Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Koleksi Peribadi.
Bismillah. Alhamdulillah.
Sarapan pagi semalam saya sediakan kentang goreng. Hari ini pula, saya sediakan telur rebus separuh masak. Sarapan pagi yang ringkas dan mudah.
Antara menu sarapan pagi yang sering saya sediakan ialah jemput-jemput, roti bakar, lempeng, nasi goreng, meehoon goreng, roti canai dan nasi lemak. Menu ini akan saya pelbagaikan. Contohnya, jemput-jemput. Boleh masak jemput-jemput bawang, jemput-jemput kentang, jemput-jemput labu manis dan jemput-jemput pisang.
Alhamdulillah, saya mahu kongsikan tips mudah masak telur rebus separuh masak. Moga bermanfaat.
Caranya ialah kita masak air di dalam periuk sehingga mendidih terlebih dahulu. Tutup api dan masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan ke dalam air tadi dan tutup periuk. Biarkan selama lima minit dan hidangkan.
*****
KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
Masalah yang biasa dihadapi :
1. Sudah ada produk, tetapi tidak tahu cara untuk mula pasarkan, dan tidak tahu cara untuk berkongsi
2. Mula dengan shopping cart tetapi tidak ada sasaran pelanggan
Penyelesaiannya :
-Bina blog berkaitan manfaat produk untuk menerangkan manfaat untuk masalah pelanggan.
contoh: produk susu ibu, menerangkan tentang ilmu-ilmu penyusuan.
contoh: produk pendidikan awal kanak-kanak, menerangkan manfaat produk membantu ibu mengajar anak-anak di rumah.
Bina blog untuk mula bina penjenamaan diri, mula kumpul khayak pembaca dan bakal pelanggan berdasarkan produk yang kita tawarkan.
Belajar lebih lanjut cara ini, dalam kelas online blog mula bisnes ABDR
Baca lagi di sini atau hubungi saya terus.
Saniah Mat Sanat.
Pengurus Online ABDR
Facebook : https://www.facebook.com/saniah.matsanat
emel : saniah.matsanat@gmail.com
SMS/whatsapp/telegram: 0192828266
No comments:
Post a Comment