Teks : Saniah Mat Sanat.
Alhamdulillah. Anak-anak sudah mula bercuti hari ini. Cuti kali ini kami tidak kemana-mana kerana mereka ada peperiksaan akhir tahun. Perlu ulangkaji. Tahun hadapan, ada peperiksaan SPM. Jadi, kena lebih serius.
Namun, Kak Ani rancang mahu mahirkan mereka memasak dan ajak ke masjid. Maklumlah, kali ini bercuti selama lima hari termasuk sabtu dan ahad.
Kak Ani memang jarang ajak anak-anak mentawaf pusat membeli belah. Sesekali masih okay. Itu pun dilakukan bila mahu ke kedai buku. Ini Kak Ani lakukan sejak mereka kecil lagi. Mereka sudah biasa.
Jadi, jika tiada keperluan memang kami sekeluarga berada di rumah sahaja. Di rumah, masih banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Contohnya, kami sama-sama basuh, lipat dan mengosok baju.
Ini cara Kak Ani sekeluarga meluangkan masa cuti. Mempunyai anak-anak yang sudah remaja buatkan Kak Ani lebih mudah mengurus. Baik dari segi urusan kerja-kerja rumah atau mencari rezeki.
Wednesday, 18 October 2017
Cuti Lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment