Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Tuesday, 22 December 2015

Catatan Sepanjang Minggu.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.

Selama hampir dua minggu, saya mengurangkan aktiviti menulis di sini dan facebook.  Banyak yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Pertama, saya pulang dan keluarga pulang ke kampung.  Sudah lama saya tidak pulang.  Kali ini, mak, abah, adik dan adik ipar pergi menunaikan umrah.  Mak mengadakan majlis bacaan yasin di rumah dan abah pula mengadakan majlis doa selamat di masjid. Mak dan abah mahu meraikan kegembiraan mereka bersama kawan-kawan.

Kedua - Pulang dari kampung, saya dan tuan suami membeli pakaian dan buku sekolah untuk anak-anak pula.  Memang penuh masa saya.  Beli buku teks di Kedai Buku Syabab dan Pustaka Rakyat.  Buku tulis beli di kedai buku sekolah.  Pakaian dan kasut sekolah dibeli di Kedai I-Nur, Nilai Square 2 dan Kedai Buku Blizt, Bandar Baru Bangi.  Banyak tempat yang kami singgah dan banyak juga wangnya, tambahan pula semua barang yang dibeli perlu didoublekan.

Ketiga - Menghantar mak, abah, adik dan adik ipar di KLIA 2.  Mereka bertolak pada 14/12/2015 dan insyaAllah, akan kembali ke Malaysia pada 24/12/2015.  

Keempat - Menghantar Along Zikri hadiri kelas fotografi. Kisahnya ada saya ceritakan semalam.

Kelima - Ziarah mentua di rumah adik.  Membeli bahan masakan mingguan.  Ini salah satu rutin mingguan saya sekeluarga.

Ini pun masih ada lagi senarai perkara yang perlu dibuat.  Dan tidak lama lagi sesi persekolahan akan dibuka.

***********
Mahu belajar dan berjualan secara online ? Sertai Rakan Niaga ABDR.

Maklumat lanjut di sini.





Monday, 21 December 2015

Aktiviti Along Zikri Selepas SPM

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Zikri
" Practical shooting and editing using lightroom at basic photographer class (Art By Teens 3) " catatan dari wall Along Zikri.

Alhamdulillah, selesai satu kursus pendek untuk Along Zikri.  InsyaAllah, selepas ini akan disambung lagi kursus fotografi untuknya.  Buat masa sekarang, Along Zikri penuhkan masanya membantu di kedai buku sekolahnya(Sekolah Al-Amin, Bangi)

Saya dan tuan suami juga bercadang menghantar Along Zikri ke kelas bahasa arab.  Kami mahu dia menambah nilai diri dahulu sebelum melangkah jauh lagi. 

Mahukan maklumat lanjut kelas-kelas fotografi boleh terus ke facebook SNAP Club.

Mahukan maklumat lanjut kelas online ABDR, boleh terus Kelas Online

Friday, 13 November 2015

Tulisan Jawi.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Saniah Mat Sanat.

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari rabu (11/11/15) yang lalu, Puan Anys Idayu telah 'massage' saya di 'private massage facebook' .  Beliau mahu saya 'translate' tulisan rumi kepada tulisan jawi. Sebelum ini pada tahun 2013, beliau juga pernah meminta perkara yang sama. Jadi saya masih dapat menggunakan fail yang sedia ada.

Alhamdulillah, mudah sedikit kerja-kerja terjemahan saya. Tulisan yang mahu ditukar juga sedikit sahaja. Selain menyemak ejaan dan memasukkan logo yang diberikan.  Kali ini tugasan saya dibantu Along Zikri dan tuan suami.

Apabila melihat tulisan jawi, saya pasti teringatkan ustaz yang mengajar saya membaca dan menulis tulisan ini. Terimbas kembali, bagaimana beliau mengajar dengan bersungguh-sungguh walaupun beliau guru sandaran.

Saya diminta memotong artikel pendek di suratkhabar dan tampalkannya di buku latihan. Kemudian saya diminta menulisnya kembali di dalam tulisan jawi. Secara tidak langsung, saya dilatih membaca dan menulis tulisan jawi serentak. Latihan yang diberikan setiap hari. Selepas, ustaz berpuas hati dengan kelancaran membaca dan menulis saya, barulah beliau menamatkan latihan tersebut.

