Tuesday, 10 September 2013

Nasi Goreng

Teks : Saniah Mat Sanat


Foto : ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com




Bismillah.


Assalamualaikum.


Nasi goreng, resepi mudah sebenarnya.  Namun susah bagi saya pada permulaan alam perkahwinan dulu.  Itulah masa emak dan kakak ingin mengajar, saya awal -awal lari buat kerja rumah yang lain.  Masa itu memasak bukanlah perkara yang menyukakan hati saya.  Paling saya takut adalah terkena percikan minyak panas.  Jika di suruh, saya akan memegang sudip dan berdiri jauh dari kuali.  Ya, jika begitu bagaimana hendak memasak. Emak dan kakak selalu memarahi saya.  Kata mereka siapalah yang ingin berkahwin dengan saya jika tidak tahu memasak.



Abang - abang saya juga mengatakan demikian.  Mereka sebagai lelaki juga tidak mahu berkahwin dengan seorang gadis yang tidak pandai memasak.  Masa itu saya cuma menjawab, doalah  supaya saya dapat berkahwin dengan seorang lelaki yang ada duit dan dapat menyediakan pembantu rumah untuk saya. Wah! bukan main besar cita - cita saya ketika itu.


Rupanya semasa awal perkahwinan itulah masakan pertama yang saya hidangkan untuk suami.  Tanpa banyak komen, suami habiskan nasi goreng tersebut.  Sekarang baru saya tahu, nasi goreng yang saya hidangkan tawar rasanya.  Maklumlah saya tidak makan dan rasa walau sedikit pun nasi goreng itu kerana kami akan pergi berbulan madu selepas itu.


Sekarang saya sudah cekap menyediakan nasi goreng.  In Shaa Allah, siap dalam tempoh dua puluh minit.  Alhamdulillah.  Buat bakal - bakal isteri belajarlah memasak. Tidak rugi pun.  Salah satu cara juga untuk menambat hati suami. Astagfirullah.  Wallahu'alam.

Nota Rujukan : http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com

4 comments:

  1. ha ha! bravo...suka entri ni...mcm sama aja...

    ReplyDelete
  2. Assalam Saniah, akak no hal ambil gambar jika dilinkkan balik...semoga bermanfaat perkongsian dr blog akak tu yea...

    ReplyDelete