Tuesday, 25 November 2014

Berkenalan dengan Pengurus Online Akademi, Fiza Aziz.



Hampir tujuh bulan berlalu sejak saya menyrtai keluarga besar (yang semakin bertambah) Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR ni.

Semenjak saya mendaftar dan mula belajar di ABDR, saya dapat ramai kawan baru. 'Follower' kat sini pun dah makin bertambah. Syukur Alhamdulillah.

Terus-terang saya katakan, pada mulanya saya tidak yakin bahawa saya akan mempunyai 'follower' di blog saya. Saya bukan siapa-siapa dan tak punya apa-apa kepakaran atau kemahiran. Atas sebab itulah saya ingin belajar.

Pada mulanya, saya hanya menulis mengikut 'guideline' yang diberikan oleh sifu saya cikgu Anys Idayu Zakaria. Namun lama-kelamaan, saya semakin yakin untuk menulis dan berkongsi cerita. Syukur sangat saya dipertemukan dengan insan-insan luar biasa di ABDR ni walaupun hanya di alam maya.

Apa yang saya suka sangat tentang ABDR ni? Hah, mari sini nak cerita:

Sifu-sifunya terdiri daripada insan baik hati yang InshaaAllah sentiasa ada untuk membantu
Jemaahnya terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti jurutera, arkitek, pakar jahitan baju, kraftangan, pakar kecantikan dan kesihatan, juru hias dalaman, penulis tersohor dan ramai lagi yang mempunyai kehebatan dalam bidang masing-masing.
Mereka semua ni, sangat la mesra alam. Hulur saja salam persahabatan samada 'add friend di fb' atau 'add di google' pasti akan disambut dengan tangan terbuka. Kenapa senang sangat? Sebab nampak je logo ABDR dah tahu kami dari rumpun yang sama.
Yang penting sekali, mereka ni ada AURA POSITIF. Setiap kali rasa 'down', kecewa, putus asa, putus harapan, buat je 'blog walking' kat blog mereka ni. Gerenti boleh 'up' balik semangat yang hilang tu.
We didn't know each other, but we support each other. Ukhuwah tetap terjalin walau di mana berada.
Dan yang paling best boleh belajar tentang bisnes. Saya dah lama teringin nak belajar berniaga tapi selalu buntu dan tak tahu nak mula. Di ABDR ni lah saya belajar. Dari langkah pertama sampai sekarang cikgu saya tak pernah jemu nak ajar. Siap sediakan produk lagi untuk saya mulakan bisnes online saya sendiri.

Berkenalan dengan Pengurus Online akademi Fiza Aziz
http://norafizaabdulaziz.blogspot.com/
Kelas blog bisnes
Kami terima pendaftaran setiap hari.