Alhamdulillah, kini saya turunkan pula teknik ini kepada anak-anak apabila mengajar subjek bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab. Terima kasih, ustaz.


Wednesday, 21 October 2015

Anakku.

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat

Assalamualaikum.

Kisah saya. Semasa lahirkan anak kembar, anak sulung berusia 3 tahun.  Dialah yang banyak bantu jaga adik kembarnya apabila ayahnya pergi kerja.

Dari anak yang selalu bermanja dengan saya, dia jadi amat berdikari. Sehingga sekarang, dia masih begitu. Sarapan, mengemas, membasuh dan memasak dia sudah boleh lakukan. Dia juga sangat melindungi adik-adiknya, sehingga mereka berdua merungut. Dan masih menerima tanggungjawab jaga sepupunya yang kecil-kecil bila pulang ke kampung sebab mak-mak saudara percayakannya.

Jadi, jangan risau nak beri tugas atau tanggungjawab pada anak-anak. Ia jadikan anak-anak matang.

Monday, 19 October 2015

Hadiah.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Setelah berkahwin, setiap tahun saya menerima hadiah hari lahir dari tuan suami. Sebenarnya, saya dibiasakan dari kecil untuk tidak menyambut hari kelahiran. Cukup dengan ucapan dan iringan doa dari mak dan abah pada hari ulangtahun.

Setiap kali ulangtahun saya, tuan suami berikan hadiah mengikut keperluan dan keadaan kewangan kami.  Antara hadiahnya jam tangan, beg tangan, sepasang baju atau buku.

Ada masanya, kami menyambutnya dengan makan di restoran saja. Ataupun saya memasak di rumah. Tentulah hidangan istimewa. Adakalanya, sekadar ucapan dan doa darinya.

Pada saya, hadiah tidak penting tetapi ingatan dari tersayang yang paling dihargai.

Saturday, 17 October 2015

Masa Bujang 2

Teks : Saniah Mat Sanat.

Masa bujang, saya teringin belajar menjahit. Mahu belajar tapi tak tahu mahu mula dari mana. Keinginan tersebut saya simpan dalam hati sahaja. Maklum diri kurang tahu.

Alhamdulillah, selepas berkahwin, saya maklumkan keinginan belajar kepada tuan suami.  Dia sungguh menggalakan apabila mengetahuinya.

Akhirnya saya dapat belajar menjahit di Bangunan Cahaya Suria berdekatan dengan Stesen Puduraya, Kuala Lumpur. Saya berulang alik dari rumah di Cheras ke tempat belajar menaiki bas.  Saat sarat mengandung pun saya masih pergi belajar.

Namun begitu, saya berhenti belajar apabila melahirkan anak sulung. Kemudian sambung semula dan berhenti lagi sewaktu berpindah ke Kajang. Saya berhenti belajar terus semasa mengandungkan kali kedua.

Sekarang dengan sedikit ilmu menjahit yang pelajari, saya terus menambah lagi dengan melihat di YouTube dan membeli buku jahitan serta membaca blog yang berkaitan.

Thursday, 15 October 2015

Masa Bujang 1.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Saniah Mat Sanat.

Masa bujang.  Awal bulan, apabila dapat wang gaji, saya mesti pulang ke kampung. Rutin selama setahun.  Menaiki bas sahaja.

Kawan-kawan selalu ajak jalan-jalan ronda Kuala Lumpur tetapi saya sering menolak.  Pada pandangan saya, daripada jalan-jalan tanpa tujuan lebih baik saya jumpa mak, abah dan adik-adik. Dapat lepaskan rindu dan berbakti walaupun sekejap.
--------

Pakej promosi yang menarik.

Sesuai untuk kalian yang mahu tambah ilmu untuk mula bisnes online, persediaan menjadi wahm, bekerja di rumah dan mula bisnes di rumah.
Untuk pembelian boleh terus isi borang tempahan.


http://saniahmatsanat.blogspot.com/p/borang-tempahan.html





Tuesday, 19 May 2015

Sarapan Pagi.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah.  Alhamdulillah.

Sarapan pagi semalam saya sediakan kentang goreng.  Hari ini pula, saya sediakan telur rebus separuh masak.  Sarapan pagi yang ringkas dan mudah.

