Tuesday 19 April 2016

Membebel

Teks : Saniah Mat Sanat.

Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Alhamdulillah atas kasih sayang Allah. Apabila bermula pagi, tidak menunggu tengahari. Bermula tengahari tidak menunggu petang. Bermula petang tidak menunggu malam. Allah jadikan siang untuk berusaha, Malam untuk berehat dan ibadah.
Berjuang dan menggunakan siang dan malam atas usaha menyampaikan ilmu. Moga Allah nilai sebagai ibadah.

Petang tadi, saya membebel sikit di facebook. Membebel untuk kebaikan. Saya bebel mengenai tulisan juga. Kalau boleh cubalah tulis menggunakan ejaan penuh. Mula-mula sahaja macam susah, tetapi bila kita sudah biasa jadi mudah sangat.

Sebenarnya bila kita gunakan ejaan penuh, orang lain lebih mudah serap dan faham maklumat yang mahu kita sampaikan. Ini yang saya dan sahabat-sahabat ABDR pelajari di kelas asas blog. Mahu belajar bersama kami, boleh terus hubungi saya di saniah.matsanat@gmail.com atau whatapps/telegram di 0192828266 ataupun private massage saya di facebook.



No comments:

Post a Comment