Tuesday 8 December 2020

Terusir - HAMKA

“Tiap-tiap roh, tiap-tiap semangat itu mempunyai pasangan semangat untuk pertalian hidupnya, rasa bahagia dia apabila bertemu dan rasa sengsara apabila berpisah.”

Margaretta Gauthier, halaman 145.

Kisah cinta dua insan yang tak kesampaian lantaran perbezaan darjat menjadi ukuran dan status hidup. Kisah yang sering berlaku dalam masyarakat, yang menjadi nanah dalam kebahagiaan dua insan yang bercinta.

Salahkan bercinta?
Hinakah dianugerahkan rupa paras yang cantik?
Salahkan seorang bapa yang mahukan anaknya hidup bahagia?
Dilema seorang bapa tentang kebahagiaan anak lelakinya atau anak perempuannya. Dua-dua beliau sayang.

Dapatkan novel terjemahan Hamka ini di
https://jtbooks.onpay.my/order/form/BukuHAMKA/12 


Wednesday 11 November 2020

Set Box Ustaz Hasrizal

Motif untuk kembara ada pelbagai.
Ada yang mahu tengok keindahan alam,  budaya, senibina dan sebagainya

Buat Ustaz Hasrizal, kembaranya lebih terarah atas dasar manusianya, apa yang manusia berfikir dan apa yang manusia rasa. Dan inilah antara sebab beliau ke Finland.

Tidak lupa, atas sistem pendidikannya.

Beliau berkata juga, setiap kembara yang dilakukan harus mempunyai motif yang jelas untuk menjadikan kembara kita lebih berharga dan dapat membawa sesuatu yang bermakna untuk dipelajari. Melihat dari sudut pandang berbeza.

"Mengembara, usaha melapangkan jiwa dan pemikiran"

Nak tahu apa lagi yang ustaz perolehi ketika kembaranya, dapatkan Set Travelog Tarbiah ini yang merangkumi kisah suka dukanya ketika di Jordan, Turki, Ireland dan Finland.

Malah, ada sesi vlog beliau dilampirkan dalam buku Ma Oon Rizal lagi, pada halaman 83.

Nak lagi seronok, ambil terus set kombo beserta video rakaman ekslusif di Set Box Ustaz Hasrizal  


Monday 19 October 2020

Set Travelog Hamka

Perjalanan hidup Hamka tidak mendatar tanpa cabaran dan dugaan. Hamka sangat kenal akan dunia manusia dan masalah yang ada di tanah airnya kerana dia banyak berjalan dan gemar mengembara.

4 Bulan di Amerika Jilid 1 dan 2 ditulis sebagai analisis dan renungan selepas kunjungan beliau ke sana pada tahun 1952.

Kenang-kenanganku di Malaya disusun oleh Hamka untuk mencurahkan rasa cinta kepada umat dan bumi Melayu ketika Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang merakamkan pelbagai aspek sejarah Melayu, pengalaman peribadi, rasa keakraban dan harapannya.

Di Tepi Sungai Dajlah, beliau mengisahkan kembaranya ke Kota Baghdad pada tahun 1950 yang penuh dengat riwayat-riwayat dan hikayat 1001 malam. Tentang kerajaan Babylonia, raja-raja dan keturunan Bani Hasyim,  Mazhab Syiah dan Sunnah.

Dan Perjalanan Terakhir Buya Hamka pula merupakan pengalaman peribadi, catatan dari suatu peristiwa ketika bersama Buya Hamka, ataupun komentar-komentar atas wafatnya almarhum baik mengenai keperibadian, integriti ataupun kepemimpinan selama hayatnya.

Set Travelog Hamka

1. 4 Bulan di Amerika Jilid 1
2. 4 Bulan di Amerika Jilid 2
3. Kenangan-kenanganku di Malaya
4. Perjalanan Terakhir Buya Hamka
5. Di Tepi Sungai Dajlah

Dapatkan segera Set Travelog HAMKA  


Saturday 19 September 2020

Box Ustaz Hasrizal

BOX USTAZ HASRIZAL

KAMI BAWAKAN BOX TRAVELOG TARBIAH HASRIZAL ABDUL JAMIL
yang mengandungi keempat-empat buku Travelog Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dari bumi Jordan —> Turki —> Ireland —> Finland

Istimewa di dalam kotak ini

4 KEPING PENANDA BUKU & 1 ' BUTTON BADGE ' EKSLUSIF

Harga : RM 123

Promosi sehingga 30 September ini sahaja dan akan mulai pos pada 21 September 2020.

Tunggu apa lagi,dapatkan segera hari ini.

 https://jtbooks.onpay.my/order/form/BOXHASRIZAL/12 


Friday 18 September 2020

Orang-orang Biasa

Orang-orang Biasa.

Seiring dengan namanya. Kerja kuli, kerja sendiri, kerja tepi jalan. Tapi punya kisah dan semangat tentang pendidikan, persahabatan, dedikasi dan kejujuran.

10 sekawan bersatu hati untuk membantu Aini, mendapatkan wang untuk masuk daftar ke Fakulti Perubatan.

Merompak bank adalah jalan paling mudah untuk mereka mendapatkan wang.

Namun, pengakhirannya, berjayakah mereka merompak bank? Bagaimana nasib mereka selepas merompak bank? Tertangkapkah?

Plot yang dicipta dalam naskhah Andrea Hirata kali ini cukup luar biasa. Kita bakal disajikan dengan adegan penuh jenaka dan paling tidak sangka, rupanya 10 sekawan ini tidaklah bodoh seperti disangka.

Mereka orang-orang biasa yang luar biasa.

Paling menarik, buku ini dalam edisi Malaysia. Semua rakyat Malaysia boleh baca dengan mudah.

Buat belian di link.
https://jtbooks.onpay.my/order/form/JTB/12 


Thursday 18 June 2020

Motivasi Pagi

Allah beri kita semua. Kesenangan dan kesusahan. Malah, apabila susah, Allah beri lagi cara nak merawat hati masing-masing.

Cuba lihat 3 ayat ini, sampai ke jika kita ada rasa sifat bermalas, pun Allah memberi teguran.

Kawan-kawan, bangkit. Kita cari rezeki sama-sama, buat sungguh-sungguh dan sentiasa bersyukur atas apa yang kita dapat setiap hari.

Sungguh, lagi banyak kita bersyukur lagi banyak Allah beri.


Wednesday 17 June 2020

Kelas Online Ghostwriter Junior

KEMASKINI KELAS ONLINE GHOSTWRITER JUNIOR

13 - 14 JUN 2020

ADA 6 SEAT LAGI.

ISTIMEWA KELAS ONLINE INI :

✔ Kelas online 2 hari
✔ Boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Surirumah, pelajar, bisnesman, bekerja
✔ Boleh sertai bila-bila masa sahaja. Laksanakan tugasan yang diberikan mengikut waktu anda sendiri.
✔ 6 Modul Rahsia Dunia Ghostwriter Junior
✔ Nota yang lengkap, padat dan mudah difahami
✔Yuran sangat berbaloi untuk 2 hari kelas online

=============

6 MODUL yang bakal dipelajari :

1) Mengenali Dunia Ghostwriter
a. Anda akan didedahkan dengan 10 jenis kerja yang ditawarkan oleh ghostwriter
b. Cadangan standard Caj Kerja-kerja Penulis Upahan.

2) Kenal pasti potensi diri sebagai ghostwriter
a. Anda dapat mengenali potensi diri untuk menjadi seorang ghostwriter.

3) Personal Branding sebagai ghostwriter
a. Bagaimana anda ingin bermula sebagai Ghostwriter Junior?
b. Bagaimana anda ingin mempengaruhi prospek dan pelanggan anda untuk mendapatkan servis penulisan anda?

4) Memasarkan diri dan pitching sebagai ghostwriter junior
a. Anda akan didedahkan tentang mengapa ghostwriter perlu ada mindset business.
b. Bagaimana anda boleh menulis mengikut kekuatan diri anda?
c. Ada skrip lengkap hanya copy paste dan send kepada client. Ya sedetail itu.

5) Servis menulis artikel
a. Anda akan didedahkan dengan 20 jenis website yang memerlukan artikel untuk diterbitkan.
b. Anda akan belajar bagaimana boleh menulis artikel dengan mudah.