Antara menu sarapan pagi yang sering saya sediakan ialah jemput-jemput, roti bakar, lempeng, nasi goreng, meehoon goreng, roti canai dan nasi lemak.  Menu ini akan saya pelbagaikan.  Contohnya, jemput-jemput.  Boleh masak jemput-jemput bawang, jemput-jemput kentang, jemput-jemput labu manis dan jemput-jemput pisang. 

Alhamdulillah, saya mahu kongsikan tips mudah masak telur rebus separuh masak. Moga bermanfaat. 

Caranya ialah kita masak air di dalam periuk sehingga mendidih terlebih dahulu. Tutup api dan masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan ke dalam air tadi dan tutup periuk. Biarkan selama lima minit dan hidangkan.
*****
KELAS ASAS BLOG MULA BISNES 

Masalah yang biasa dihadapi :

1. Sudah ada produk, tetapi tidak tahu cara untuk mula pasarkan, dan tidak tahu cara untuk berkongsi

2. Mula dengan shopping cart tetapi tidak ada sasaran pelanggan

Penyelesaiannya :
-Bina blog berkaitan manfaat produk untuk menerangkan manfaat untuk masalah pelanggan.

contoh: produk susu ibu, menerangkan tentang ilmu-ilmu penyusuan.

contoh: produk pendidikan awal kanak-kanak, menerangkan manfaat produk membantu ibu mengajar anak-anak di rumah.

Bina blog untuk mula bina penjenamaan diri, mula kumpul khayak pembaca dan bakal pelanggan berdasarkan produk yang kita tawarkan.

Belajar lebih lanjut cara ini, dalam kelas online blog mula bisnes ABDR

Baca lagi di sini atau hubungi saya terus.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Tuesday, 14 April 2015

Sarapan Pagi

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Sarapan saya tiga minggu yang lalu.(Sekadar hiasan)

Bismillah.  Alhamdulillah.  Hari ini sudah empat belas hari GST dikenakan.  Mahu bantah atau tidak bukan persoalan yang saya mahu tulis di sini.  Saya hanya mahu kongsikan mengenai menu sarapan pagi mudah dan ringkas.  Hanya tiga puluh minit sahaja.  Menunya ialah roti john.  

Roti John.

Bahan- bahannya.

  • Roti Oblong Bijan Ramly(belah dua)
  • Telur(basuh dahulu)
  • 1 keping dada ayam(dicincang)
  • 1 biji bawang holland(potong dadu)
  • 1 ulas bawang putih(dicincang)
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • minyak masak(saya guna minyak zaitun)
  • Sos cili, sos mayonis dan sayur(tomato, timun atau salad)

  Cara-caranya.

  • Tumis dada ayam, bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak, bila hampir masak perasakan dengan garam dan lada hitam. Ketepikan.
  • Pecahkan sebiji telur di dalam mangkuk dan masukkan dua sudu besar ayam yang dimasak tadi.  Kacau hingga sebati.
  • Panaskan kuali  dan masukkan telur tadi.  Kemudian tekapkan roti diatasnya.  Biarkan selama dua atau tiga minit.  Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama sos. 
InsyaAllah, mudah dan ringkas.  Paling penting sudah tentu menjimatkan.  Anak- anak pun suka.


Tuesday, 17 March 2015

Catatan hari ini.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah.  Alhamdulillah.

Cuti sekolah sudah bermula. Sejak tiga hari yang lalu, saya sedikit sibuk.
Kali ini saya menerima tempahan untuk menyediakan menu sarapan pagi.  Anak-anak tingkatan lima akan menghadiri kelas tambahan. Kelas tambahan di Sekolah Menengah Al-Amin lebih dikenali dengan nama taman ilmu.  Taman ilmu kali ini dikendalikan oleh pihak kelab kelas pibg spm 2015 dan berkerjasama dengan pihak sekolah.

Dari membeli, menyediakan bahan dan menghantar saya, tuan suami dan adik lakukan sendiri.  Ini kali pertama saya menerima tempahan makanan.  Banyak yang saya belajar.  Berbeza dengan memasak untuk keluarga.

