Tuesday, 10 November 2015

Cuti Sudah Bermula.

Teks : Saniah Mat Sanat
Foto : Saniah Mat Sanat

Bismillah. Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Secara rasminya Kak Ngah Aida dan Kak Su Aina sudah mula bercuti.  Walaupun sebenarnya mereka sudah bercuti sejak Peperiksaan SPM bermula. Namun begitu, kerana tidak menghabiskan silibus hafazan, mereka perlu hadir ke sekolah.  Dan dalam tempoh dua hari, mereka dapat menyelesaikannya.

Semenjak pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar yang mahu terus bersekolah perlu menghabiskan hafazan mereka, nampak jelas perubahan anak-anak dalam subjek ini.  Setiap hari, mereka sama-sama menghafaz. Sudah tidak perlu dipantau dan disuruh-suruh.

Alhamdulillah. Perubahan yang sangat baik.  Tahun hadapan, mereka akan hadapi Peperiksaan PT3 pula. Nampaknya, saya perlu susunkan jadual ulangkaji untuk mereka bersedia. InsyaAllah.
********
Alhamdulillah.

Kelas Asas Akaun November ABDR dibuka untuk pendaftaran.

[Kelas asas akaun bulan November 2015]

Kelas Asas Akaun secara ONLINE - 3 tempat lagi.

Tarikh: 22/11/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Yuran - RM150

Kelas secara online sahaja, dalam group kelas di facebook. Pelajar perlu online pada masa yang ditetapkan. Dari jam 9.30 a.m -12.30pm.

Nak online guna telefon juga boleh, yang penting kalian perlu online supaya mudah untuk ikut toturial yangg trainer berikan, dan mudah untuk sertai sesi soal jawab dalam kelas.

Jika pelajar tak dapat online pada waktu yang ditetapkan, pelajar masih boleh masuk ke group kelas dan baca nota perkongsian trainer, tapi agak rugi kerana terlepas sesi soal jawab dengan trainer.

Nota akan diberikan sebelum kelas bermula.

Selepas kelas, pelajar masih boleh berhubung dengan trainer jika ada sebarang pertanyaan.

Untuk mendaftar, hubungi saya di email : saniahmatsanat@gmail.com atau whatapps/telegram/sms di 0192828266


No comments:

Post a Comment