Friday 13 November 2015

Tulisan Jawi.

Teks : Saniah Mat Sanat.
Foto : Saniah Mat Sanat.

Bismillah. Alhamdulillah.

Hari rabu (11/11/15) yang lalu, Puan Anys Idayu telah 'massage' saya di 'private massage facebook' .  Beliau mahu saya 'translate' tulisan rumi kepada tulisan jawi. Sebelum ini pada tahun 2013, beliau juga pernah meminta perkara yang sama. Jadi saya masih dapat menggunakan fail yang sedia ada.

Alhamdulillah, mudah sedikit kerja-kerja terjemahan saya. Tulisan yang mahu ditukar juga sedikit sahaja. Selain menyemak ejaan dan memasukkan logo yang diberikan.  Kali ini tugasan saya dibantu Along Zikri dan tuan suami.

Apabila melihat tulisan jawi, saya pasti teringatkan ustaz yang mengajar saya membaca dan menulis tulisan ini. Terimbas kembali, bagaimana beliau mengajar dengan bersungguh-sungguh walaupun beliau guru sandaran.

Saya diminta memotong artikel pendek di suratkhabar dan tampalkannya di buku latihan. Kemudian saya diminta menulisnya kembali di dalam tulisan jawi. Secara tidak langsung, saya dilatih membaca dan menulis tulisan jawi serentak. Latihan yang diberikan setiap hari. Selepas, ustaz berpuas hati dengan kelancaran membaca dan menulis saya, barulah beliau menamatkan latihan tersebut.

Alhamdulillah, kini saya turunkan pula teknik ini kepada anak-anak apabila mengajar subjek bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa arab. Terima kasih, ustaz.


No comments:

Post a Comment