Menu juga telah saya sediakan awal-awal lagi.  Mudah untuk kita tahu berapa banyak bahan yang kita perlukan.  Akan saya kongsikan lagi tentang ini.
Menu hari pertama - burger ayam homemade, air teh dan air mineral.

Ok, saya mahu tinjau kelas dulu. Selain sediakan makanan, saya juga memantau perjalanan kelas. Kelas pagi ini, fizik dan ekonomi.

Wednesday, 11 March 2015

Bekal atau Bento.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.

Semenjak masuk grup Kelab Bekal/Bento Malaysia di facebook saya bertambah rajin bekalkan makanan untuk anak-anak.  Saya suka lihat gambar-gambar bekal/bento ahli-ahlinya.  Comel-comel belaka.  Sesuai untuk tarik perhatian anak-anak untuk makan.

Terkenang-kenang pengalaman membawa bekal ke sekolah.  Masa sekolah rendah, emak sediakan bekalan.  Kadangkala emak sediakan nasi goreng, jemput-jemput atau kuih-muih.  Cuma masukkan dalam bekas bekal plastik.  Bila abah dapat gaji, baru dapat wang saku.  Ada masanya, abah belikan nasi lemak atau roti canai.  Hihihi... bila emak terlewat bangun pagi.

Sekolah menengah, saya sediakan bekalan makanan sendiri.  Masak sendiri.  Pandai-pandailah, paling mudah saya goreng telur.  Boleh masak kicap atau masak sambal.  Makan bawah pokok bersama-sama kawan-kawan.



Tuesday, 10 March 2015

Saya mahu jadi WAHM!

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Walaupun agak terlewat menulis mengenai tugasan ini, namun saya mahu kongsikan juga. Terlewat bukan persoalnya.

Saya mahu jadi WAHM!

Kenapa?
Saya tidak bekerja, seorang suri sepenuh masa.
Sudah tentu mahu tambah pendapatan
Saya ingin belajar menulis kerana minat saya membaca buku.
Tambahan pula ia merupakan cita-cita ketika usia remaja.
Usia saya sekarang tiga puluh lapan tahun.
Pada usia ini sudah tentu saya mahu mencapai cita-cita yang terpendam selama ini.
    
Kenapa sekarang?
Anak-anak saya sudah besar.  Sudah ke sekolah menengah.  Yang sulung(lelaki) berusia tujuh belas tahun dan anak kembar(perempuan) berusia empat belas tahun.  Mereka ke sekolah seawal tujuh setengah pagi dan pulang pada pukul empat petang.  Saya mahu mengunakan masa yang ada untuk menambah ilmu yang bermanfaat dan berkongsi pengalaman.  Berkenalan dengan lebih ramai lagi suri berkerjaya mahupun suri sepenuh masa.

Bagaimana?
Saya sertai drophsip dengan Puan Masayu Ahmad terlebih dahulu.  Semasa itu belum maklum lagi mengenai kelas asas blog.  Saya mula sertai dropship melalui Puan Masayu Ahmad pada awal tahun 2013. Mahu tambah pendapatan.  Bayaran komitmen ketika itu dua puluh ringgit sahaja.  Saya dibantu tuan suami membina laman web dan fanpage untuk produk dropship.  Saya juga war-warkan dalam grup whatapps.

Pada bulan Jun 2013, saya berkenalan dengan Puan Aishah Hussein.  Puan Aishah diperkenalkan oleh Puan Masayu Ahmad iaitu pengasas kelas asas blog.

Komisyen dari jualan saya kumpulkan.  Tidak lama kemudian saya sertai kelas asas blog dan penulisan yang diasaskan Puan Masayu Ahmad yang kini lebih dikenali sebagai Akademi Berkerja di Rumah(ABDR).  Bulan Ogos 2013, secara rasmi saya sertai kelas asas blog dan penulisan dibawah tunjuk ajar Puan Aishah, guru online saya.  Di kelas ini saya belajar menulis dan fokus kepada tajuk yang diberikan semasa analisa sebelum memulakan kelas.

Selesai tugasan kelas yang diberikan, saya dilantik sebagai pembantu guru kelas oleh Puan Aishah. Selepas beberapa bulan, saya diserapkan pula menjadi rakan niaga atau pengurus online ABDR.  Sebagai pengurus online, saya memperkenalkan produk-produk ABDR kepada orang lain.  Inilah titik tolak permulaan saya menjadi WAHM.