6) BONUS : Bagaimana menulis proposal buku?
a. Anda akan diberikan “guideline proposal buku” yang membolehkan anda untuk menulis proposal buku dengan mudah.

Untuk join sila klik link ini
 https://upahmenulis.onpay.my/order/form/KelasOnlineGhostwriter/cool21 


Monday 15 June 2020

Sekolah Penulisan Ramadan

"Setiausaha yang bekerja dengan bos mesti bersedia ditiduri. Itu normal"

"Wartawan hamba orang politik, mesti tulis apa yang membuncitkan mereka sahaja."

"Tukang masak akan meludah masakan sebagai pelaris."

"Jururawat tidur sahaja waktu bertugas di wad. Tak peduli orang sakit pun."

Mitos yang berlegar hanya dapat dijawab oleh orang yang dalam profesion terbabit.

Hari ini sudah ada bersikap aktif orang bidang memperjelaskan perkara berdasarkan pengetahuan.

Masih ingat tindakan ahli bomba menggunakan pita pelekat pada rekahan jalan raya?

Berlegar teks mempersendakan anggota bomba, "Lekat pakai sellotape dahulu," sehinggalah diberitahu fungsi pita pelekat bagi melihat pergerakan tanah.

Kemudian pelekat logo OKU berkerusi roda pada beberapa anak tangga disambut sebagai jenaka sehinggalah ada yang memberitahu fungsinya. Malah cara menaiki anak tangga menggunakan kerusi roda ditunjukkan.

Setiap bidang ada macam-macam mitos yang berlegar.

Maka yang berpengetahuan akan menulis mencerahkan situasi.

Kita yang lebih mengetahui dalam kerjaya masing-masing tidak kira guru, janitor, pemandu Uber, penjual di pasar malam, setiausaha, tukang masak restoran dan ____ (sebut kerjaya anda).

Angkat pen dan tulis jangan takut-takut.

Kurangkan pendapat, lebihkan maklumat.

Belajar cara menulis daripada 26 pakar dalam penulisan, penerbitan dan pemasaran selama 11 bulan!

Ambil panduan tukarkan pengalaman kerja dan hidup menjadi buku pertama.

Klik
 https://kelas.onpay.my/order/form/summitramadan/Saniah 


Sunday 7 June 2020

PANDUAN MELETAKKAN CAJ SERVIS MENULIS SEHINGGA 5 ANGKA!



Wow! Yang ditunggu dah tiba.

SUDAH DIBUKA jualan EBOOK FORMULA ASAS : PANDUAN MELETAKKAN CAJ SERVIS MENULIS SEHINGGA 5 ANGKA!

Ramai yang blur nak letak berapa agaknya upah untuk siapkan artikel, profil syarikat, manuskrip buku atau ebook, skrip drama, upah mengurus media sosial seperti FB Page dan instagram. Juga banyak lagi dokumentasi lain.

UpahmenulisCom perunding latihan penulisan  hasilkan ebook ini cuba bantu anda selesaikan masalah ini.

Dapatkan ebook ini dengan harga jimat, sekarang di sini.

 https://upahmenulis.onpay.my/order/form/ebookcajmenulis/cool21 


Tuesday 2 June 2020

EBOOK - FAHAM ASAS AKAUN DALAM 1 JAM

Ebook "Faham Asas Akaun Dalam 1 Jam" merupakan ebook untuk pemantapan ilmu asas-asas perakaunan dan kategori perakaunan di dalam sesebuah bisnes. Ianya ditulis dengan penyampaian mudah faham kepada anda yang tiada latar belakang perakaunan.  Latihan di setiap topik memberi kita lagi kefahaman.

Isi Kandungan Modul Online:

1. Pengenalan PerakaunanPengertian

2. AsetPengertian Liabiliti Pengertian Ekuti

3. PemilikPengertian Penyata Kedudukan Kewangan

4. Pengertian Penyata Untung Rugi

3 Bonus Topik di dalam Ebook

BONUS LAGI ! 

- 5 latihan pemantapan kategori

- akaunTelegram Support selama 30 hari 

 https://amanimanagement.onpay.my/order/form/ebook1 


Friday 8 May 2020

Tulis biar sampai menjadi.

Alhamdulillah. Hari ini saya belajar menulis di sekolahpenulisanramadan.com

Tulis biar sampai menjadi.