Thursday, 12 September 2013

Lelaki

 Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : Carian Google



Bismillah.

Assalamualaikum. 

"Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang mampu memikul beban keluarga hendaklah kawin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih dapat meredam gejolak mata dan nafsu seksual, tapi barangsiapa yang belum mampu hendaklah dia berpuasa kerana (puasa itu) benteng (penjagaan) baginya". (HR. Bukhari) 

Pilihan kita tentulah lelaki yang  beragama, kalau tidak sepak terajang binilah jadinya seperti kes baru -  baru ini di Pulau Pinang.


http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130815/je_01/Lelaki-belasah-isteri-dalam-lif-diburu

Inilah yang paling menjadi keutamaan, in shaa Allah agama melengkapi kehidupan.  Sebabnya agama mendidik kita bertanggungjawab dan menghormati orang lain.  Contohnya orang tua, isteri dan ipar duai.  Apabila seorang lelaki itu bertanggungjawab ia akan menghargai pasangan dengan menolong isteri dan menjaga anak.  Yalah, bukankah isteri susah payah mengandung.  Cubalah tuan suami bawa beras tiga kilo dan ikat di perut sehari ke hulu ke hilir, boleh ke tidak ?

Bila ada agama, duit tiada dan hidup tidak mewah bukanlah satu isu besar.  Percayalah selagi kita berusaha dan rezeki itu kepunyaan kita tiada sesiapa dapat mengambilnya kecuali Allah.  Agama menjadikan kita yakin, kita berada di landasan yang betul.

Spiritual  juga bertitik tolak dari agama.  Tapi bagi yang bukan muslim pastikan bakal suami tidak gila, betul ke tidak kan?  Siapalah ingin berkahwin dengan orang baran, kaki mabuk, kaki perempuan dan kaki ekor betul tak?  Ustaz Azhar Idrus kata sebelum kahwin tanyalah kawan - kawan teman lelaki kita.  Tanya majikan tempat kerja dia, tanya kawan - kawan jauh, tanya kawan sehati sejiwa dia memang cakap baik.

Bab  material pula, lelaki wajib sediakan rumah, pakaian dan makanan. Huraiannya adalah :


1. Hak isteri yang tidak dapat dipersoalkan dari segi penginapan, pakaian, makan minum, jagaan umum dan kesihatan.
 


2. Penginapan bagi isteri haruslah cukup agar ia memberikannya tahap keselesaan, pengasingan dan kebebasan yang mencukupi. Kebajikannya dan kestabilan rumahtangga harus dijadikan matlamat utama.


2. Apa sahaja komponen yang disebut tadi tentang penginapan harus dilaksanakan di dalam persediaan makan minum, pakaian dan jagaan umum. Isteri mempunyai hak untuk diberi makan minum, pakaian dan dijaga oleh suaminya mengikut caranya yang tersendiri dan juga mengikut kemampuan suami. Hak-hak ini harus dilaksanakan tanpa berlebihan atau berkurangan.


Termasuklah duit ya.    Dari segi batin pula jika tidak mampu jangan kahwin ya! Buat seksa bini.  Tujuan kahwin selain menyempurnakan agama adalah untuk kenikmatan hidup.  "Sesiapa kahwin (beristeri) maka dia telah melindungi (menguasai) separuh agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi". (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi) 

Nota rujukan : pencerahan ustaz azhar idrus youtube tajuk "suami ego tak boleh ditequr" di muat oleh hambafaqir pada 4/9/2013 
 http://hafizfirdaus.com/content/view/712/1

http://www.muis.gov.sg/cms/index.aspx
http://www.jiwarosak.com/koleksi-kartun-muslim/                     

2 comments: