Monday 17 April 2017

Hari Minggu.

Teks : Saniah Mat Sanat

Hari minggu, spend masa dengan family. Aktiviti biasa Kak Ani ialah pergi pasar, masak dan makan bersama. Kak Ani masih pantau anak-anak siapkan kerja-kerja rumah dan sekolah mereka.

Bukan apa, kita sebenarnya tak boleh ambil mudah tau walaupun anak-anak dah besar. Mereka masih perlu tunjuk ajar. Ya, memang mereka sudah boleh, tapi apa pun kita perlu ada sebagai pembimbing. Betul tak?


Sunday 9 April 2017

Rutin Hari Ini.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Alhamdulillah. Pagi tadi masak nasi lemak. Selepas sarapan, Kak Ani dan tuan suami ke pasar. Macam biasa, beli ayam, ikan, sayur dan bahan masakan yang lain. Kali ini, Kak Ani ajak tuan suami ke Pasaraya SpeedMart untuk beli barang dapur kering pula.

Sampai di rumah, rehat sekejap. Kemudian, barulah mula kemas dan bersihkan barang -barang yang dibeli tadi. Masak ikan goreng dan asam rebus bendi saja untuk makan tengahari.

Memang nak masak yang ringkas saja hari  ini. Maklumlah kan pagi tadi makan nasi lemak.


Saturday 8 April 2017

Menu hari ini,Semalam dan Kelmarin

Teks : Saniah Mat Sanat.

Hari ini, Kak Ani masak nasi goreng. Ini resepinya. Bawang putih, dua ulas. Cili padi, satu biji. Ikan bilis, segengam. Telur, sebiji. Garam, dua sudu kecil dan sudah tentu bahan utamanya iaitu nasi semalam. Kak Ani tumbuk bawang dan cili dahulu, kemudian baru tumbuk ikan bilis sampai lumat. Tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing kekuningan. Ketepikan bahan tumis dan masukkan telur. Kacau telur. Barulah masukkan nasi. Goreng sepuluh minit. Dah masak, angkat dan hidang.

Semalam pun masak nasi goreng, cuma guna cili kering. Lain rasanya. Untuk tengahari, Kak ani masak, ayam masak tempoyak. Resepinya sama macam kita masak, ikan masak tempoyak. Sayur pula, ulam timun dan sambal belacan. Satu lagi ialah ikan masin buat tambah selera.

Kelmarin, Kak Ani masak, ayam pindang. Sarapan roti sahaja. Anak kembar Kak Ani berpuasa. Itu yang ringkas sahaja.

********

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Mahu mula menulis di blog? Kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menawarkan kelas secara online. Pm di FB untuk maklumat atau terus baca di blog saya.

Friday 7 April 2017

Gadjet Baru.

Teks dan Foto: Saniah Mat Sanat.

Assalamualaikum, semua. Alhamdulillah, semalam Kak Ani ke Mines beli gadjet baru ini. Telefon yang Kak Ani guna sebelum ini jatuh dan pecah screennya. Kak Ani guna telefon tuan suami dulu. Nak terus beli yang baru budget tak cukup lagi.

Kak Ani sudah install apps BlogAway. InsyaAllah, akan update selalu blog ini.


Tuesday 4 April 2017

Abah Kedekut?

Teks : Saniah Mat Sanat.


Abah sebenarnya tak kedekut orangnya. Setiap kali, terima duit gaji mesti abah belikan makanan. Kami sekeluarga, tak pernah makan kat kedai makan. Semua abah bungkus dan bawa balik. Maklumlah, kami adik beradik ramai.

Paling best, kalau abah dapat gaji time ada pasar malam. Abah mesti belikan apam balik. Nak tau, apam balik ni Kak Ani suka makan. Tapi kan...pernah sekali tu abah beli apam balik, bila Kak Ani makan rasa pahit. Budak kecik kan, terus cakap tak nak makan.

Abah cakap tak baik, tak makan. Makanlah, selalu sedap. Kali ini saja rasa pahit sedikit. Agaknya pakcik penjual apam balik terlebih soda bicarbonate. Kak Ani makan juga akhirnya, tapi bersulamkan air teh.

Apabila besar-besar begini, Kak Ani tau abah sebenarnya didik Kak Ani bersyukur. Renung kembali, berapa lama nikmat sepanjang makan apam balik yang manis bila dikunyah dan keranggupan kacang yang digigit. Baru sekali saja rasa pahit terus Kak Ani tak mahu makannya lagi.

Begitulah kawan-kawan, banyak sudah nikmat yang kita ambil. Sedikit ujian mahupun dugaan, kita ambil@terimalah. Bersyukur bukan saja saat kita menerima nikmatnya, bersyukur juga saat kita diduganya.

Anak Abah Menulis, Kak Ani.

******
Kami di ABDR tawarkan kelas asas blog secara online. Hubungi saya di 019282826.

Monday 3 April 2017

Tips Lebih Tenang.

Teks dan Foto : Saniah Mat Sanat
Pagi ini, rutin masih sama. Anak kembar Kak Ani sudah ke sekolah. Selepas mereka pergi, baru Kak Ani perasan hari hujan. Itu pun pastikan dengan tuan suami.


Sebelum mula masak tadi, Kak Ani sudah update status. Kemudian, laju masuk dapur. Ambil bahan masakan. Kemudian buka tingkap, sudah dengar bunyi titik-titik hujan tetapi Kak Ani abaikan saja. Mahu cepat masak. Kak Ani ada sejam sahaja untuk siapkan masak lauk dan sarapan sekaligus.

Sekarang, Kak Ani sudah sarapan. Ambil peluang dengar bunyi-bunyi dari sekeliling rumah. Kedengaran bunyi kipas berpusing, titik-titik hujan dan suara anak jiran di belakang rumah. Tenang saja sambil menulis.

Begitulah kawan, ada masanya kita perlu dengar dan lihat perkara-perkara biasa saja untuk bertenang. Ambil sedikit masa, cukup sepuluh atau lima belas minit saja. Lebih mudah bagi kita untuk mulakan kembali apa sahaja tugas-tugas yang sedang menanti. Paling penting, syukur selalu untuk rasa lebih tenang.

#catatanharian2017 #catatanpengalaman2017