Kini.
Sekarang saya sudah bergelar WAHM.  Saya mahu terus menjadi WAHM.  Berita terkini, saya sudah tambah kedai online lagi.  Boleh lawatinya di sini.

Senarai laman web dan fanpage(sebelum menyertai ABDR)
http://resepimudahhq.com/ 
https://www.facebook.com/rmhq27

Senarai blog/laman web dan fanpage(setelah menyertai ABDR)

http://saniahmatsanat.blogspot.com/
http://saniahmatsanat.com/
http://kedaibukusaniah.blogspot.com/
https://www.facebook.com/kedaibukuonlinekita
http://kedaimakanansaniah.blogspot.com/
http://bajumuslimahhq.blogspot.com/

Keyakinan dan kepercayaan yang diberikan tuan suami, Puan Masayu dan Puan Aishah menjadikan saya lebih berusaha lagi.
Kejayaan yang kecil hari ini, saya jadikan asbab kejayaan akan datang.  InsyaAllah.  Terima kasih, Allah.

Tuesday, 3 March 2015

Gambar Saya Di Berita Harian.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : FB Goodreads Malaysia
Bismillah.  Alhamdulillah.  Ini kisah dua minggu yang lalu.  Semalam kisah ini tersiar di Berita Harian.  
Tentatif Program


 
Hadiah untuk Sayembara Ulasan Buku GRMY 

Thursday, 12 February 2015

Temu Santai Goodreads-Malaysia 2015

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Goodreads Malaysia(Puan Najibah)

Alhamdulillah.  Bulan ini adalah bulan kelahiran saya.  Ini adalah salah satu cara bagaimana saya menyambutnya.  

Semua dijemput hadir, raikan International Book Giving Day bersama Goodreads Malaysia di Qreazant Book Rental, Bandar Baru Bangi, 14 Februari 2014, 10 pagi - 12.30 tengahari.

*Sharing Session bersama Puan Nor Azzah Momin mengenai Nilai Impian Little Free Library
*Tukar-tukar buku sempena International Book Giving Day
*Penyampaian Hadiah Sayembara Ulas Buku 2014.

Setiap orang ada pilihan tersendiri untuk menyambut tarikh 14 Februari pada setiap tahun. Untuk kami di Goodreads Malaysia, tarikh ini ialah "International Book Giving Day". Hari ini untuk kita hadiahkan buku kepada sesiapa sahaja yang kita suka.

Bagi yang sudi dan berkelapangan, jemput ke butiran yang berikut : 
Tarikh : 14 Feb 2015 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari 
Tempat : Kedai Sewa Buku QReazant, Bandar Baru Bangi.
42-1-1a, Jalan pusat Bandar 2B, sek 9, Bandar Baru Bangi, landmark: opposite petronas, area                             Manjaku, sebelah Am Islamic Bank atas Hair Profile 

Puan Nor Azzah juga akan berkongsi pengalaman tentang Little Free Library Nilai Impian - perpustakaan mini/kecil di hadapan rumahnya dalam mengusahakan budaya membaca dalam kalangan ahli masyarakat.

Tiada agenda lain, kecuali buku, buku dan buku! Jika belum menjadi ahli Goodreads. Mudah sahaja, terus ke laman www.goodreads.com, dan mendaftar sebagai ahli. Ia sebuah laman sosial untuk penggemar buku sahaja. 
Marilah kita sama-sama berkongsi akan rasa cinta terhadap buku dan ilmu. Bawa sebuah buku untuk dihadiahkan kepada seseorang dan kita juga tidak akan tahu, buku apa yang bakal kita terima pada hari itu! 

p/s : Sesudah itu boleh ke acara Borak Buku bersama Prof. Dr. Khoo Kay Kim di NU Sentral pada pukul 3.00 petang pula.

Kredit poster : Puan Najibah A. Bakar (admin Goodreads Malaysia)
Kredit teks : Puan Najibah dan Puan Nisah Haron.

Perkongsian dari sahabat facebook, Tuan Khairul Hakimin Muhammad.


Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Google
Bismillah.  Alhamdulillah.

Perkongsian dari sahabat facebook, Tuan Khairul Hakimin Muhammad.  Catatan bertarikh February 9 at 5:06pm.  Saya kongsikan di sini setelah mendapat keizinan dari beliau.  Saya sangat bersetuju dengan perkongsiaan ini.  Saya pernah membeli roti ini tetapi lebih menyukai Roti Gardenia.

[Yang Sudah Kongsi, Saya Tidak Marah. Ini adalah Pendapat Peribadi Saya]

Dalam seminggu ini, hampir semua ‘group’ whatsapp pakat kongsi cerita Roti Massimo. Katanya Roti ini diberi percuma di Pusat Service Toyota dan pejabat-pejabat kerajaan.

Kerana apa dikongsi merata? Kerana roti ini bakal mengguling Negara dan agama kita semua. Dikhabarkan melalui whatsapp pemilik syarikat roti ini (tidak diberitahu dalam whatsapp) adalah seoang yang bernama Robert Kwok. Katanya lagi, ianya adalah strategi halus untuk menjatuhkan bisnes Roti Gardinea milik orang melayu Islam.

Aduhai, penakut sungguh orang kita ini. Kenapa? Asal beri percuma sudah bertukar arah? Hai macam biasa sahajakan orang kita berperangai begini. Bukan sudah biasa terima kain pelikat, kain batik, beras percumakah? Kuang kuang kuang.

Begini,

i) Bisnes kita tidak jatuh dengan adanya pembeli yang terus membeli barangan berkualiti seperti Gardenia. Malah Gardenia yang punya seleksi produk yang cukup hebat akan terus digilai oleh masyarakat seperti saya. Ya, saya bukan pelanggan Massimo, malah jika diberi percuma, bukan semudah itu untuk saya bertukar kepadanya.

ii) Penakut. Kenapa terlalu ramai yang penakut sehingga orang mahu beri percuma sahaja kita sudah panic. Senang-senang kongsi maklumat ini kepada sesiapa sahaja tanpa siasat. Cuba tanya kawan-kawan di dalam group tersebut, pasti ada yang kerja kerajaan atau pakai Toyota, sudah terimakah mereka dengan roti percuma ini? Jika tidak ada sesiapa habis kenapa kamu pergi kongsi? Entah-entah fitnah. Tak pasal-pasal Robert Kwok bertambah kaya dengan pahala fitnah kamu.

iii) Bagai api dalam sekam, apabila kita tanya sahih atau tidak berita ini? Jawapannya senang sungguh; TAK TAHU, AKU SHARE JE MANALAH TAU BETUL. Jika tak betul? Oh tak apa sebab Robert Kwok bukan Islam pun, dia akan ke neraka tanpa hisab. Habis kamu buat fitnah tak masuk neraka? Entah-entah dapat duduk sebelah Robert Kwok memakan api dan menelan segala bentuk arang bakar yang sedang membara.

iv) Belajar berniaga dengan jujur. Bukan jatuh menjatuh. Sehingga hari ini saya tidak pernah lagi terima mesej dari kawan-kawan India atau Cina tentang produk Melayu itu ini begitu begini. Yang saya duk dengar ialah peniaga melayu kata itu ini tentang perniagaan cina. Dan cakap-cakap ini bakal berterusan hingga ke puluhan generasi kerana masyarakat cina membuktikan perniagaan adalah sesuatu perkara yang hebat dalam dunia mereka. Mereka buktikan dengan ‘action action action’ bukan ‘talk talk talk’ seperti masyarakat kita. Mereka membina empayar, kita bina mulut lebar. (ya selain jalur lebar yang dicuri dari rumah jiran, itu kita juga champion oi)

v) Jika benar ianya adalah strategi untuk menaikkan bisnes dengan memberi barangan dengan percuma dahulu. Ini bermaksud mereka betul-betul menggunakan strategi yang sangat bagus. Kita berjual nasi lemak pun kedekut timun sepotong, tetapi lihatlah mereka punya strategi, penuh hikmah. Beri percuma dahulu, rasa dahulu. Suka beli, tak suka duk diam. Ada perkara kita boleh belajar, bukan memandang dengan mata lalat. Nampak sahaja buruk sana sini, tidak nampak baiknya sesuatu perkara.

vi) Saya boleh terima sekiranya ada perkara yang melibatkan halal haram, seperti syarikat ini perlu dipantau kerana kilangnya kotor, atau kilangnya punya subahah yang ketara. Tetapi FFMB adalah sebuah syarikat prestige yang membina rangkaian produk makanan yang sangat hebat di seluruh Malaysia. Ya milik orang Cina. Saya kagum.

Kawan-kawan,

Kongsilah berita yang betul. Sahih. Siasat, tanya dulu satu demi satu. Jika ragu, jangan kongsi lagi. Duduk diam-diam dan abaikan.

Kita ada pisau, kita guna untuk potong ikan, ayam, labu, pisang, tembikai. Bukan untuk potong side mirror kereta jiran. Salah tu. Sama juga dengan whatsapp, facebook, blog semua. Semua boleh disalah guna. Kita tentukan semua itu.

Kita putuskan apa yang kita perlukan. Kita juga putuskan untuk kita bermata apa.
Ya, Mata Lebah vs Mata Lalat.

Wassalam.
Khairul,
Peminat Setia Roti Gardenia Yang Warna Hijau Tu.

Kisah Mak Jemah.


Teks : Saniah Mat Sanat.

Jom kita baca kisah Mak Jemah yang sangat excited mahu memulakan bisnes.

Mak Jemah berkira-kira mahu ke pusat borong. Niatnya mahu mula berniaga. Dia sudah awal-awal memasang strategi menyiapkan kedai di depan rumah.

Maka sampailah Mak Jemah di Pusat Borong Macam Macam Ado.
Mak Jemah mula teruja dari satu kedai dia singgah ke satu kedai. Singah di kedai tudung, mak jemah mahu jual tudung, lalu diborongnya tudung. Sampai di kedai pakaian kanak-kanak, Mak Jemah asyik pula borong pakaian kanak-kanak sebabnya cantik dan leka lihat pelbagai 'fesyen' yang menarik.

Mak Jemah sampai pula di kedai 'makanan segera'. Lalu dibelinya juga banyak sebab katanya nanti mesti laku. Mak Jemah jalan-jalan lagi singgah di kedai kelengkapan ibu bersalin. Lalu dibelinya juga sebab fikirannya pada masa itu, mesti laku sebab di hospital, hari-hari wanita bersalin ;P

Maka sudah senja, wang modal sudah habis, Mak Jemah pun pulang dengan gumbira. Sampai di rumah dia terpana seketika, kerana dia lupa kedainya tertera papan tanda besar yang cantik 'PUSAT JUALAN IKAN DAN SAYUR SEGAR' yang sudah siap dipasang.

Apa pengajaran cerita di atas suri sekalian?

Friday, 30 January 2015

Cabaran dan Kejayaan.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : ABDR
Bismillah.  Alhamdulillah.

Hari ini saya mahu kongsikan cabaran dan kejayaan semasa menjalankan perniagaan secara dropship.  Sebenarnya sudah lama saya tahu mengenai dropship, cuma semasa itu agak kurang ambil tahu.  Tumpuan saya ketika itu masih kepada menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Saya mula sertai dropship melalui Puan Masayu Ahmad pada awal tahun 2013.  Bayaran komitmen ketika itu dua puluh ringgit sahaja.  Saya dibantu tuan suami membina laman web dan fanpage untuk produk dropship.  Saya juga war-warkan dalam grup whatapps.

Walaupun nampak senang menjalankan bisnes dropship, namun tetap ada cabarannya.  Pernah sekali barangan pelanggan tertukar.  Namun begitu, atas nasihat dan panduan dari Puan Masayu Ahmad, saya dapat mengatasinya.  Tambahan pula pelanggan tersebut adalah teman saya.

Komisyen dari jualan saya kumpulkan.  Tidak lama kemudian saya sertai kelas asas blog dan penulisan yang diasaskan Puan Masayu Ahmad yang kini lebih dikenali sebagai Akademi Berkerja di Rumah(ABDR).  Di kelas ini saya belajar menulis dan focus kepada tajuk yang diberikan semasa analisa sebelum memulakan kelas.

