Repost.
.
Serius mahu beritahu. Kak Ani dulu memang minat mahu menulis tetapi tidak bertindak. Minat tapi duduk diam.
Mula-mula, sebab malu dan rasa rendah diri. Lagipun, tidak tahu mahu rujuk dan berguru dengan siapa. Cuma boleh terus baca dan baca buku lagi.
Dari baca buku dan majalah, Kak Ani bertukar baca blog. Macam-macam blog yang pernah Kak Ani baca, dari blog masakan, travel, berkebun dan jahitan.
Macam terkubur terus cita-cita mahu jadi penulis. Umur pun makin bertambah. Anak-anak makin membesar.
Sampai satu tahap, Kak Ani rasa sunyi dan bosan. Tuan suami pergi kerja, anak-anak ke sekolah. Di rumah, Kak Ani tinggallah seorang diri.
Kak Ani selalu baca blog Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR). Dari situ, Kak Ani jejak beliau di facebook. Asalnya berfacebok sekadar suka-suka sahaja. Akhirnya terus belajar menulis dan jana pendapatan juga.
Alhamdulillah, Kak Ani sudah berjaya capai cita-cita. Kak Ani dapat semua ini dengan BERTINDAK.
Begitulah kawan, umur, malu dan rasa rendah diri itu bukan satu alasan untuk kita kurang berjaya. Pokok pangkalnya kita mahu belajar. Cari guru. InsyaAllah, mudahlah jalan kita.
Monday, 12 November 2018
Bertindak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment