Tuesday, 30 September 2014

Pendaftaran Bengkel Akaun bulan Oktober


PROMOSI Oktober
Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 11 Oktober 2014,  Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15pg -5.15ptg
Yuran hanya RM199 seorang
Harga biasa RM220
Tempat sangat terhad.

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi.  Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory


Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266


Dropship Akademi Bekerja Di Rumah.


 KENAPA PERLU MULA BISNES ONLINE SECARA DROPSHIP]
Dropship memang sangat sesuai untuk yang baru mula nak beljar berbisnes. Tak perlu gah dengan lambakan stok, tapi belajar dulu cara dan kaedah yang betul berurus niaga, berinteraksi dengan pelanggan, cara ambil order, cara transaksi bayaran.

Jadi saya mengalu-alukan mereka yang mahu mula beljar berbisnes, sertai dropship ABDR, kami tawarkan produk sambil beljar menggunakan salah satu medium pemasaran yang sangat efektif. Beljar menggunakan blog untuk mempromosi produk.

Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship bersama akademi bekerja di rumah.

Kami buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1.dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3.dropship makanan sunnah dan produk islamik

5 langkah mudah DROPSHIP ABDR
-daftar
-blog jualan
-fanpage
-ambil komisyen
-urus pesanan pelanggan

tidak perlu
-simpan stok
-COD
-urus penghantaran

Pilih pakej yuran pilihan hati suri.

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266



Ebook Super Wahm Super Mom


Saya kongsikan sedikit sebahagian dari penulisan Pn Masayu dalam ebook Super Wahm Super Mom.

Apa seronoknya bekerja dari rumah. Saya senaraikan 8 kegembiraan berikut.
1. Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah
mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2. Saya masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak- anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3. Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yang ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

4. Bila-bila masa sahaja saya boleh ubahsuai soho saya. Ketika rajin menggebu menulis, saya boleh fokus menulis, ketika kanak-kanak riang mahukan perhatian, saya ubahsuai semula mengikut keperluan iaitu saya dan anak-anak masih boleh bersama dalam suasana yang kami sukai.

Bagi kalian yang ingin mengetahui cara rakan-rakan wahm menguruskan keluarga dan bisnes, boleh dapatkan ebook ini.  Banyak tips dan pengalaman dari mereka yang dikongsikan di dalam ebook ini.

Boleh klik sini untuk pembelian dan juga untuk dapatkan harga PROMOSI.
http://kedaibukusaniah.blogspot.com/
******
Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari.
Bergabung bersama kami 830 blog.
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam
Grup Coaching - Minggu kedua Oktober
Kelas Online - 12/10/14, Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes


Teks : Saniah Mat Sanat.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Anak-anak sudah ke sekolah.  Suami pula ada urusan di luar hari ini.  Dia keluar awal pagi hari ini.  Sarapan hari ini, saya sediakan sandwich telur.  Ringkas sahaja.  Bersemangat kembali untuk menulis.  Sebelum itu, kita baca dahulu ulasan kelas asas blog bisnes kepunyaan Puan Umi Arbee.  Moga bermanfaat.

Ulasan Kelas Blog Bisnes
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Umi Arbee
sumber : http://panduansuribekerjadirumah.blogspot.com/2014/06/bagaimana-menempatkan-diriblog-di.html

Bagaimana menempatkan diri atau blog di carian teratas?

Bismillah. Syukur Allah dengan kuasaMu.
Blog yang hampir setahun diusahakan berada di tangga pertama, mukasurat pertama untuk carian google kata kunci qaseh gold bangi. Jujurnya saya mendapat ramai customer alam maya melalui blog. Kata mereka..jumpa di google. Bagaimana lakukannya?

Pokoknya ialah:
♧Pokok nombor 1. Menulis tentang kebaikan qaseh gold, bukannya kehebatan atau nawaitu menjual semata-mata. Sebarkan kebaikan. Usah segan. Bukan anda seorang yang tidak tahu. Masih ramai yang tidak tahu. Ini salah satu contoh cara menerangkan mengenai kebaikan habbatussauda' yakni salah satu ramuan dalam qaseh gold.

♧Pokok nombor 2. Tajuk adalah sangat penting. Fikirkan tajuk yang dapat menarik minat pembaca. Tempatkan diri dalam kasut pembaca. Apa yang pembaca mahu tahu. Misalnya menyebut tentang qaseh gold, ia ialah produk makanan. Untuk menelan makanan melalui tekak masuk ke perut semestinyalah apa yang ingin diketahui ialah kandungannya. Letakkan tajuknya..kandungan atau ramuan qaseh gold.

♧Pokok nombor 3. Bercerita dalam penulisan kita. Elakkan promosi iklan misalnya jualan murah, beli 2 percuma 1 atau sementara stok masih ada secara terus menerus tanpa henti. Usah gopoh. Berbalik kepada nombor 1, sebarkan kebaikan. Selitkan dengan cerita, nasihat atau tips yang berguna. Ini salah satu contoh cara bercerita perihal anak dengan menyelitkan iklan tonik rambut secara santai.

♧Pokok nombor 4. Jadilah lebih kreatif. Jangan sempitkan pada penulisan sahaja. Gunakan gambar yang menarik, audio atau video. Ini salah satu contoh cara menulis tentang qaseh gold menyokong penyusuan susu ibu dengan bantuan video.

♧Pokok nombor 5. Pertukaran link blog. Inilah untungnya bergabung dalam akademi. Setiap protege dan alumni wajib masukkan link sahabat akademi di blog masing-masing. Ini sangat-sangat membantu menaikkan blog kita. Walau bagaimanapun mesti rajin kemaskini blog.

Mahu tahu lebih jelas?
Mahu diajar dengan bimbingan cikgu?
Boleh hubungi saya.
Saya bermula sebagai anak murid akademi ini. Niat asal hanyalah untuk menghasilkan blog qaseh gold bangi. Setelah tamat belajar, cikgu menawarkan saya menjadi pengurus online akademi.
Saya terima kerana pokoknya:
♧tali ukhwah akademi ini sangat kuat.
♧saya gembira menjadi sebahagian dari akademi ini.
♧pengasas, cikgu dan sahabat banyak memberi tips mengurus masa dan rumahtangga dan lain-lain tips yang tak pernah terlintas di kepala.
♧pengurus online mampu menjana pendapatan 4 angka tanpa perlu keluar dari rumah.
♧cabaran bekerja di rumah jauh lebih hebat dari makan gaji, maka tempatkan diri dalam kumpulan sokongan yang sama dengan kita.
|moga dipermudahkanNYA|

Cuti Lama


Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah.  Alhamdulillah.  Asssalamualaikum.

Sudah hampir dua minggu saya tidak menulis.  Pada mulanya kerana talian internet  yang perlahan dan keadaan kesihatan saya kurang baik.  Apabila lama bercuti menulis, untuk memulakan kembali agak lambat untuk saya menyusun patah-patah perkataan di sini.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya sampaikan pada semua.  Salah satunya kesibukkan saya membantu anak-anak dalam pelajaran.  Tidak lama lagi anak-anak akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.  Saya perlu memantau dan memberi latihan pada anak-anak.  Kerja kursus juga perlu dihantar.  Bila membantu anak-anak membuat kerja kursus, ia mengambil masa saya.  Inilah salah satu cabaran saya.  Selain dari diri saya sendiri.
*****

Alhamdulillah.  Pendaftaran setiap hari.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes -InsyaAllah, 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 800 blog

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) masih membuka pendaftaran bisnes dropship berikut:

1. Bisnes Makanan sunnah
2. Projek duit raya
3. Telekung solat runcit dan borong
4. Bisnes produk islamik

=> Stok ada sepanjang tahun
=> Tidak perlu simpan stok
=> 5 langkah mudah: Daftar, blog jualan, fanpage, ambil komisyen & urus pesanan

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266




Ulasan Novel Langsir Biji Remia


Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi

Ulasan Novel Langsir Biji Remia
Terpandang sahaja covernya terus membuatkan saya jatuh cinta.  Saya memang menyukai warna ungu.  Tambahan pula, penulisnya adalah salah seorang  penulis kegemaran saya.  Hampir kesemua novel- novel nukilan Puan Noor Suraya dimiliki saya.  Tulisannya penuh dengan pengajaran dalam kehidupan.  Membaca Langsir Biji Remia,  mengundang rasa syukur pada nikmat Allah yang diberikan pada saya.  Walaupun novel ini cuma sebanyak dua ratus enam puluh tiga muka surat tetapi novel ini memberi pelbagai rasa semasa saya membacanya.

Membacanya buat saya tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada Duha Hafa.  Semudah itukah perasaan cinta Umair?  Benarkah cinta hanya memandang paras rupa?  Umair dan Duha Hafa, rakan jendela.  Umair yang meningkat remaja jatuh cinta kepada Duha Hafa yang masih bermain zero point bersama-sama rakan sepermainannya.  Jatuh cinta dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir.

Mudahnya saya jatuh cinta dengan cerita-cerita di dalam novel ini.  Cerita yang memberi makna dan pengajaran dalam kehidupan.  Dalam maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis.  Membacanya membuatkan saya berfikir dan memandang sesuatu dengan cara yang lain.  Penulis begitu cekap bermain dengan bahasa, mengambarkan perasaan, tempat dan jalinan hubungan antara watak-watak di dalam novel ini.

Terselit juga kisah watak Ain Najwa dari novel Keranamu Ain.  Ya, inilah salah satu keistimewaan penulis.  Setiap novel yang ditulisnya ada kisah watak-watak dari novel terdahulunya.  Ini salah satu cara penulis menghargai pembacanya.
******

Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif 

Yuran-RM250-Guru kelas- Puan Monalita/Puan Mazlia
Dapat 3 ebook bonus:
1. Ebook asas blog
2. Ebook Tips penulisan novel
3. Ebook Rautan Takdir

Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan. Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

1. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

2. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

3. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

4. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Sertai kami.
Hubungi saya, Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook: https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel: saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp: 0192828266

 

Saturday, 13 September 2014

Hari Ulangtahun Kembarku.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah.  Alhamdulillah.  Hari ini, anak kembar saya menyambut hari kelahiran yang ketiga belas tahun.  Sudah menjadi gadis sunti.  Sekarang, kedua-duanya sudah hampir menyamai ketinggian saya.  Namun demikian, sifat manja dan keanak-anakan masih ada lagi.  Melahirkan kedua-duanya,  melengkapi keluarga saya.  Mereka berdua merupakan cucu perempuan yang dinantikan emak saya.
Lihat saja aksi keduanya.  Kembar seiras saya ini memang rapat tapi adakalanya bergaduh juga.  Semenjak dari kecil lagi, menjaga keduanya dipermudahkan Allah. 
 Gambar diambil ketika Hari Graduasi tahun enam.  Didoakan moga sentiasa sihat, dilindungi dan dalam redha Allah.  Ibu sayang kalian berdua.  Selamat hari lahir, sayang.