Monday 20 October 2014

Menu Klasik- Lempeng Pisang

Teks : Saniah Mat Sanat

Bismillah.  Alhamdulillah.  Anak-anak sudah ke sekolah.  Sarapan pagi menu klasik, lempeng pisang. Semalam ada sesi temu santai bersama sahabat-sahabat dari Goodreads-Malaysia. Pertemuan yang bermanfaat. Banyak yang saya belajar. Terima kasih semua. InsyaAllah, bertemu lagi.  Nanti saya buat satu entry mengenai pertemuan ini.  Ok, saya kongsikan dahulu resepi mudah lempeng pisang saya.  

Resepi Lempeng Pisang Mudah.

Pisang emas - 11 biji
Gula - 4 sudu besar - Lecekkan bersama.
Tepung gandum - 2 cawan.

Caranya - gaulkan semua bahan.
              - panaskan kuali dan ambil satu senduk adunan tadi.
              - Masak dengan api perlahan.

Boleh tambah santan juga untuk menambahkan kesedapannya.  Hari ini saya tak tambah.
Seeloknya gunakan pisang emas.  Pisang yang lain pun boleh digunakan antaranya pisang berangan dan pisang montel. Resepi saya ini dari emak.  Antara menu sarapan pagi kegemaran saya.  Gambar tak sempat nak ambil sebab sudah habis dimakan oleh anak-anak dan suami.  Sedap dimakan panas-panas.
*****
Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.

Bergabung bersama kami 860 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes -InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel: saniah.matsanat@gmail.com

Wednesday 8 October 2014

Kenapa Kelas Blog Online?


Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa kami adakan kelas blog.
Baik terus buat website dotcom, dotmy dan banyak lagi yang lebih canggih.
Kelas ini kami adakan khas untuk suri rumah yang baru hendak mula bisnes.
Modal masih belum cukup untuk labur dan beli domain. Jadi adalah lebih mudah bagi mereka mula dengan apa yang ada.

Kita ada platform yang diberikan percuma, blogspot dan fanpage. Gunakan sebaiknya. Bila sudah ada untung lebih, boleh laburkan untuk buat website berbayar yang lengkap dengan shopping cart.
Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul.

Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat. blog juga adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri.

Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.
2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Yang minat untuk sertai Akademi Bekerja di Rumah.
Pilih mana-mana kelas berikut dan PM saya.
1. Kelas Asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam
Grup Coaching - 14 Oktober 2014, Selasa
Kelas Online -
13/10/14, Isnin
20/10/14, Isnin
12/10/14, Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online -
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog.


Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Anak-anak sudah kembali ke sekolah setelah bercuti selama empat hari sempena hari raya.  Rutin harian saya masih seperti biasa.  Selesai bersarapan, seperti biasa saya jenguk facebook dan blogwalking dahulu.  Inilah hasilnya.  Saya kongsikan dahulu tips daripada Ustaz Azhar Idrus.

13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda
.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sumber: Facebook
*******
Masih ada beberapa tempat lagi untuk disi ya.  Daftar segera.

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 11 Oktober 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15pg -5.15ptg
Yuran hanya RM199 seorang
Harga biasa RM220
Tinggal beberapa tempat sahaja lagi.
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266

Thursday 2 October 2014

Ulasan Kelas Akaun - Cik Azue


Ulasan Kelas Akaun - Cik Azue

Teks: Saniah Mat Sanat

Alhamdulillah. Tinggal beberapa hari lagi hari raya aidil adha akan tiba.  Persiapan kami sekeluarga biasa sahaja.  Tambahan pula kami tidak pulang ke kampung, beraya di bandar sahaja.

InsyaAllah.  Kelas asas urus akaun wahm/soho akan diadakan lagi.
Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam
Grup Coaching - Minggu kedua Oktober
Kelas Online - 12/10/14, Ahad pagi.

Bagi yang hendak mula bisnes atau memang sudah menjalankan bisnes tetapi kurang tahu asas mengurus akaun bisnes, saya sarankan kalian sertai bengkel ini.

Tetapi kalau tidak dapat hadiri yang offline, boleh sertai kelas online pada setiap hari Isnin.  Kelas ini akan berjalan apabila cukup kuota peserta sekurang-kurangnya 5 orang.  Jadi yang berminat daftar dulu, saya kumpulkan peserta.

Baca ulasan Cik Azue, salah seorang peserta kelas akaun online.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih sayang buat semua. Beberapa hari tidak bersiaran pula. Ada sahaja perkara/benda yang dikejar dan nak kena kejar pula. Ah dunia, lagi dikejar lagi berkejaran kita mengejarnya, yang pasti tidak akan pernah cukup bila mana kita sendiri tidak pernah tahu dan pasti apa yang patut dan perlu kita kejar sebenarnya dalam kehidupan yang merupakan ujian untuk hari akhirat nanti.

