Tuesday, 14 April 2015

Sarapan Pagi

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Koleksi Peribadi
Sarapan saya tiga minggu yang lalu.(Sekadar hiasan)

Bismillah.  Alhamdulillah.  Hari ini sudah empat belas hari GST dikenakan.  Mahu bantah atau tidak bukan persoalan yang saya mahu tulis di sini.  Saya hanya mahu kongsikan mengenai menu sarapan pagi mudah dan ringkas.  Hanya tiga puluh minit sahaja.  Menunya ialah roti john.  

Roti John.

Bahan- bahannya.

  • Roti Oblong Bijan Ramly(belah dua)
  • Telur(basuh dahulu)
  • 1 keping dada ayam(dicincang)
  • 1 biji bawang holland(potong dadu)
  • 1 ulas bawang putih(dicincang)
  • garam dan lada hitam secukup rasa
  • minyak masak(saya guna minyak zaitun)
  • Sos cili, sos mayonis dan sayur(tomato, timun atau salad)

  Cara-caranya.

  • Tumis dada ayam, bawang holland dan bawang putih dengan sedikit minyak, bila hampir masak perasakan dengan garam dan lada hitam. Ketepikan.
  • Pecahkan sebiji telur di dalam mangkuk dan masukkan dua sudu besar ayam yang dimasak tadi.  Kacau hingga sebati.
  • Panaskan kuali  dan masukkan telur tadi.  Kemudian tekapkan roti diatasnya.  Biarkan selama dua atau tiga minit.  Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama sos. 
InsyaAllah, mudah dan ringkas.  Paling penting sudah tentu menjimatkan.  Anak- anak pun suka.


No comments:

Post a Comment