dapur selama satu jam. Bahan -bahan masakan, saya sediakan lebih awal. Mahu cepat, saya sediakan sup dan ulam-ulaman.
Saya sering sediakan sambal ikan bilis dalam kuantiti yang banyak. Boleh gunakan apabila ingin memasak nasi goreng, mee hoon goreng dan mee goreng. Sambal ini juga, salah satu menu sampingan apabila saya memasak juadah yang tidak pedas.
-------------------
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami adakan kelas blog.
Baik terus buat website dotcom, dotmy dan banyak lagi yang lebih canggih.
Kelas ini kami adakan khas untuk suri yang baru hendak belajar mula bisnes online.
Modal masih belum cukup untuk labur dan beli domain. Jadi adalah lebih mudah bagi mereka mula dengan apa yang ada.
Kita ada platform yang diberikan percuma, blogspot dan fanpage. Gunakan sebaiknya. Bila sudah ada untung lebih, boleh laburkan untuk buat website berbayar yang lengkap dengan shopping cart.
Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul.
Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat. blog juga adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri.
Jom sertai kami dalam kelas online blog ABDR. Kami buka pendaftaran setiap hari.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266
Sunday, 16 August 2015
Catatan Harian 15hb Ogos 2015
Foto : Koleksi Peribadi
Bismilllah. Alhamdulillah.
Semalam, selesai sediakan sarapan saya ke sekolah anakanda untuk membantu memantau perjalanan kelas tambahan SPM di bawah seliaan Kelab Kelas PIBG.
Gembira melihat kehadiran anak-anak yang ramai. Lebih dari lima puluh orang.
Tambahan pula melihat mereka belajar dengan tekun.
Petang, saya ke pasar malam membeli barang keperluan harian. Alahai, terlupa pula sediakan beg guna semula bila membeli di Pasaraya Speedmart kerana hari sabtu, hari tanpa beg plastik. Semenjak kempen tersebut dijalankan, saya sering mengelak membeli barang pada hari sabtu.
---------
Catatan harian adalah salah satu tugasan wajib dalam kelas asas blog. Macam kita tulis diari. Tulis aktiviti dan pengalaman kita setiap hari.
Kami menerima pendaftaran setiap hari.
MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan.
2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?
3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.
Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.
Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.
Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266
Friday, 7 August 2015
Matlamat Kelas Asas Blog Penulisan.
Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR
Selepas anak-anak ke sekolah, saya kemas dapur terlebih dahulu sebelum menulis. Ini rutin sebelah pagi sahaja. Rutin tengahari saya ceritakan nanti.
Hari ini saya mahu kongsikan dulu matlamat kelas asas blog dan penulisan yang dikongsikan oleh Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR.
-------------------------------
Matlamat Kelas Asas Blog Penulisan
http://nuruldiyanamohd.blogspot.com/
Ini contoh blog yang sangat berinformasi dan tahu hala tuju blog.
Tajuk blog: Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Label: Bermain Dan Belajar.
Label: Tips Membaca Awal.
Selain tiga label wajib yang ditulis dengan baik sekali dan tahu kaitan antara dua label di atas.
Ia ada imbangan dalam setiap penulisan dan lima label juga tajuk blog utama.
Teks dan foto: sangat penting kerana ia adalah penulisan asal penulis.
Semua bahan di dalam blog ini boleh digabungkan sebagai ebook pertama penulis.
Menguasai tajuk entri berdasarkan apa yang dicari pembaca/pelanggan dalam carian google.
Menyampaikan informasi yang jelas berdasarkan APA PRODUK dan SIAPA PEMBACA.
SIAPA PEMBACA ini ditukar kepada PELANGGAN.
Jadi pautan SHOPPING CART boleh diletakkan pada blog untuk memudahkan pembaca yang mahu membeli produk.
Sampaikan informasi, barulah menjual.
Bina pembaca, barulah tukar sebagai pelanggan.
Adakah kalian belajar sesuatu di sini?
Inilah matlamat kelas asas blog dan penulisan.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
e-mail : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266












