Friday, 24 April 2015

Lempeng.


Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi

Alhamdulillah.

Rutin pagi sudah selesai. Menu pagi ini, lempeng berkuahkan asam pedas ikan siakap. Maaf tiada gambar. Terlupa ambil gambar.

Salah satu panduan menulis blog.

1.Perlu sentiasa ambil gambar supaya sentiasa ada bahan untuk ditulis. Peringatan untuk diri sendiri.

2.Catat jadual, menu atau pengalaman hari ini.

3. Lihat dan dengar, kemudian tulis kembali.
Gambar yang diambil ketika ke Perpustakaan Negara pada hari selasa yang lalu.

Saya kongsikan juga resepi lempeng, ya.

Bahan- bahannya.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • secubit garam( dilarutkan di dalam sedikit air)
  • air secukupnya
Cara-caranya
  • Campurkan kesemua bahan di dalam bekas.
  • Kacau hingga sebati sehingga tiada lagi ketulan.
  • Tapis bahan tadi untuk pastikan tiada ketulan.
  • Boleh terus masak dan hidangkan bersama kuah asam pedas, sambal atau kuah kari.
*****
Jom sertai Kelas online asas blog dan penulisan ATAU pilih mana-mana kelas online disini:
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
  • Kelas online iklan di mudah.my
  • Kelas online penulisan kreatif
  • Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  • Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  • Ruang Iklan di Soho Directory
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266