Atas perjanjian, haiihss, lama sudah berjanji pun, ini pula baru cik azue menulisnya.
Maaf ya wahai cikgu-cikgu sekalian, inilah resmi anak murid yang satu ini. Banyak benda nak kena selesai baru boleh menyambuang draft entri yang sudah berkurun tersimpan cantik dalam komputer ini.
Oh kelas apakah itu? Jika anda hendak tahu, ya, di suatu hari yang indah bertarikh 24 Mac yang lalu, cik azue telah pun mengikuti Kelas Asas Urus Akaun Secara Online.

Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelajar jurusan akauntan. Jadi segala asas dulu adalah berdasarkan pengalaman kerja dengan orang dahulu. Jadi walau pun tahu, tidak salah kalau cik azue ingin mengambil tahu lagi kan. Dan tersangatlah mengejutnya, bila mana ada benda yang selama ini cik azue ingat betul, rupa-rupanya salah konsep. Wakakakaka! Mari gelak kan diri sendiri. Anda semua jangan gelak tau, nanti cik azue sentap. Hahahaha. Alhamdulillah, Allah gerakan hati ini untuk berusaha juga mengikuti kelas tersebut walau pada mulanya Chenta hati cik azue pernah berkata, "bukankah awak sudah tahu kan..."

Ok, apa yang cik azue belajar dalam kelas ini?

Pertama, beberapa hari sebelum kelas, cik azue dan rakan-rakan sekelas akan dimasukkan ke dalam satu "group" di FB dibawah seliaan satu guru online tetap (Puan Aishah Hussein) akademi bekerja di rumah (ADBR),  dan jumlah pelajar dalam satu kelas adalah lima orang sahaja. Ini kelas cik azue ya, kelas orang lain, ada empat orang, ada lima orang macam kelas cik azue juga. Kemudian, masing-masing kami diberikan bahan bacaan melalui email sebelum kelas bermula. Maksudnya, kena baca dan kaji dulu alat bantu belajar tersebut.

Kedua, hari kelas. Bila disebut sebagai online kelas, bagi kelas akaun ini, setiap pelajar dan guru akan berada dalam talian pada masa yang sama melalui "group" yang ditubuhkan terdahulu. Di hari ini barulah kami diperkenalkan dengan guru kelas akaun kami, iaitu Puan Khadijah Abdullah.


Cerita di dalam kelas pula.
Ada beberapa bab dalam tempoh pembelajaran campur tolak 3 jam sahaja secara online ini. Cik azue beri serba sedikit kesimpulan mengikut bab berdasarkan diri sendiri sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa melainkan dengan diri cik azue sendiri sahaja.

Bab 1 - Sesi Perkenalan.
Biasalah kan kawan-kawan, di mana-mana pun kan, mesti akan buat sesi perkenalan sebelum mula apa-apa pun kan. Dari sini cik azue berkenalan serba sedikit dengan pengajar dan dengan rakan-rakan yang sama-sama nak belajar. Hebat, masing-masing dengan pengalaman masing-masing. Tahniah sebab menjadikan kelas ini berjaya.

Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses
Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Dan kerana itu juga, terus petangnya cik azue beli ini
Satu untuk abang hazim, satu untuk adik hazim, satu untuk duit belanja dapur (duit sara keluarga chenta beri) dan satu untuk perniagaan cik azue. Habis budak-budak ni pun diseret sama belajar mengurus kewangan masing-masing. Membiasakan diri mereka sedari kecil, gitu.

e) Setiap hujung minggu (kalau boleh setiap hari) perbelanjaan ini dipindahkan ke dalam buku simpan kira-kira sebagai simpanan rekod bagi tujuan semakan.
Kesimpulan bab 2 adalah; Buku Simpan Kira-kira adalah bertujuan bagi merekod setiap transaksi yang dilakukan secara harian dan tetap dan setiap transaksi walau pun satu sen pun perlu direkodkan juga secara tetap ke dalam buku simpan kira-kira tersebut.

Akhir bulan boleh la kita semak berapa perbelanjaan yang sedar dan tidak sedar yang telah dan sudah kita lakukan, perlu, kehendak atau pembaziran.

*psssssst, di sini cik azue masih selamat, masih dalam garis panduan*

Bab 3 - Modal
Modal adalah sejumlah peruntukan WANG bagi memulakan satu PERNIAGAAN.
Wang PERNIGAAN jangan dicampur dengan wang PERIBADI dan jangan guna duit PERIBADI untuk perbelanjaan PERNIAGAAN.
Nak selamat, daftarkan perniagaan dan buat akaun perniagaan. Apa-apa berkaitan dengan perniagaan, guna wang hanya dari akaun perniagaan sahaja.

