Monday, 15 June 2020

Sekolah Penulisan Ramadan

"Setiausaha yang bekerja dengan bos mesti bersedia ditiduri. Itu normal"

"Wartawan hamba orang politik, mesti tulis apa yang membuncitkan mereka sahaja."

"Tukang masak akan meludah masakan sebagai pelaris."

"Jururawat tidur sahaja waktu bertugas di wad. Tak peduli orang sakit pun."

Mitos yang berlegar hanya dapat dijawab oleh orang yang dalam profesion terbabit.

Hari ini sudah ada bersikap aktif orang bidang memperjelaskan perkara berdasarkan pengetahuan.

Masih ingat tindakan ahli bomba menggunakan pita pelekat pada rekahan jalan raya?

Berlegar teks mempersendakan anggota bomba, "Lekat pakai sellotape dahulu," sehinggalah diberitahu fungsi pita pelekat bagi melihat pergerakan tanah.

Kemudian pelekat logo OKU berkerusi roda pada beberapa anak tangga disambut sebagai jenaka sehinggalah ada yang memberitahu fungsinya. Malah cara menaiki anak tangga menggunakan kerusi roda ditunjukkan.

Setiap bidang ada macam-macam mitos yang berlegar.

Maka yang berpengetahuan akan menulis mencerahkan situasi.

Kita yang lebih mengetahui dalam kerjaya masing-masing tidak kira guru, janitor, pemandu Uber, penjual di pasar malam, setiausaha, tukang masak restoran dan ____ (sebut kerjaya anda).

Angkat pen dan tulis jangan takut-takut.

Kurangkan pendapat, lebihkan maklumat.

Belajar cara menulis daripada 26 pakar dalam penulisan, penerbitan dan pemasaran selama 11 bulan!

Ambil panduan tukarkan pengalaman kerja dan hidup menjadi buku pertama.

Klik
 https://kelas.onpay.my/order/form/summitramadan/Saniah 


No comments:

Post a Comment