Sunday, 16 March 2014

Allah Maha Mengetahui.

Teks : Saniah Mat Sanat.

Foto : Carian Google.

Bismillah.  Alhamdulillah.  Saya semakin sembuh dari kemalangan tempoh hari.  Kejadian tersebut memberi satu titik tolak dalam hidup saya.  Banyaknya nikmat dan rezeki yang Allah berikan.

Saya dapat rasakan Allah mendidik dan menegur diri ini.  Apapun, Allah Maha Besar.   Saya akan kuatkan semangat.  Masih fobia juga.

27hb Febuari 2014.

Pagi - Hari ini adalah hari terakhir Karnival Sukan Sekolah anak-anak.  Seperti biasa, ibu merekalah yang terlebih teruja ingin melihat pembarisan rumah sukan.  Sebelum pergi, saya masak tengahari dulu. Maklumlah nak habiskan masa di tepi padang sepanjang pagi.

Tengahari - Karnival sukan habis lebih kurang pukul satu setengah petang.  Bila balik rumah, saya dan suami merancang untuk keluar.  Tujuannya nak ambil tab yang dihantar untuk dibaiki di Midvalley.  Lagipun dah lama juga tidak keluar berdua bersama suami.

Petang - Kami berdua bertolak lebih kurang dua setengah petang.  Baru, lima belas minit perjalanan, kami berdua terlibat dengan kemalangan.  Saya akan sambung lagi, buat masa sekarang masih belum boleh lagi.  InsyaAllah.



Masih mencari-cari idea untuk bisnes dari rumah?

Dapatkan pakej ebook ini untuk bantu kalian mengambil langkah pertama untuk bergelar usahawan dari rumah.
Hanya bayar harga untuk satu ebook, dapat 2 ebook.
Selagi promosi belum berakhir.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut hubungi saya:
facebook : saniah.matsanat