*psssssst, di sini cik azue sedikit silap. Oh tidak!*


Teropong-teropong diri, itu dia, sudah tersasar sedikit cik azue kawan-kawan, walau pun sedikit sahaja, namun, melalui perbincangan dengan guru, boleh beri impak besar jika tidak di kawal. Nak tahu?
Dalam kes cik azue, bukan duit perniagaan guna untuk diri sendiri, tetapi duit sendiri guna untuk perniagaan, bukan apa, konon-konon bagi jadi modal, sudahnya, MODAL yang asal berjumlah sedemikian menjadi sedemikian besar pula akhirnya. Sudah, padan la asik tidak boleh untung (maaf bekas bos, saya pinjam tagline anda disini ya)

Bab 4 - Dokumen wajib dalam suatu perniagaan
a) Sebut harga (Qoutation)
b) Invoice
c) Resit
d) Penyata Bank
e) Baucer Bayaran

*psssssst, di sini cik azue alhamdulillah, semua ada.*
Bab 5 -  Pricing and Costing

Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru boleh tahu harga jual.
Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol, admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.
Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi memngurangkan KOS dan menambah KEUNTUNGAN

Bab 6 -  Belanjawan / Bajet

"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangai wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan."

"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."

"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."


Ok. Dah habis ulasan cik azue. Sebenarnya bukan 6 Bab, tapi cik azue kecilkan mengikut pemahaman cik azue jadi 6 bab, mudah otak tua cik azue nak hadam.

Suka tak bila dah baca ni? Teruja tak nak belajar sama agar kita boleh kawal ketirisan akaun kita, tak kisah la akaun sendiri atau pun perniagaan?
Banyak yang kita boleh dapat sebenarnya dalam tempoh 3 jam ni bagi yang baru nak berkenalan dengan asas urus akaun ni. Tapi buat yang sudah master, jangan la, nanti tidak memenuhi KPI anda pula. Ini kelas ASAS ya.
Sumber: http://kuazue.blogspot.com/2014/04/krat-seni-jahitan-sulaman-ulasan-kelas.html
*******

Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.
Bergabung bersama kami 830 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam
Grup Coaching - Minggu kedua Oktober
Kelas Online - 12/10/14, Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes -InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.

Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266


Cerita Hari Ini Dan Semalam


Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah. Assalamualaikum. Selamat pagi.
Hari ini saya bangun pada pukul 4:30 pagi.  Seperti biasa, bangun untuk sahur.  Lauk sudah dimasak, tinggal nak menanak nasi sahaja.  Sementara menunggu nasi masak, kejutkan anak-anak.  Payah pula mahu kejutkan along hari ini.  Selalunya dia yang senang dikejutkan. Kali ini, Kak Su Aina yang bangun dulu.
 
Semalam bekalan elektrik di taman saya terganggu selama sejam. Hari ini mahu sambung semula apa yang saya mahu lakukan semalam.  Subsidi minyak juga dikurangkan sebanyak dua puluh sen.  Berkeluh kesah pun tidak akan mengubahnya.  Jadi kena keluar dari zon selesa.  Ambil langkah dan segera bertindak.  Tambah ilmu, tambah pendapatan.
  
Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.
Bergabung bersama kami 830 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam
Grup Coaching - Minggu kedua Oktober
Kelas Online - 12/10/14, Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes -InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.


Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266


Wednesday 1 October 2014

It's Not How Good You Are, It's How Good You Want To Be

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

"Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitment kepada perniagaan yang dijalankan. Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukan sebahagian daripada masa. Buatlah dengan sungguh-sungguh, sekali kita dah melabur, jangan sekali-kali berpaling. Jangan lagi fikir aku tak pandai, aku tak boleh buat, aku tak ada masa. Pasti tak berjaya jika semua rasa negatif masih berlegar-legar di minda. Apa yang kita fikirkan itulah hasil yang kita akan perolehi. Tak mudah untuk berjaya, bukan hanya sehari dua."

Sudah masuk Oktober. Terima kasih kepada yang telah mendaftar sehingga September.
Yang nak bergabung bersama 860 blog di ABDR, boleh pilih mana-mana kelas blog berikut.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit
-produk islamik
-projek raya
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam.
Harga promosi hanya RM199.
Grup Coaching - Minggu kedua Oktober
Kelas Online - 12/10/14, Ahad pagi,
13 Oktober 2014, Isnin
20 Oktober 2014, Isnin
Bengkel di Shah Alam, 11 Otkober 2014, Sabtu
Grup Coaching, 14 Oktober 2014, Selasa
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline


Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266