Wednesday, 20 May 2015

Minggu Peperiksaan.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah.  Alhamdulillah.  Sudah tiba minggu peperiksaan.

Along Zikri sudah jalani minggu peperiksaan sejak minggu lalu.  Esok, Kak Ngah Aida dan Kak Su Aina pula.  Walaupun anak-anak sudah besar, apabila tiba minggu peperiksaan saya tetap pantau anak-anak ulangkaji.

Alhamdulillah, setakat ini anak-anak patuh apabila saya tetapkan tidak menonton dan melayari laman web.  Selain tidak dibenarkan menonton saya juga pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib.  Selepas solat, perlu membaca Al-Quran.  Jadual ini, sudah jadi rutin kami sekeluarga.

Sebagai seorang ibu, apa yang kita mahu tentu kejayaan dalam semua bidang.  Namun demikian, kita juga perlu belajar menerima anak-anak seadanya.  Walaupun begitu, kita doakan yang terbaik untuk mereka.

No comments:

Post a Comment