Bismillah. Alhamdulillah. Peperiksaan akhir tahun sudah selesai. Sudah menjadi rutin setiap tahun, setiap kali anak-anak menghadapi peperiksaan saya akan memberi sepenuh perhatian kepada mereka sahaja. Salah satu alasan kenapa blog lama tidak ada update. Selain semangat yang ke laut dan talian internet yang perlahan. Bila lama tidak menulis, idea pun sekejap ada, sekejap tiada. Bila tengah buat kerja lain, ada pula idea. Duduk depan komputer idea hilang ke mana.
Baiklah, saya kongsikan dahulu bagaimana untuk kita bersedia sebelum, semasa dan selepas anak-anak menghadapi peperiksaan.
Sebelum peperiksaan.
1. Jaga kesihatan anak-anak.
2. Pastikan alat tulis anak-anak lengkap. Anak yang sudah besar boleh berikan senarai semak.
3. Minta anak-anak-anak tidur awal.
4. Pastikan anak-anak sarapan pagi dan pergi ke sekolah lebih awal dari biasa.
5. Berdoalah banyak-banyak bagi yang Muslim.
6. Bertawakal pada Allah swt.
Semasa peperiksaan.
1. Pelepasan tugas harian untuk anak-anak.
2. Pastikan kita ambil cuti.
3. Banyakkan berdoa dan Solat hajat.
Selepas peperiksaan.
1. Teruskan berdoa.
2. Jika ada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, galakkan anak-anak ikut dan memberi komitmen.
3. Isi masa anak-anak dengan perkara yang bermanfaat.
Contohnya
- latih anak-anak memasak dan mengemas rumah.
- ulangkaji untuk sesi pembelajaran tahun hadapan.
Moga bermanfaat. Astagfirullah.
Moga bermanfaat. Astagfirullah.
No comments:
Post a Comment