Selesai tugasan kelas yang diberikan, saya dilantik sebagai pembantu guru kelas oleh Puan Aishah Hussein, guru kelas ABDR.  Selepas beberapa bulan, saya diserapkan pula menjadi rakan niaga atau pengurus online ABDR.  Sebagai pengurus online, saya memperkenalkan produk-produk ABDR kepada orang lain.  Keyakinan dan kepercayaan yang diberikan Puan Masayu dan Puan Aishah menjadikan saya lebih berusaha lagi.

Hasil wang jualan saya kumpulkan lagi untuk menyertai kelas penulisan yang lain.  Kejayaan yang kecil hari ini, saya jadikan asbab kejayaan akan datang.  InsyaAllah.

Wednesday, 7 January 2015

Pertama Kali.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Hari ini, buat pertama kalinya saya menulis di sini pada tahun 2015.  Banyak yang ingin saya nukilkan.  Namun kekangan masa dan talian internet yang agak perlahan membataskan ruang untuk diri saya menulis.  Namun begitu, tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru.

Esok, saya akan menjalani pemeriksaan pendengaran di klinik.  Saya dan tuan suami akan keluar dari rumah pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas.  Temujanji saya pada pukul sepuluh pagi.  Pemeriksaan kali ini adalah untuk tuntutan insuran kemalangan jalan raya yang saya alami tempoh hari.

Pengalaman pertama kali...

===============

Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Grup Coaching
-Kelas Online
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog

Saturday, 20 December 2014

Persediaan persiapan ke sekolah.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.  Alhamdulillah.

Persediaan persiapan ke sekolah telah pun saya siapkan seawal memasuki bulan disember lagi.  Sudah menjadi kebiasaan saya menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak seawal mungkin.  Tambahan pula jadual tuan suami agak sibuk pada akhir bulan ini.

Persediaan menyediakan persiapan kelengkapan sekolah anak-anak pada tahun ini dimulakan dengan membeli kasut sekolah untuk anak kembar saya.  Lagipun semasa itu, mereka berdua akan pergi ke perkhemahan yang dianjurkan pihak sekolah.

Setelah senarai buku dikeluarkan pihak sekolah, saya membeli buku pula.  Kali ini, pihak sekolah tidak menjual buku teks seperti tahun-tahun yang lalu(anak-anak bersekolah di sekolah swasta).  Nampaknya saya perlu ke kedai buku.  Hanya buku tulis sahaja yang dijual di kedai sekolah.

Kemudian siapkan kelengkapan pakaian sekolah.  Kali ini, saya membeli pakaian sekolah anak-anak di Taman Gombak Ria, Batu Caves.  Selalunya beli di kedai sekolah sahaja namun demikian kali ini perlu  ke sana kerana Along Zikri sudah dilantik menjadi pegawas sekolah.  Pakaian seragam pengawas sekolah hanya dijual di kedai ini. Terlanjur sudah sampai tentulah belikan sekali pakaian sekolah anak kembar saya.  Mudah satu tempat sahaja.

Akhir sekali, tugas saya membalut buku- buku yang sudah dibeli.  Kali ini, saya dan anak-anak sama-sama membalut buku.  Sekarang tinggal nak jahit nama dan lencana sekolah sahaja. Namun begitu, pakaian tersebut perlu saya basuh dahulu.

Wednesday, 17 December 2014

Fobia.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi


Bismillah.

Catatan pengalaman.

Fobia.

Sejak kemalangan tempoh hari, saya mengalami perasaan fobia terhadap kenderaan berat terutamanya lori. Ini kerana semasa kemalangan perkara terakhir yang saya lihat adalah tayar lori kontena. Ia begitu hampir sebelum saya terjatuh dari motorsikal.  Bunyi yang kuat sebelum lori tersebut bergerak juga menakutkan saya.  Baik semasa menjadi penumpang ataupun pemandu.

Saya cuba atasi dengan cara menghadapinya. Saya pandu kereta. Sambil memandu, saya sentiasa ingat Allah. Sudah tentu dimulai dengan doa sebelum menaiki kenderaan. Semasa memandu sentiasa beristighfar dan menyebut-yebut nama Allah.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit perasaan tenang berada di dalam hati. Saya yakin apabila kita sentiasa bercakap-cakap dengan-Nya. Dia Maha Mendengar.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.